Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

01 July, 2012

Cage 3 : Hi To Hello!


Cage 3 : Hi To Hello!
 

~Setiap manusia memegang takdirnya sendiri, namun satu yang telah Tuhan tetapkan iaitu Dia tetapkan dengan siapa kita bersama sehingga akhir hayat dan manusia itu sendiri tidak dapat menolaknya~

 SETELAH berada didalam bas selama 2 jam setengah, akhirnya Irani dan Dinah pun selamat sampai di Hospital Queen Elizabeth. Dari Kudat, mereka terus menuju ke hospital, tiada lagi singgah dimana-mana.
 Dinah dan Irani bergegas bertanya ke kaunter berkenaan ibu Dinah. Setelah jururawat yang bertugas memberi maklumat, Irani dan Dinah terus menuju wad dimana ibunya ditempatkan.
Sebaik tiba dihadapan pintu wad ibunya, Dinah terus menguak pintu. Irani dan Dinah melangkah masuk, kelihatan ibu Dinah sedang tidur diatas katilnya. Hati Dinah tiba-tiba menjadi sebak sesaat melihat kaki kiri ibunya dilitupi dengan simen berwarna putih. Dahi Irani terus berkerut, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Irani mengusap belakang Dinah. Kemudian, dia dan Dinah menghampiri katil tersebut.
“Ma,” panggil Dinah lembut. Tangan ibunya dicapai lalu dikucup perlahan.
“Din, aku rasa kita patut jumpa doktor dulu,”
Dinah terus berpaling kearah Irani. “Rani, kita baru sampai. Tak boleh ka kita tinggal dengan mama dulu?”
“Kau tak rasa pelikkah tiba-tiba saja kaki mama bersimen? Itu bermaksud pembedahan sudah dijalankan, kalau sudah siapa yang bayar? Pihak hospital?” soal Irani hairan.
Dinah terus tersedar sebaik saja Irani menjelaskan kepadanya.
“Betullah. Kemarin diorang cakap, diorang tak boleh buat apa-apa selagi belum buat pembayaran. Siapa yang bayar?” soal Dinah, dia juga tertanya-tanya.
“Begini, kau tinggal dengan mama, aku jumpa doktor, okey?” cadang Irani.
Dinah mengangguk, bersetuju. Kemudian Irani pun mencapai fail yang tergantung dikaki katil ibu Dinah. Maklumat yang terkandung didalam fail tersebut diteliti satu-persatu. Mungkin dia boleh tahu siapa yang bertugas merawat ibu Dinah.
“Doktor Steven St. Pierce,” bisik Irani perlahan. Irani pun meminta diri lalu keluar dari wad. Dia terus mendekati jururawat yang secara kebetulan melintas dikoridor itu.
“Boleh saya tahu, bilik Dr. Steven St. Pierce dimana?” soal Irani.
“Dekat hujung,” jawab jururawat itu sambil menuding kearah kiri.
“Terima kasih,” ucap Irani lantas terus mengorak langkah menuju bilik hujung sebelah kiri.
Dalam perjalanan menuju ke bilik itu, akibat tergesa-gesa dia tidak sedar ada orang lain yang sedang membelok dari selekoh kiri koridor, menyebabkan bahunya dan bahu orang tersebut bertembung. Akibat perlanggaran tersebut, telefon bimbit orang tersebut terhempas ke atas lantai.
Mulut Irani melopong, pantas dia meminta maaf dan tunduk berkali-kali. Wanita dihadapannya sudah berasa janggal, biji matanya turun naik melihat Irani tertunduk-tunduk.
“Maaf, maaf, saya tak nampak awak. Maaf!” Irani terus memungut telefon dan mengembalikan telefon tersebut kepada pemiliknya.
“Tak apa. Saya pun salah, saya tak nampak awak tadi. It’s okey,” ujar wanita itu dengan suara lembut. Perlahan-lahan dia mencapai telefon bimbitnya lalu disimpan kedalam tas tangan.
Irani sudah tersenyum kelat. “Telefon awak tak apa-apa?” tanyanya pula dalam ketakutan. Takut kalau dia terpaksa membayar ganti rugi.
No big deal, it’s okey,” jawab wanita itu lagi.
Irani sudah menghembus nafas lega, hampir dia mengurut dadanya namun dia matikan niat tersebut. Terasa janggal pula dia buat begitu didepan orang yang tidak dikenalinya.
“Maaf ya,” pinta Irani lantas beredar menyambung langkahnya. Dalam hati, dia memuju kebaikan yang ada dalam hati wanita itu, walaupun telefonnya nyata-nyata rentak dia tetap melepaskan orang yang bersalah sepetinya. Irani tergelak kecil.
“Dr.Steven.” Irani membaca nama yang tertera dipintu bilik itu. Lalu perlahan-lahan dia mengetuk pintu tersebut. Selepas mendapat keizinan untuk masuk, Irani pun menguak pintu dan menapak masuk.
“Maaf, saya mengangguk. Saya ahli keluarga Surizan Binti Derahim,”
Doktor lelaki yang sekadar memandangnya tadi, terus bangkit sebaik saja dia mendengar nama pesakitnya disebut.
“Oh, sila duduk,” pelawa Dr. Steven. Irani pun menarik kerusi lalu melabuh punggung.
“Saya nak tanya, macam mana keadaan dia sekarang?”
“Syukur puji Tuhan. Pembedahan selamat dijalankan, dan dalam masa 6 minggu dia mungkin akan pulih sepenuhnya,”
Irani terangguk-angguk. “Tapikan, siapa yang biaya kos pembedahan tu sebab saya dan kakak saya tak bayar lagi,”
“Oh, itu jangan risau. Ada seseorang sudah tolong tanggung kos pembedahan tu,”
Aku dah jangka! Bisik hati Irani. “Siapa yang bayar? Dan kalau boleh saya tanya, kenapa dia bayar?”
“Dia kata, dia adalah majikan pesakit itu dan dia sanggup untuk bayar,” jawab Dr.Steven.
“Boleh saya tahu siapa nama dia?”
“Jasmya Nicholas,”
“Jasmya Nicholas?” bibir Irani terkumat-kamit menyembut nama itu. Dahinya berkerut.
“Jadi kami tak perlu bayar lagi la, kan?”
“Ya tak perlu,”
Irani mengangguk, faham. Dalam keadaan yang masih bingung, dia pun bangkit dan keluar dari bilik doktor itu selepas mengucapkan terima kasih. Irani pun mengatur langkah pulang ke wad Puan Surizan.
“Baik betul majikan mama ni, sampai sanggup tolong bayar kos pembedahan? Baik betul!” monolog Irani.

*****

JUDAH menghentikan sesi mesyuarat itu sebaik saja menerima panggilan dari Jasmya.
“Hello,”
“In case abang tertanya-tanya, Mya ada dekat hospital sekarang,” lapor suara kecil itu.
Judah sudah mencekak pinggang. “Kenapa ni tak pandai dengar cakap abang, kan abang dah bagitahu tak perlu susahkan diri adik untuk lawat orang tu. Dia tiada kaitan dengan kita,” ujar Judah dalam keadaan geram. Geram dengan sikap keras kepala adiknya.
“Abang, kan Mya dah cakap semalam yang Mya nak lawat dia?  Okeylah, Mya Cuma nak bagitahu… ouch!”
Judah tersentak, keningnya serta-merta bersambung membentuk satu garisan.
“Adik? Adik! Mya! Jasmya” panggil Judah namun talian sudah mati.
“Kita sambung kejap lagi,” kata Judah kepada ahli mesyurat itu lantas segera beredar dari bilik tersebut. Ahli mesyuarat yang lain sekadar berpandangan, tertanya-tanya dengan perubahan sikap majikan mereka.

“RANI!” panggil Dinah sebaik saja Irani melangkah masuk ke dalam wad. Saat Irani berpaling, matanya terus menangkap susuk tubuh yang seakan dikenalinya. Bila dia amati wajah tubuh itu, keningnya terus terangkat.
“Oh!” Tanpa sedar, tangannya terus tangkat menuding kearah tubuh tersebut.
Wanita yang bertembung dengannya tadi sekadar tersenyum.
“Hai, tak sangka kecil betul dunia. Kita jumpa lagi,” ujar wanita itu.
Dinah dan Puan Surizan sudah berpandangan.
“Kamu dah kenal?” soal Dinah. Irani cepat-cepat menghampirinya.
“Aku terlanggar dia tadi sampai telefon bimbit dia pecah,” kata Irani dalam keadaan berbisik.
Terlopong mulut Dinah mendengar cerita Irani. Bahu Irani terus ditepuk kuat.
“Aaww!” aduh Irani sambil mengusap bahunya.
“Kau tahu tak, dia ni majikan mama!” keras suara Dinah walaupun dalam keadaan berbisik.
“Mana aku tahu…” ayat Irani terhenti. Pantas dia memandang wajah wanita itu.
“Jasmya Nicholas,” sebut Irani.
“Macam mana kau tahu nama dia?” soal Dinah.
“Jadi, awak.. tak! Tak! Cik yang bayar kos pembedahan mama?” soal Irani pula.
Jasmya mengangguk kecil.
“Itu pun kau tahu juga?” kata Dinah lagi.
“Aku tahu dari doktor yang rawat mama,” jawab Irani lemah. Lalu dia pun menyaluk sesuatu didalam bag sandangnya lalu mengeluarkan sebuah plastik.
“Em, cik… memandangkan cik dah bayar kos pembedahan tu, jadi biarlah kami pulangkan jasa baik cik, terima kasih banyak-banyak,” kata Irani sambil menghulurkan plastik tersebut.
Jasmya tersenyum lagi. “Tak perlu bayar balik. Saya dah bagitahu dekat mak cik ni yang saya tak minta apa-apa balasan. Guna saja wang ni untuk beli barang keperluan mak cik nanti,”
Irani sudah memandang Puan Surizan dan Dinah. Dinah mengangguk, memastikan kata-kata yang dia dengar itu betul. Perlahan-lahan Irani menarik plastik itu lalu memasukkan semula ke dalam beg sandangnya.
“Er, Cik Mya ini anak angkat saya, nama dia Irani. Saniya Irani,” tiba-tiba Puan Surizan membuka mulut.
Jasmya tersenyum lantas menghulurkan tangan tanda ingin bersalam. Irani terus mengelap tapak tangannya yang berpaluk ke seluar jeansnya lalu menyambut salam tersebut.
“Hai,”
Nice to meet you, Irani,” ucap Jasmya. Salam terlerai.
“Dinah, boleh tolong belikan air untuk cik Mya. Dia tentu haus,”
Tiba-tiba Irani mengangakt tangan. Semua mata sudah memandang kearahnya.
“Saya beli,” ujarnya suka rela.
“Tak perlu, lagipun saya tak lama. Saya datang Cuma nak tengok keadaan mak cik saja,” tolak Jasmya lembut.
“Cik Mya, saya ada benda nak cakap dengan cik, itu pun kalau cik tak keberatan,” ujar Puan Surizan.
Jasmya tidak jadi untuk menolak. Dia pun mengangguk, memenuhi permintaan wanita itu.
“Saya pergi beli dulu,”
“Hati-hati tau!” pesan Dinah.


SEBAIK saja Judah memaik keretanya, dia pun bergegas keluar dari kereta dan masuk ke dalam bangunan hospital. Judah terus berlari kearah lift dan menunggu sehingga pintu lift itu terbuka. Sambil itu kakinya tidak habis-habis menghentak lantai. Sejurus pintu lift terbuka, dia pun melangkah masuk lalu menekan butang tutup.
Baru saja pintu lift itu ingin tertutup, Judah sudah terdengar suara seseorang meminta tunggu. Judah mendengus lantas menekan butang tutup berkali-kali. Namun tidak sempat.
“Tunggu!” jerit Irani sambil berlari masuk, tiba-tiba kakinya tersandung lantas tubuhnya rebah keatas Judah. Akibat tindakan reflex Judah yang pantas, tanpa sedar dia terus menyambut tubuh gadis itu. Tangannya sudah melingkar pinggang Irani.
Judah dan Irani saling berpandangan. Mata Irani tidak berkelip menatap Judah, seolah-olah dia terpana dengan mata biru milik Judah. Ya Tuhan, ini malaikat ataupun manusia? Bisik hati Irani.
Judah tersentak saat terasa kedua-dua lengan bajunya basah. Dia memandang kedua-dua lengannya, ternyata air yang dibeli gadis itu sedang mengalir keluar.
What the!” kata Judah seraya melepaskan rangkulannya membuatkan tubuh Irani terus menghempas lantai.
“Maa!” Irani terjerit kecil saat kedua-dua air itu menyimbah ke tubuhnya.
Judah pula tidak mengendahkan keadaan gadis itu, dia sibuk mengelap bahunya dengan sapu  tangan. Tanpa balas kasihan, dia melirik kearah Irani.
Irani ketap bibir, dia segera bangkit.
“Kenapa kau lepaskan aku? Tengok, aku dah basah!” marah Irani. Bibirnya diketap kuat.
“Itu bukan urusan aku,” jawab Judah selamba.
Mulut Irani terlopong. Dia mencekak pinggang. “Bukan urusan kau? Okey, aku minta maaf sebab jatuh atas badan kau, aku tak sengaja. Tapi kau pun patut minta maaf juga sebab kau dah buat aku basah macam ni,”
Judah memandang Irani. Pintu lift yang ingin tertutup dihalang Judah.
“Aku pun basah sebab kau, jadi kita seri. Aku tak perlu minta maaf. Lagipun, semua ini salah kau, kau yang bodoh sangat tak tengok jalan tadi,”  ujar Judah.
Terasa seperti ada banyak batu besar menghempap kepalanya. Rasa marah sudah mula mendidih. Irani jenis yang penyabar tetapi bila dia berjumpa dengan orang seperti lelaki dihadapannya, sikap baran yang selama ini disembunyikkannya akan muncul dengan tanpa dapat dia kawal. Tak pernah lagi orang panggil aku bodoh!
“Okey, aku tarik balik kata-kata aku. Aku takkan minta maaf,” ujar Irani.
Dahi Judah berkerut.
Tidak semena-mena, Irani terus memungut gelas yang masih bersisa dengan minuman sejuk lantas menyimbah muka Judah.
“Sekarang kita seri!” kata Irani.
Perlahan-lahan Judah membuka mata, lalu meruap mukanya. Mata birunya yang dipenuhi dengan daya penarik itu tiba-tiba menjadi tajam bak sebilah pisau bedah.
Entah kenapa, melihat pandangan Judah yang seakan membunuh itu membuatkan rasa marah Irani terus berubah gerun. Judah melangkah setapak kearah Irani, Irani pula dengan rasa cuak dia berundur.
Tidak semena-mena, Judah terus merentap lengan Irani membuatkan Irani tersentak. Dia Cuma menolak tangan Judah namun pegangan lelaki itu terlaku kuat sehingga dia dapat rasakan tulang lengannya seolah-olah ingin retak.
Tanpa berkata apa-apa lagi, Judah terus menolak Irani sehingga dia menapak keluar dari lift. Segera Judah menekan butang tutup dan berdiri tegak menunggu pintu lift tertutup. Sedang Irani pula tidak dapat berkata apa-apa.
Irani mendengus kasar. Dia memandang wajah Judah dengan kening berkerut, tangannya yang satu pula sudah mengurut lengannya yang digenggam Judah tadi. Terasa seperti tulangnya kebas.
Perlahan-lahan, pintu lift tertutup memisahkan Judah dan Irani.
 

1 comment:

  1. akhirnya diorg bertemu...x sabo nk tunggu next n3.. best2.. ^^

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.