Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

10 September, 2012

Cage 7 : The Man Behind Armor

Cage 7 : The Man Behind Armor

“KAU tak apa-apa, Rani?” soal Simon sambil memegang bahu Irani.
            Irani mengangguk kecil. Namun tidak menjawab.
            Tiba-tiba Simon mendengus. “Siapa lelaki tu, huh? Dia bersikap seolah-olah korang dah kenal,” kata Simon pula.
            Irani mengangguk, mengiyakan. Kening Simon terus berkerut.
            “Korang dah kenal? Macam mana?”
            “Panjang ceritanya. Aku jumpa dia masa dekat hospital dan secara tak sengaja tertumpah minuman ke baju dia. Mungkin sebab tulah dia marah sangat bila dia nampak aku hari ni,” cerita Irani. Simon sekadar mengangguk-angguk.
            “Okey, lupakan pasal dia. Kita cerita pasal kau, kau nampak siapa tadi sampai kereta datang pun tak sedar?”
            Irani tergamam. Terus dia menghadap Simon. “Kau rasa kebetulan tak kalau aku nampak mama aku tadi?”
            Dahi Simon berkerut. “Maksud kau, aunti Suri?”
            “Tak. Mama kandung aku. Aku nampak dia tadi, aku pasti itu memang mama aku,” ujar Irani seakan yakin.
            “Rani… aku bukan tak percaya kau nampak ibu kandung kau. Tapi kau tak rasa pelikkah sebab kau dah cari keliling bangunan ni tapi masih tak jumpa dia, mungkin…”  
            “Ilusi?” pintas Irani. Simon terus terdiam. “Bukan ilusi. Aku yakin, yang aku nampak tadi itu memang mama,” tegasnya.
            Simon mengeluh. “Okey kalau kau dah bertegas. Soalnya sekarang ni, kau nak buat apa? Terus cari dia?”
            Irani mengangguk. “Aku dah buat keputusan. Aku akan kerja di rumah Cik Mya, sambil tu aku boleh cari mama. Betul tak?”
            Simon tersenyum. “Jadi kau dah ubah keputusan kau?”
            Irani ketap dua ulas bibirnya lalu perlahan-lahan mengangguk. “Dah, jom! Hantar aku pulang sebelum Cik Mya pula yang ubah keputusan dia,” kata Irani lanats memaut lengan Simon dan menariknya menuju ke kereta.

JUDAH terus memusingkan stering menuju ke Kota Kinabalu. Chad yang duduk dibelakang ke bingungan.
            “Kita nak pergi mana?” soal Chad.
            “Hantar kau pulang,” jawab Judah ringkas. Serentak itu Chad merapatkan tubuhnya ke kerusi Judah.
            “Tapi kenapa? Bukan kau nak pulang?”
            “Kau tak okey. Kau perlu rehat. Aku akan pulang lepas hantar kau,”
            Chad tergelak kecil. “Okey. Stop. Berhenti sekejap, Jude,” katanya sambil menepuk lembuh bahu Judah. Judah memandangnya dari cermin hadapan kemudian mengeluh kecil. Dia pun memberhentikan keretanya dibahu jalan.
            “Jude, I’m okey. Serious. Jom, tukar tempat. Aku hantar kau pulang,” pujuk Chad tapi Judah terus menggeleng.
            “Aku tahu apa yang kau sedang fikir, Chad. Kakak aku dah mati dan orang tadi bukan kakak aku, jadi jangan ingat bila kita pulang kau akan nampak dia disana. Dia bukan kakak aku,” kata Judah sambil memandang ke belakang. Chad tergamam mendengar kata-kata Judah. Sama seperti yang sedang dia rasakan. Kemudian dia tersengih. Judah sentiasa dapat membaca fikiran dia.
            “Okey. As you wish,” akhirnya dia mengalah juga. Dia bersetuju kerana prihatin dengan Judah. Dia sangat mengenali lelaki ini. Di luar, dia bertegas bahawa kakaknya sudah meninggal tapi dalam diam, dia tidak pernah menerima kenyataan bahawa kakaknya sudah meninggal dunia.
            Judah mengangguk lalu menghidupkan enjin semula dan memacu kenderannya menuju ke apartment Chad.

*****

OBA meletakkan segelas tea panas diatas meja ruang tamu. Jasmya yang sedang mengait tersenyum lantas mengucapkan terima kasih.
            “Cik muda, boleh saya tanya sesuatu?” tanya Oba.
            Jasmya memandang Oba sekilas. “Tanyalah,”
            “Cik Mya tahukan, cik Irani bukan cik Julia, kenapa Cik Mya tetap nak dia ada disini?”
            Jasmya tersenyum. Kemudian meletakkan hasil kaitannya itu ke meja.
            “Oba, saya dah tahu kenyataan tu dan sejak mula lagi mata saya melihat dia, saya tahu dia bukan kakak. Mereka berbeza, tapi tanpa dirancang dia ada disini, kami bertemu. Tidakkah itu seperti rancangan Tuhan untuk mempertemukan kami?”
            “Tuan muda tahukah pasal ni?” tanya Oba pula.
            Jasmya menggeleng perlahan. Dia tidak tahu apa reaksi yang akan Judah berikan apabila dia melihat Irani nanti. Sesungguhnya, dia ingin sekali melihat senyuman abangnya. Mungkin dengan kehadiran Irani, dapat mengembalikan senyuman Judah yang lama hilang bersama dengan kakak mereka.
            “Saya tak tahu apa yang abang akan cakap nanti, tapi saya harap dia akan tersenyum melihat Irani nanti,”
            Oba mengangguk kecil. Jauh disudut hatinya, dia juga berharap bahawa dengan kehadiran Irani, ianya akan mengembalikan senyuman Judah semula. Tapi dia tidak pasti sama ada itu akan terjadi ataupun tidak.
            Sudah berdekad dia berkerja dibawah naungan keluarga Nicholas dan bukan sehari dua dia mengenali Judah. Dia tahu sejak kecil hati lelaki itu keras bagaikan kerikil dan hanya seorang yang mampu melenturkan Judah iaitu Julia.
Tapi sejak kematian Julia 7 tahun yang lalu, Judah berubah dalam sekelip mata. Kebencian mula menakluki hatinya, kemarahan mula menguasai diri Judah. Dan hari demi hari, dendam merajai dihati Judah. Sebab itu dia tidak pasti jika kehadiran Irani mampu mengubah semua itu.
Tiba-tiba lonceng rumah itu berbunyi. Jasmya segera memandang Oba. Oba mengangguk kecil lalu menuju ke pintu utama. Interkom ditepi pintu ditekan.
“Siapa?” soal Oba.
“Emm…saya, Irani,” jawab suara disebalik interkom.
“Cik Irani,” beritahu Oba kepada Jasmya. Jasmya segera tersenyum lalu meminta dia untuk menyuruh Irani masuk ke dalam. Oba menurut perintah lalu membuka pagar rumah. Jasmya pun bangkit dan membuka pintu utama dan berdiri diluar pintu. Dari jauh dia melihat gadis itu berjalan menuju kearahnya.
“Cik Mya,” sapa Irani perlahan sebaik saja dia mendekati dua orang wanita itu. Tidak semena-mena, Jasmya terus memeluk Irani membuatkan Irani terkejut. Dia memandang Oba dengan mata bulat.
“Saya tahu yang awak pasti akan balik,” kata Jasmya.
“Cik Mya…” suara Irani hampir tenggeleam. Dakapan Jasmya terlalu ketat menyebabkan dia sukar untuk bernafas. Jasmya cepat-cepat meleraikan pelukan setelah tersedar tindakannya.
“Maaf, saya cuma gembira awak balik lagi ke sini.” Jasmya mengesat air yang membasahi bucu matanya.
“Cik Mya, kita masuk dulu,” tiba-tiba Oba bersuara. Jasmya tersenyum lantas membawa Irani masuk ke dalam rumah.
“Kenapa Cik Mya gembira sedangkan saya belum beritahu keputusan saya lagi?” soal Irani. Jasmya tidak menjawab. Setiba di ruang tamu, dia menjemput Irani untuk melabuhkan punggung.
“Saya tak kisah dengan keputusan awak, saya cuma nak jumpa awak untuk kali terakhir in case kalau kau tolak pekerjaan saya,” jawab Jasmya lurus.
“Em, saya balik bukan sebab nak tolak pekerjaan itu. Saya dah fikir, kalau saya terima pekerjaan ini mama saya dapat sambung pekerjaannya selepas dia sembuh nanti. Saya taknak disebabkan keputusan saya, keluarga kami hilang sumber pencarian. Lagipun gaji yang Cik Mya berikan dapat menampung hidup kami selama dua bulan,”
Mendengar kata-kata Irani itu, wajah Jasmya bertambah ceria. Dia tidak yakin yang Irani akan tinggal disitu untuk dua bulan dan dia juga tidak kisah jika Irani menolak. Namun mendengar yang Irani akan bersama dengannya dalam tempoh dua bulan itu membuatkan dia cukup gembira.
“Betul? Thank you, Irani!” ucap Jasmya girang lantas mencapai tubuh Irani lalu mendakapnya lembut.
“Tapi Cik Mya, saya ada permintaan,”
Dahi Jasmya berkerut. Lantas dia melepaskan tubuh Irani. “Permintaan apa?”
“Saya tahu wajah saya mirip dengan kakak Cik Mya, tapi saya minta Cik Mya tak keliru antara saya dan kakak Cik Mya dan Cik Mya jangan layan saya terlalu baik sebab saya hanya pekerja,” pinta Irani.
Perlahan-lahan Jasmya melarikan tangannya dari tubuh Irani. Wajahnya terus berubah kelat.
“Sudah tentu. Saya faham. Oba, tolong bawa Irani ke biliknya dan terangkan tugas-tugas pada dia nanti,” arah Jasmya. Lalu dia pun bangkit dan menuju ke dapur.
“Ikut sini Irani,” kata Oba. Irani bangkit dan membuntuti langkah Oba menuju ke sebuah bilik yang terletak di pelosok rumah.
Irani dan Oba melangkah masuk ke dalam bilik. Kelihatan bilik itu mempunyai 4 buah katil, dan juga 4 buah loker. Bilik itu juga mempunyai television bersama sebuah meja perhiasan serta dua kamar mandi.
“Ini katil yang Surizan guna dan sekarang kamu boleh guna,” kata Oba sambil menuju kearah katil kedua sebelah kiri. Irani melangkah ke katil itu.
“Sebelum kamu mulakan tugas, biar saya terangkan peraturan dirumah ini. Kita, sebagai pembantu rumah bangun sebelum tuan rumah bangun. Kebiasaan, kita akan bangun tepat jam 5 pagi, bersihkan diri, bilik dan juga kamar mandi. Lepas tu sediakan sarapan, dan jemur kain dari dobi,” tutur Oba tanpa sebarang sekatan sementara Irani hanya mendengar.
“Sarapan dihidangkan pada jam 8 pagi dan pembantu rumah akan ambil sarapan selepas tuan rumah selesai makan. Kita tidak dibenarkan berkeliaran diruang tamu, tingkat dua dan tiga jika tidak mendapat arahan. Cik Irani faham?”
Irani terus mengangguk-angguk.
“Bagus. Letakkan dulu beg kamu, dan saya akan bawa Irani jalan-jalan sekitar rumah ni sambil saya terangkan tugas-tugas kamu nanti,” kata Oba pula.
“Okey.” Irani terus menurut. Dia pun keluar dari bilik itu selepas Oba. Dia dan Oba menuju pula ke dapur.
“Oba, ke sini sekejap,” panggil Jasmya yang masih berada didalam dapur. Oba dan Irani segera menghala kearah Jasmya.
“Abang akan balik rumah kejap lagi dan saya nak Oba sediakan makanan kegemarannya,” pinta Jasmya.
“Baik, Cik Mya,” Oba segera menurut. Dia pun membantu Sirita menyediakan bahan-bahan.
“Macam mana dengan saya, Cik Mya?” soal Irani pula.
Jasmya tersenyum. “Irani tahu makanan kegemaran abang saya?”
Irani menggeleng perlahan.
“Tak apa. Sekarang ni, biar saya yang bawa Irani jalan-jalan dikawasan ni. Mari ikut saya,” kata Jasmya pula lalu membawa Irani menuju ke tingkat dua dan menerangkan apa yang harus dan tidak harus dilakukan oleh seorang pembantu rumah di tingkat itu. Begitu juga dengan kawasan yang lain.
            Hari sudah pun semakin larut. Jam sudah menunjukkan pukul 7:30 pm dan bayang abang Jasmya masih belum kelihatan. Oba dan Irani yang masih berjaga ditepi meja sudah memandang Jasmya. Gadis itu masih menunggu walaupun sudah hampir setengah jam dia duduk dimeja.
            “Oba, mana abang Cik Mya?” soal Irani dalam keadaan berbisik. Oba segera memandang kearahnya membuatkan Irani terus terdiam. Bibirnya diketup rapat.
            “Abang selalu macam ni, dia  dah janji nak balik rumah hari ni tapi semua ni dah macam habit dia untuk menghampakan saya,” keluh Jasmya.
            Irani mengerut kening. Kenapa cara Cik Mya cakap abangnya tak pernah pulang rumah? Kalau betul, abangnya ni memang tak sayangkan keluarganya! Getus hati Irani.
            “Oba, buangkan saja semua lauk-lauk ni,”
            “Apa?” soal Irani seakan terkejut. Jasmya dan Oba serentak berpaling kearahnya. Irani tertunduk, agak malu dengan keterlanjurannya.
            “Saya nak ke kolam,” ujar Jasmya lantas keluar dari ruang makan dan menuju ke pintu sebelah ruang tamu. Diluar itu terdapat sebuah kolam mini dan juga jambatan kecil yang berada diatas kolam tersebut.
            Oba sudah pun mula menyusun pinggan-pinggan yang tidak terpakai.
            “Oba, perlukah buang semua lauk ni? Sayang kalau kita buang, masih boleh dipanaskan lagi,” kata Irani.
            “Kita tak boleh layan tuan rumah dengan makanan yang dipanaskan, Cik Irani. Nanti kalau tuan rumah keracunan makanan, bukan kita yang susah. Sekarang cepat kemas meja ni dan hantar susu panas kepada Cik Mya,” kata Oba lantas membawa piring yang tidak digunakan itu dalam dapur.
            Irani mengeluh sambil memandang simpati terhadap lauk-lauk yang sedap itu. Kalau aku cik muda, dah lama makanan ni masuk dalam perut aku!

            Irani berdiri di tepi jendela, melihat sesusuk tubuh yang masih berdiri diluar diatas jambatan mini kolam yang terletak dihalaman rumah besar itu. Sudah lebih 15 minit Jasmya terkaku disitu sambil merenung kolam. Irani mengeluh kecil. Tiba-tiba Oba keluar dari dapur sambil membawa selendang tebal dan segelas susu panas.
            “Oba!” Irani terus melangkah kearah wanita itu. “Oba nak hantar susu ni pada Cik Mya? Boleh saya hantarkan?” mintanya. Oba kelihatan ragu-ragu untuk memberikan selendang itu dan susu tersebut kepada Irani, namun selang beberapa saat dia mengangguk dan membiarkan Irani yang membawa susu dan selendang itu kepada Cik mudanya.
            Irani melangkah perlahan diatas batu-batu bulat yang menghala ke jambatan.
            “Cik Mya?” tegur Irani perlahan.
            Jasmya berpaing seketika kearah Irani kemudian memandang semula didalam kolam.
            “Ni ada selendang tebal, mungkin Cik Mya kesejukan dan ini susu panas yang Oba buatkan untuk Cik,” kata Irani sambil menghulurkan selendang itu dan juga gelas tersebut.
            Jasmya mencapai selendang tersebut dari tangan Irani. “Saya taknak minum apa-apa,” ujarnya lalu membalut tubuhnya dengan selendang itu.        
            “Tapi…”
            “Irani ada abang?” soal Jasmya tiba-tiba membuatkan Irani terpaksa menghentikan ayatnya.
            Irani mendekati Jasmya dam sama-sama memandang kedalam kolam.
            “Saya Cuma ada kakak, namanya Dinah,”
            “Kakak kandung?” Jasmya memandang wajah Irani.
            Irani menggeleng selamba. “Sebenarnya saya datang sini atas tujuan mencari keluarga kandung saya. Dinah dan mama Surizan adalah keluarga angkat saya,”
            Dahi Jasmya terus berkerut mendengar cerita Irani. Dia tiba-tiba berdiri berhadapan Irani dan seperti berminat untuk mendengar ceritanya lebih lanjut lagi.
            “Maksudnya, Irani anak angkat dan awak tak tahu dimana keluarga awak? Macam mana boleh jadi macam ni?” soal Jasmya ingin tahu.
            “Saya sendiri tak tahu. Satu hari saya bangun, saya dapati keluarga kandung saya sudah tiada. Saya berusaha mencari mereka tapi hasilnya mengecewakan saya,”
            “Tapi macam mana awak nak cari mereka kalau awak tak tahu dimana mereka?”
            Irani tersenyum. “Sebab itu saya ada disini. Saya dapat rasakan yang mereka ada dibandar ini,”
            “Awak perlukan pertolongan?” Tanya Jasmya pula.
            “Tak, tak, tak… maksud saya, saya ada kawan yang sedang berusaha mencari maklumat tentang mereka jadi…”
            “Saya faham, tapi kalau ada apa-apa yang Irani perlu bagitahu saya, saya sedia membantu,” pintas Jasmya.
            Irani sekadar tersenyum kelat.
            “Cik muda,” tiba-tiba Oba muncul dibelakang mereka.
            “Ada panggilan dari Puan Karolina,” katanya.
            “Saya masuk dulu,” Jasmya menepuk bahu Irani lantas segera masuk ke dalam rumah bersama Oba.
            “Susu ni?” soal Irani sendiri sambil memandang langkah mereka. Irani tersenyum, leka berbual dengan Jasmya sampai dia terlupa memberikan susu itu kepadanya. Irani memandang sekeliling kawasan kolam. Sangat indah dan segala hiasan dan ukirannya sangat teliti. Pasti pereka landskap itu sangat berjiwa seni dan utamakan kesempurnaan. Kalaulah halaman rumah kami ni ada kolam begini, boleh juga aku jaga ikan dan kalau dah besar boleh juga jual. Getus hati Irani. Ada pula angan-angan menjadi penternak ikan. Irani tergelak kecil, lucu dengan angan-angan yang tidak munkin tercapai itu.
            Tug!
            Irani tersentak mendengar derap langkah diatas kayu. Dia menoleh dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat susuk tubuh lelaki dan wajah yang amat dikenalinya itu berdiri dihadapannya, memandangnya dengan wajah sedih. Seolah-olah menangis tanpa air mata.
            “Kau…”
            Tidak semena-mena, lelaki itu menerpa kearahnya dan memeluknya dengan erat. Gelas yang berisi susu ditangannya serentak jatuh dan berkecai diatas jambatan itu. Mata dan mulut Irani ternganga. Kedua-dua tangannya kertas diudara. Otaknya kini tidak sudah tidak dapat memproses apa-apa pun kemungkin yang membuatkan lelaki itu memeluknya.
            Dapat dia rasakan tangan itu memeluk dia tanpa memberikan kesakitan. Seperti lelaki tersebut sudah lama menantikan saat itu.

********************************************** 
p/s : sorry lama x update...lappy byk masalah.. enjoy MIH 7 :)

4 comments:

  1. waaaaa....bl nk sambung nih okie...cte ni wat sy x sabo2 nk bc...cpt2 smbg neh...:D

    ReplyDelete
  2. waaa...bile tgk tajuk die ade armor, trus ingt erza...huhu..dah la ade lgu fairytale...ok, entry ni awesome gile...huhuhu...judah mesti rindu gile at akak die... sambung2 ^^

    ReplyDelete
  3. owsme.. i like it..
    peace!!!...

    ReplyDelete
  4. Okie bl nk smbg lg nie. Windu kat suma novel okie. Da lama x update.

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.