Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

11 June, 2012

The Only Exception Part 11


Part 11


            SARA!” Encik Som terus mendapatkan gadis itu sebaik saja dia turun dari kereta Lee.   
          “Sara tak apa-apa?” soal Encik Som kedengaran cemas dan kelam-kabut. Dia sudah membelek-belek tubuh Sara.
            “Uncle, Sara okey,” jawab Sara lembut. Dia tidak ingin menambahkan lagi kerisauan dalam hati lelaki tua itu. Encik Som memandang Lee yang melangkah longlai kearah mereka.
            “Lee!”
            “Uncle!”
            Baru saja Encik Som ingin memarahi Lee, Sara sudah menghalangnya. Encik Som berpaling kearah Sara.
            “Saya ada benda nak cakap dengan uncle. Kita cakap di dalam?” ujar Sara lantas melangkah masuk ke dalam banglo Lee.
            Lee memandang sekilas pada Encik Som sebelum melangkah masuk, membuntuti langkah Sara. Seketika kemudian, Encik Som pun masuk. Mereka berempat diikuti Geofry sudah pun melabuh punggung diruang tamu.
            “Benda apa yang Sara nak cakap?” soal Encik Som, terus bertanya.
            “Saya dan Lee dan buat keputusan,”
            “Keputusan apa?” sampuk Geofry sambil menghadiahkan sebuah renungan tajam kearah Lee.
            “Kami akan berpisah, tapi kami tidak akan bercerai,”
            “Apa?” tersembul biji mata Encik Som mendengar kata-kata Sara.  
            “Apa maksud Sara cakap macam tu?” tanya Geofry pula.
            You heard her, Geof. Kami takkan bercerai,” ulang Lee.
            “Sara, dengar sini. Sara dah buat banyak untuk Lee dan Lee pula tak pernah fikir pasal Sara. Kenapa Sara masih sanggup berkorban untuk dia?”  kata Geofry seakan tidak puas hati dengan keputusan gadis itu.
            “Betul, Sara. Atau Lee ugut Sara lagi?” soal Encik Som.
            Lee sudah tunjuk muka meluat.
            “Tak. Lee tak ugut saya. Malah, saya yang ugut dia, uncle. Lee tiada pilihan lain selain terima syarat ini,” jawab Sara sambil memandang Lee.
            “Syarat apa?”
            “Saya takkan minta cerai atau menfailkan kes ini, dengan syarat Lee lepaskan saya pergi dan takkan ganggu hidup saya lagi,” ujar Sara.
            Geofry tergelak dalam keadaan serius. “Saya tak faham, Sara. What is that supposed to mean? Kenapa tak minta cerai saja?”
            Lee tiba-tiba berdiri. Serentak kepala mendongak memandangnya.
            “Kenapa kau nak sangat aku dan Sara bercerai, huh? Kenapa, sebab kau jatuh cinta dengan Sara?” tuduh Lee pula.
            Geofry mendengus kasar. “Tak hairan kalau aku jatuh hati dengan dia, memang dia layak untuk dicintai. Tapi orang macam kau tak layak untuk mendapatkan dia,” Geof seakan cuba memprovok Lee.
            Tidak semena-mena, Lee terus menerpa kearah Geofry dan mencengkam kolar bajunya sehingga dia terbangun.
            “Lee, berhenti!” Serentak itu Sara bangkit dan cuba untuk meleraikan mereka. Lee memandang sekilas kearah wajah Sara yang seakan merayu. Sesaat kemudian, dia terus melepaskan kolar baju Geof dan menolak lelaki itu sehingga terduduk kembali ke sofa.
            “Ingat, walaupun kami berpisah. Sara tetap akan jadi isteri aku sebab aku takkan ceriakan dia sampai bila-bila!” ujar Lee keras sambil menuding kearah Geof. Tanpa berkata apa-apa lagi, Lee terus beredar dan naik ke kamarnya.
            “Sara, kenapa kau buat keputusan macam ni? Sara tahu bila Sara buat keputusan macam ni, Sara dah tak boleh hidup bebas lagi?” tanya Encik Som lembut.
            Sara mengangguk kecil. “Sara faham. Tapi Sara yang buat keputusan untuk berkahwin dengan Lee dan Sara tahu yang Sara dah tak boleh undurkan masa lagi, tapi ini saja pilihan yang ada sebab Sara taknak lukakan sesiapa. Kalau Sara tetap teruskan percerian ini, Lee akan kehilangan harta keluarganya dan Sara akan rasa bersalah seumur hidup Sara sebab buat dia menderita. Sara harap, uncle dan Geof sokong Sara dalam hal ni.” Sara sudah memandang wajah Encik Som dan Geof satu-persatu. Berharap agar mereka mengerti dengan tindakannya.
            “Sara yakin yang ini jalan terbaik?” tanya Geof pula.
            Sara mengangguk kecil.
            “Jadi, kalau Sara nak pergi dari Lee, Sara nak tinggal mana?”
            “Sejauh yang boleh! Jauh dari tempat ni, jauh dari Lee,”
            Geof mencapai tangan Sara. Lalu mengusap jari-jemari Sara dengan ibu jarinya.
            “Kalau betul ini yang Sara nak, saya tak boleh nak buat apa-apa lagi. Tapi boleh bagitahu saya, Sara nak pergi mana?”
            Sara tersenyum nipis. Perlahan-lahan dia menarik tangannya lalu menggengam kejap tangan Geof.
            “Mungkin lebih baik kalau saya tak bagi tahu, kan?” Sara melepaskan tangan lelaki itu.
            “Sara pasti? Siapa yang nak jaga Sara nanti?” tanya Encik Som pula.          
            “Uncle, Sara bukan budak kecil lagi. Sara pasti, Sara akan baik-baik saja,”
            “Betul?” soal Geof pula.
            Sara mengangguk sambil tersenyum.
            “Tapi macam mana kalau pembunuh tu masih lagi nak cari Sara?”
            “Uncle, selagi tiada siapa yang tahu di mana Sara, selagi itu Sara tidak akan berdepan dengan musibah. Sekarang, berhenti risaukan Sara. Sara okey dan akan okey sampai bila-bila. Sara janji!” Sara sudah mengangkat tangan, bersungguh-sungguh meyakinkan dua orang lelaki itu.
            Encik Som dan Geof sambil berpandangan, akhirnya mereka mengeluh kecil. Beralah dengan keputusan Sara.
            “Baiklah. Tapi jangan lupa telefon atau mesej uncle tau.” Encik Som menyentuh lebih kepala Sara.
            “Ya, Sara janji,” akur Sara.
           
*****

            SEDANG Sara memasukan baju-bajunya didalam bagasi, seseorang mengetuk pintunya. Sara menghentikan kerjanya seketika lalu berpaling kearah pintu.
            “Boleh aku masuk?” tanya Lee.
            Sara mengerut kening. “Kau nak buat apa?” tanya Sara pula, suaranya kedengaran seperti ketakutan.
            Pantas Lee mengangkat kedua-dua tangannya. “Aku takkan buat apa-apa, aku cuma nak bercakap,”
            “Aku dah takda benda nak cakap dengan kau, Lee. Now leave me alone!” suara Sara seakan mengusir.
            “5 minit, promise!” rayu Lee pula.
            Sara gigit bibir. “Okey, 5 minit!” Sara akur. Beg yang sudah siap dikemas itu, dizip lalu diletakkan ke lantai.
            Perlahan-lahan Lee melangkah ke katil lalu duduk dibucunya. Sara pula duduk di bangku meja solek.
            “Kau nak cakap apa?” soal Sara kedengaran dingin.
            Lee memandang Sara sekilas lalu menarik nafas. “Aku nak tahu kenapa kau bersetuju kahwin dengan aku dan aku nak kau terangkan apa yang Uncle Som cakap waktu dekat club,”
            Sara pandang ke sisi. “Jawapan apa yang kau nak?”
            The truth. Kau bersetuju kahwin dengan aku sebab papa?”            
            “Tak. Aku kahwin dengan kau sebab budi yang sudah papa kau taburkan pada aku. Budi yang aku tak balas walau dengan nyawa aku sekali aku korbankan. Dia dah buat banyak untuk aku, dan aku cuma nak makbulkan satu harapan dia iaitu berkahwin dengan kau,”
            “Tapi bukan sebab papa, ibu bapa kau meninggal?”
            Sara menggeleng. “Tak. Ibu bapa aku meninggal sebab aku. Pada hari perkahwinan aku dengan Tuan Kammal, seseorang telah menghubungi aku dan ugut aku. Kalau aku tetap pergi ke hari perkahwinan aku, dia akan bunuh keluarga aku. Tapi aku tak dengar sebab aku fikir itu semua gurauan. Dan tiba-tiba, dalam perjalanan ke gereja, aku dapat panggilan dari polis yang mengatakan rumah aku terbakar dan mereka tak dapat nak selamatkan ibu bapa aku. Sejak hari itu, aku bersembunyi tapi Tuan Kammal dapat menjejaki aku dan dia sediakan banyak keperluan untuk aku. Dia sediakan perlindungan, tempat berteduh, keselamatan dan semua yang aku perlukan. Sebab itu aku masih hidup sampai sekarang,”
            “Kenapa kau tak pergi luar negara saja?” tanya Lee pula.                 
            “Luar negara? Bukan senang dan hidup seorang diri dinegara orang Lee. Dan untuk memastikan keselamatan aku, Tuan Kammal tak benarkan aku pergi luar negara sebab kalau Tuan Kamal berjaya menjejaki aku, mungkin penjahat itu pun boleh,” terang Sara.
            Lee menggeleng. Makin banyak persoalan yang timbul dikepalanya kini. “Aku tak faham, kenapa penjahat tu kejar kau? Kenapa kau dijadikan sasaran?”
            Sara menggeleng. “Aku tak tahu Lee, aku harap aku tahu. Tapi sebelum Tuan Kammal meninggal, dia ada bagitahu aku yang penjahat itu nakkan harta dia dan bagitahu aku yang penjahat tu nak Tuan Kammal wasiatkan semua harta-hartanya diatas nama rumah kebajikan,”
            Membulat mata Lee memandang Sara. Kini kekusutan sudah hampir terungkai.
            “Rumah kebajikan? Orang tu ada bagitahu nama rumah kebajikan tu papa?”
            “Kalau tak silap aku, nama rumah kebajikan tu Anak Emas,”
            Dahi Lee berkerut. “Anak Emas? Kenapa Anak Emas?”
            “Aku tak tahu Lee. Mungkin penjahat tu ada kaitan dengan Anak Emas,”
            “Papa tak jelaskan apa-apa lagi pada kau?”
            Sara menggelenkan kepala. “Sorry, ini saja yang aku dapat bagitahu,”
            “Tak. It’s okey. Tapi kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal sebelum kita kahwin? Dan kenapa hari ini baru kau buka mulut?”
            “Sebab aku hampir dirogol orang, dan kau adalah orang yang bertanggungjawab. Aku taknak lindugi orang yang cuba mengapa-apakan aku. Lagipun, aku tak tahu yang Tuan Kammal akan buat wasiat, kalau aku tahu aku takkan bersetuju dari awal lagi,”
            Riak wajah Lee serta-merta berubah. Terkenang sikapnya terhadap Sara dulu, hatinya terus dilanda rasa bersalah.
            “Sara, aku minta…”
            No need! Sekarang kau dah tahu semuanya, boleh tinggalkan aku?”
            “Sekejap, Sara! Nyawa kau masih dalam bahaya sekarang, kalau kau tinggalkan sini,”
            “Aku tahu, tapi aku dah buat keputusan. Berada dekat dengan kau juga perkara yang membahayakan nyawa aku, Lee. Kau dengan penjahat tu takda bezanya. Aku tetap akan pergi esok,”
            Lee tersenyum sinis. “Jangan degil, Sara. Lepas apa yang dah berlaku, kau fikir aku akan ulang benda tu lagi? Aku menyesal dengan benda yang aku dah buat pada kau, aku minta maaf,”
            Sara mendengus kecil. “Lee, kau ingat aku boleh lupakan semua tu dalam masa sehari? Aku hampir dirogol oleh 3 orang lelaki sedangkan aku masih trauma dengan tindakan kau dulu. Aku takut, Lee. Aku masih takut!” suara Sara sudah kendengaran terketar-ketar.
            Lee tergamam memandang Sara. Kedua-dua tangan Sara yang sedang menggeletar itu menarik perhatiannya. Lee mengeluh kecil sambil tertunduk. Baru dia sedar, kehadiran dia dibilik itu lagi menambahkan rasa takut dihati Sara.
            “Tinggalkan aku, Lee,” ujar Sara perlahan lalu dia pun bangkit menunju ke kaki pintu, seakan memberi isyarat pada Lee agar keluar dari biliknya. Lee yang dibucu katil sekadar memandang. Dia mengeluh kecil lalu melangkah kearah Sara.
            “Aku minta maaf,” ucap Lee sambil menapak keluar dari bilik Sara. Sara tidak menjawab, tidak juga memandang Lee. Sara pun menutup pintu tanpa memberi sebarang jawapan. 

******************************************* 
p/s : hello guys. sorry... lama tak update apa-apa. bukan lama, tapi sangggat lama... sorry yg sudah tertunggu2 dengan TOE. n3 tak panjang, tapi enjoy reading :)

3 comments:

  1. bukanlah kalau sarah pergi.. nyawa dia lagi bahaya.. dutambah pula dengan status dia sekarang, isteri lee

    ReplyDelete
  2. ala oki3...
    pendeknyer...
    xpuas nk lepaskn rindu..
    huhuhu...
    nk lagi...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.