Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

12 July, 2012

Cage 5 : It’s God’s Plan


Cage 5 : It’s God’s Plan

“SILAKAN masuk, Irani,” pelawa Jasmya sambil menyuruh pembantu rumah mereka yang satu lagi untuk membukakan pintu. Perlahan-lahan Irani melangkah sambil membawa bagasinya.
            Matanya terus meliar sekeliling rumah. Besar rumah itu tidak kurang besarnya seperti Dewan Tun Mustapa yang terletak di bandar Kudat. Sehinggakan Irani berfikir, berapa kaya sebenarnya keluarga Jasmya ini sampai memiliki rumah sebesar ini.
            “Kenapa Irani?” soal Jasmya serentak mematikan lamunan Irani.
            Irani pantas menggeleng lalu menjawab. “Tak ada apa-apa!”
            “Awak letak beg dulu dekat sini, saya nak bawa awak jelajah tempat ni dulu dan kenalkan awak pada pekerja-pekerja yang lain. Oba, tolong panggil yang lain,” arah Jasmya kepada seorang wanita pertengahan umur yang berdiri disebelahnya. Wanita yang dipanggil Oba itu pun menurut perintah.
            “Cik Mya, boleh saya tanya?”
            “Apa dia?”
            “Cik Mya seorang sajakah yang tinggal dekat rumah ni?”
            “Ah, tak! Saya dengan abang saya buat masa sekarang. Nenek dan mak cik saya sedang bercuti. Minggu depan baru balik,” jawab Jasmya dengan senyuman nipis dibibir.
            Irani mengangguk-angguk sambil mulutnya muncung ke hadapan. Tiba-tiba, Oba dan pembantu yang dipanggilnya muncul dari hadapan mereka. Kesemua mereka adalah wanita dan sudah berumur. Dahi Irani berkerut. Dia memandang kiri dan kanan, seperti mencari sesuatu. Takda lelaki?
            “Terima kasih, Oba. Kenalkan ini adalah pengganti Surizan, dia akan bekerja disini selama dua bulan. Irani, ini Oba. Ketua Pembantu rumah, kalau ada apa-apa nanti tanya dia, ya?”
            “Ah’ah” Irani terangguk-angguk. Pantas dia menyalam Oba. Gerun juga dia melihat wanita-wanita itu. Muka mereka bukan main serius lagi. Seperti mereka itu dilatih oleh tentera.
            “Ini Mami, ini Wee, dan ini Sirita.”
Jasmya memperkenalkan yang lain pula kepada Irani. Semua mata memandang tepat kearahnya. Tajam dan tiada perasaan. Peluh sudah memercik didahi Irani. Terasa seperti nyawa akan berkahir tidak lama lagi apabila bertembung dengan mata mereka.
“Irani?” Jasmya menepuk bahu gadis itu. Pantas Irani memaligkan kepalanya.
“Cik Mya, diorang ni bekas tentera kah?” bisik Irani ditelinga Jasmya.
Jasmya memandangnya dengan wajah terkejut. “Macam mana awak tahu?”
Perlahan-lahan mulut Irani terbuka. Aku dah agak dah! Diorang ni bekas tentera, apa aku nak buat? Terasa seperti rohnya sudah ingin terbang.
“Awak… takutkah?” soal Jasmya.
Irani menggeleng berkali-kali. Tubuhnya keras seperti tiang.
“Oba, nanti Oba tunjukkan tempat ni dan bagitahu apa yang dia perlu buat nanti, ya?” pesan Jasmya lalu meninggalkan ruang tamu dan menuju ke atas.
“Cii…kk…May..” suara Irani tersekat. Perlahan-lahan dia menoleh kea rah Oba dan yang lain.
“Ikut saya,” kata Oba lalu mula melangkah ke dapur.
“Ini bahagian dapur, saya dan Wee in charge dalam ni. Dekat halaman belakang Surizan dan Sirita yang bertanggungjawab. Siram bunga dan pungut daun kering,” terang Oba. Kemudian dia melangkah keluar pula ke halaman belakang rumah. Irani sekadar membuntuti.
Sebaik mereka keluar, kelihatan sebuah gazebo dan tasik kecil tidak jauh dari rumah itu. Tasik itu kelihatan cantik dengan beberapa bunga teratai berwarna merah jambu terapung-apung diatasnya.
“Apa-apa pun, kita tidak dibenarkan mendekati kolam dan gazebo melainkan mendapat arahan dari tuan muda dan cik muda, faham?”
Irani memandang Oba. Dia segera mengangguk.
“Ikut saya, kita ke tingkat dua pula,” Oba melangkah masuk ke dalam melalui pintu dapur.
            Naik ke tingkat dua, Irani sudah boleh nampak 4 buah pintu. Dua buah pintu dihadapannya dan dua lagi berada di penjuru kiri dan kanannya. Dan dihujung kanan ada lagi sebuah tangga berdekatan dengan sebuah bilik.. Rumah yang besar tapi cuma ada 4 orang pembantu dan semuanya perempuan? Pelik betul Cik Jasmya ni. Gerutu hati Irani. Tiba-tiba Oba berhenti dihadapan sebuah pintu.
            “Ini adalah bilik Puan Erma, mak cik cik Muda. Dan disebelah itu adalah bilik Puan Nagisa, nenek cik muda. Di hujung kiri ini adalah bilik cik muda. Di hujung kanan pula adalah bilik tuan muda, abang cik muda. Tugas kita adalah membersihkan bilik dan menukar cadar 3 kali dalam seminggu,”
            Irani mengangguk-angguk.
            “Tapi, kita tidak dibenarkan masuk ke bilik tuan mudah melainkan dapat kebenaran tuan muda,”
            Dahi Irani berkerut. “Kenapa pula?” soalnya. Oba terus memandangnya dengan galak. Irani terus tertunduk.
            “Maaf,” pintanya.
            “Di atas adalah tingkat terakhir. Ada 3 bilik lagi, ianya adalah bilik tetamu. Bilik itu juga perlu dibersihkan 3 kali seminggu,” kata Oba sambil mengorak langkah mendekati tangga. Irani hanya mengikuti dari belakang.
            “Em… saya nak tanya, maksud Oba bersihkan bilik termasuk tukar langsir sekali?”
            “Ya. Termasuk berishkan dan tukar tuala putih didalam kamar mandi,”
            Irani mengangguk-angguk. Patutlah mama boleh cedera sampai patah kaki, rumah besar, kerja banyak tapi pembantu rumah sikit. Lainlah kalau Oba dan yang lain. Bekas tentera! Rungut Irani dalam hati.
            “Oba, lepas ni kita nak pergi mana?” soal Irani sedikit girang. Terasa seperti seronok pula menjelajah rumah itu, seperti dia sedang menjelajah muzium pula.
            Oba memandang Irani.
            “Ingat, kau bukan pelancong, kau pembantu rumah. Jangan sesekali melintasi garisan,” kata Oba dengan nada dingin. Lalu dia pun menuruni tangga meninggalkan Irani yang sudah terkesima.
            Perlahan-lahan Irani berpusing dan membuntuti Oba dari belakang. Seterusnya, mereka menuju pula ke bahagian dobi. Bilik itu khas untuk mencuci pakaian majikan dan berderet mesin basuh didalam dobi itu. Irani hampir kagum buat kali kedua.
            Kemudian, Oba membawa pula Irani ke bilik bawah tanah. Bilik itu berada dihujung rumah.
            “Ini adalah Wine cellar. Kita tidak dibenarkan masuk…”
            “Melainkan dapat kebenaran,” pintas Irani. Oba terus terdiam dan memandangnya. Menyedari dia telah bersikap biadap, dia terus tertunduk.
            “Baguslah kalau kau tahu. Sekarang kita naik. Cik Muda sedang tunggu kau dibilik,” kata Oba. Jawapanya itu mengejutkan Irani.
            “Oh, okey,” Irani segera mengorak langkah menyaingi langkah Oba.

*****

WHAT’S the meaning of this?” tengking Judah sambil menghempas fail yang baru siap ditelitinya.  Chad lelaki yang berdiri disebelahnya kelihatan tenang, namun Tedd yang berdiri dihadapannya sudah mengeletar ketakutan.
            “Tuu…sa…saya…”
            Speak properly!” tengking Judah lagi membuatkan Tedd hampir tumbang.
            Tedd menelan liur. “Ooo..okey. Saya dah bagitahu tempoh pembayaran adalah minggu ini tapi… nampaknya.. mereka belum bayar,”
            “Apa yang kau bagitahu diorang, Tedd? Did you beg them to pay their debt?” soal Judah.
            Tedd memandang Judah dengan wajah tidak bersalah, lantas dia mengangguk kecil.
            “Saya dah merayu suruh diorang bayar, tapi dorang cakap diorang akan bayar minggu depan,”
            Judah sudah menarik nafas dalam, kelihatan urat-urat didahi luasnya sudah timbul. Melihat keadaan Judah seperti itu, Tedd perlahan-lahan mengambil satu langkah ke belakang.
            “Aku ada suruh kau merayu dengan diorang, huh?” sergah Judah. Tedd mengeleng berkali-kali.
            Then, why did you do it?” kata Judah lagi, kali ini suarany sudah berubah lembut sedikit.
            Didn’t I tell you? Let them beg you, Tedd. Ini bukan sesuatu yang aku boleh bertolak ansur, kau tahu itu Tedd. Kau ingat tempat ni tempat kebajikan, diorang boleh berhutang pada kita?”
            Tedd menggeleng lagi. Jauh disudut hati, dia bersetuju dengan kata-kata majikannya.
            “Kali ini aku lepaskan kau, tapi aku nak kau balik ke sana dan bagitahu. Kalau diorang tidak bayar bayaran yang tertangguk, kita tidak akan lagi membekalkan kain pada mereka. Kau faham?” tegas Judah lalu membaling fail biru itu kearah Tedd. Terkial-kial Tedd menyambut fail tersebut.
            If you failed, you are fired!” gertak Judah pula.
            “Baik, baik!” jawab Tedd terketar-ketar sambil tunduk lalu dia pun cepat-cepat keluar dari pejabat itu.
            “Kau selalu cakap bagitu, tapi kau tak pernah kotakan kata-kata kau, Jude,” ujar Chad sebaik saja susuk tubuh Tedd tidak lagi kelihatan.
            Judah mencebikkan bibir. “Diamlah! Macam mana dengan yang aku suruh? Dapat?”
            Chad tidak menjawab, dia terus mengeluarkan fail didalam briefcasenya lalu dihulurkan kepada Judah. Judah mengambil huluran itu lalu seraya dibelek. Melihat sekeping gambar yang terselit didalam fail itu serta-merta merubah air muka Judah.
            “Menurut info yang aku dapat, dia ada sebuah kilang texture di Penampang dan ianya adalah haram,”
            Judah terus memandang kea rah Chad. Matanya sudah bercahaya mendengar penerangan Chad tadi. Judah tersenyum sinis.
            “Kau tahu apa yang kau patut buat, bukan?” kata Judah. Chad mengangguk sekali.
            “Sir, saya nak tanya. Kenapa sekarang baru  tuan nak bertindak?”
            Judah menongkat dahu dengan kedua-dua tangannya.
            “Sebab aku nak dia rasa kehilangan yang secara tiba-tiba. Aku nak dia menderita, merayu dan akhirnya bunuh diri,”
            Chad menelan liur sebaik saja terdengar ayat terakhir Judah. Semakin hari, dia merasakan lelaki disebelahnya ini berubah kepada seseorang yang tidak dikenalinya.
            “Okey, itu saja. Kalau kau dah ada rancangan, bagitahu aku. Kau boleh pergi,”
            Chad tertunduk lantas keluar dari pejabat.
            Judah memusingkan kerusinya kearah jendela. Pemandangan luar bangunan menampakkan bandar raya konkrit yang masih disinari dengan cahaya matahari. Judah bersandar. Satu keluhan berat lahir dibibirnya.

“CIK MYA,” sapa Irani sambil melangkah masuk ke dalam bilik Jasmya. Oba meninggalkan mereka berdua lalu menutup pintu.
            “Duduk sini Irani.” Jasmya mempelawanya dengan mesra sambil menuruh Irani duduk di sebelahnya di ruang tamu mini. Irani segera melangkah dan melabuhkan punggung.
            “Macam mana?” soal Jasmya.
            Dahi Irani berkeut. “Macam mana, macam mana?”
            “Yalah, rumah ni. Awak suka?”
            Dahi Irani berkerut lagi. Apa maksud pertanyaan Jasmya? Jasmya bercakap seolah-olah rumah ini juga miliknya. Dan dia berasa pelik bila terasa dia dilayan sedikit berbeza berbanding dengan yang lain.
            “Em, rumah ni besar dan cantik, sudah tentu semua orang suka,” jawab Irani.
            Jasmya hanya tersenyum. Perlahan-lahan dia menyentuh rambut Irani yang terjuntai di belakang cuping terlinga. Irani yang berasa pelik dengan situasi itu segera berdiri. Jasmya segera tersentak dan memandang Irani. Gadis itu sudah kelihatan janggal, tapi walaupun begitu dia tetap tidak bersuara.
            “Maaf kalau saya sudah melampau,” mohon Jasmya  dengan sedikit keluhan.
            “Cik Mya, boleh saya tanya? Kenapa Cik Mya layan saya dengan baik? Dan tadi… adakah Cik Mya kenal saya?” soal Irani.
            Jasmya mengeluh kecil. “Saya tak kenal awak, tapi saya kenal awak di kehidupan yang lalu,”
            Dahi Irani berkerut tidak faham. Tiba-tiba Jasmya bangkit lalu mengambil sesuatu dirak buku hadapan katilnya. Buku tersebut seperti sebuah album. Album itu dibawa ke ruang tamu.
            “Duduk dulu,” arah Jasmya dan Irani pun menurut.
            Jasmya membuka album itu dan menunjukkan sekeping gambar yang mempunyai 3 orang didalamnya. Seorang lelaki dan dua orang perempuan.
            “Siapa ni?” soal Irani.
            “Tengok betul-betul,” kata Jasmya.
            Irani mengamati setiap wajah yang ada dalam gambar itu. Tiba-tiba dia tersentak saat melihat wajah seseorang didalamnya. Wajah itu seiras dengan wajahnya. Saling tak tumpah. Seperti kembar. Dia terus memandang Jasmya.
            “Dia kakak saya,” kata Jasmya.
            Dan serentak itu, album tersebut jatuh dari tangan Irani.

3 comments:

  1. Jgn kata yang Irani tu adik beradik kandung Jasmya dan jugak Jude. :S Tak nak lah durg jadi sibilngs. Nak Irani ngan Jude together as wife and husband je Hehehehhe :p

    ReplyDelete
  2. ....adik n kakak 0r anak saudara...ermmmz,next!

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.