Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

06 October, 2012

The Only Exception Part 14



Part 14

SARA terbangun saat dikejutkan dengan bunyi bising diluar biliknya. Dia terus bangkit sambil menyisir rambutnya yang sedikit kusut dengan jari-jarinya kemudian terus keluar dari bilik. Saat dia membuka pintu, muncul seorang wanita yang juga ingin membuka pintu biliknya. Dahi Sara berkerut melihat Narin, pembantu rumah Lee yang sudah lelaki itu pecat.
            “Aunty Narin?”
            “Puan, saya baru nak kejutkan puan. Marilah, tentu puan lapar,” kata Narin pula.
            “Kejap! Macam mana aunty boleh ada disini? Siapa bawa aunty? Atau aunty pun kena culik?” soal Sara dengan nada cemas.
            Narin menggeleng.
            “FYI, aku tak culik dia. Aku bawa dia kesini dengan rela hatinya, kan aunty?” Lee tiba-tiba muncul dari dapur. Sara memandang Narin yang sudah  tersenyum sambil mengangguk. Sara terus menarik lengan Narin agar mendekatinya.
            “Cakap benar, aunty. Saya tahu dia culik aunty ke sini bukan? Dia ugut aunty lagi?” soal Sara dalam bisikan. Narin tetap menggeleng. Dia menyentuh tangan Sara.
            “Tak. Saya memang datang dengan rela hati. Tuan cakap Cik Sara dalam bahaya, jadi saya rela hati nak tolong cuma saya tak tahu yang tuan dan puan bersembunyi di pulau peribadi ni,” terang Narin.
            Sara masih keliru. Dia memandang Lee yang sudah duduk di meja.
            “Tapi bukankah dia dah pecat aunty dengan yang lain?” soal Sara pula.
            “Sebenarnya itu hanya gimik untuk buat puan rasa bersalah. Tapi saya nak minta maaf sebab dah bersubahat, saya takda pilihan lain. Kalau saya tak ikut cakap dia, dia akan pecat saya betul-betul,”
            Sara sudah mendengus seakan tidak percaya dengan cerita Narin. Dia terus menapis tangan wanita itu dari tubuhnya. Sara menggeleng perlahan.
            “Saya tak sangka, aunty dengan Lee sama saja! Kamu rela berbuat apa saja demi mendapatkan apa yang kamu nak,”
            Come on, Sara! Aunty tak bersalah, aku yang bersalah jadi jangan libatkan dia dalam hal ni.” Tiba-tiba Lee menyampuk. Pantas mata Sara mencerlung ke arahnya. Lee mengeluh kecil kemudian dia bangkit.
            “Sara, aku buat satu kesilapan yang besar…”
            “Satu?” Suara Sara seakan memperli. Dia melangkah setapak kehadapan. “Bukan satu, Lee. Tapi tidak terkira dan itu bukan satu kesilapan, tapi disengajakan. Kau rogol aku, kau hampir bunuh aku malah kau hampir membuatkan aku ni seorang pelacur. Aku tak nak kau berlutut dihadapan aku memohon maaf, aku cuma nak kau lepaskan aku… itu saja!” Air mata Sara serentak mengalir dipipinya. Tanpa berkata banyak lagi, Sara bergegas kembali ke biliknya dan mengunci pintu itu.
            Lee meraup mukanya kasar. Dia terduduk atas kerusi. “Aunty, tolong bawa sarapan ni ke bilik Sara, dia tak makan sejak semalam,” ujar Lee seakan hilang semangat kemudian dia pun bangkit dan menuju ke bilik studi. Narin setakat mengangguk, lalu mencapai pinggan yang berisi sarapan dan membawanya ke bilik Sara.
            Lee menutup pintu bilik studi lalu duduk disofa bertentangan dengan veranda, pemandangan laut terus menyinggah dimatanya namun tidak mampu menarik perhatiannya. Lee tertunduk dan satu-persatu perbuatan jahatnya terhadap Sara mula terimbas diingatannya.
            Lee menumbuk meja. Dia benar-benar benci dengan dirinya sekarang. Dia buta dalam menilai Sara, dia juga silap kerana tidak pernah mendengar penjelasan ayahnya dan uncle Som. Bertahun-tahun ayahnya ingin berjumpa untuk memberitahunya sesuatu, tapi dia tidak pernah pulang. Dia memang layak dilayan seperti itu oleh Sara.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Itu satu-satunya telefon yang berfungsi danhanya seorang saja yang mengetahui nombor tersebut, orang yang selalu dihubungi semenjak berada dipulau itu.
            “Hello, ada apa-apa yang kau dapat?”
            “Ya, apa yang aku dapat ni bukan sesuatu yang baik. Aku masih belum pasti tapi, lebih baik kau dengar dulu dan berjaga-jaga,”
            Dahi Lee berkerut. “Okey, apa dia? Aku sedia mendengar,” jawab Lee. Kemudian, Lee pun mendengar setiap bait laporan daripada temannya itu. Wajah Lee perlahan-lahan berubah riak. Dia terkejut, tergamam dan tidak percaya dengan apa yang baru saja dia dengari.
            “Lee, are you listening?” suara lelaki itu kedengaran.
            “Eya, continue,”
            “That’s all… itu saja, Lee. Apa kau nak buat sekarang?”
            Lee gigit bibir. “Kita tidak cukup bukti jadi kita masih tidak boleh berbuat apa-apa. Sama juga dengan papa, dia tiada bukti yang cukup sebab itu dia ikat Sara dengan aku dalam perkahwinan untuk selamatkan harta kami dari jatuh ke tangan orang lain,”
            “Jadi, kita nak buat apa?”
            I call you later,” Lee terus mematikan talian. Dia pun bangkit menuju ke bilik Sara. Pintu gadis itu diketuk. Aunty Narin yang membukanya. Kelihatan Sara sedang memandangnya dengan tajam.
            “Aunty, boleh tinggalkan kami sebentar?” pinta Lee. Narin memandang Sara seketika, lalu dia pun beredar. Lee menutup pintu dan menghampiri Sara yang sedang duduk disisi katil. Sara terus memalingkan wajahnya kearah lain, seakan meluat dengan kehadiran Lee disitu.
            Tiba-tiba Lee berlutut. Sara tersentak lantas menoleh.
            “Lee?” Sara terkejut.
            “Aku minta maaf, Sara. Aku betul-betul minta maaf. Aku buat banyak silap dan aku buat kau menderita sedangkan kau ada mangsa dalam hal ni. Aku minta maaf…” air mata Lee menitis laju.
            Sara terus bangkit. “Aku taknak kau melutut Lee, aku dah cakap! Bukan ini yang aku nak,” bentak Sara.
            “Aku tahu, walau apapun yang aku buat kau tetap takkan maafkan aku. Aku janji, aku akan lepaskan kau, aku akan ceriakan kau,”
            Mata Sara membulat. Pantas dia memandang Lee, mencari jawapan dari riak wajah lelaki itu.
            “Apa kau cakap?”
            “Aku akan ceraikan kau. Tapi, aku nak kau janji untuk bagi kerjasama satu kali lagi, boleh?”
            “Huh?”
            “Aku dah tahu siapa dalang disebalik semua ni, aku juga tahu siapa yang serang kita malam itu cuma aku belum cukup bukti. Kalau kau sanggup untuk bagi kerjasama, kita mungkin boleh tangkap dia,”
            “Dengan ceraikan aku? Kalau begitu, semua harta…”
            Lee tersenyum lantas bangkit mendekati Sara. “Eya, memang itu pun tujuan aku,”
            “Tapi bukankah…”
            Tiba-tiba Lee menyentuh pipi kiri Sara, membuatkan gadis itu tergamam dan serta-merta terdiam. Mata mereka bertatapan.
            “Ini saja yang aku boleh buat untuk tebus kesalahan aku, Sara,” ujar Lee tapi sepertinya, Sara masih tidak faham dengan niat sebenar Lee. Kenapa dia berbuat demikian? Kenapa dia sanggup lepaskan hartanya demi dia? Dia tidak faham segala tindakan Lee.
            “Aku tak faham… boleh kau terangkan pada aku?”
            Lee menggeleng. “Aku tak boleh, tapi aku nak kau percaya dengan aku bawa semua ini akan berjalan seperti rancangan aku. Aku tahu, kau mungkin tak boleh percayakan aku lagi tapi aku tetap nak kau percaya dengan aku sebab tanpa kau, aku tak boleh lakukan semua ni,”
            Sara memandang Lee. Sesaat, dia dapat rasakan betapa ikhlasnya kata-kata Lee. Suaranya yang seakan meraih kepercayaannya, matanya yang redup sekali gus menenggelamkan rasa marahnya.
            “Aku cuba,” jawab Sara.
            Lee terus mengucup dahi Sara. “Thanks you,” ucapnya lalu perlahan-lahan beredar dari bilik itu. Sara yang masih tidak percaya dengan tindakan Lee, tidak dapat berkata apa-apa. Pelan-pelan dia menyentuh dahinya, masih terasa kehangatan sentuhan bibir Lee didahinya. Entah kenapa, tapi muncul satu perasaan yang membuai-buai dihatinya.
*****

MALAM itu, setelah Lee berfikir habis-habisan untuk membongkar segala rahsia itu, akhirnya tersimpul juga. Dia akan menamatkan huru-hara itu sekarang dan untuk selama-lamanya.
            “Hello, Juanlio. Aku nak kau dengar betul-betul apa yang aku nak cakap,” ujar Lee. Dia pun memberitahu Juanlio segala rancanganya dan meminta dia untuk sediakan sesuatu untuknya.
            Selepas lebih 5 minit berbicara ditelefon, Lee pun mematikan talian. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Pantas dia membuka pintu. Kelihatan wajah Sara terpampang dimuka pintu.
            “Sara?” ujar Lee seakan tidak percaya. Tidak percaya bahawa Sara akan datang mencarinya sendiri.
            “Masuklah!” pelawa Lee. Gadis itu pun melangkah masuk.
            “Aku ada benda nak cakap,” ujar Sara.
            Lee duduk dibangku. “Cakaplah,”
            “Kau betul-betul akan ceraikan aku?” soal Sara.
            Lee tersenyum. “Kau masih tak percaya?”
            “Tak… bukan itu maksud aku, cuma…”
            “Kenapa? Kau taknak aku ceraikan kau?” Lee berseloroh.
            Sara terpinga-pinga mendengar soalan Lee, seakan lelaki itu dapat membaca fikirnnya.
            “Tak. Sudah semestinya aku nak minta cerai,”
            “Aku tak bohong, aku akan lepaskan kau. Lagipun perkahwinan ini tidak benar, sebab kita berdua dipaksa untuk berkahwin. Kita tidak rela hati dalam penyatuan ini,” kata Lee.
            Sara sudah tertunduk. Saat itu, dia tidak tahu apa yang harus dia katakana. Hatinya berbelah bagi dan itu yang buat dia tidak faham. Bukankah itu yang dia inginkan selama ini, kenapa hatinya seakan menidakkan?
            “Lee…” panggil Sara perlahan. Disebabkan Lee jauh dari Sara, dia tidak mendengar dengan jelas. Terus Lee bangkit dan menghampiri Sara.
            Tidak semena-mena, Sara mengucup pipi Lee. Lee tersentak.           
            “Sara, kenapa…”
            Farewell kiss,” Sara mengangkat wajah dan kelihatan matanya yang memerah. 
          Mata Lee membulat. Seakan tidak faham apa yang sedang berlaku. Dia ingin bertanya tetapi Sara sudah pun berlari keluar.
            Lee mengigit bibir. “Kenapa kau buat semua ni, Sara? Ini akan menambahakan lagi kesusahan aku untuk melepaskan kau.” Lee meruap mukanya.


****************************************************** 
p/s: makin lama n3 makin  pendek..hehe...enjoy reading :)
oya... TOE akan tamat dalam dua atau 3 part lagi, so tunggu. Lepas tu mungkin akan upload Love So Divine : Story 1 :)


6 comments:

  1. jangan lepaskan sara lee!!uhuhuhu..
    sape la dalang sume nie
    sian sara...ape yang die nak sebenar nye
    huhuhu...teruskan kak okie...entry nie best+sweet+comel!!
    next?? ^^V

    ReplyDelete
  2. sanggup ke lee nak lepaskan sara?? arghhhhh!! taknak bayangkan klo btoll

    ReplyDelete
  3. Nak lgi....cpt smbg....

    ReplyDelete
  4. Nak lgi....cpt smbg....

    ReplyDelete
  5. Akhirnya ade gak n3 toe nie...hehehe...syg ketat2 kat okie...

    Jgn la lee bpisah ngn sara coz 2-2 da saling myayangi nie...

    ReplyDelete
  6. waaa,long time no see...tq yea!

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.