Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

14 July, 2012

Cage 6 : Invisible Heartache


Cage 6 : Invisible Heartache

CEPAT-CEPAT Irani memungut album yang terjatuh tadi. Wajahnya sudah kelihatan pucat. Mana mungkin wajahnya boleh sama dengan wajah kakak Jasmya. Adakah ini satu permainan? Bisik hati Irani.
            “Maaf, saya dah buat awak terkejut. Pada mulanya, saya juga tidak percaya yang wajah awak sama dengan wajah kakak saya,” kata Jasmya.
            “Sejak bila Cik Mya tahu yang…” Irani tidak dapat meneruskan kata-katanya, sesunggunya dia masih terkejut.
            “Aunty Surizan selalu bercerita tentang awak dan anaknya pada saya, dan satu hari itu dia tunjukkan gambar awak dengan Dinah.  Dah saya betul-betul terkejut tengok gambar tu, wajah awak betul-betul seiras dengan kakak saya,” cerita Jasmya.
            “Mama saya tahu yang wajah saya sama dengan kakak Cik Mya?”
            Jasmya menggeleng. “Saya tak bagitahu, tapi saya harap sangat yang saya boleh berjumpa dengan awak dengan mata saya sendiri. Bila aunty ditimpa kemalangan, pada masa itu saya dapat rasakan yang kita pasti akan berjumpa,”
            Irani memandang Jasmya. “Maaf, saya tak tahu nak cakap apa,” kata Irani. “Tapi saya benar-benar bukan…”
            Jasmya segera tersenyum kecil. Irani terus berhenti bercakap, dia pandang wanita itu dengan wajah berkerut.
            “Saya memang sedar, Irani bukan kakak saya sebab kakak saya dah lama meninggal. Mungkin ini keajaiban, keajaiban yang Tuhan ciptakan untuk saya sebab saya sangat rindukan kakak saya,” ujar Jasmya.
            Irani gigit bibir. Rasa simpati menyengat dihatinya. Mana mungkin dia boleh bersikap biasa selepas dia tahu yang wajahnya seiras wajah kakak majikannya? Macam mana dia boleh berkerja dibawah bumbung itu dengan wajah kakak Jasmya?
            “Cik Mya, saya rasa bekerja disini bukan pilihan yang baik. Saya minta maaf kalau saya akan menyinggung perasaan Cik Mya, tapi saya tak boleh berkerja selepas tahu semua ni,” Irani takut-takut menyuarakan perasaannya tapi dia tetap teruskan juga.
            “Awak pasti dengan kata-kata awak? Awak tak nak fikir dulu masak-masak dulu? Sebab saya dan aunty Surizan dah buat perjanjian yang dalam tempoh dua bulan ni, anaknya akan mengantikan dia. Kalau Irani tak terima, macam mana dengan perjanjian tu?” soal Jasmya.
            Irani mengetap kedua ulas bibirnya, matanya ke sisi. Kata-kata Jasmya membuatkan dia berfikir tiga kali. Jika dia tidak menggantikan posisi ibunya, maka segala usaha mamanya akan menjadi sia-sia. Setelah dua tahun berkerja disitu, dan hanya sekali itu saja ibunya mendapat masalah. Rasa tidak benar jika dia berhenti separuh jalan.
            Walaupun dia berhenti, apa yang dia dapat? Mungkin Dinah akan menggantikan tempatnya, tapi usaha untuk mencari keluarga kandungnya akan terlepas.
            Melihat keadaan Irani yang serba salah, Jasmya tersenyum. Terasa comel pula melihat wajah Irani begitu. Tidak tumpah seperti kakaknya bila dalam keadaan serba salah. Tiba-tiba, Jasmya tersentak. Cukup Mya, ingat… dia bukan kakak! Kakak dah lama meninggal! Perlahan-lahan senyuman Jasmya lesap.
            “Em… boleh tak kalau saya fikir dulu?” soal Irani. Saat itu, dia tidak boleh membuat keputusan terburu-buru. Dinah dan mama harus tahu keadaannya. Tiba-tiba dia menggeleng. Tak boleh, tak boleh! Kalau Dinah dan mama tahu, diorang mesti risau dan suruh aku pulang. Macam mana nak cari keluarga aku? Fikiran Irani semakin bercelaru, bukan dia dapat cari jalan penyelesaian tapi makin kusut!
            Jasmya yang sekadar memerhati sudah mula serba salah, nampaknya dia sudah mengheret gadis itu di pinggir gunung. Mahu tidak mahu, dia harus menarik kata-katanya untuk selamatkan Irani dari terjatuh. Tapi dia tetap akan kehilangan Irani.
            “Beginilah… saya harus berbincang dengan seseorang, izinkan saya untuk bertelefon sekejap ya?” pinta Irani pula lalu seraya bangkit dan membawa keluar telefon bimbitnya yang berjenama Nokia Classic itu. Telefon tersebut bukannya milik Irani, tapi Dinah memberikan kepadanya bagi memudahkan mereka untuk berhubung kelak. Irani melangkah mendekati tingkap.  Dia segera mendial nombor Simon. Saat itu hanya Simon yang terlintas dikepalanya.
            Jasmya sekadar memandang dari jauh. Sesekali, dia merasa terkilan bila Irani berusaha menolak tawarannya. Adakah sudah terbit rasa benci Irani terhadapnya? Dia takut, dia takut jika gadis itu membencinya. Dia merasakan seperti kakaknya sendiri yang berasa begitu kepadanya.
            “Hello, Simon,”
            “Rani? Ingatkan Dinah tadi. Kenapa ni? Kau sudah sampai di KK?”
            “Eya, dan mulai hari ini aku yang pegang telefon ni. Jadi jangan cuba-cuba nak telefon Dinah malam-malam buta!” kata Irani seakan terlupa tujuan sebenarnya menghubugi Simon.
            “Mana ada aku pernah telefon Dinah malam-malam buta, waktu petang adalah,” akui Simon.
            Irani mencebikkan bibir. “Sudahlah. Ni, boleh kita jumpa tak? Aku ada hal nak bincang ni,”
            “Bincang? Sekarang? Tak bolehlah… aku sibuk!”
            “Sibuk? Bukan kau tengah main Dota ka? Aku boleh dengar tau!”
            Kedengaran gelak tawa Simon.
            “Alah… dah seminggu aku tak main Dota ni. Please?” rayu Simon.
            “Simon, perkara ni penting tau, antara hidup dan mati! Kalau kau taknak tolong, okey aku taknak urus kau dengan Dinah lagi. Sampai bila-bila!” kata Irani keras. Terpaksa juga dia mengugut Simon dengan cara itu. Dia tahu, Simon tidak dapat elak jika dia mengaitkannya dengan Dinah.
            “Okeylah, okeylah! Tapi aku tak tahu alamat rumah majikan kau,”
            Irani gigit bibir. “Kejap eh,” Irani kembali ke tempat Jasmya. Langkahnya perlahan-lahan mati saat melihat Jasmya yang sedang tertunduk.
            “Cik Mya?” soal Irani. Jasmya terus memalingkan wajahnya ke tempat lain, lalu menyentuh bucu matanya dengan jari telunjuk. Jiwa Irani terus berkocak hebat. Dia dah menangis ka? Aku dah buat orang menangis ka?
            “Kenapa?” jawab Jasmya.
            “Emm… saya nak tanya, rumah ni terletak di mana? Kawan saya nak datang, saya perlu bercakap dengan dia kalau Cik Mya izinkan,”
            Jasmya mengangguk kecil sambil tersenyum. Berusaha menyembunyikan sebak didadanya.
            “Jalan Bukit Bendera, Nicholas Residential,” jawab Jasmya.
            Irani sekadar mengangguk tanda terima kasih, kemudian dia kembali menjauh.
            “Dengar tak tadi, Jalan Bukit Bendera, Nicholas Residential. Datang cepat tau, bergerak sekarang juga!” kata Irani dengan nada keras.
            “Iyalah, iyalah. Aku jalan sekarang, tempat tu dekat saja. Dalam 6 minit mungkin boleh sampai,” kata Simon lantas mematikan talian.
            “Irani benci dengan saya ka?”
            Irani tersentak saat mendengar soalan Jasmya. Perlahan-lahan dia menoleh kearah wanita itu. Irani gigit bibir. Nampaknya wanita itu sudah salah faham dengan tindakannya.
            “Cik Mya, saya tak bencikan Cik Mya, cuma dengan wajah saya macam ni, saya taknak Cik Mya keliru dan saya taknak Oba dan yang lain salah faham,” terang Irani.
            Jasmya memandangnya dengan mata kendur. Dia akui, memang salahnya kerana tidak dapat mengawal diri. Mungkin keputusan Irani untuk menolak pekerjaan itu betul.
            “Saya faham, kalau begitu saya izinkan awak untuk berfikir. Tapi tolong maafkan saya atas keterlanjuran saya tadi, saya cuma tak dapat kawal perasaan saya,”pinta Jasmya.
            Irani mengangguk kecil. “Kalau begitu, saya keluar dulu. Kawan saya akan sampai tak lama lagi,”
            “Ialah, apa-apa keputusan awak, saya akan terima.” Jasmya sedia menerima dengan hati yang terbuka.
            Irani mengangguk lantas beredar keluar. Walaupun hatinya masih serba-salah dengan keputusannya, dia tidak boleh berpatah lagi. Sebaik dia melangkah keluar, dia melihat Oba sedang berdiri disebelah daun pintu. Rupanya sejak tadi, wanita itu mendengar perbualan mereka.
            “Oba,”
            Wanita itu tidak bersuara melainkan menghulurkan beg pakaian itu kepada Irani. Irani mengambil beg itu, dan tanpa berkata apa-apa lagi, dia terus berlalu turun.
           
*****

JUDAH melangkah masuk ke dalam kereta sebaik saja Chad membukakan pintu untuknya. Di dalam kereta, dia membelek semula portfolio model-model yang akan memperagakan rekaan terbaru pada pertunjukkan fesyen akan datang. Separuh daripada model itu memenuhi piawaian yang dicarinya, manakalah separuh lagi tidak mencapai piawaian. Judah mengeluh kecil.
            “Kenapa tuan?” soal Chad yang masuk ke dalam kereta, terdengar keluhan kecil Judah.
            “Takda apa. Jalan,” arah Judah sambil meletakkan semula portfolio itu ke pket belakang kerusi pemandu. Chad tidak bertanya lagi, dia pun segera menghidupkan enjin dan membawa keluar kereta terus ke lebuh raya menuju ke sebuah resort ternama.
            “Tuan, tuan pasti dengan keputusan tuan?” soal Chad sambil memandang Judah melalui cermin hadapan.
            “Apa? Berjumpa dengan Sherly? Model tua tu?” kata Judah dalam nada sinis.
            Chad berdehem.
            “Relax, Chad. Selagi aku terima jemputan makan malam dia, dia tidak akan berhenti. Whatever it is, I need to put an end,” jawab Judah. Dia tahu benar mengapa wanita itu tidak henti-henti menghantar pelawaan untuk makan malam bersama. Tujuannya hanya satu, menjadi model tetap syarikatnya dan tektik itu tidak berkesan baginya. Prinsip Judah, ‘if you don’t earn it, you don’t deserve it’. Jika kau tidak berusaha, kau tidak layak untuk memiliknya, itulah prinsip Judah.
            Jika Sherly terus-terusan ingin mengodanya dengan wang, dia terpaksa bersikap kasar untuk menghentikannya.
            “Kenapa Chad, kau risau dengan Sherly?”
            Chad hampir terbatuk mendengar soalan Judah. “Takdalah, adakah macam tu!” tergagap-gagap Chad membalas.
            Judah hanya tersenyum.
            “Cepatlah sikit, malam ni aku perlu pulang makan malam dengan adik aku,”
            “Baiklah!” Chad menurut tanpa kata, lantas dia pun menambah kelajuan dari 80km/j kepad a 100km/j.
Dalam masa 20 minit, Judah sudah tiba dihadapan lobi Magellan Sutera Resort.
“Tunggu disini, dalam masa 15 minit aku akan keluar semula,” pesan Judah lalu keluar dari kereta tanpa Chad membukakan pintu untuknya. Chad mengangguk. Tapi dalam fikirannya, mungkin tidak akan sampai 15 minit. Dia bertaruh, dalam masa 10 minit Judah akan keluar semula dengan wajah tersenyum tanda kemenangan.

             

“WHAT? Muka kau seiras dengan muka kakak dia?” kata Simon dengan nada terkejut. Irani mengangguk-angguk, mengiyakan. Simon dan Irani kini sudah berada didalam sebuah café di Karamunsing Capital yang tidak jauh dari Nicholas Residential.
            “Pelikkan? Macam tak boleh percaya, tapi aku nampak gambar dia dengan mata aku sendiri,” kata Irani lagi.
            “Jadi sebab itu kau tolak tawaran kerja kat sana?” soal Simon.
            Irani gigit bibir bawah sambil mengangguk kecil. “Aku tak tahu nak buat apa, aku taknak dia dan seluruh keluarga dia keliru dengan wajah aku,” luah Irani.
            “Beginilah, aku tak rasa diorang akan keliru sebab kau dah cakapkan kakak Cik Mya tu dah meninggal. Mungkin bukan senang untuk kau berhadapan dengan dia, tapi cuba fikir tujuan kau datang ke KK? Untuk apa?” soal Simon.
            Irani memandang Simon sambil menggigit hujung bibir.
            “Cari keluarga kandung aku,”
            Simon memetik jari. “Untuk dua bulan saja, Rani. Lagipun kau buat semua ni untuk aunty Suri, kan? Keluarga Cik Mya dah bayar insurans aunty Suri lepas tu bayar pula kos pembedahan. Mungkin kerja disitu, ada juga kebaikannya,”
            Irani tidak dapat membalas kata-kata Simon. Jauh disudut hati, dia bersetuju dengan Simon. Mungkin ada baiknya dia berkerja sementara disitu.
            “Jadi, perlukah aku bercakap dengan Dinah?”
            Simon mengangguk. “Takda apa yang perlu kau sembunyikan pada dia,”
            Dalam diam, Irani bersetuju. Dia pun mencapai telefon bimbitnya lantas mendail nombor telefon rumah mereka di Kudat. Sambil menunggu, panggilan dijawab Irani membuang pandangannya ke luar dinding cermin. Pada mulanya, dia sekadar melihat orang-orang yang berkunjung disitu, tapi tiba-tiba matanya terpandang seseorang yang dikenalinya melalui café itu. Air muka Irani serta merta berubah, seolah-olah dia baru saja melihat hantu. Mukanya pucat tidak berdarah.
“Hello,”
Sebaik saja Dinah menyambut panggilan itu, telefon bimbit sudah jatuh dari tangan Irani membuatkan Simon mengerut kening melihat tingkahnya.
 “Kenapa?” soalnya.
Tidak semena-mena, Irani terus bangkit dan keluar dari café itu. Simon sudah terpinga-pinga melihat perangai Irani. Simon terkesima seketika, sesaat kemudian, dia terus mencapai telefon bimbit Irani lalu membayar bil dan segera keluar dari café itu.

Di salah sebuah restaurant yang ada didalam Magellan Sutera Resort itu, kelihatan sepasang wanita dan lelaki sedang duduk dihujung bersebelahan tingkap dan hanya mereka berdua yang berada didalam restaurant itu. Selalunya Ferdinand's  hanya dibuka pada jm 6 petang sehingga 11 malam. Mungkin salah seorang dari pasangan itu sudah menempah restaurant tersebut untuk tengah hari itu.
            Look Sherly, aku takda banyak masa so kalau kau nak cakap, cakap sekarang,” kata Judah dengan kaki bersilang dan tangan terletak diatas lutut.
            Wanita yang dipanggil Sherly itu tersipu-sipu tersenyum.
            “Kenapa susah sangat kau nak terima jemputan aku, Jude…”
            “Call me Judah,” pintas Judah. Sherly terdiam, namun dia paksakan juga menayangkan senyumannya.
            “Judah, aku dengar kau akan adakan fashion show dekat sini?”
            “So?” soal Judah acuh tidak acuh.
            “So…” Sherly bangkit lalu berjalan menghampiri Judah. Perlahan-lahan tangannya menyentuh bahu lelaki itu. Kemudian dia tertunduk, mendekatkan bibirnya ke telinga Judah. Ketika itu Judah langsung tidak berganjak, malah dia tersenyum sinis. Seakan dia sudah menagak yang situasi seperti itu akan berlaku.
            “Kau rasa aku boleh ikut tak dalam fashion show tu?” kata Sherly dalam nada lembut dan menggoda. Sambil jari-jemarinya itu bermain di dagu Judah. Tiba-tiba tangannya digenggam lembut oleh Judah.
            “Sherly, apa kata kita berbincang seperti rakan sekerja dan bukan seperti bapa ayam dan pelacur?” Judah terus menapis tangan Sherly lantas bangkit. Sherly yang tersentak, terundur ke belakang.
            Jika kau datang pada aku dengan sikap begini lagi, jangan salahkan aku jika aku bersikap kejam. I came here to put an end, so if you’re not going to stop, I will stop you at any cost.” Tajam mata Judah menikam Sherly. Amarannya keras dan menyengat ditelinga wanita itu.
            Wajah Sherly sudah sudah kelihatan pucat. Kecut perutnya mendengar amaran Judah. Sherly menelan liur.
            “Kau tak kenal aku siapa?” soal Sherly, nampaknya walauapapun yang terjadi, dia tetap ingin memenangi hati Judah agar memilihnya sebagai salah seorang dari model peragaannya.
            Judah tersenyum sinis mendengar kata-kata wanita itu. Tidak semena-mena, Judah mencengkam rahang Sherly.
            “Aku tak kisah kau siapa, aku tak kisah siapa bapa kau, tapi kalau kau bersikap seperti pelacur, don’t expect anything from me!” Judah terus menolak rahang Sherly sehingga wanita itu terundur dan hampir terjatuh. Kemudian, dia pun mula mengorak langkah.
            “Judah, Judah!” jerit Sherly namun Judah tidak sekali pun menoleh. Sherly menghentak kaki kegeraman. Merah padam mukanya menahan amarah sementara, Judah dihadapan sudah tersenyum sinis. I will always win!

*****

JUDAH kembali ke kereta dengan senyuman di bibir. Chad yang sedang menunggu didalam kereta terus memandang jam dipergelangan tangannya. Chad tersengih. Tidak sampai 12 minit, Judah sudah pun kembali. Dia terus keluar dan membuka pintu untuk tuannya.
            Judah melangkah masuk, begitu juga Chad.
            “Alang-alang dah ada sini, kita ke Fashion House dulu sebelum pulang.” Judah memberi arahan sambil membetulkan butang kotnya. Chad tidak berkata apa-apa lagi melainkan memandu kenderaan itu keluar dari perkarangan resort.
            Tidak kurang 15 minit perjalanan, Chad sudah pun tiba di jalan masuk Karamusing Capital. Chad terus mencari tempat memakir kereta. Dalam mencari tempat kosong, Chad berputar-putar disekitar bangunan tersebut.
            Baru saja Chad ingin memasukkan keretanya ke petak kuning tiba-tiba ada seorang gadis meluru kearah keretanya membuatkan Chad menginjak padel brek serta-merta.
            “Chad!” Judah tersentak. Hampir saja tubuhnya bertembung dengan kerusi hadapan, nasib baik dia memakai tali pinggang keselamatan.
            “Maaf, tadi ada orang…” Chad terpandang-pandang diluar, tapi gadis yang hampir dilanggarnya itu sudah hilang. Jantung Chad sudah berdebar-debar, takut kalau-kalau dia sudah melanggar gadis itu.
            “Orang apa?” soal Judah. Lantas membuka pintu dan keluar. Chad turut turun dari kereta.            “Rani!” Tiba-tiba ada seorang lelaki meluru kearah mereka dan mendapatkan sesuatu dihadapan kereta. Lelaki itu memapah seorang gadis untuk berdiri.
            “Kau okey?” soal Simon.
            Chad dan Judah tergamam melihat gadis itu. Judah terus mengalihkan pandangannya kearah Chad. Wajahnya jelas terkejut.
            Tidak semena-mena, Judah terus meluruh kearah Irani dan Simon.
            “Ada apa ni? Kau tak nampak ada kereta yang sedang masuk?” soal Judah keras.
            “Maaf, Encik! Dia tak perasaan tadi.” Simon terus menjawab tatkala melihat Irani yang masih dalam keadaan terkejut.
            Hey, I talking to you!” tengking Judah kepada Irani. Irani yang tertunduk dari tadi, mengangkat wajah. Membalas pandangan Judah.
            “Aku…”
            “Aku tak kisah kalau kau nak bunuh diri, tapi bukan dengan kereta aku. Kau faham?” nada Judah naik satu volume sehingga membuatkan Irani dan Simon tersentak. Judah terus berlalu mendapatkan Chad dan menyuruh dia untuk duduk dibelakang. Setelah itu dia pun masuk di tempat duduk pemandu dan membawa kereta itu keluar dari perkarangan bangunan.
            “Dia…” Chad bersuara kecil namun dia tidak mampu meneruskan kata-katanya.
            “Dia bukan kakak!” jawab Judah lantas segera menekan padel minyak.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.