Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

20 June, 2012

Cage 1 : The Ruthless Judah and The kindhearted Irani.

Cage 1 : The Ruthless Judah and The kindhearted Irani.

~Kata mereka, perkahwinan tercipta di syurga? Jika itu benar, adakah dua insan berbeza ini boleh jatuh cinta sedangkan pendapat dan juga prinsip mereka sentiasa bertentangan?~
Saniya Irani aka Irani

“IRANI, berhenti! Kalau tak, nahas kau aku kerjakan!” sebuah jeritan seorang perempuan kedengaran di tengah-tengah kawasan setinggan yang terletak di Kudat. Budak-budak yang sedang bermain dipadang waktu itu sudah bersorak-sorak nama Irani. Gadis yang dipanggil Irani pula tidak berhenti berlari mengelilingi budak-budak tersebut.
            “Rani!” akhirnya wanita yang mengejar Irani itu berhenti. Bahunya terjatuh tanda sudah kepenatan mengejar gadis yang enegertik itu.
            “Kenapa Dinah? Kau dah putus asa?” ejek Irani sambil tersengih-sengih.
            “Rani, kenapa kau bagi dia surat tu?”
            “Surat? Maksud kau surat cinta tu?” Irani berpura-pura menyoal dengan wajah tidak bersalah.
            “Surat cinta? Kak Rani dah bagi surat tu pada abang Simon?” tanya salah seorang budak-budak yang berada dipadang.
            Wajah Dinah serta-merta berubah apabila terdengar soalan budak tersebut. Dia pandang Irani yang sudah menekup mulut budak itu.
            “Rani!” jerit Dinah. “Kau bagitahu budak-budak ni? Kau dah gila?” teriak Dinah lagi.
            Irani sudah berundur perlahan-lahan. “Aku boleh jelaskan, Dinah. Aku tak tahu nak cakap dengan siapa, aku tension,” akui Irani.
            Dinah sudah ketap bibir. Sakit dibelakang kepala yang seakan menukup-nukul tengkoraknya, ditahan.
            “Kau tension?” suarah Dinah kedengaran mendatar, namun wajahnya jelas kelihatan yang darahnya sudah mendidih dari dalam dan luar.
            “Bukan kau yang patut tension, Irani! Aku yang patut! Aku kerjakan kau sekarang juga!” teriak Dinah lantas berlari meluru kearah Irani. Irani pula cepat-cepat melarikan diri, tapi belum sempat dia memecut, nama Dinah dan namanya sudah dipanggil seseorang membuatkan langkah mereka serta-merta mati.
            “Kenapa aunty?” soal Dinah sambil mendekati mak cik Aniah yang juga jiran mereka. Irani sudah merapati Dinah, lantas mereka melangkah mendekati wanita itu pula.
            “Mama kamu, dia masuk hospital,” kata Mak Cik Aniah.
            Serentak itu mata Irani dan Dinah membulat. Pantas Irani memaut bahu temannya. Dapat dia rasakan getaran ditubuh Dinah. Dipandangnya wajah Dinah, wajah cantik dan mulus itu sudah berubah pucat.
            “Dinah, mama akan baik-baik saja,” ujar Irani lembut seakan menyedapkan hati Dinah.
            “Hos… hospital mana, aunty? Macam mana mama boleh masuk hospital?” soal Dinah, suaranya kedengaran terketar-ketar.
            “Doktor cakap, dia jatuh dari tangga dan sekarang dia dirawat di Hospital Queen,” sebut Mak Cik Aniah.
            Dinah segera memandang Irani. “Queen? Hospital tu besar, dan mungkin mahal. Macam mana nak bayar?” air mata Dinah sudah menitis ke pipi.
            “Dinah, jangan fikir pasal duit dulu. Kita ke Queen dulu, baru cakap pasal duit, ya?”        
            “Macam mana nak ke sana, Irani. Kita tak cukup duit pun nak pergi KK!” kata Dinah seakan kesal.
            “Jangan risau, kita ada orang kampung yang akan bagi derma, kan? Kalau masih tak cukup untuk membiayai perubatan mama, guna saja duit aku,”
            Tangisan Dinah mati seketika. Dia pandang wajah Irani. “Duit kau? Bukan duit tu untuk cari keluarga kau?”
            “Itu boleh tunggu. Sekarang, keselamatan mama yang penting,” jawab irani dalam keadaan tersenyum.
            “Baik kamu berdua pulang dan jumpa dengan ketua kampung. Orang kampung akan urusakan pasal derma tu,” kata Mak Cik Aniah. Irani dan Dinah serentak mengangguk lalu menuju pulang ke rumah.

Judah Nicholas aka Judah

SEBUAH helicopter kelihatan sedang berlegar diatas udara mencari tempat untuk mendarat. Helikopter tersebut sedang menuju ke sebuah bangunan mencakar langit dimana terdapat papan tanda gergasi bertulis Judah Empire diatasnya. Beberapa minit kemudian, helicopter itu sudah mendarat dengan selamat. Sejurus itu beberapa orang yang sediah menanti diatas bumbung bangunan tersebut merapati transpotasi itu.
            Pintu helicopter terbuka dan seorang lelaki berpakaian suit serba hitam keluar dari helicopter itu. Matanya yang berwarna biru terus memandang ke hadapan. Sebaik dia turun, seorang lelaki yang bertanda nama Tedd mendekati dia dan mengambil suitcasenya.
            “Macam mana keadaan disini?” soal lelaki itu dengan nada mendatar.
            “Semua baik-baik saja, tuan,” balas Tedd.
            “Macam mana dengan persediaan?” soal lelaki bermata biru itu lagi.
            “Semua dikendalikan dengan baik, tuan. We are ready to launch,”
            “Bagus. Kalau begitu, bawa aku ke sana sekarang. Aku nak tengok sejauh mana persediaan kamu,” ujar lelaki bermata biru itu sambil melirik tajam kearah lelaki disebelahnya.Tedd menelan liur, dia boleh mentafsir pandangan majikannya yang mengatakan ‘kalau persediaan tidak seperti yang dia inginkan, musibah akan melanda’.
            Judah Nicholas, siapa yang tidak kenal dengan lelaki ini. Penaraju dan pengasas kepada Judah’s Empire. Sebuah syarikat pembekal tekstil yang terbesar di Sabah, syarikat ini juga mengeluarkan brand sendiri yang juga diasaskan oleh Judah Nicholas.
            Lelaki yang berkuasa ini tidak mengambil masa yang lama untuk memperkenalkan jenamanya tidak kiri di negara sendiri atau luar negara. Malah semua negara memakai pakaian jenama syarikat mereka. Dalam masa 5 tahun, Judah’s Empire dikenali diseluruh dunia.
            Seperti namanya yang bermaksud The Praise One, sesiapa saja yang berkerja denganya akan mendapat tuah yang berlimpah-limpah. Tidak silap Tedd dan pekerja lain memilih untuk berkerja di syarikat itu, kerana syarikat itu diberkati.
            Cuma, jika diri sendiri yang melakukan kesilapan dibawah jagaan Judah Nicholas, maka itu adalah penamat kepada nyawa mereka sendiri.
           
*****

            HEPING PALACE HOTEL, KOTA KINABALU.

            Judah melangkah ke dalam dewan sebaik saja pintu dibukakan untuknya. Buat sejenak, semua pekerja yang sibuk dengan kerja masing-masing, berhenti seolah-olah masa berhenti berputar. Pekerja yang sibuk melekatkan nama-nama di bangku, menoleh kearah Judah. Yang sibuk memperbaiki pentas turut menoleh.
            Judah melangkah perlahan. “Tedd,you say we are ready to launch. What is this?” soal Judah tepat ke wajah Tedd. Suaranya kedengaran keras. Buat seketika Tedd seakan hilang nafas, wajahnya kaku.
            “Maksud saya, kerja tinggal sikit. Saya pasti, hari ini semua akan selesai, tuan,” Suara Tedd sudah terketar-ketar. Kelihatan peluh hangat menitis kedua belah dahinya.
            Judah menjeling kearah pekerja yang lain. “I don’t want today, I want NOW!” lelaki itu seakan menengking.
            “Aku beri kamu seminggu dan ini hasil yang aku dapat? Kalau kamu setakat kerja sambil lewa, aku boleh pecat kamu hari ini juga!” ujar Judah lagi.
            Tedd sudah menelan liur sehingga terasa anak tekaknya hendak tercekek.
            “Tuan…”
            “Tedd, aku bagi kau masa satu jam untuk kumpul semua model, kalau tidak… kau dipecat!” ujar Judah keras lantas meninggalkan dewan besar itu.
            Tedd telan liur sebelum  menoleh kearah teman-teman sekerjanya.
            “Kita ada satu jam untuk siapkan semuanya, lekas!” kata Teed separuh menjerit. Serta-merta semua pekerja memulakan kerja mereka semula. Semua kelihatan panik dan cemas. Tedd pula sudah sibuk menghubungi model-model peragaannya.

*****

            “THANK YOU,” ucap Irani sambil menghantar dua orang wakil pemungut derma itu ke pintu. Dua orang lelaki itu sekadar tersenyum, senang hati untuk membantu. Mereka pun keluar dari rumah tersebut. Irani menutup pintu dan berlalu ke ruang tamu. Dia terhenti sesaat melihat Dinah duduk memandang lantai.
            “Dinah, mama takkan apa-apa. Percayalah,” kata Irani sambil duduk disebelah temannya. Bahu Dinah dipaut lalu digosok perlahan.
            Dinah mengeluh kecil. “Rani, mama akan menjalani pembedahan tau tak. Tahu berapa kos pembedahan tu? 3 ribu! Mana nak cari 3 ribu? Sedangkan derma orang kampung pun tak sampai 1 ribu. Aku memang percaya, mama akan baik-baik saja. Tapi kalau pembdahan tu tak jadi sebab duit tak cukup?”
            “Dinah, bertenang. Duit derma tu belum campur dengan duit aku lagi. Aku pasti kalau dah campur, kita dapat bayak kos pembedahan tu,”
            Dinah memandang Irani. “Rani, duit dalam tabung kau tak sampai 2 ratus pun!”
            Irani tersenyum. “Bukan duit dalam tabung, tapi dalam akaun aku,”
            Berkerut dahi Dinah mendengar Irani menyebut akaun. Pantas dia mencapai kedua-dua tangan Irani.
            “Rani, jangan. Itu duit untuk kau cari keluarga kau balik, kan? Simpan saja, aku akan cari jalan lain untuk cari duit tambahan,” ujar Dinah. Sesungguhnya, dia tidak ingin menyia-nyiakan usaha keras yang Irani bina selama 3 tahun untuk mengumpul duit itu.
            “Dinah, tak apa. Sekarang ni, aku lagi pentingkan mama sama macam kau. Dia pun ibu aku juga, jadi aku ada hak untuk keluarkan duit tu. Kebahagian kau adalah kebahagian aku, Dinah,” kata Irani lembut. Dinah tersenyum, air matanya menitis bersama dengan senyuman hambar bercampur lega itu. Irani mengesat air mata Dinah lantas memeluk tubuh sahabat karibnya itu.
            “Thank you, Rani,” ucap Dinah dalam keadaan tersedu-sedu. Irani sekadar mengetatkan pelukannya menandakan dia menerima kasih sahabatnya.


~Disetiap pertemuan pasti akan menimbulkan perselisihanfahaman, namun begitu takdir sentiasa menemukan mereka~

************************************ 
p/s : okey...first impression tu penting so sy perlu feed back..hehe..okey tak?

3 comments:

  1. xsbar naq taw cter slnjutnya...cam bez jer cter niy...

    ReplyDelete
  2. Hebat! Tak sabar nak tunggu next entry.

    ReplyDelete
  3. Judah ni mesti mamat konon perfect sgt kan..kan..sume perintah dia kena ikut, dpt bayangkan mesti dia kerek abis,

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.