Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

22 June, 2012

Cage 2 : Things You Cannot Control.


Cage 2 : Thing You Cannot Control.

~Ada perkara yang kita tidak dapat kawal, namun biarkan ia kerana adakalanya, perkara itu akan membawa kita pada sesuatu yang lebih bermakna~
           
            IRANI yang sedang duduk bangku panjang luar rumahnya, memandang ke langit. Angin malam yang bertiup memaksa dia untuk membalut tubuhnya dengan jaket yang dibawanya ke luar. Dia tersenyum-senyum memandang bulan yang terang dihadapannya, dia dapat rasakan seolah-olah bulan itu juga sedang melihat kearahnya.
            “Mama, kalau mama masih ada diluar sana mungkin mama juga sedang tengok bulan sekarang, kan?” kata Irani seorang diri. Kakinya yang terjuntai, hampir menyentuh lantai digoyang-goyangkan.
            “Ma… kejap lagi, Rani akan datang cari mama, papa dan abang. Rani akan cari duit banyak-banyak lepas tu Rani cari mama. Rani janji!” Irani menetapkan tekad didalam hatinya. Sejak terpisah dengan keluarganya dalam keadaan yang trajik 7 tahun yang lalu, Irani tidak pernah berhenti mengumpul duit. Berharap dengan duit yang dikumpulnya itu, dia dapat mencari dimana kedudukan keluarganya.
            “Maa… kamu dimana?” soal Irani sambil menekup matanya, cuba merasakan kehadiran kedua-dua orang tuanya dan juga abang tersayang. Walaupun mereka jauh entah di mana, dia dapat rasakan yang mereka sangat dekat disisinya.
            Tiba-tiba, kenangan hitam 7 tahun lalu terimbas di minda Irani membuatkan dia segera tersentak dan nafasnya terhenti sejenak. Wajahnya terus berubah pucat, tubuhnya mula menggeletar. Irani menelan liur yang seakan tersekat ditekaknya. Perlahan-lahan tangan kirinya merayap dipinggang sebelah kiri. Tanpa dia sedari, air matanya sudah menitis dipipi.
            Tok! Tok!       
            Sekali lagi Irani tersentak saat terdengar bunyi ketukan. Terpacul wajah seorang lelaki tampan dihadapannya. Irani terus tersenyum, menyambut kedatangan lelaki itu.
            “Simon,” Irani menyebut nama lelaki yang sedang berdiri dihadapannya.
            “Kau okey, Rani?” soal Simon yang sentah sejak bila berdiri disitu.
            “Aku okey,” jawab Irani lalu berpura-pura memaling kepala untuk menyeka bahasan dipipinya.
            “Dinah ada?” soal Simon pula.
            “Masuklah. Dia tengah kemas barang. Aku panggil dia,” jawab Irani lantas menjembut Simon masuk dan membawanya ke ruang tamu. Sementara Irani ke bilik mereka, Simon duduk menunggu.
            “Din, Simon!” kata Irani dari pintu.
            Dinah yang sedang memasukan pakaiannya ke dalam bag terhenti seketika. Wajahnya kelihatan terkejut mendengar nama yang disebut Irani. Seraya dia mendekati gadis itu.
            “Simon? Dia buat apa?” tanya Dinah dalam keadaan berbisik. Takut lelaki itu terdengar, makhlumlah, hanya papan lapis saja yang memisakan dia dan Simon.
            Irani terus tersengih sambil menaik-naikkan keningnya. Dahi Dinah berkerut.
            “Kenapa kau senyum?”
            “Entah-entah, Simon nak lamar kau tak? Kan dia dah baca surat cinta kau,” seloroh Irani.
            Dinah terus ketap bibir lalu mengangkat tangan ingin memukul Irani, namun Irani sempat mengelak dan terus melarikan diri.
            “Nakal betul budak ni!” dengus Dinah. Dia pun keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Simon sedang menunggunya.
            “Dinah,” Simon menyebut nama Dinah dengan lembut. Gadis itu sekadar tersenyum nipis lalu duduk di sofa.
            “Kenapa kau datang?” soal Dinah. Sedaya-upaya dia mengawal suarany agar tidak kedengaran gementar. Demi Tuhan, dia sangat malu tika itu. Simon adalah cinta pertamanya dan cinta itu masih kekal walaupun sudah 11 tahun berlalu. Perasaannya bertambah gemuruh apabila lelaki itu sudah membaca suratnya yang selama ini tersimpan kemas didalam kotak.
            “Aku dah dengar pasal aunty, sebab itu aku datang,” jawab Simon.
            Dinah menganguk, mengerti.
            “Kau okey?” tanya lelaki itu pula.
            “Okey. Terima kasih,” ucap Dinah pula.
            Irani yang berada didapur, sedang memanaskan air dalam cerek terjenguk-jenguk kearah dapur. Takkan Simon datang Cuma nak cakap pasal tu aja? Kah dia risau pasal Dinah? Irani sudah tersenyum.
            “Kalau macam tu, tentu Simon pun simpan perasaan dekat Dinah? Ya ampun, kenapa sekarang baru aku tahu?” Irani sudah bersandar dimeja. Bermonolog seorang diri didalam dapur.
            “Sebenarnya, aku datang ni tolong kau,”
            Dahi Dinah terus berkerut.
            “Tolong?”
            Simon terus mengeluarkan sebuah sampul putih tebal dari poket seluar lalu meletakkannya atas meja.
            “Apa ni?”
            “Mungkin ini tak mencukupi tapi didalam ada 1 ribu. Harap dapat kurangkan beban kamu,”
            Dinah menggeleng. “Simon, aku rasa aku tak boleh terima duit ni, lagipun tentu keluarga kau dah bagi derma, kan? Itu dah cukup bagi aku,” ujar Dinah lembut. Tidak ingin mengguris perasaan lelaki itu.
            “Din, ini dari aku. Aku nak tolong,”
            Dinah terdiam. Entah bagaimana, dia merasa bersalah menerima duit itu. Bukan dia tidak menghargai pertolongan lelaki itu tapi hatinya serba-salah. 1 ribu bukan jumlah yang sedikit untuk diberikan begitu saja.
            “Boleh aku tahu kenapa kau buat begini?”
            “Sebab aku…”
            “Kopi dah siap!” tiba-tiba Irani muncul membawa dua gelas kopi dari dapur membuatkan kata-kata Simon terputus dipertengahan jalan.
            “Emm… Din, fikir pasal ni okey. Aku balik dulu,” kata Simon lalu tergesa-gesa keluar.
            Dinah tidak sempat memanggil, Simon sudah pun memijak tanah. Sementara Irani sudah terhenti dan sekadar memandang dengan wajah terpinga-pinga.
            “Kenapa dengan Simon?” soal Irani sambil meletakkan gelas itu ke atas meja.
            “Tak tahu. Tapi dia bagi ni,” Dinah menunjukkan sampul yang diberi Simon tadi. Dahi Irani berkerut. Pantas dia mengambil sampul itu lalu dibukanya. Membulat matanya melihat berbuku Rm 10 didalam.
            “Berapa didalam?”
            “1 ribu,”
            Bibir Irani membulat. “1 ribu? Kenapa dia bagi duit begini banyak?”
            “Dia kata dia nak tolong, tapi aku cakap aku tak boleh terima. Mungkin dia marah tadi sebab tu dia terus pergi,”
            Irani sudah memandang kearah pintu.
            “Jadi, kau memang taknak terima duit ni? 1 ribu campur derma orang kampung dah sampai Rm 1938. Simon mungkin nak kurangkan beban kau kot,”
            Dinah mengeluh kecil. “Memang itu yang dia cakap, tapi kenapa? Kenapa dia buat begini?”
            Irani sudah menepuk dahi. “Aduh, kawan! Begini, jawapan tu nanti Simon yang akan jawab. Sekarang ni, kita perlu fikir pasal mama, kalau kita tak dapat duit tu cepat, pembedahan mama akan tertangguh. Jadi kita ambil dulu duit ni, lepas tu nanti kita bayar balik dengan Simon, ya?” cadang Irani. Dinah memandang Irani lama. Mungkin otaknya sedang dalam proses berfikir.
            “Okey.” Akhirnya, Dinah akur. Dia diam seketika, tidak lama kemudian dia terus bangkit meninggalkan Irani dan sampul itu diatas meja.
            “Din, sampul ni!” panggil Irani, tapi Dinah sudah masuk ke alamnya sendiri. Irani memandang meja. Sebuah sampul surat, dan dua gelas berisi kopi. Siapa nak minum kopi ni?

*****

            JUDAH menjeling kearah jam tangannya yang sudah menunjukkan tepat jam 7 malam. Kemudian, dia memandang kearah pentas pula. Dia atas pentas itu, satu-persatu model perempuan dan lelaki berjalan pentas, untuk membuat sesi raptai untuk fashion show yang akan berlangsung satu hari lagi.
            “Tedd!” panggil Judah. Lelaki yang dipanggil it uterus berpaling lantas cepat-cepat menghampirinya. Judah berbisik sesuatu kepada Tedd dan Tedd pula sekadar mengangguk-angguk. Judah pun bangkit lalu meninggalkan dewan tari itu. Sejenak kemudian, sudah terdengar suara Teed menyuruh model-model itu pulang memandangkan sesi latihan itu sudah memuaskan hati tuannya.
            Dalam perjalanan ke lobi hotel, tiba-tiba telefon bimbit Judah berdering tanda panggilan masuk. Tertera nama Adik diskrin telefon bimbitnya.
            “Ya, dik,”
            “Abang, dah jam berapa ni? Abang tak baca mesej Mya ka?” suara seorang gadis kedengaran seperti sedang marah.
            Sorry, dik. Abang baru saja pulang dari Tawau dan abang ada dekat hotel sekarang. Mesej apa yang adik cakap?”
            “Abang ni! Mya dekat hospital sekarang!”
            Serta-merta wajah Judah berubah riak sebaik saja mendengar perkataan hospital. Tangan yang pada mulanya berada didalam pket, terus dibawa keluar.
            “Hospital? Adik sakit lagi? Teruk tak? Kenapa tak telefon abang?”
            “Abang, calm down! Mya tak sakit. Bukan Mya yang sakit, tapi pekerja kita. Ingat Mak Cik Surizan? Dia jatuh tangga dan sekarang dia dalam bilik bedah,” terang suara itu. 
            Judah terus menghembus nafas lega. Terasa seperti jantungnya berdegup sekata semula. Wajahnya kembali bertukar serius.
            “Abang tak kenal dia dan abang tak kisah. Kenapa adik pula yang susah-susah tunggu dekat situ?” soal Judah.
            “Susah nak cakap. Abang datang ya, Hospital Queen,” klik.
            “Adik! Adik!” Judah mendengus. Dia terus mendail nombor seseorang.
            Hello, Chad. I’m going to the hospital. Will be back soon!” selepas melaporkan situasinya kepada Chad yang selaku PAnya, Judah terus mematikan talian dan meninggalkan hotel itu.
           
            “ADIK!” panggil Judah sebaik saja dia melihat susuk tubuh Jasmya yang sedang duduk dihadapan pintu bilik kecemasan.
            “Abang!” Jasmya terus bangkit mendapatkan abangnya.
            “Mari balik!” kata Judah sambil mencapai tangan adiknya.
            “Abang, pembedahan Aunty Surizan belum tamat lagi. Kita tunggu kejap lagi, okay?” kata Jasmya pula lalu membawa Judah duduk dibangku.
            “Abang tak fahamlah, dik. Dia takda kaitan darah dengan kita, kenapa adik nak susahkan diri adik berjaga sini berjam-jam?”
            Jasmya tersenyum lantas menyentuh dagu Judah. “Abang, dia kerja dibawah bumbung rumah kita. Dia jaga rumah kita dengan baik, apasalahnya Mya tolong dia. Lagipun, anak dia akan sampai esok…”
            “Jadi, adik nak tunggu sampai esok? Sedangkan adik sendiri pun ada sakit!” pintas Judah.
            “Bukan begitu, lepas operation ini selesai dan mak cik Surizan selamat, baru kita pulang, boleh?” kata Jasmya seakan merayu.
            “Tapi kalau abang nak balik dulu pun boleh juga. Mya Cuma nak bagitahu saja supaya abang tak risau,” kata gadis itu pula sambil melirik memandang wajah Judah. Sekadar memerhati reaksi abangnya itu.
            Judah sudah mengeluh berat. “Okey, kalau adik nak tunggu sini, tunggulah. Tapia bang akan tunggu dalam kereta,” putus Judah lantas bangkit dan meninggalkan koridor itu. Jasmya sekadar mengangguk sambil tersenyum. Tidak sampai sesaat Judah meninggalkan tempat itu, dia kembali semula dan duduk disebelah adiknya.
            Jasmya tidak terkejut pun abangnya itu kembali, kerana dia memang tahu abang tidak mungkin dapat tinggalkan dia seorang diri. Judah memeluk tubuh dan tidak lagi bersuara. Jasmya tersenyum nipis, lantas melentokkan kepalanya ke bahu Judah.

1 comment:

  1. Nak lagi hehehe. Nak yang ada Irani ngan Judah. :p

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.