Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

29 October, 2012

Chapter 1 : Beauty That Captivate My Eyes



Story 1
If I Can Love You…


Chapter 1 : Beauty That Captivate My Eyes


MOTORBIKE yang dipandu Max tiba-tiba berhenti dipersimpangan. Olga terus membuka cermin topi keledar.
“Kenapa abang?”
Max terus memakir motornya dibahu jalan lantas menyuruh Olga untuk turun.
“Tak tahulah. Oh..shoot! Sorry Olga abang lupa yang minyak motor abang dah sikit.” Max sudah menepuk dahi. Terasa bodoh dengan kecuaiannya, sampai terlupa tangki minyak dah hampir kosong.
“Tak apalah abang. Nak buat macam mana, kan? Nanti Olga bagitau cikgu dan minta kebenaran untuk ambil ujian lain hari,” kata Olga pula sambil tersenyum.
Max menggeleng. “Tak boleh tak boleh! Nah, ambil duit ni Olga naik teksi. Hati-hati tau!” Max mengeluarkan sekeping not berwarna merah dari dompetnya. Lalu segera menahan teksi yang secara kebetulan melalui jalan itu.
“Abang macam mana?” Tanya Olga pula.
“Jangan risau pasal abang. Cepat naik. Good luck sayang!” ucap Max lalu mengucup ubun-ubun Olga. Pintu teksi dibuka untuk adiknya.
Thanks, abang! Bye bye!”
Max tersenyum lantas menutup pintu kereta. Teksi itu pun beransur-ansur masuk ke jalan raya dan meninggalkan tempat tersebut.

SEBAIK saja teksi berhenti dihadapan gerbang sekolah, Olga terus keluar dari kereta. Kelihatan pagar sudah pun tutup. Olga mengeluh kecil, dia terlambat 3 minit. Sekolah tinggi itu terkenal dengan peraturan yang ketat, walaupun cuma terlambat beberapa saat, pintu pagar tidak lagi akan dibuka.
Olga gigit bibir. Berfikir bagaimana caranya untuk masuk ke dalam sekolah tanpa melalui gerbang hadapan.
“Oh! Baru aku ingat,” katanya seakan sudah pun menyelesaikan masalah itu. Dia memandang kiri kanan sebelum berjalan kearah kawasan taman sekolah. Tempat itu sering digunakan oleh pelajar untuk ponteng kelas, termasuk dia dan kawan-kawannya. Oleh kerana tembok dindingnya yang agak rendah, jadi senang bagi pelajar untuk memanjatnya.
Baru saja Olga ingin melempar begnya disebalik tembok, tiba-tiba dia berhenti. Dia tidak yakin dengan plan itu kerana sejak persatuan Pelajar ditubuhkan 3 tahun lalu, tempat itu sudah menjadi salah satu tempat terkawal. Maksudnya, hanya guru-guru dan pelajar-pelajar tertentu saja yang boleh menjejakkan kaki ditempat itu.
Tapi walaupun dia tidak yakin, dia tetap harus cuba. Memandangkan dia sudah pun berada dekat dengan sekolah itu. Tanpa berfikir banyak lagi, Olga terus melemparkan begnya ke sebelah dan mengambil batang kayu yang terletak tidak jauh dari tempatnya berdiri lalu diletakkan secara condong ke dinding tembok.
Olga terus melompat dan bergayut ditembok. Dikuatkan tangannya agar boleh menampuk tubuhnya yang berat 45 kg.
“Fuh!” keluh Olga berat apabila dia berhasil duduk diatas tembok.
“Wow!”
“Erk!” Olga tersenyum. Tubuhnya terus kaku. Perlahan-lahan dia memandang ke bawah. Kelihatan seorang lelaki berpakaian seragam tanpa lencana dan tali leher yang longgar sedang berdiri sambil memeluk tubuh dibawahnya.
Olga lega kerana yang dibawah itu bukan guru atau pengawas.
“Awak pun lambat juga,kah?” Tanya Olga lantas ingin melompat turun. Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan kedua-dua tangannya seakan ingin menyambut tubuh Olga.
Olga mengerut kening.
“Olga Adkins, betul? Hari ini bukankah kamu ada test?” kata lelaki itu. Suaranya kedengaran matang.
“Oh, ya. Macam mana awak tahu?”
            “Cepat atau kamu akan lambat masuk kelas.” Lelaki itu tidak menjawab soalah Olga.
            Olga sudah memandang dengan mata curiga. Dia tidak kenal lelaki itu, malah dia tidak pernah nampak wajah lelaki itu sebelum ini tetapi kenapa lelaki itu ingin membantunya?
            “Cepat!” kata lelaki itu pula.
            Olga yang terkejut, terangguk-angguk lantas terus melompat, menangkap kedua-dua bahu lelaki tersebut. Tubuh Olga kini dalam pangkuan lelaki itu dan kedua-dua tangan lelaki tersebut memeluk pinggangnya. Kakinya langsung tidak tersentuh tanah dek ketinggian mereka yang berbeza.
            Olga menatap sepasang mata yang redup. Wajah milik lelaki itu kini jelas dimatanya, tadi disebabkan cahaya matahari wajah lelaki itu terlindung.
            Perlahan-lahan tubuh Olga diletakkan ke tanah.
            “Pergilah, masuk cepat!”
            Olga tersentak. Entah kemana fikirannya melayang tadi.
            Olga mengambil begnya lalu mula mengorak langkah, namun belum beberapa langkah kehadapan, dia tiba-tiba menoleh seraya menghampiri lelaki itu.
            “Awak nak pergi mana pula? Awak nak ponteng kelas?” Tanya Olga.
            Lelaki itu memeluk tubuh. “Kamu nak ambil test atau tak ni?”
            “Nak! Tapi awak macam mana?”
            “Jangan fikir pasal orang lain. Cepat pergi sebelum ada pengawal yang meronda,”
            Olga diam seolah-olah dia tidak boleh membiarkan perkara itu begitu sahaja.
            “Okey tapi sekejap!” katanya pula lantas membetulkan tali leher lelaki itu. “Awak masih dalam sekolah, jadi ikut peraturan. Saya tahu, saya tak layak cakap begini tapi pelajar harus berpakaian kemas. Bye!” Olga terus berlalu pergi.
            Lelaki itu kelihatan tersentak dengan tindakan Olga. Tiba-tiba dia tersenyum lalu perlahan-lahan beredar dari tempat itu.


            “MAAF, cikgu saya lambat!” jerit Olga sambil membuka pintu kelasnya. Semua pelajar yang sedang duduk terkejut dengan kemunculan Olga.
            “Olga, cepat masuk. Cikgu takda!”
            Dia terus membuka mata sebaik saja terdengar suara kawannya. Dia memandang hadapan, memang benar tiada cikgu. Ujian tak jadi kah?
            “Bertuah kau, Olga. Cikgu keluar tadi sebelum sempat dia check nama pelajar. Cepat masuk!” kata kawan lelakinya pula. Olga mengeluh lega. Segera dia berlalu ke tempatnya. Emely, kawan baik Olga yang duduk dihadapannya segera berpaling ke belakang.
            “Kenapa kau boleh lambat?”
            “Motor abang aku habis minyak, so aku terpaksa ambil teksi. Aku lambat tiga saat saja, pagar dah tutup,” kata Olga kesal.
            “Inilah sekolah kita,” kata Emely pula.
            “Eh, Ems aku ada benda nak bagitahu kau. Tadikan…”
            “Cikgu!” tiba-tiba pelajar lelaki yang duduk berdekatan pintu bersuara. Dia duduk ditepi, jadi agak senang untuknya mengetahui kedatangan cikgu.
            “Apa kau nak cakap?” soal Emely.
            “Nantilah!” putus Olga. Emely sekadar menurut dan berpaling ke hadapan semula.           
            Kelihatan seorang guru wanita menapak masuk ke dalam kelas.
            “Okey class, kemas meja dan semua beg letak ke belakang,” arah wanita itu. Semua pelajar segera menurut dan kembali ke tempat masing-masing sebaik saja menyimpan beg ke belakang.
            “Olga? Kamu ada dalam kelas cikgu tadi?” Tanya cikgu Sofia. Bahu Olga terangkat.
            “Saya… saya…”
            “Sebelum cikgu masuk tadi, Olga ke tandas sekejap. Kan, Olga?” celah Emely tiba-tiba.
            “Ahh… ya..” jawab Olga dengan hati yang berat.
            Really?” Cikgu Sofia seakan tidak termakan helah Emely.
            Olga sudah mengangguk-angguk. Please, cikgu! Kali ini saja, minta maaf dah tipu cikgu! Hati Olga berbisik penuh harapan.
            “Hmm… Zack, tolong edarkan kertas soalan ni.” Cikgu Sofia memberikan kertas soalan itu kepada ketua kelas.

*****

2 jam kemudian.

            “AHH…” keluh Olga setelah cikgu Sofia keluar dari kelas. Pelajar-pelajar yang lain juga sudah tidak tegang seperti tadi. Maklumlah, ujian daripada cikgu Sofia yang terkenal dengan soalan-soalan yang sangat ‘tough’. Sebulan sebelum ujian, semua pelajar sudah bertungkus-lumus mengulang kaji termasuk Olga sendiri.
            “Eh, Olga… kau nak cakap apa tadi?” tiba-tiba Emely berpaling ke belakang.
            “Ah… tadikan…”
            “Class…” semua memandang hadapan sebaik saja ketua kelas member arahan.
            “Tak apa. Duduk!” Seorang lelaki lingkungan 50-an muncul bersama seorang lagi lelaki muda berpakaian kot putih diruang kelas itu.
            “Itu guru baru, dia baru saja pindah disekolah ni,” ujar Emelyn. Semua pelajar mula berbisik antara satu sama lain.
            Olga mengerut kening. Kenapa aku tak tahu?
            “Eh, aku macam pernah nampak dia?”
            “Apa kau bilang?” Tanya Emelyn.
            “Selamat pagi! Saya Tristan yang akan menggantikan Cikgu Amara. Tolong bagi kerjasama untuk dua bulan ini,”
            Olga segera tersentak saat mendengar suara itu. Tidak semena-mena, dia terus bangkit dan menuding jari kearah lelaki yang mengakui dirinya guru ganti.
            “Ahh… saya ingat!”
            Semua pelajar sudah memandang kearahnya.
            “Olga!” bisik Emely keras sambil menapis tangan gadis itu.
            “Apa yang kamu ingat, Olga?” Tanya Encik Zulfikar, yang juga selaku Penolong Kanan pengetua.
“Ahh, takda. Maaf!” Olga terus duduk lalu menundukkan kepalanya. Terasa wajahnya panas membahang, bukan kerana panas matahari tapi malu dengan kelakuannya. Macam mana dia boleh bertindak melulu seperti itu? Olga gigit bibir. Patutlah kelakuan lelaki itu pelik tadi, rupanya dia adalah cikgu disekolah ni? Macam mana aku tak boleh perasaan? Stupid Olga!

5 comments:

  1. menarik! sorang cikgu, sorang pelajar ;) dah la Hana ngah layan manga Faster Than A Kiss ni ^^

    ReplyDelete
  2. aik...
    mcm mane lak si tristan nie leh kenal olga lak...
    musykil...musykil nie...

    ReplyDelete
  3. cute time die lompat pagar mcm citer winter sonata...:]

    ReplyDelete
  4. ohohoho...student n guru..
    menarik2.. ^^

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.