Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

15 July, 2012

The Only Exception Part 12


Part 12


MALAM itu, Lee langsung tidak dapat lelapkan mata. Sejak dua jam lalu dia berdiri dihadapan jendela, memandang kearah bulan. Sekejap dia berfikir pasal Sara, sekejap pula dia fikirkan pasal rumah kebajikan Anak Emas itu. Apa kaitan Anak Emas dengan papa?
            Dahi Lee berkerut. Persoalan itu tidak henti-henti muncul di kotak mindanya, seakan benda itu sudah terpahat dikepala otaknya.
            “Aku harus cari tahu. Mungkin uncle Som tahu,” kata Lee lalu seraya mencapai teleefon bimbitnya dan mendail nombor Encik Som. Beberapa saat berdering, akhirnya panggilannya disambut juga.
            “Ah, kenapa ni Lee?” suara Encik Som kdengaran garau, mungkin terbangun dek deringan telefonnya.
            Sorry uncle, uncle baru bangunkah?”
            “Yalah.. ada apa?”
            Lee melangkah ke jendela semula.
            “Uncle tahu tak rumah kebajikan Anak Emas?”
            “Emm… mesti Sara dah bagitahu semua pada Lee kan? Uncle tahu apa yang Lee nak tahu, rumah kebajikan tu tiada kaitan langsung dengan keluarga kamu. Uncle dah cari maklumat-maklumatnya, tapi uncle tak jumpa langsung kaitannya,”
            “Tak uncle. Mungkin ia takda kaitan dengan keluarga Lee, tapi mungkin ada kaitan dengan masa lampau papa, sebab papa juga berasal dari rumah anak yatim. Mungkin penjahat tu kawan lama papa?”
            “Uncle dah check semua latar belakang kawan-kawan papa kamu, tapi tiada yang pernah menyimpan dendam terhadap papa kamu, Lee. Uncle dah cuba sedaya-upaya uncle untuk selesaikan misteri ni, tapi uncle tak dapat. Beginilah, esok saja kita bincang pasal ni, ya?” kata Encik Som.
            Lee mengeluh kecil. Hari sudah pun lewat malam, dia faham jika pak ciknya itu mahu berbincang esok. Tapi esok, Sara sudah tiada.
            “Okeylah. Good night uncle,” ucap Lee. Selepas Encik Som membalas ucapannya, dia pun mematikan talian dan meletakkan telefon bimbitnya diatas katil.
            “Arghh!”
            Lee tersentak saat terdengar jeritan seseorang dan bunyi kaca pecah.
            “Sara!” bisik Lee lantas terus bergegas keluar dari biliknya dan berlari menuruni tangga.
            “Sara!” jerit Lee sambil berlari kearah dapur, kerana hanya kawasan dapur yang berlampu. Ada kemungkinan Sara berada disana. Sebaik dia masuk ke dalam dapur, dia sudah ternampak Sara sedang terduduk disudut dapur sambil memegang pisau.
            “Sara, kenapa ni?” soal Lee lalu mendapatkan Sara. Gadis itu kelihatan pucat, bibir bawanya sudah terketar-ketar seperti sedang ketakutan. Sara tidak menjawab soalan Lee, sebaliknya melepaskan pisau itu dari tangannya.
            “Tadi… tadi…. Ada orang bertopeng serang aku!” kata Sara dengan suara yang terketar-ketar.
            Lee segera tersentak. “Orang bertopeng? Orang macam mana? Dia masuk dari mana?” soal Lee bertubi-tubi. Sara memandangnya lantas mengeleng perlahan-lahan. Dia masih dalam keadaan terkejut sehingga tidak dapat menjawab apa-apa soalan dari Lee.
            Melihat keadaan Sara yang seperti hilang punca itu membuatkan hati Lee tersentuh kejap. Perlahan-lahan dia membawa tubuh Sara ke dalam dakapannya. Sara tidak memberi reaksi, dia biarkan saja tubuhnya dipeluk Lee.
            Lee mengusap kepala Sara, seperti ibu yang menenagkan anaknya yang sedang nangis.
            It’s okey, it’s okey,” ujar Lee lembut.
            Tiba-tiba dia terasa sesuatu dipinggangnya. Tangan Sara sudah melingkari pinggangnya dan secara perlahan-lahan dia tersedar esakan kecil. Tapi Lee tidak bertanya, dia tahu gadis itu masih dalam ketakutan dan membiarkan saja Sara menangis didadanya.
           
LEE meletakkan milo panas keatas meja. Keadaan rumah tu sudah berubah terang benderang. Pihak polis pula sudah datang selepas dihubungi Lee.
            “Minum dulu,” arahnya kepada Sara. Wanita itu sekadar tertunduk.
            “Boleh puan ceritakan apa yang berlaku sebelum kejadian ni?” soal encik polis, tangannya sudah sedia mencatit segala maklumat yang Sara akan berikan.
            “Waktu tu, saya nak ke dapur lepas tu saya dengar bunyi bising. Tapi saya biarkan saja sebab saya ingat dia yang datang. Tapi rupanya orang bertopeng tu pula yang muncul,” kata Sara sambil memandang kearah Lee. Encik polis itu mencatit dengan penuh didikasi.
            “Puan rasa puan kenal dengan orang ni? Atau ada tak orang yang simpan dendam dengan puan atau keluarga puan?”
            Sara terus memandang Lee sebaik saja persoalan itu ditimbulkan. Lee seakan faham dengan maksud pandangan itu.
            “Officier, sebelum ini memang ada orang yang nak ancam keluarga kami sebelum kami kahwin lagi. Dua tahun lalu,” kata Lee.
            “Perkara ini pernah dilaporkan oleh bapa saya dulu tapi kes ditutup kerana tidak cukup bukti,” terang Lee pula.
            Encik polis itu mengangguk-angguk. “Kalau begitu, kami akan cuba buka kes ini semula memandangkan penjahat itu muncul semula,”
            “Terima kasih, officier,” ucap Lee.
            “Sudah memang kerja saya,” jawab encik polis itu. Tiba-tiba salah seorang dari pada anak buanya melaporkan bahawa semua kawasan dalam rumah itu selamat.
            “Encik Lee, anak-anak buah saya sudah memastikan keadaan rumah ini selamat. Dan dua orang pegawai kami akan berjaga sehingga esok pagi. Kalau ada apa-apa perkembangan, kami akan menghubugi tuan dan puan.” Encik polis itu pun menutup buku catatannya dan mengumpul semua anak buahnya untuk pulang ke pejabat.
            Tinggal Lee dan Sara lagi yang berada di ruang tamu. Tibatoba Sara bangkit, tanpa menyentuh lagi hidangan milo panas yang Lee buatkan untuknya dia terus melangkah menuju ke tangga.
            Dengan pantas Lee mengejar tangan Sara dan merembat tangannya. Sara tersentak, segera mata tajamnya mencari wajah Lee
            “Lepaslah, Lee!” marah Sara.
            “Macam mana aku nak lepaskan kau kalau kau masih takut? Kau nak tidur seorang diri dalam bilik?” soal Lee dengan nada sedikit risau.
            “Kan dah ada dua orang polis jaga depan rumah ni? Lagipun taulah aku nak kunci pintu. Penceroboh tu memang menakutkan, tapi bagi aku… kau tu lagi menakutkan!” balas Sara pula. Entah kenapa dia merasa jengkel dengan sikap Lee. Berpura-puralah tu risau!
            Wajah lembut Lee tadi serta-merta bertukar serius. Dia menarik tangan Sara agar mendekatinya. Tapi Sara pula menggunakan tangannya yang satu untuk menahan tubuh Lee yang semakin mendekat.
            “Boleh tak kau jangan degil untuk hari ini? Kita tak tahu kebolehan penceroboh tu, kalau dia sanggup bertindak jauh dengan menyerang polis tu, macam mana? Kau juga yang susah!”
            “Aku yang susah, bukan kau!” Sara tetap dengan sikap degilnya.
            “Sara!” marah Lee. Sara sekadar memandang Lee. Beberapa hari bersama Lee, dia sudah terbiasa dengan jerkahan dan tengkingan Lee membuatkan dia langsung tidak takut bila Lee menengkingnya.
            “Walauapapun, aku takkan biarkan kau tidur seorang diri!” putus Lee. Tidak semena-mena, dia terus mencampung tubuh Sara. Sara yang terkejut dengan tindakan Lee itu, terus memeluk leher Lee.
            “Turunkan aku!” tengking Sara.
            “Kau akan tidur dengan aku malam ini,” kata Lee lalu mula menaiki anak tangga. Sara mengetap bibir.
            “Lee, turunkan aku!” Sara sudah bergelut didalam dukungan Lee.
            “Sara, hati-hati! Kita dekat atas tangga ni, kalau jatuh aku taknak tanggaung,” ujar Lee selamba.
Sara terus berhenti bergelut memikirkan akibat yang dikatakan Lee tadi. Sara mendengus kasar. Dia pandang wajah sisi Lee. Kenapa sikap Lee makin ganjil? Kenapa dia kelihatan risau waktu aku diserang tadi?

Sebaik tiba didalam biliknya, Lee terus menurunkan Sara. Sara apalagi, dia berlari ke hujung bilik. Lee sekadar memandangnya. Dia pun mengunci pintu itu, kemudian menuju ke jendela. Sara yang berdiri ditepi jendela terus berlari naik ke katil saat melihat Lee berjalan kearahnya. Lee memastikan tingkap itu terkunci, lalu menutup dengan langsir.
            “Kau nak takut apa Sara?” soal Lee sambil memandang gadis itu yang sudah berada diseberang katil.
            “Aku tidur atas sofa,” kata Sara lalu melangkah ke sofa.
            “Sara…”
            “Jangan dekat!” Sara terus mengangkat tangan tanda menyuruh Lee agar tidak berganjak.
            “Okey, tapi biar aku yang tidur atas sofa. Kau tidur atas katil,” kata Lee.
            Dahi Sara berkerut. “Kenapa pula? Ini bukan bilik aku,”
            “Jangan banyak tanya, boleh? Tidur sajalah atas katil tu kalau dah kena suruh!” nada Lee seakan menengking.
            Sara terdiam.
            Lee terus mencapai bantal diatas katil dan berlalu ke sofa. Sara pula bergegas ke katil dan hanya melihat Lee ke sofa. Perlahan-lahan Sara naik ke katil. Dia tarik selimut sehingga menutupi seluruh tubuhnya.
            Lee duduk sambil memeluk bantal itu. Dia dan Sara saling berpandangan. Sara mengetap bibir lantas terus memalingkan tubuhnya kearah jendela.
            Tiba-tiba telefon bimbit Lee berdering. Dahinya berkerut saat melihat ‘Private Number’ menghubungi telefonnya. Segera dia menekan punat hijau.
            “Tadi hanyalah amaran, aku nak dalam satu minggu ini kau ceraikan isteri kau!”
            Lee tersentak. Baru saja dia ingin membalas, pemanggil itu sudah mematikan talian. Dia terkesima seketika saat mendengar kata-kata itu. Suaranya bukan seperti suara seorang manusia, seakan suara sebuah mesin.
            Lee mengetap bibir. Jadi penceroboh itu ada kena mengena dengan kes dua tahun lalu? Bisik hati Lee.

5 comments:

  1. Best!!!
    Smbng la next entry!!!

    ReplyDelete
  2. please lee.. jangan tinggalkan sara... walaupun sekarang ni sara benci dia..

    ReplyDelete
  3. suke,suke,suke...adoyaiii,trsgt lar suke!!..mau lg..

    ReplyDelete
  4. At last. Thanks for the n3. Sabar I berbalas. Oh, Lee please protect Sara. Buatlah apa sahaja.

    ReplyDelete
  5. okie..
    makin suspen citer nie...
    nk lg n3 br...
    hehehe...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.