Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

11 July, 2012

Cage 4 : What's Meant To Be Will Always Find A Way


Cage 4 : What's Meant To Be Will Always Find A Way

~Dia tidak bermain dengan hidup kita, kerana apa yang diberikan itu hanyalah yang terbaik untuk kita~

IRANI merempuh bilik tandas di hospital itu. Pengunjung perempuan yang sedang mencuci tangannya bersama seorang budak kecil kelihatan terkejut dengan tindakan Irani, cepat-cepat wanita itu memeluk anaknya. Namun Irani seakan tidak perasaan kewujudan orang lain ditandas itu, dia meluru masuk dan terus saja meluahkan rasa sakit dihatinya.
            “Dia ingat dia siapa? Dia ingat ini hospital bapa dia, ka? Pandai-pandai tolak dari lift!” rengus Irani seraya menuju ke sinki dan mula mencuci tangannya.
            “Lepas tu, boleh pula dia lepaskan aku macam tu aja! Macam aku ni guni,” bebel Irani lagi sambil memandang imbasan wajahnya di cermin. Wanita dan budak itu sekadar memandang Irani pelik.
            “Dia dah buat pakaian aku basah macam ni, boleh pula dia kata ‘kami seri’? Hum!” dengus Irani, dia sudah mencekak pinggang. Tiba-tiba dia tersenyum, kedua-dua wanita dan budak it uterus berkerut kening, mungkin hairan dengan perubahan drastic Irani.
            “Tapi, bila difikirakan balik… aku dah balas balik. Padan muka!” ujarnya sambil tergelak kecil. Lalu dia pun membongkok lantas membuka ikatan rambutnya. Rambutnya tadi yang diikat seperti bola terus terurai ikal mayang. Irani pun mencuci rambutnya selepas saja memasang paip.
            Wanita dan budak itu sudah takut berada lama didalam tandas, mereka kelihatan takut dengan perangai Irani. Mereka pun perlahan-lahan keluar dari tandas.
            Irani yang sedang mencuci rambutnya terus menegak. Dahinya berkerut. Dia menyentuh dagunya.
            “Ada orangkah tadi?” Irani mengomel sendiri. Melihat sekeliling tiada siapa-siapa, dia terus angkat bahu dan mencuci rambutnya semula.
Irani kembali ke wad Puan Surizan bersama minuman ditangannya selepas mencuci rambut ditandas. Rambutnya itu masih belum kering, malah air masih lagi menitis. Dinah yang melihat Irani dalam keadaan basah kuyup terus mengerut kening.
            “Kau kenapa datang-datang saja, basah?” tanya Dinah.
            Irani meletakkan dua gelas minuman dimeja lalu memandang sekeliling seperti mencari seseorang.
            “Em, Cik Jasmya mana?” soal irani pula.
            “Dia dah pulang, baru saja tadi sebelum kamu sampai Rani,” jawab Puan Surizan. Irani sudah mengeluh kecil.
            “Beg kita mana?” soal irani pada Dinah. Dinah terus mencapai beg pakaian yang berada dibawah kati lalu meneluarkan sehelai tuala kecil.
            “Kau tak jawab lagi soalan aku, kenapa kau basah?”
            Irani mengeluh lagi. “Tadi aku terserempak dengan malaikat tapi rupanya dia tu raksasa!” bebel Irani. Nampaknya rasa geram masih belum hilang lagi. Dinah dan Puan Surizan sudah saling berpandangan.
            “Apa benda kau merepak ni, Rani?” kata Dinah pula.
            Irani memandang Dinah, lalu dia mengeluh lagi. “Takda apa-apalah. Tadi, mama cakap apa dengan Cik Jasmya?”
            “Oh…Mama buat permintaan dengan Cik Mya supaya aku ganti tempat mama dalam masa dua bulan ni sampai mama sembuh,” terang Dinah.
            “Ganti kerja maksud kau? Kalau macam tu, siapa nak jaga mama dekat rumah kalau dia dah keluar hospital?”
            Dinah dan Puan Surizan terus berpandangan selepas mendengar soalan Irani.
            “Beginilah, apa kata kalau Rani yang ganti tempat mama? Dinah boleh jaga mama dekat rumah dan Rani pula, sambil kerja bolehlah Rani cari maklumat tentang keluarga Rani nanti,” cadang Irani pula.
            Dinah mengerut kening. Pantas dia menghampiri Irani.
            “Kau nak tinggal dekat KK seorang diri? Kau dah lama tak jejak KK Rani, kau beranikah?”
            Irani menepuk bahu Dinah.
            “Jangan risaulah, aku berani! Lagipun aku ada ini, rantai ini tidak akan meninggalkan aku seorang diri dan aku percaya Tuhan sentiasa melindungi aku,” kata Irani sambil menayangkan loket berbentuk hati di lehernya.
            “Mungkin betul juga kata Rani tu, Dinah. Lagipun bukankah Rani dah lama nak cari keluarga dia, alang-alang dia dah ada peluang kenapa kita tak sokong dia saja?” sokong Puan Surizan.
            “Maa..”
            “Kakak ku Dinah yang tersayang, aku tahu kau risau. Tapi aku dah okey, aku boleh jaga diri aku sendiri. Lagipun kau tahukan aku ni bukan senang nak buli. Kalau ada orang buli aku, aku buli balik,” pintas Irani yakin sambil menunjukkan buku limanya yang sekecil buah epal.
            Dinah mendengus kecil.
            “Aku tahu, tapi macam mana kalau ada penjahat…” Dinah terus mematikan suara sebaik saja dia merasa tangannya digenggam seseorang. Dia segera menoleh kearah ibunya. Puan Surizan terus memberi isyarat kepadanya agar memandang Irani. Wajah Irani yang sudah hilang seri membuatkan dia menyesal dengan kata-katanya tadi.
            “Maaf,” Dinah terus memohon maaf.
            Irani tersenyum sambil menggeleng. “Aku tahu, kau risau, kan? Aku bertuah dapat kakak macam kau, Din!” ujar Irani lantas memeluk erat tubuh Dinah.
            “Okeylah... mungkin ini yang kau selalu nak, kan? Aku sokong kau, tapi…”
            “Tapi kalau ada apa-apa terjadi, telefon aku? Itu yang kau nak cakap, kan?” Irani terus meleraikan pelukan lantas memintas kata-kata Dinah. Dinah sudah tersenyum. Puan Surizan yang melihat keakraban anaknya dengan Irani, turut tersenyum. Dinah dan Irani saling melengkapi sebagai sahabat. Hubungan yang tercipta antara mereka terlalu kuat walaupun hubungan itu baru saja berusia 6 tahun.
            “Rani, mama berterima kasih sebab ganti tempat mama kerja di rumah Cik Mya walaupun mama tahu bandar ni bawa banyak kenangan pahit bagi Rani,” kata Puan Surizan.
            Irani tersenyum lalu menghampiri wanita itu. Tangannya dipaut mesra.
            “Maa, kata orang kalau kita berhadapan dengan kenangan pahit kita, kita akan selama-lamanya dalam kegelapan dan kita tetap berdiri dititik itu sehingga tiada lagi yang tinggal untuk kita,” kata Irani.
            “Ma, Rani buat semua ni bukan setakat nak cari keluarga Rani, tapi Rani nak bayar semua jasa baik mama, papa dan Dinah yang selama ni jaga Rani walaupun Rani tahu itu tak cukup, Rani tetap nak buat,”
            “Okey, dah cukuplah tu. Rani ni sengaja nak buat aku nangis.” Tiba-tiba Dinah menyampuk. Irani menoleh perlahan sambil mengecilkan matanya.
            “Orang baru nak feel!” ujarnya berseloroh lantas tergelak kecil.
            “Aku nak beli makanan dekat kantin ni, nak ikut?” soal Dinah pula.
            “Oh, sebut pasal makan, perut aku terus berbunyi. Jomlah, aku lapar!” Irani terus memaut tangan Dinah.
            “Mama nak apa-apa?”
            “Beli sajalah apa yang ada,”
            Dinah mengangguk lantas terus melangkah keluar bersama Irani.
           
*****

KEDENGARAN bunyi muzik yang kuat dari dalam sebuah dewan tari disalah sebuah hotel terkenal yang terletak ditengah-tengah bandar Kota Kinabalu. Penonton-penonton yang duduk disebelah-menyebelah pentas menepuk tangan dengan gemuruh sekali sebaik saja semua model lelaki dan perempuan keluar diatas pentas untuk memperagakan fesyen terbaru keluaran Lion’s Empire bagi penutupan acara.
            Selesai itu, pengerusi majlis pula menjemput penganjur dan juga pemilik koleksi pakaian itu ke pentas.
            “Dipersilakan, Encik Judah Nicholas!” umum pengacara lelaki itu. Sesaat kemudian, kelihatan bayang susuk tubuh lelaki berjalan kearah pentas, dan spotlight terus memancar kearah lelaki itu. Kemudian, dia pun mula berjalan sehingga ke penghujung pentas, sambil itu para wartawan yang hadir tidak habis-habis menangkap gambar Judah.
            Judah mengambil mikrofon dari tangan pengacara itu.
            Ladies and gentlemen, thank you for attending the event. Our collection will be available after the grand opening of Lion’s Empire tomorrow. Thank you,” ucap Judah sambil menyeringai, usai dia siap berucap para tetamu pun terus memberi tepukan gemuruh. Judah tunduk lalu mengembalikan semula mikrofon itu kepada pengacara dan masuk semula ke dalam pentas. Selepas Judah menghilang dari pentas, pengacara itu pun menamatkan tugasnya.
            Selesai saja pertunjukkan fesyen itu, Judah tidak lagi menunggu, dia terus pulang ke syarikatnya selepas memberitahu Chad, PAnya untuk mengurusakan segala urusan yang belum selesai. Begitulah Judah, setiap kali dia melangsungkan pertunjukkan fesyen dia tidak ingin tinggal lama, kerana selepas itu pasti ada wartawan yang akan menemuramahnya dan itu adalah perkara yang paling tidak disukainya.
            Tiba didalam pejabat, Judah terus memainkan lagu Moonlight Sonata di gramapon klasik yang terletak dimeja perhiasan, lagu ini adalah antara lagu yang digemarinya dariapda semua masterpiece Beethavon. Lagu itu sering dimainkannya selepas saja acara atau apa-apa majlishnya berjalan dengan lancar.
            Selepas itu, dia menuju ke almari dan membawa keluar sebotol wine dan gelas wain dari almari tersebut. Kemudian, Judah menuangkan sedikit wain ke dalam gelas dan membawanya ke meja. Dia duduk bersandar sambil menghayati muzik yang sedang berkumandang itu.
            Perlahan-palan, Judah menaikkan kedua-dua kakinya ke atas meja, mata memandang ke siling.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering, niat Judah ingin saja mematikan panggilan itu tetapi sebaik saja melihat nama si pemanggil, dia terus menyambut panggilan itu.
            “Ya, Mya,”
            “Abang dekat mana ni? Fashion show dah selesai?”
            “Dah, kenapa Mya belum tidur?” soal Judah pula.
            “Masih awal lagilah. Abang, ingat tak yang Mya cakap petang tadi, mulai esok dia akan kerja disini, ganti aunty Surizan,”
            What? Bukan abang dah cakap tak perlu? Kalau dia tak dapat, dia tak perlukan pengganti dan bayar saja kontrak tu dan cari lain yang lebih baik dari dia,” jawab Judah.
            Kedengaran keluhan kecil dari Jasmya.
            “Abang, diorang tu tak banyak duit macam kita, tau. Aunty Surizan sakit, lepas tu nak dia bayar kontrak tu lagi? Abang ni dah keterlaluan la,” sebal Jasmya.
            “Abang bukan keterlaluan, Mya. Abang rasional, tak bertindak ikut perasaan macam Mya. Lagipun Mya dan bayar kos pembedahan, nak tolong apa lagi?”
            “Abang ni kan, 4 orang tak cukup tau nak atur rumah sebesar ni. Kesian Oba dan yang lain, diorang tu dah la berumur. Lagipun orang ni masih muda tau, dia tentu kuat,”
            Judah ketawa sinis.
            “Jadi Mya fikir dia boleh lawan stamina Oba dan yang lain? Sedangkan dia tu Cuma orang muda yang biasa?”
            “Abang! Abang ni kan, Mya Cuma nak tolong dia bayar kontrak tu. Lagipun cuma dua bulan, kan? Lepas tu aunty Surizan dan dia takkan kerja lagi dekat sini. Dia sendiri yang cakap,”
            Judah membatu.
            “Abang tak setuju,” jawab Judah tanpa berdolak dalih lagi. Dia tetap dengan pendiriannya. Tiba-tiba dia tidak lagi mendengar sepatah-suara yang keluar dari corong telefon bimbitnya. Judah menepuk dahi.
            “Okey, okey! Tapi dia kerja tanpa gaji,” akhirnya Judah bersetuju juga
            “Betul?” Suara ceria Jasmya kembali kedengaran.
            “Tapia pa maksud abang tanpa gaji?”
            “Mya dah tanggung kos pembedahan, jadi gaji untuk dua bulan tiada. Atau,Mya nak dia bayar kontrak tu?” kata Judah pula seakan mengugut.
            Jasmya mengeluh kecil. “Okeylah. Mya ikut cakap abang,”
            Judah tersenyum. “Okey,”
            “Abang pulang tak malam ni?”
            “Tak. Abang tak pulang malam ni. Okeylah, abang nak rehat lepas tu sambung kerja. Jangan tidur lewat tau,”
            “Ya, abang pun jangan kerja sangat tau, nanti gastrik. Bye, good night!”
            Good night!” Judah membalas dengan senyuman bersisa dibibir. Telefon diletakkan atas meja lalu bersandar semula. Judah menyedut udara dalam-dalam, lalu dihembus perlahan. Wain merah dihirup sedikit.
            Namun, melihat wain merah didalam gelas itu terus mengingaktkan dia pada seorang gadis yang ditemuinya pagi tadi. Judah menggeleng kecil.
            Stupid girl!” ujar Judah keras.

*****

IRANI berdiri dihadapan sebuah pagar sambil meneliti alamat yang terdapar didalam kertas kecil ditangannya. Berkali-kali dia melihat alamat didalam kertas dan juga alamat yang tertera didinding konkrit itu. Dahinya berkerut seakan berfikir, seolah-olah dia sedang menjalani peperiksaan akhir tahun.
            “Aku pasti ini negeri Sabah, bukan England. Tapi kenapa di bandar ni ada rumah macam ni?” Irani berfikir sendiri. Kemudian dia memandang rumah besar dihadapannya. Dibina dengan batu bata sepenuhnya. Walaupun begitu rumah tersebut masih menunjukkan sifat mesra alam kerana ianya dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan hijau.
            “Hmm… mungkin aku tinggal dekat stinggan kot sebab tu tak tahu ada rumah begini di Sabah,” kata Irani lagi. Tiba-tiba pintu pagar itu terbuka dengan sendirinya. Terkejut Irani, segera dia membawa kedua-dua tangannya ke belakang.
            “Aku tak buat apa-apa, kan?” katanya takut tangannya itu bergerak tanpa sedar. Kemudian, muncul pula seorang wanita dari pintu rumah yang berwarna putih itu. Wanita tersebut memakai gaun berwarna biru.
            Sebaik melihat wajahnya, Irani terus yakin bahawa dia tidak tersilap rumah. Dia terus melangkah masuk mendapatkan Jasmya.
            “Lama saya tunggu, kenapa tak tekan lonceng?” soal Jasmya sambil tersenyum.
            Dahi irani berkerut. “Ada lonceng ka?” soalnya dengan muka tidak bersalah, lantas membuatkan Jasmya tergelak. Terkulat-kulat Irani memandang wanita itu.
            “Marilah masuk. Tentu panas diluar,” kata Jasmya, tidak terus mejawab soalan Irani tadi. Dia pun membawa Irani masuk ke dalam rumah banglo itu.
            “Selamat datang, Irani!” ucap Jasmya.
            Mata irani serta-merta meliar melihat keadaan sekililing. Rumah itu sama seperti rumah dalam drama korea. Cantik, elegent, tersusun dan besar! Irani kagum sendiri.

4 comments:

  1. seronok betul baca cerita ni..lain :)..cepat update lg tau!!!

    ReplyDelete
  2. terima kasih fiszah, esok2 kita update k :)

    ReplyDelete
  3. ohoho...tak sabar nak baca pertemuan kedua pula...Judah terkenang kenang nampaknya... ^^

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.