Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

11 October, 2012

The Only Exception Part 15



Part 15


SUDAH hampir seminggu Sara berada didalam pulau itu dan Lee masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk meneruskan rancangannya. Sara juga sudah semakin tertanya-tanya apa yang sedang Lee rancangkan. Terlalu besarkah rancangannya sehinggakan memerlukan masa yang panjang untuk membuat persediaan? Sara mengeluh.
            Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Dia yang sedang membaca sebuah novel bahasa inggeris, menutup buku itu lalu melangkah membukakan pintu.
            “Kenapa aunty Narin?”
            “Tuan panggil, dia ada diveranda,” kata Narin. Sara meletakkan novel itu dan berlalu ke veranda. Kelihatan susuk tubuh Lee. Tubuh itu kelihatan kecut. Dia tak makankah?
            “Lee,” panggil Sara.
            Lee menoleh dan lantas tersenyum. “Sorry sudah buat kau tunggu lama, semua sudah sedia dan kita akan balik ke Bandar,” ujar Lee. Saat itu terasa seperti ada sesuatu yang memberat dihati Sara. Dia gembira tapi dalam masa yang sama ada sedikit rasa kesedihan yang menyelit dihatinya.
            “Oya, jadi kita pulang hari ini?”
            Lee mengangguk. “Kita berkemas,” kata Lee lantas beredar.
            Sara masih tidak berganjak. Kakinya terasa berat untuk melangkah. Dia tahu, inilah masa yang dia tunggu-tunggu tapi mengapa ada sesuatu yang menganggu perasaannya?
            Sejam selepas siap berkemas, Lee, Sara dan juga aunty Narin sudah bersedia ke cruise milik Lee. Sebelum Lee masuk ke bilik memandu, Sara memaut lengan Lee.
            “Kenapa?” soal Lee.
            Sara memandang Lee. Ada sesuatu yang ingin dia tanyakan kepada Lee tetapi hatinya berat untuk menyatakan.
            “Takda apa-apa. Baik-baik pandu,” jawab Sara. Pada akirnya, dia tetap tiada kekuatan untuk meluahkan isi hatinya yang sebenar. Lee tersenyum lantas meneruskan langkahnya menuju ke bilik memandu.
            Aunty Narin duduk disebelah Sara. Tangan Sara dipaut kemas.
            “Puan kenapa? Macam ada sesuatu yang menganggu Sara,” tanya Aunty Narin.
            Sara menarik nafas dalam-dalam. “Tak tahulah, aunty. Hati Sara tiba-tiba jadi berat dan Sara tak tahu apa sebabnya,” luahnya perlahan diikuti dengan hembusan nafas yang seakan kedengaran berat.
            “Kenapa Sara rasa macam tu? Bukan ini yang Sara tunggu-tunggu selama ni? Lagi pun Lee dan bersungguh-sungguh nak betulkan semua ni untuk Sara, kenapa Sara masih teragak-agak? Sara masih tak percayakan Lee?”
            Sara memandang aunty Narin, kemudian tertunduk. “Bukan begitu, aunty. Sara percayakan Lee, Sara tahu dia buat semua ini untuk tebus kesalahan dia. Cuma… Sara tak tahu, tapi Sara dapat rasa yang selepas ni Sara takkan jumpa Lee lagi,”
            Dahi aunty Narin berkerut. “Maksud Sara tak jumpa lagi apa?”
            “Tak tahulah. Mungkin Sara yang fikir banyak. Semoga semua akan baik-baik saja,” doa Sara sambil melemparkan pandangannya kearah laut biru.


            “HELLO, uncle Som?”
            “Lee? Kamu dekat mana? Sara okey, kamu okey? Kata nak telefon, dah seminggu ni. Apa jadi?” suara uncle Som kedengaran risau disebalik corong telefon.
            “Relak uncle. Kami dah nak pulang dan lagi, Lee ada benda nak cakap dengan uncle. Kita jumpa dekat port,”
            “Baiklah. Baik-baik kamu.”
            Talian dimatikan. Lee menimpan telefon bimbitnya itu ke dalam poket lantas memandu laju kabin yang dinaiki mereka itu menuju ke pelabuhan.
            40 minit belayar diatas laut, mereka pun sudah tiba dipelabuhan. Uncle Som dan Geoffry sedang menunggu tidak jauh dari pelabuhan tersebut. Lee, Sara dan aunty Narin turun dari kabin. Mereka terus disambut oleh uncle Som.
            “Syukur, kamu tak apa-apa,” kata Uncle Som sambil memeluk tubuh Lee, kemudian memeluk pula tubuh Sara.
            “Uncle, macam yang Lee cakap, Lee ada benda nak sampaikan pada uncle dan Geof sekali,”
            Uncle Som dan Geoffry saling berpandangan.
            “Tapi bukan disini, kita jumpa dekat rumah,” kata Lee lantas berlalu kea rah keretanya yang dia telah tinggalkan ditempat itu sewaktu membawa Sara ke pulau peribadinya.

*****

“APA? Kamu nak ceraikan Sara?” soal Uncle Som terkejut. Geoffry juga tersentak mendengar keputusan Lee.
            “Kamu dah fikir betul-betul?” soal Geoffry.
            “Kami berdua dah fikir betul-betul, kan Sara?” ujar Lee pula. Sara hanya mengangguk.
            “Tapi macam mana dengan harta Lee?”
            Lee menggeleng. “Aku tak kisah dengan harta ni lagi. Aku dah fikir masak-masak, aku akan lepaskan Sara dan akan tinggalkan tempat ni untuk selama-lamanya,”
            Sara tersentak. Pantas kepalanya berpaling kearah Lee. Lee tidak menoleh ke kiri walaupun dia tahu mata tajam Sara sedang menikam dirinya.
            “Lee, apa maksud kau? Kau nak serahkan semua harta-harta kau pada aku? Tapi kenapa?”
            “Sara, sudah jelas dalam wasiat Tuan Kammal jika Lee menceraikan Sara, semua harta akan jatuh ke tangan Sara secara keseluruhannya,”
            Sara menelan liur. Dadanya sudah berdegup tidak sekata. Itu maknanya, firasat dia betul. Dia tidak akan berjumpa dengan Lee lagi. 
            “Uncle boleh uruskan hal ni secepat mungkin?” soal Lee.
            Sara sebak. Entah kenapa kata-kata Lee itu seakan pisau yang menikam jantungnya.
            Uncle Som mengeluh. “Lee, sekali lagi uncle tanya, Lee benar-benar akan ceraikan Sara dan sanggup serahkan semua harta kepadanya?”
            “Ya,” jawab Lee tanpa teragak-agak. Wajahnya cukup serius.
            “Tapi, macam mana dengan penjenayah yang nak apa-apakan Sara? Kau lupa yang penjenayah tu nakkan harta kau, Lee?” tanya Geof seakan tidak puas hati. Dia tidak faham kenapa Lee menyerahkan semua harta itu kepada Sara sedangkan dia tahu betapa bahayanya keadaan Sara jika itu terjadi.
“Geof, aku takkan lepaskan Sara kalau aku tahu dia takkan selamat. Lagi pun, kamu berdua ada, kan? Biar dia tinggal dulu dengan uncle Som,”
            “Dan kau? Kau nak pergi mana? Kau tak kisah pasal dia?” Geoffry sudah meninggikan suaranya. Uncle Som sudah memaut lengan Geoffry seakan menyuruh dia untuk mengawal emosinya.
            “Geof, pada malam rumah ini diceroboh, orang tu telefon aku dan dia bagi aku masa seminggu untuk ceraikan Sara. Kalau tak dia akan buat sesuatu yang lebih teruk lagi. Kau nak aku buat apa lagi? Aku ceraikan dia atau tak, dia tetap dalam bahaya,”
            “Jadi, kau akan ceraikan Sara dan pergi begitu saja? Atau kau buat semua ni untuk selamatkan diri kau?” soal Geoffry membuatkan Sara tersentak mendengarnya. Lee tertunduk seakan mengakui kata-kata kawannya itu benar.
            “Lee…” Sara seakan tergamam.
            “So what? Bukan itu yang dia nak selama ini? Dia minta aku lepaskan dia dan aku turuti. Kau nak aku lepaskan dia, dan ini yang aku sedang buat sekarang. Tapi kau pula cakap aku tak kisah pasal Sara? Kau nak aku buat apa sebenarnya?”
            Geoffry terdiam. Seisi rumah itu menjadi senyap.
            “It’s okey, Geof. Lagipun kami dah bincang perkara ni sebelum ni. Memang ini yang aku nak, tapi harta-harta ni aku tak fikir aku boleh terima.” akhirnya Sara bersuara setelah lama membisu.
            “Sara…”
            “Uncle, lepas kami bercerai semua harta akan jatuh pada aku, bukan? Dan ianya memang milik aku?” pintas Sara.
            “Apa Sara cuba nak cakap?”
            “Lepas semua harta ini jadi milik aku, aku nak serahkan semula harta-harta ni kepada pemilik asalnya, boleh kan?” kata Sara lagi.  
            “Sara, you can’t! Aku buat semua ni, bukan nak kau bagi aku semula. Aku nak kau simpan dan jaga harta-harta ni. You can keep it!” ujar Lee keras.
            Sara memandang Lee. “Kau buat keputusan kau, aku buat keputusan aku. Kita jumpa esok untuk sign paper,” kata Sara lantas seraya bangkit dan segera melangkah naik ke biliknya.
            “Sara!” panggilan Lee tidak diendahkan. Dia mendengus kasar.
            “Apa kau nak buat sebenarnya, Lee? Uncle tak faham.”
            “Lee buat semua ni untuk Sara. Aku dah fikir banyak, mungkin aku adalah puncanya Sara dalam bahaya. Jadi aku fikir, Sara dah boleh pergi mana-mana, ke luar negara. Dia akan lebih selamat disana. Dia dah takda ikatan disini lagi,” kata Lee.
            Geoffry dan Uncle Som saling berpandangan.
            “Baiklah, kalau memang itu yang Lee dan Sara nak. Kita settlekan semua ni esok.” Akhirnya Uncle Som akur juga dengan keputusan Lee. Tiada lagi yang dia boleh buat untuk mengubah keputusan Lee. Namun wajah Geoffry jelas menunjukkan yang dia kecewa dengan keputusan Lee.
            Beberapa minit kemudian, Uncle Som dan Geoffry pun meninggalkan rumah itu. Lee duduk semula ke ruang tamu, lalu mengeluar telefon bimbitnya dari poket kiri. Dia mendail nombor telefon seseorang.
            “Hello, Juan. Bersedia untuk esok. Semua berjalan seperti yang kita rancangan,” kata Lee.
           
LEE menguak pintu bilik Sara dan melihat gadis itu sedang berdiri disisi tingkap.
            “Kenapa tak turun makan?” soal Lee.
            “Aku takda selera,” jawab Sara pendek.
            “Kau marah dengan aku?” Lee mendekati Sara, tapi Sara terus melangkah jauh seakan ingin mengelak dari Lee.
            “Kenapa pula aku nak marah sedangkan kau dah buat apa yang aku nak,” ujar Sara dalam nada sinis. Lee mendekati Sara lantas mencapai tangan gadis itu. Sara menapis kasar membuatkan Lee tersentak.
            Sorry,” pinta Lee. Nampaknya Sara masih belum membuka hatinya untuk Lee.
            “Don’t say that. I had enough!” tiba-tiba Sara membentak.
            “Huh?”
            Sara berpaling kearah Lee. “Aku dah muak dengar permintaan maaf dari kau, Lee. Aku tak suka dengar semua ni!” marahnya lagi. Lee semakin tidak faham. Dahinya berkerut berlapis-lapis.
            “Macam mana kau nak maafkan aku kalau aku tak minta maaf?”
            “Aku taknak kau minta maaf, aku nak kau bertanggunjawab terhadap aku untuk seumur hidup kau!” ucap Sara seakan menjerit. Lee sudah tergamam. Fikirnnya menjadi kosong tiba-tiba, yang ada hanyalah suara Sara yang berulang-ulang ditelinganya.
            Lee menelan liur. “Aku perlu pergi, kita jumpa besok.” Ada getaran dalam nada Lee. Dia seperti faham dengan maksud kata-kata Sara tapi semuanya sudah terlambat dan dia tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Lee baru ingin melangkah, namun tangannya pantas dipaut Sara. Kedua-dua menjadi kaku seketika.
            “Kita takkan jumpa lagi selepas ni?” soal Sara dalam nada tertahan.
            Lee menutup matanya. Menahan sakit yang tiba-tiba hadir tika mendengar soalan Sara.
            “Mungkin untuk selama-lamanya,” jawab Lee lalu menarik tangannya dan keluar dari bilik Sara.
            Sara terduduk ditepi katil. Kenapa harus berakhir begini? Bukan ini yang aku nak. Bukan ini! 

*****

            “ARE you ready?” soal Lee semasa mereka berdiri diluar kereta, bersedia untuk menandatangani surat penyerahan harta dan surat cerai mereka.
            Sara mengangguk tanpa memandang wajah Lee. Lee pun membukakan pintu penumpang hadapan. Dia pun menaiki kereta itu dan membawa kereta tersebut menuju ke pejabat Uncle Som.
            Hampir sejam dalam perjalanan, mereka telah pun sampai dihadapan bangunan pejabat Uncle Som. Serentak Lee dan Sara keluar dari perut kereta. Mereka pun mengorak langkah masuk ke dalam bangunan itu.
            Di dalam bilik, Uncle Som sudah pun siap menyediakan surat petition percerian. Sara meneliti ruang bilik itu. Peristiwa 4 bulan yang lalu menerapa diminta Sara. Kejadian dimana Lee hampir-hampir membunuhnya, saat mula-mula Sara dan Lee bertentang mata, berhadapan dengan perasaan benci dan dendam. Dan akhirnya, mereka kembali untuk menamatkan semuanya.
            “Duduklah,” pelawa Uncle Som. Sara terus melangkah mendahului Lee dan melabuhkan punggungnya. Lee perlahan-lahan melangkah kearah meja dan turut duduk sama.
            “Sebelum Lee dan Sara tandatangan surat ni, uncle nak jelaskan sesuatu. Ini ada petition perceraian, lepas Lee dan Sara dan sign. Kamu berdua perlu pergi ke tribunal perkahwinan sebanyak dua kali. Lee dan Sara akan disoal pasal rumah tangga kamu. Kalau perkahwinan ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi, maka hakim akan mengeluarkan surat perintah cerai. Faham maksud uncle?”
            Sara dan Lee tidak menjawab melainkan saling berpandangan.
            “Kalau Lee dan Sara sudah sepakat, boleh sign disini,” ujar Uncle Som sambil menolak surat itu ke hadapan mereka. Ringan saja tangan Lee mencapai pen dan menurunkan tandatangannya. Melihat tindakan Lee yang begitu selama membuatkan hati Sara sakit.
            “Sara?” panggil Uncle Som.
            Sara ketap bibir dan terus menurunkan tandatangannya.
            “Uncle, berapa lama masa yang diambil untuk selesaikan perceraian kami?” soal Lee.
            “Mungkin sebulan,”
            “Bila kami perlu pergi ke mahkamah?”
            “Uncle akan uruskan. Apa-apa uncle akan hubungi Lee dan Sara,”  
            “Baiklah. Terima kasih, uncle. Kalau begitu kami balik dulu. Sara?” ujar Lee sambil bangkit dari kerusinya. Sara tidak menjawab melainkan terus bangkit dan keluar dari pejabat uncle Som.
            “Pergi dulu uncle,” pamit Lee lalu mengejar Sara.

*****

SEBAIK pulang ke rumah, Sara terus mengurung diri didalam bilik. Makan malam pun dia tidak turun sehinggakan Aunty Narin penat untuk memanggilnya. Sara yang sedang berbaring di atas katilnya, mengeliat ke kiri kanan. Dia mengesat air mata yang mengalir dipipinya.
            Aku yang mahukan perpisahan ini tapi kenapa aku pula yang harus bersedih? Kenapa aku mesti sakit hati? Sedangkan Lee… dia tidak fikir banyak pun waktu tandatangan. Dia benar-benar nak berpisah dengan aku.
            “Aku harap aku boleh putarkan masa dan katakan pada dia yang aku cintakan dia,” bisik Sara sambil menekup matanya erat. 

******************************************** 
p/s : part akhir bahagian 1, harap bersabar. esok tengah hari, saya post bab akhir, okey? Tapi sebelum tu, baca dulu yg ni, enjoy reading (^-^)

4 comments:

  1. Okie da nk abis ke citer nie?
    X sbr k tau saper pjahat y sbnrnya..huhuhu

    ReplyDelete
  2. sapa penyngak tu ye... menarik ni..

    ReplyDelete
  3. Salam. Wah your blog sgt menarik & ohsem! =) Jom join.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-cik-misya-nak-follow.html

    ReplyDelete
  4. huhu...dup.dap.dup.dap...
    ape la jd nnt..
    jangan tinggalkan sara lee..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.