Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

12 May, 2012

The Only Execption Part 10



Part 10

            “KAU nak bawa aku ke mana ni, Lee?” suara Sara kedengaran menengking. Tubuhnya dipaksa masuk ke dalam kereta. Kereta terus dikunci, bimbang Sara cuba-cuba melarikan diri. Kemudian, Lee bergegas masuk ke tempat duduk pemandu.
            “Lee!” panggil Sara kuat apabila lelaki itu langsung tidak menjawab persoalannya sebaliknya sibuk menghidupkan enjin kereta.
            “Pakai seat belt!” arah Lee pula sambil memasang tali pinggang keledarnya.
            “Aku nak keluar!” bentak Sara. Lee toleh kearahnya. Pantas Sara menutup mata saat Lee mengangkat tangan, fikir lelaki itu ingin menamparnya tetapi sekadar memasang tali pinggang keselamatan. Sara mendengus. Air mata yang mengalir kembali, diseka kasar. Bibir digigit kuat.
            “Buka pintu ni, Lee. Aku nak keluar!”
            “Diamlah! Bising!” sergah Lee lantas mendiamkan Sara. Gadis itu menghenyek belakangnya dikerusi, tanda protes. Dia baru saja mengalami mimpi ngeri disebabkan lelaki disebelahnya, dan sekarang dia harus pergi pula dengannya? Lee memang tak berhati perut. Walaupun Sara menangis air mata darah, lelaki itu tetap akan menyeksanya.
            Tanpa banyak bicara lagi, Lee terus membawa keretanya keluar dari perkarangan nightclub. Sara memandang ke belakang. Nightclub itu semakin jauh dari penglihatannya. Hatinya berdetik memanggil Encik Som dan Geof, berdoa agar mereka cepat-cepat menyelamatkan dia dari ‘raksaka’ itu.
            SETELAH jauh berjalan, akhirnya kereta yang mereka naiki berhenti di stesen minyak shell. Lee memandang kearah Sara yang sudah tertidur. Perlahan-lahan Lee keluar dari kereta dan menyuruh seorang pekerja stesen minyak itu untuk mengisi tangki minyaknya yang hampir kosong sementara dia masuk ke dalam kedai untuk membeli beberapa barang. Selepas membeli, dia meminjam pula telefon kedai itu.
            Tapi belum sempat dia mendail, dia sudah ternampak Sara senyap-senyap keluar dari kereta. Apabila mata mereka bertemu, Sara cepat-cepat lari menuju ke jalan raya. Lee tidak membuang masa, dia terus bergegas keluar dan mengejar gadis itu.
            Dengan sepatu yang tinggi, Sara tidak dapat mengimbangi kakinya dan terjauh ke jalan raya semasa cuba untuk menyebarang. Dalam masa yang sama ada sebuah kereta proton sedang menuju kearahnya. Saat Sara ingin bangkit, dia melihat Lee yang sedang berlari laju mendapatkannya.
            Dalam saat-saat genting, Sara sempat berfikir yang lebih baik mati dilanggar kereta daripada pergi bersama Lee lalu dia membiarkan saja dirinya dirempuh dengan kereta. Sara menutup rapat matanya, merelakan.
            Sejurus itu, bunyi hon kereta kedengaran serentak dengan suara Lee yang kuat memanggil namanya. Tidak semena-mena, terasa seperti dirinya melayang dan angin kuat bertiup kearahnya. Sara mengerut kening apabila terasa dirinya masih sempurna.
            “Kau dah gila?” tengking Lee.
            Sara terus membuka mata. “Aku belum mati,” bisiknya perlahan.
            “Memanglah, kau ingat aku nak biarkan saja kau mati?”
            Sara terus berpaling kearah Lee, dia menolak kuat tubuh sasa lelaki itu lantas bangkit.
            “Kenapa kau tak biarkan saja aku mati, huh? Kenapa? Sebab kau nak selamatkan harta kau, huh? Sebab kalau aku mati, kau akan hidup sensara dan itu yang aku nak!” keras suara Sara.
            Tiba-tiba Lee merentap lengan Sara agar mendekatinya. “Kau takkan mati, selagi aku hidup!” balas Lee lantas menarik Sara menuju ke kereta
            “Lepaslah, Lee! Kau nak bawa aku ke mana?” Suara Sara seakan terjerit.
            “Diam!” tengking Lee pula.
            Sara ketap bibir. “Tolong! Tolong! Lelaki ni nak culik aku!!” Tiba-tiba Sara menjerit. Lee terpinga-pinga. Dia sudah memandang sekeliling. Orang-orang yang datang mengisi minyak sudah memadang kearahnya.
            “Diam, Sara! Aku kata diam!” marah Lee.
            Sara berhenti menjerit lalu menjegilkan matanya kearah Lee. Sengaja mencari pasal. Kemudian dia menjerit lagi, kali ini lebih kuat dari tadi. Tidak semena-mena, Lee terus memaut kepala Sara dan mengucup bibir kecil itu sehingga tiada lagi suara yang keluar.
            Lee melepskan kepala Sara. “Aku boleh buat lebih dari ini kalau kau mahu, kau pilih,”
            Sara menyeka bibrinya berkali-kali. Pandangan tajam dihadiahkan kepada lelaki itu.
            Lee mendengus. “Diam pun!” ujarnya lantas terus menarik tangan Sara masuk ke dalam kereta. Selepas membayar duit minyak, Lee pun masuk ke dalam kereta dan membawa kereta ke lebuh raya.

*****

            “SAYA masih tak dapat hubungi Lee, uncle!” kata Geofry. Handset diletakkan atas dashboard kereta.
            Encik Som sudah mengetap bibir. “Kemanalah Lee bawa Sara tu pergi, uncle takut ni dia apa-apakan Sara,”
            “Saya pun risau uncle. Kita tak tahu apa lagi yang Lee boleh buat lepas ni,”
            “Kau rasa, Lee bawa Sara ke mana?” soal Encik Som pula.
            “Saya tak tahu. Mungkin dimana-mana saja yang dia mahu, yang penting kita tak tahu dimana tempatnya,” ujar Geofry. Makin risau dirasakan apabila memikirkan mereka langsung tiada jejak Lee dan Sara.

            “SIALAN!” teriak seorang lelaki sambil melemparkan semua barang-barang yang ada diatas mejanya.
            “Maaf Tuan Reyzal, kami dah buat seperti yang tuan suruh tapi tiba-tiba ada lelaki lain datang selamatkan perempuan tu,” terang seseorang. Lelaki itu adalah antara 3 yang cuba untuk merogol Sara.
            Reyzal menghadap mereka dengan muka bengis. “Dan kamu pergi begitu saja?” kata Reyzal pula.
            “Kami tiada pilihan lain, tuan. Lelaki itu ada bukti kesalahan kami,” kata lelaki yang berambut Trojan pula.
            “Kamu semua ni memang tak guna! Kamu semua masuk sekali gus, sebab tulah kamu gagal. Kenapa takda seroang dari kamu yang terfikir untuk berjaga diluar, huh?”
            Tiga lelaki itu sudah saling berpandangan.
            “Maaf,” serentak mereka tunduk.
            “Bodoh betul! Lee pula macam mana?” soalnya Reyzal pula.
            “Kami tak tahu dia kemana, tuan. Tapi kami nampak dia pergi dengan Sara,” lapor lelaki botak tersebut.
            Dahi Reyzal sudah berkerut. Lee bawa Sara pergi? Kenapa?
            “Tuan nak kami cari dia?”
            Reyzal menggeleng. “Tak perlu. Biar dia yang cari aku,” jawab Reyzal. Dia yakin, cepat atau lambat, Lee pasti akan menghubunginya.

*****

            “KENAPA kau bawa aku ke sini?” soal Sara kasar. Matanya luas memandang kearah pelabuhan boat-boat kecil. Lee memandang Sara lantas tersenyum sinis.
            “Aku nak bawa kau, di mana tiada siapa yang boleh pisahkan kau dari aku,”
            Rahang Sara sudah terbuka luas. Dia mendengus kasar. “Kau dah gila? Memang patut kau lepaskan aku, sebab kau ni gila harta dan aku tak. Aku taknak hidup dengan kau walau sehari pun!” jerit Sara.
            “Aku taknak lepaskan kedua-duanya, Sara. Kau ataupun harta tu, aku perlukan kedua-duanya!”
            “Tidak Lee. Kau perlukan aku sebab kau nakkan harta tu. Aku taknak jadi objek, Lee. Objek untuk capai keinginan kau, aku taknak,” ujar Sara berulang-ulang.
            Lee diam, dia tatap wajah Sara. Sara terus mengalihkan wajahnya kearah lain.
            Lee mengeluh kecil. “Sara, aku minta maaf,” ujar Lee lembut.
            Sara terpana seketika.
            “Aku minta maaf sebab layan kau dengan buruk, aku tak tahu yang kau sanggup buat semua ni untuk aku. Aku minta maaf, aku janji aku akan ubah semua tu,”
            Sara tersenyum sinis, dia menggeleng kecil.
            “Aku tahu tektik kau kali ini, Lee. Kau cuma berpura-pura rasa bersalah, lepas tu buat baik dengan aku supaya aku takkan minta cerai lagi, bukan?”
            “Tak! Aku betul-betul maksudkannya, Sara. Aku memang rasa bersalah, tapi aku takda niat tersembunyi. Aku betul-betul nak ubah semuanya!” Lee seakan cuba meyakinkan hati Sara. Namun Lee silap, sekali dia mengkhianati, tiada lagi peluang kedua yang akan diberi.
            Sara memandang Lee. “Kalau kau betul-betul menyesal, lepaskan aku. Itu saja aku minta dan semua akan berubah,” ujar Sara lembut.
            “Tak boleh. Aku tak boleh lepaskan kau,”
            “Kenapa? Kenapa tak?”
            “Sebab…. Sebab…” ayat Lee terputus-putus. Dia tidak tahu apa yang patut dia katakan, dia sendiri juga keliru dengan perasaannya sekarang.
            “Sebab harta. Aku tahu. Tapi kali ini aku tak minta cerai, Lee. Aku cuma nak kau lepaskan aku, aku janji akan jaga diri aku baik-baik supaya tidak berlaku apa-apa yang membuatkan kau kehilangan harta-harta kau. Ini saja yang aku minta lee, aku takkan minta duit kau sesen pun, tolonglah!” Sara seakan merayu.
            Wajah Lee berubah riak. Lee tersepit. Entah kenapa, hatinya terasa berat untuk melepaskan Sara walaupun maksud gadis itu bukan untuk bercerai.
            Lee? Please?” rayu Sara lagi.
            Lee sudah meraup mukanya. “Okey. Tapi aku nak kau tahu, aku terima syarat ni bukan sebab harta, tapi untuk kau, Sara,” ujar Lee perlahan.
            “Terima kasih, Lee. Boleh kita balik sekarang?” pinta Sara pula.
            Lee mengangguk kecil lalu berjalan menuju ke keretanya semula. Sara sekadar membuntutinya perlahan.

3 comments:

  1. Alaa. Tak mau lah Lee lepas kan Sara. Sara janganlah degil minta lepaskan. :(

    ReplyDelete
  2. okie! jangan laa bagi Lee lepaskan Sara... Tapi scene Lee sinis dlm novel nie singkat sgt laa.... bagi ler lama sikit dia ego n sinis tp at the same time dia ty to hold Sara utk dptkan cinta
    Niway, suke part sara kene cium kat stesen myk, hehehehe

    ReplyDelete
  3. ohooho...lee da jd baik r pulak....huuhuu...spe reyzal 2??...aishh..sambung2.. ^^

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.