Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

04 October, 2012

Cage 8 : My Nemesis



Cage 8 : My Nemesis

            IRANI tersentak. Terasa nafasnya seakan ingin terhenti.  Lehernya pula terasa sakit dek bahu yang mahu yang menampung dagunya terlalu tinggi.
            “Emm…” Irani tidak dapat bersuara.
            “Kakak…” sebut Judah perlahan. Suaranya kedengran sebak, sekadar berbisik dicuping telinga Irani.
            Irani mengerut kening. Kakak? Jadi… dia ni, adik Julia?
            “Sorry…saya bukan kakak awak, saya bukan Julia,” Irani tetap bersuara walaupunnadanya kedengaran terketar-ketar.
            Tidak semena-mena, tubuh Irani terus ditolak.  Wajah terkejut Judah terpampang dihadapannya. Irani menelan liur, dia seolah-olah tahu apa akan jadi selepas itu. Pasti dia dibantai hidup-hidup!
            “Kau?” kata Judah lantas melarikan kedua-dua tangannya yang masih menggengam lengan Irani.
            “Apa kau buat disini? Siapa benarkan kau masuk?” bentak Judah membuatkan bahu gadis itu terlompat dek terperanjat.
            “Saya… saya…”
            Wajah Judah menjadi bengis.
            Get out! Get the hell out of here!” tengking Judah kuat, seolah-olah suaranya itu boleh kedengaran sehingga ke rumah jiran yang berbatu-batu jauhnya.
            “Tapi…”
            Judah mengetap bibir. Entah kenapa rasa marahnya kini sudah membuak-buak sehingga membuatkan otaknya kosong melainkan dipenuhi rasa benci. Tidak semena-mena, dia terus mencapai tangan Irani dan menariknya lalu menolaknya turun dari jambatan sehingga gadis itu terduduk atas rumput.
            “Sakitlah!” marah Irani.
            “Abang!” tiba-tiba suara jeritan Jasmya kedengaran. Jasmya sudah berlari mendapatkan Irani.
            “Mya, ke sini!” arah Judah.
            Jasmya menggeleng. “Tak nak!” tolaknya keras dengan wajah serius.
            “Mya! Don’t tell me…”
            “Ya, Mya yang jemput dia kesini dan Mya takkan benarkan dia pergi!” balas Jasmya sambil memeluk kepala Irani seakan enggan berpisah dengan Irani. Sementara Irani sudah keliru, nampaknya kehadiran dia disitu sudah menganggu gugat ketenteraman seisi keluarga Nicholas.
            Judah mendengus. “Oba! Apa yang kamu buat disana? Bawa Mya pergi dan bawa perempuan ni keluar dari rumah ni, dengan segera!” arah Judah kepada Sirita, Oba dan Wee yang masih berdiri ditepi mereka.
            Oba dan Sirita cepat-cepat mencapat tangan Jasmya.
            “Jangan! Lepaskan saya, Oba! Abang, jangan buat begini. Oba!” Jasmya sudah merintih dan meronta tapi kekuatan dia tidak akan mampu menandingi kekuatan dua orang bekas tentera.
            Stop!” tiba-tiba Irani menjerit membuatkan semua orang berhenti ditempat masing-masing. Judah mengerut kening. Irani bangkit sambil menepuk-nepuk punggungnya yang sedikit sakit.
            “Kenapa kau benci sangat dengan aku? Bukankah wajah aku sama dengan kakak kau, Julia?” soal Irani tanpa rasa takut.
            Judah sudah menggengam kedua-dua penumbuk. Perlahan-lahan dia mendekati Irani. Irani tidak berganjak, berasa yakin dia boleh melawan lelaki bertubuh sasa itu.
            “Dia sudah mati dan kau bukan dia. Aku tahu apa niat orang macam kau, kau ingat dengan muka kau yang sama macam dia, kau boleh mempergunakan kami untuk kepentingan kau? Go to hell!” ujar Judah dengan keras.
            “Aku tak ada niat macam tu, aku datang sini cuma nak gantikan…”
            “Ohh… now I know, ibu kau sepatutnya sudah tahu yang muka kau mirip dengan kakak kami, sebab itu dia berpura-pura jatuh tangga dan minta kau gantikan tempatnya. I’m I right?” kata Judah dengan senyuman sinis dibibir.
            Irani ketap bibir. “Mama aku bukan orang macam tu, dia takkan akan…”
            Judah tergelak. Namun gelaknya itu kedengaran menyindir.
            “Kau ingat aku tak tahu? Dia dah berbulan kerja disini, sudah pasti tahu yang wajah kau mirip dengan kakak kami. Jangan anggap kami ni orang bodoh, perempuan!”
            Irani mendengus. Semakin geram dia mendengar kata-kata Judah. Dia ingat dia siapa boleh menilai orang sesuka hati? Bisik hati Irani geram.
            “Abang!” marah Jasmya.
            “Mya, kamu diam!” tengking Judah membuatkan Jasmya serta-merta terdiam.
            “Hey, kalau duit adalah tujuan kau datang kesini, cakap berapa kau nak aku sediakan yang penting kau hilang dari rumah ini secepat yang mungkin,” kata Judah tanpa perasaan.
            Irani tersenyum sinis. “Kau ingat aku datang kesini sebab duit? Kau silap! Aku ada tujuan lain, tapi nampaknya aku tak perlukan ini. Saya minta maaf, Cik Mya!” ujar Irani.
            Jasmya sudah menggeleng-geleng. “No, no… kamu tak boleh pergi, kamu tak boleh pergi. Jangan pergi, tolonglah!” rayunya. Dia ingin mendekati Irani tetapi Oba dan Sirita memegangnya dengan kuat sehingga sukar untuk dia berganjak.
            “Saya minta maaf,” kata Irani lagi lantas terus melangkah masuk semula ke dalam rumah.
            “Tak! Kakak, jangan tinggalkan Mya. Kakak!” Jasmya sudah menjerit. Air matanya mengalir dengan deras. Rasa sakit yang dia alami sewaktu kematian kakak muncul kembali. Dia tidak ingin ditinggalkan lagi.
            “Mya, dia bukan kakak!” Judah memeluk Jasmya. Dia tahu, adiknya itu dalam kesaktian.
            “Bohong… dia kakak kita, abang. Jangan benarkan dia tinggalkan kita lagi, please…” rayu Jasmya sambil memukul-mukul dada Judah.
            Judah menggeleng. Dia peluk erat tubuh Jasmya. “Kakak sudah lama mati,” ujarnya lembut sambil mengucup kepala adiknya.

*****

IRANI mengusung begnya keluar dari rumah itu. Jasmya tidak kelihatan diruang tamu, mungkin abangnya sudah mengurung dia didalam biliknya. Irani menggeleng kepala. Dia tidakf aham kenapa lelaki itu bersikap seolah-olah Irani adalah musuh yang harus dia hapuskan serta-merta.
            “Apa pandang-pandang lagi? Pintu ada disana!” jerkah Judah membuatkan Irani tersentak. Irani mendengus kecil lantas menghayun laju kakinya menghala ke pintu utama dan terus keluar tanpa ragu-ragu lagi.
            Irani mengeluh kecil. “Aku nak pergi mana malam-malam begini?” soalnya sendiri sambil memandang langit yang gelap tanpa bulan dan bintang. Hays… takkanlah nak hujan pula? Gumam hati Irani.
            Irani meneruskan perjalannya keluar dari pagar. Sesaat, dia menoleh ke belakang. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti disisi Irani. Irani kaku seketika. Namun apabila terfikir yang mungkin kereta itu ingin masuk ke dalam, dia cepat-cepat beredar.
            “Miss?”
            Langkah Irani mati sebaik saja terdengar suara seorang lelaki. Dia menoleh. “Saya?”
            “Julia?” tanya lelaki lelaki itu.
            Takkanlah lagi seorang? Memang pun muka kami seiras, tapi bukakah Julia sudah meninggal?
            “Saya bukan Julia,”
            “Er..maaf! Saya tersasul. Saya Chad, pembantu peribadi Judah,”
            Irani telan liur. Takkanlah dia pun nak halau aku juga?
            “Mya yang suruh saya datang untuk jemput awak. Judah.. halau awak keluar, kan?”
            “Err… ya, tapi tak perlulah susah-susah. Saya ada kawan, nanti saya telefon dia,” kata Irani. Sesungguhnya dia tidak mahu ada apa-apa lagi kaitan dengan keluarga Judah, mahupun kawannya.
            “Hari dah gelap dan macam nak hujan. Kalau awak tunggu sini, nanti awak akan basah,”
            Irani jadi serba salah. Ada betulnya kata lelaki itu, tambahan lagi dia tidak pasti samada Samuel boleh mengambilnya atau tidak.
            “Emm…”
            “Kalau awak setuju ikut saya, saya bawa awak ke rumah sewa saya,”
            “Apa?” Irani seakan terkejut. Gerun dia mendengar pelawan lelaki itu.
            Chad terus mengangkat kedua-dua tangannya. “Tak. Tak. Tolong jangan salah faham, saya tak tinggal dirumah sewa saya. Saya guna rumah tu bila saya tak rasa nak balik rumah,” terang Chad.
            “Oh, yakah? Maaf,” pinta Irani.
            Chad tersenyum. Lantas dia pun membuka pintu pemandu hadapan. “Masuklah,” jemputnya.
            “Terima kasih. Saya tak tahu nak buat apa untuk balas kebaikan awak,” kata Irani.
            “Kalau awak nak balas, boleh bagitahu nama awak?”
            Irani tersenyum nipis. “Irani. Nama saya Irani.” Irani pun masuk ke dalam. Chad sekadar tersenyum kecil lalu dia pun turut masuk ke dalam perut kereta.

“CIK MUDA, tolong buka pintu ni. Cik Muda belum makan dari tadi,” ujar Sirita yang sedang berdiri dihadapan pintu sambil memegang dulang berisi makan malam Jasmya.
            “Mya masih taknak buka pintu?” tanya Judah yang tiba-tiba muncul.
            “Ya, saya dah puas suruh dia buka tapi dia taknak,”
            Judah mengeluh. Kalau Jasmya sudah mula naik angin, anginnya lebih teruk dari dirinya sendiri. Jasmya jarang marah, tapi bila dia dah marah boleh buat satu rumah ni kelam-kabut.
            “Tak apalah, kamu ke bawah dulu. Biar aku yang bercakap dengan dia,” kata Judah lantas mengambil dulang itu dari tangan Sirita. Sirita pun tunduk menurut lalu beredar.
            “Mya, abang ni. Buka pintu?”
            “Mya benci abang! Mya taknak jumpa abang!” jerit Jasmya dari dalam.
            “Ya, abang tahu. Tapi Mya patut makan, Mya belum makan lagi kan?” tanya Judah pula.
            “Salah siapa Mya tak makan? Ini semua salah abang!” bentak Jasmya.
            Judah mengeluh. “Mya… Mya marah abang sebab abang lambat pulang atau sebab abang halau perempuan tu?”
            “Semua! Mya marah semua! Abang pergilah, Mya taknak jumpa abang, Mya taknak dengar pun suara abang!” kedengaran tegas suara Jasmya. Judah menunduk memandang makanan yang semakin sejuk. Dia pun berlalu tanpa bersuara lagi.
            Judah meletakkan dulang itu ke atas meja dapur. Kemudian menyinsing lengan kedua-dua lengan bajunya.
            “Tuan nak buat apa?” soal Oba.
            “Aku nak masak. Kamu berdua boleh buat kerja lain, tapi jangan masuk dapur,” arah Judah. Oba dan Sirita saling berpandangan, seketika kemudian mereka pun mengangguk lalu seraya beredar dari dapur.
            15 minit kemudian, Judah sudah pun siap menyediakan makanan. Dia pun memanggil Oba untuk menghantarkan makanan sekali lagi kepada Jasmya. Tetapi beberapa minit kemudian, Oba pulang dengan wajah hampa.
            “Dia taknak?” teka Judah. Wanita itu mengangguk. Judah mengeluh. Walaupun dia sudah membuat makanan kegemaran Jasmya, adiknya itu masih lagi marah.
            “Tak apalah. Kemas meja ni,” kata Judah pula lalu naik ke atas semula.
            Naik keatas, dia menuju ke biliknya dan keluar selepas membawa sebatang pen dan beberapa keping kertas kosong. Kemudian, dia pun berlalu ke bilik Jasmya dan duduk disebelah pintu. Sekeping kertas dikoyak kecil dan mula menulis diatasnya. Dia tahu adiknya itu tidak akan mengangkat panggilan mahupun membalas mesejnya, mungkin Jasmya langsung tidak mahu membaca. Jadi ini saja caranya untuk berkomunikasi.
            -Abang minta maaf, dah mungkir janji abang. Lain kali abang akan pulang tepat pada masanya, ya Mya?
            Kertas itu diselitkan dibawah pintu lalu pintu tersebut diketuk. Satu minit, dua minit… Jasmya tidak membalas.
            -Mya? Mya nak abang buat apa supaya Mya nak makan? Nanti perut sakit lagi.
Beberapa saat kemudian, dia ternampak sekeping not berwarna kuning ditolak dari dalam. Judah pantas membaca.
            -Bawa Irani pulang ke rumah ni, dan Mya akan makan.
Judah mengeluh kecil.
            -Abang tak boleh. Abang sanggup buat apa saja untuk Mya, tapi abang tak boleh buat yang ni.
            Tiada lagi balasan dari Jasmya. Judah mengeluh berat. Pen diletakkan diatas kertas lalu menyandarkan belakangnya ke dinding.  Kenapa Mya berkeras mahukan perempuan itu masuk ke rumah ni? Tinggal bersama-sama kami? Dan kenapa… kenapa dia ada wajah kakak?
            Judah tidak puas fikir. Julia mati dihadapannya, dia yakin yang kakaknya sudah tiada. Tapi kenapa Jasmya fikir yang perempuan itu kakak mereka? Tidak. Dia tidak boleh biarkan Jasmya terus berfikir seperti itu. Mereka harus melangkah kehadapan.
            

**************************************** 
p/s: sorry n3 kali ni pendek saja. Enjoy reading :)

5 comments:

  1. alahai pendeknye okie...x puas r bc..dh lm tau tggu n3 nih..cpt3 smbg eh...

    ReplyDelete
  2. Okie nk smbgn citer the only exception...huhuhuh...

    ReplyDelete
  3. sape keluarga irani sebenanyer??...jgn la die julia...please judah,bawa la irani balik at rumah tu...next entry kak okie ~<3 ^^v

    ReplyDelete
  4. sambung la lagi...
    kalau blh x abiskan satu story dulu then baru smbung story yg lain...finishkan satu2 story dulu...huhu

    ReplyDelete
  5. alhai okie nape ur blog ni dh lm x bertuan. plz smbg blk all ur story...huhuh

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.