Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

21 July, 2012

The Only Exception Part 13


Part 13

SARA membuka matanya perlahan. Kepalanya terasa berdenyut-denyut akibat tidak dapat lelapkan mata. Bukan takut dengan penceroboh itu semalam, tapi Lee berada didalam biliknya semalaman!
            Sara bangun dan terasa ada sesuatu diatas tangannya. Dia pandang ke bawah, Lee sedang memandang kearahnya sambil memegang tangannya itu. Sara jadi marah. Pantas dia menarik tangannya.
            “Kenapa, kepala kau sakit?” soal Lee.
            Sara memandang kearah Lee. Macam mana dia tahu aku sakit kepala?
            “Aku perhatikan kau tadi. Kalau kau dah bangun, nanti turun aku akan buatkan kau sarapan,” arah Lee selamba lalu bangkit.
            Sara mengerut kening. Tapi dia tahu niat Lee, dia sengaja mahu lengah-lengahkan masanya.
            “Aku takda masa!” kata Sara lantas turun dari katil namun Lee pantas merembat tangannya. Sara terus merenung Lee dengan tajam.
            “Lepaskan tangan aku!” Sara seakan membentak.
            “Aku takkan lepaskan selagi kau taknak ambil sarapan, lagi pun kepala kau peningkan?” jawab Lee selamba. Sara mencebik lantas menarik kasar tangannya. Perbuatannya itu mengejutkan Lee.
            “Jangan nak berguraulah, Lee. Kau tahu yang aku harus keluar dari rumah ni hari ini juga, kan?” Sara seakan mengingatkan Lee perihal perjanjian mereka.
            “Aku tahu, sebab tu aku nak makan sarapan sama-sama dengan kau untuk kali terakhir. Tak boleh?” pinta Lee lembut.
            Sara mengigit bibir sambil menatap wajah Lee. Kemudian dia mengeluh kecil.
            “Okey. Tapi lepas ini kau akan lepaskan aku pergi, kan?”
            Lee mengangguk kecil. Tapi dalam hati dia sudah mula berfikir bagaimana caranya untuk menghalang Sara pergi dari sisinya.
            “Tolong keluar, saya nak mandi,” arah Sara pula. Lee mengangkat kedua-dua tangannya lalu perlahan-lahan berundur dan keluar dari bilik itu.


DI DAPUR, sambil menunggu Sara, dia membancuh kopi. Lee menggigit bibir. Macam mana aku nak yakinkan kau untuk tinggal disini, Sara kalau kau lebih takutkan aku  dari penceroboh tu? Ini tak boleh jadi, aku tak boleh pastikan keselamatan dia jika dia menghilangkan diri. Aku harus buat Sara tinggal dengan aku.
            Tiba-tiba dia tersentak saat terdengar derap langkah Sara. Dia pun cepat-cepat meletakkan cawan diatas meja dan duduk ditempatnya. Sara tiba dimeja dan terus duduk.
            “So, lepas ni kau nak pergi mana?” soal Lee, cuba mengorek apa yang terpendam dihati Sara.
            Sara memandangnya sekilas. “Buat apa aku nak beritahu kau?” kata Sara dingin.
            “Sebab aku perlu tahu kau dimana, kalau aku tak tahu macam mana aku nak selamatkan kau kalau ada apa-apa terjadi nanti?”
            “Tak perlu. Kau bukan Superman atau Batman yang boleh selamatkan aku lagipun aku tak perlukan pertolongan kau. Aku akan lebih selamat kalau tiada siapa yang tahu keberadaan aku,” jawab Sara sambil menghirup air kopinya.
            “Sara, tak bolehkah kau fikirkan balik keputusan kau? Aku janji yang aku takkan dekat kau atau buat apa-apa yang kau tak suka. Aku juga takkan tengking-tengking kau lagi. Aku janji, jadi boleh kau pertimbangkan lagi keputusan kau?” soal Lee.
            Sara terus bangkit. Matanya galak menerkam Lee.
            “Aku dah buat keputusan, Lee dan tiada siapa yang boleh ubah keputusan aku. Dan aku rasa ini saja jalan yang terbai…” ayat Sara terhenti. Entah kenapa, pening dikepalanya kian menjadi-jadi. Pandangan matanya juga semakin kabur. Apa-apa yang ada diatas meja sudah tidak jelas dimatanya.
            “Sara?” panggil Lee.
            Sara longlai. Hampir dia terjatuh tapi cepat tangannya bertahan diatas meja. Lee terus bangkit dan menahan tubuh Sara.
            “Sara?” panggil Lee lagi. Sejenak kemudian, Sara sudah tidak mendengar apa-apa. Tubuhnya terus rebah dalam dakapan Lee.
            Lee mengeluh kecil. “Maaf, Sara. Kalau aku tak buat begini, selama-lamanya aku akan rasa bersalah. Sekurang-kurangnya, aku boleh selamatkan kau dari penjahat yang cuba nak bunuh kau,” ujar Lee perlahah. Lalu dia pun mencampung tubuh Sara dan membawa gadis itu keluar dari rumah.

*****

ENCIK SOM mundar-mandir dihadapan Geoffry. Sejak pagi tadi dia cuba menghubungi Lee tapi nombornya tidak dapat dicapai.
            “Apa kata kita pergi ke rumah dia saja, uncle?” cadang Geoffry.
            “Ah, yalah. Daripada terus-terusan bimbang macam ni, lebih baik kita singgah saja ke rumahnya. Marilah!” kata Encik Som lalu bergegas mencapai kunci keretanya dan keluar dari ruang pejabatnya bersama Geoffry.
            Namun sesampai mereka dirumah Lee, dia dapati kereta Lee sudah tiada. Pintu rumah itu pula terkunci. Encik Som semakin bimbang. Sara juga tidak menghubunginya.
            “Lee pergi mana? Sara pula, dia dah jalan atau belum? Sara ada call uncle?” soal Geoffry. Kepalanya juga sudah dipenuhi dengan tandanya. Takkan mereka pergi bersama-sama? Tapi itu mustahil.
            “Tak tahulah, Geof. Pagi tadi, Lee ada telefon uncle dan beritahu pasal rumah diorang yang diceroboh, dia juga bagitahu yang Sara masih belum berangkat. Tapi ini apa, rumah terkunci, kereta takda,” kata Encik Som seakan merungut.
            Geoffry sudah mencekak pinggang. Dia yakin, pasti ada sesuatu yang berlaku.
            “Uncle, mungkin ada apa-apa yang terjadi pada diorang tak?” fikir Geoffry. Dia juga sudah mula tidak sedap hati.
            “Mungkin juga. Kalau telefon Lee tidak dapat dihubungi, kita tunggu saja dia yang hubung kita. Hanya Lee yang boleh jawab semua persoalan ni,” kata Encik Som. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Panjang umur, baru saja dia menyebut nama Lee, lelaki itu sudah menghubunginya.
            “Lee, kau dimana? Sara macam mana?” Encik Som tidak lagi menyapa dan terus bertanya dengan nada cemas. Geoffry yang terdengar nama Lee, terus saja menghampirinya.
            “Relak, uncle. Sara ada dengan saya. Lee Cuma taknak uncle dan Geof risau, sebab tu Lee call,”
            Dahi Encik Som berkerut. “Apa maksud Lee, Sara ada dengan Lee?”
            “Maaf, uncle. Buat masa sekarang, Lee belum boleh terangkan apa-apa. Nanti Lee telefon balik. Tapi jangan risau, Sara baik-baik saja,” klik!
            “Lee? Lee! Hello!” talian sudah pun dimatikan. Encik Som mendengus. Dia tidak faham apa yang anak muda itu sedang fikirkan.
            “Kenapa uncle?” soal Geofry ingin tahu.
            “Sara, dia ada dengan Lee. Tapi dia tak jelaskan apa-apa kenapa Sara ada dengan dia,”
            Geofry meraup muka. “Apa yang Lee fikirkan? Dia tak tahukah nyawa mereka sedang terancam sekarang? Dia tak fikir pun nak bagitahu kita apa-apa?” ujar Geofry kedengaran kecewa.
            Encik Som sekadar menggeleng. “Tak apalah, aku pasti Lee dah tak berani apa-apakan Sara lagi. Sekarang kita tunggu saja panggilan dari Lee. Kita balik ke pejabat dulu,” kata Encik Som lalu menuju ke keretanya. Geofry mendengus kecil lalu pulang ke dalam kereta.

*****

SARA terbangun saat terdengar suara yang samar-samar menyusup ditelinganya. Kepalanya yang berat digagahkan untuk berpaling kearah balkoni. Kelihatan susuk tubuh belakang seseorang sedang berdiri sambil bertelefon. Walaupun pandangannya kabur, dia sangat kenal susuk tubuh itu.
            “Lee?” panggil Sara. Lelaki yang sedang berdiri dibakoni it uterus menamatkan perbualan dan cepat-cepat mendapatkan Sara.
            “Kau dah sedar?” soal Lee sambil memaut kedua-dua pipi Sara.
            Sara menapis kasar tangan Lee. “Apa semua ni? Aku kat mana?” soalnya dengan nada berang namun kedengaran lemah.
            “Kita ada dekat pulau peribadi bapa aku sekarang,”
            What? Pulau peribadi? Kenapa aku boleh ada dekat…” Sara segera tersentak saat teringat kejadian pagi tadi. Selepas saja dia meminum kopi buatan Lee, kepalanya terus bertambah pening dan selepas itu dia sudah tidak sedarkan diri. Sara memandang tajam kearah lelaki itu.
            “Kau buat apa pada aku? Kau letak sesuatu dalam minuman aku, bukan? Jawab aku, Lee!” tengking Sara dengan nyaring.
            Lee mengangguk kecil. “Ya, aku letak pil tidur dalam…”
            Pang! Belum sempat Lee menamatkan ayatnya, Sara sudah menghayun tangan pipi Lee. Lee menyentuh pipinya yang terasa kejang.
            “Kau culik aku? Selepas apa yang aku dah buat, kau culik aku? Kau sanggup pergi jauh ini semata-mata nak selamatkan harta kau, kan? Kau memang binatang, Lee!” ujar Sara keras. Matanya sudah bergenangan dengan air mata. Hatinya cukup terluka dengan perbuatan Lee.
            “Sara, dengar dulu…”
            Sara pantas menggeleng. “Aku taknak dengar apa-apa lagi. Aku nak keluar!” Sara terus turun dari katil dan keluar dari bilik itu.
            Lee mengeluh kecil. “Sara!” panggilnya lalu menyusul Sara. Kelihatan wanita itu sedang mencari pintu keluar. Lee terus berlari kearah Sara.
            “Walaupun kau boleh keluar dari rumah ni, kau tetap tak boleh keluar dari pulau ni,”
            Pantas kepala Sara berpaling kearah Lee. “Apa maksud kau?”
            “Tiada kapal atau boat yang akan masuk ke pulau ni, kecuali boat sendiri. Kau boleh pandu?” kata Lee seakan mencabar.
            Sara ketap bibir. “Walaupun aku tak boleh pandu, aku boleh berenang,” jawabnya lantas terus menguak pintu, tapi belum sempat terbuka Lee sudah menolak pintu itu agar tertutup semula. Sara terus berpaling menghadap Lee.
            Please, Sara! Aku buat semua ni demi kau. Kau nak mati sia-sia? Kau ingat dengan menghilangkan diri, pembunuh tu takkan jumpa kau?” kata Lee seakan menengking.
            Sara peluk tubuh. Wajah dipalingkan kearah lain. Seakan meluat mendengar kata-kata Lee.
            “Takda bezanya pembunuh tu dengan kau, Lee. Kamu berdua sama-sama ingin menghancurkan hidup aku dan sebab apa? Sebab harta!”
            “Aku buat semua ni, bukan sebab harta tu lagi. Aku buat semua ni demi kau,”
            “Bohong! Kau ingat aku tak tahu? Kau bawa aku ke sini sebab takut aku diapa-apakan, sebab kalau terjadi apa-apa pada aku, kau akan kehilangan semua harta-harta kau, kan? Tidak mungkin orang macam kau boleh berubah sekelip mata!” Sara terus berpaling dan membuka pintu, tapi sekali lagi Lee menghalangnya. Kali ini dia terus berdiri dihadapan Sara.
            Please, Sara. Kalau pun kau tak boleh terima niat aku, at least biar aku selesaikan masalah ni dulu. Biar aku tangkap pembunuh tu dulu, lepas ni kau nak pergi mana aku lepaskan kau… even, aku akan ceraikan kau kalau kau nak. Tapi bagi aku masa dan tinggal dengan aku, Sara. Please?” Lee seakan merayu.
            Sara sudah memandang Lee dengan mata curiga. Dia masih tidak termakan kata-kata Lee. Dia takut semua itu hanya dimulut.
            “Sara?”
            “Apa pilihan yang aku ada? Kalau aku tak turuti kata-kata kau, mungkin kau akan kurung aku atau ikat aku dekat tiang. Siapa yang tak kenal dengan Leonard Kammal?” peril Sara lantas terus meninggalkan Lee dan masuk ke biliknya kemudian mengunci pintu itu dari dalam.
            Lee mengeluh lega. Walaupun Sara tidak menerima niatnya, sekurang-kurangnya dia sanggup tinggal di pulau itu dengannya. Itu sudah cukup bagi Lee.

5 comments:

  1. penculikkan telah berlaku disini..

    ReplyDelete
  2. suke giler cter ni,heheheee..!!!

    ReplyDelete
  3. hohoho...lee da start wat jenayah...lepas ni jenayah pencurian hati sarah pulak...sape yg nk bunuh diorg tu ek???

    ReplyDelete
  4. super macho hero dye..minat gilessssss :)

    ReplyDelete
  5. hohoho....best bangat sih...okie, bl nk smbg neh...x sabo nk tau next..ngeeee

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.