Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

01 November, 2012

Chapter 2 : My Very First Crush



Chapter 2 : My Very First Crush

WAKTU rehat, Olga mengambil keputusan untuk berhadapan sekali lagi dengan Tristan. Dia ingin menerangkan segala-galanya, takut guru itu tersalahfaham dengannya. Olga menapak masuk ke bilik guru tingkat dua dan bertanya pada salah seorang guru yang ada dibilik itu.
            “Ah, cikgu… Cikgu Tristan ada tak?”
            “Cikgu Tristan? Mungkin dia ada di cafeteria. Cuba tengok dekat sana,” jawab guru tersebut. Olga pun mengangguk lantas beredar setelah mengucapkan terima kasih.
            Seperti yang dikatakan guru tadi, Olga menuju ke cafeteria tetapi baying Tristan tidak kelihatan dicafe itu. Olga menggigit bibir. Ke mana agaknya dia pergi?
            “Olga!” panggil Emely. “Kau kata nak pergi bilik guru?”
            “Em, aku cari cikgu Tristan. Nampak dia tak?”
            “Tadi dia ada disini dengan cikgu-cikgu yang lain. Lepas tu dia dah takda. Kenapa?”
            “Nampak dia pergi arah mana?” soal Olga lagi. Emelyn sekadar menggeleng.
            “Kalau kau cakap cikgu Tristan, tadi saya nampak dia pergi ke lab 2,” tiba-tiba seorang gadis muncul dari belakang sambil memegang dua bungkus roti. Namanya Miya, dan dua tahun muda dari Olga dan Emely.
            “Oh, thanks Miya!” ucap Olga lantas berlalu pergi meninggalkan kawan-kawannya.
            Olga memanjat tangga yang menuju ke Lab 2 seperti yang dikatakan oleh Miya tadi. Kemudian, perlahan-lahan dia mengintai diantara ruangkan kecil langsir. Tapi dengan ruang yang kecil itu, dia tidak nampak sesiapa didalam makmal.
            Dia pun menghampiri pintu dan mengetuknya. Tiada balasan dari dalam sehingga dia mempersoalkan apa benar Tristan berada didalam ataupun tidak. Dia mencuba sekali lagi tapi tetap tiada balasan, lantas dia memulas tombol pintu. Tidak berkunci.
            “Izinkan saya masuk,” ujar Olga lalu melangkah masuk. Kelihatan Tristan yang sedang duduk tertidur sambil memeluk tubuh dikerusi.
            “Wow…” Olga terpukau dengan kecantikan lelaki itu. Perlahan-lahan dia mendekati Tristan dan berdiri tepat dihadapan lelaki itu. Olga tersenyum kecil, lantas membongkok ke hadapan untuk melihat wajah Tristan dengan lebih jelas.
            My God, bulu mata dia panjang! Puji Olga dalam hati. Tanpa sedar, tangannya perlahan-lahan terangkat dan ingin menyentuh bulu mata Tristan dan sehinggalah dia terdengar lelaki itu membisikkan nama seseorang.
            “Alana…”
            Olga tersentak. Tristan segera terbangun. Olga panik lantas segera mengundur namun belum sempat dia melangkah, Tristan sudah memaut pinggangnya lalu menarik tubuh Olga dekat dengannya sehingga dua tubuh itu menjadi satu.
            “What are you doing here?”
            Olga menelan liur. Suara Tristan kedengaran berbeza berbanding pagi tadi. Lebih dingin dan menakutkan.
            Sorry! Sorry!” pinta Olga sambil menolak tubuhnya dari tubuh Tristan. Tristan segera meleraikan tangannya. Olga terus berundur ke belakang. Tristan bangkit lalu membetulkan kotnya.
            “Saya yang patut minta maaf, saya tak patut buat begitu tadi,” pinta Tristan sambil menguak rambutnya ke belakang.
            Olga sekadar memandang Tristan. Pandangan Tristan yang tadinya tajam berubah redup. Olga gigit bibir. Jantungnya seperti sudah ingin meletup tika itu. Kalau lebih lama dia berada didalam bilik yang sama, mungkin disitu juga dia akan pengsan.
            “Maaf, cikgu saya keluar dulu!” pinta Olga lalu tunduk dan segera melangkah ke pintu.
            “Tunggu!” halang Tristan. Langkah gadis itu mati.
            “Alang-alang, kamu dah sampai sini. Mesti kamu nak cakap apa-apa dengan saya, bukan begitu Olga?”
            Olga mengetap dua ulas bibirnya lalu perlahan-lahan menoleh kearah Tristan.
            “Pasal pagi tadi, saya nak minta maaf dan nak ucap terima kasih sebab tak  laporkan pada pengetua,”
            Tristan tergelak. Olga mengerut kening. Dia terus mengangkat wajah dan melihat wajah lelaki itu sedang tersenyum membuatkan jantungnya berdegup laju lagi. Olga terasa seperti hendak menangis dek perasaan yang membuai-buai dihatinya itu.
            “Kamu ingat, saya ni jenis orang seperti itu? Don’t worry, it’s our little secret. Cuma jangan buat lagi, okey?” Tristan tersenyum lagi.
Olga tersentak. Tidakkah lelaki itu sedar apa yang sedang dia lakukan terhadap Olga? Pada gadis yang tidak tahu apa-apa tentang cinta. Dan pada kali pertamanya, Olga berhadapan dengan emosi yang sungguh kuat sehingga membuatkan dia mengalah dan terima kenyataan bahawa dia sudah jatuh cinta.
“Saya perlu pergi. Terima kasih!” Olga terus berlari keluar dan bersandar dipintu. Dia memegang dadanya yang turun naik dengan cepat. Nafasnya kedengaran tercungap-cungap. Jantungnya pula berdetak kencang seolah-olah dia baru saja menyiapkan larian 100 meter.
Olga menekup wajahnya. “Tuhan, apa dah jadi dengan aku? Kenapa aku macam ni?”
Seminit selepas menenangkan hatinya, Olga pun meninggalkan tempat itu.

*****
Adkins's Residence

OLGA menapak masuk ke dalam kereta Luth. Sebaik dia duduk, dia terus memasang tali pinggang keselamatan. Luth yang duduk ditepinya sudah memandang dengan wajah pelik. Selalunya, Olga akan mengucup pipinya sebaik saja masuk kereta atau bercerita apa yang terjadi di sekolah tapi hari ini, Olga seperti hilang fokus.
            “Olga, sayang… kenapa ni? Olga sakitkah?” Tanya Luth.  
            “Taklah,” jawab Olga ringkas.
            “Jadi, kenapa Olga macam kecewa saja? Ada kaitan dengan ujian Olga hari ini?”
            “Taklah, bukan tu,”
            “Jadi kenapa? Beritahu abang Luth, abang tak suka tengok muka Olga macam ni,”
            “Maaf abang Luth. Tapi mungkin abang Luth dan yang lain tak boleh selesaikan jadi biarlah Olga yang fikirkan macam mana nak tangani masalah ni, ya?” kata Olga.
            Mata Luth membulat. Tidak pernah dia mendengar Olga mengeluarkan kata-kata seperti itu seakan Olga bukan dirinya sekarang. Hati Luth sudah mulai risau.
            “Boleh kita balik sekarang, abang Luth?” kata Olga.
            “Okey,” Luth kelihatan blank. Dia terus menukar gear dan membawa keretanya itu keluar dari perkarangan sekolah. Dalam perjalanan pulang ke rumah pun Olga langsung tidak bersuara melainkan sekadar memandang ke luar tingkap. Tingkah laku adiknya itu semakin membuatkan Luth tidak senang hati. Apa-apa pun, dia harus memberitahu adik-beradiknya yang lain mengenai sikap Olga yang pelik itu atau dia akan kehilangan seri adiknya.
            Seperti yang sudah dia rancangkan, malam itu dia membawa semua adik-beradiknya didalam bilik.
            “Luth, ada apa sebenarnya? Kau nampak risau,” ujar Karen sambil memeluk tubuh dengan kaki bersilang dibuku katil milik Luth. Sementara Max duduk dikerusi dan Noah duduk dimeja kerja Luth. Luth pula masih berdiri.
            “Kamu perasan tak perangai Olga lepas balik dari sekolah tadi?” soal Luth. Karen, Max dan Noah saling berpandangan.
            “Ah, betul. Aku tanya Olga tadi, tapi dia tak menjawab soalan aku. Kenapa dengan adik kita?” soal Max pula.
            “Macam mana kalau Olga dibuli?” Luth main serkap jarang.
            “Tak mungkin. Semua orang sayangkan Olga,” kata Max penuh yakin.
            “Tapi mungkin sebab itu juga dia kena buli?” ujar Noah. Pantas Max memandang kearahnya.
            “Kalau betul Olga kena buli, aku sumpah orang itu tidak akan hidup lama!”
            “Tenang, Max. Olga kan selalu cerita tentang kita pasal sekolahnya. Peraturan mereka ketat, jadi isu buli sudah lama terhapus dalam sekolah tu,” kata Karen tenang.
            Luth dan Max mengangguk-angguk.
            “Macam mana pula dengan pasal pembelajaran dia?” tanya Noah.
            “Tak mungkin… sebab Olga takkan jadi moody macam ni hanya disebabkan pelajarannya lagi pun Olga tidak pernah lemah dalam mana-mana subjek,” kata Luth.
            “Matematik!” serentak mereka bersuara. Luth terdiam. Dia terlupa bahawa ada satu subjek yang Olga paling lemah, iaitu Matematik.
            Karen membetulkan cermin matanya. “Kalau kita nak tahu, kita mesti pergi ke sekolah Olga. Olga takkan jawab walaupun kita paksa dia, jadi kita patut tanya pihak sekolah.” Karen yang sudah lama berdiam diri dan sekadar mendengar spekulasi-spekulasi yang keluar dari bibir adik-adiknya, akhirnya bersuara.
            “Ren, kau tahu apa akibatnya kalau kita datang ke sekolah Olga?” kata Noah pula.
            “Tahu. Dia takkan bercakap dengan kita selama sebulan atau mungkin untuk tempoh yang lama. Tak apa, aku akan bertahan walaupun itu akan membunuh aku. Demi Olga,”
            Mereka diam, seakan cuba mencerna kata-kata Karen. Olga selalu melarang mereka agar tidak datang ke sekolahnya dan hanya akan datang jika dipanggil oleh guru, itu pun hanya seorang saja yang boleh pergi.
            Bukan kerana Olga malu dengan abang-abangnya, tapi dia tidak ingin menarik perhatian orang ramai dengan kekacakan abang-abangnya. Sama seperti waktu dia berada disekolah rendah bila abang-abangnya datang, semua pelajar perempuan mengerumuninya dan memberikan surat cinta kepadanya untuk abang-abangnya. Bayangkan dia terpaksa melarikan diri untuk bersembunyi, lebih teruk lagi dia tidak boleh pergi kantin kerana disitulah pelajar-pelajar perempuan mengerumuninya, dia terpaksa menahan lapar disekolah. Sebab itu dia melarang keras abang-abangnya supaya tidak datang ke sekolah.
            “Okey, I’m in!” kata Luth.
            Max dan Noah berpandangan dan akhirnya mereka juga bersetuju. Mereka sudah bersedia untuk berhadapan dengan risikonya nanti.

*****

            TOK…TOK…TOK…
            Meja Olga diketuk Emely. Olga yang sedang meletakkan kepalanya diatas meja, memandang atas.
            “Ada apa?” soalnya lemah seperti orang tidak makan dua minggu.
            “Kau kenapa? Sejak masa pertama lagi kau moody? Period?” soal Emely. Olga menggeleng.
            “Takdalah,” ringkas saja jawapan Olga.
            “Hey, kau nampak tak Sir Tristan tadi?”
            Jantung Olga seakan hilang denyutan sebaik saja mendengar nama Tristan disebut.
            “Oww… handsome betul sampai aku tak boleh pandang mana-mana melainkan muka dia. Suara dia pun…ah…  buat aku cair. Kalaulah dia boyfriend aku.” Riak wajah Emely sudah bersinar-sinar seakan cuba membayangkan dia bersama dengan Tristan.
            Olga gigir bibir. Dia pandang ke sisi. Dia rasa jengkel bila Emely memuji-muji Tristan didepannya.
            “Eh, kau rasa cikgu dah ada girlfriend tak?” soal Emely.
            Olga tersentak. Tiba-tiba dia teringat nama yang disebut Tristan didalam tidurnya kelmarin. Jangan-jangan, dia adalah teman wanita cikgu? Olga menghentak kepalanya dimeja membuatkan Emely terkejut dengan tindakannya.
            “Olga, kau kenapa?” kata Emely sambil mengangkat wajah Olga. Terkesima Emely saat memandang mata Olga yang berwarna merah seakan ingin menangis.
            “Olga…”
            “Perhatian kepada Olga Adkins, sekali lagi. Perhatian kepada Olga Adkins. Sila datang ke bilik guru sekarang juga. Terima kasih!”
            Suara dari pengumuman itu bergema diruang kelas 6A-1.
            “Olga, nama kau,” kata Emely. Olga bangkit dan segera keluar dari kelas dan menuju ke bilik guru. Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam, sudah kelihatan 4 orang lelaki yang sangat dikenalinya sedang duduk diruang tamu bersama Penolong Kanan HEM, Encik Zulfikar. Mata Olga membulat apabila menyedari, lelaki-lelaki segak itu adalah abang-abangnya. Pantas dia menghampiri ruang tamu.
            “Selamat pagi, cikgu!” ucap Olga. Dia memberikan pandangan tajam kepada abang-abangnya.
            “Duduk, Olga. Ada sesuatu yang abang-abang kamu nak bincangkan. Sekejap lagi, Encik Tristan akan datang,” kata Encik Zulfikar.
            “Tapi cikgu, kenapa cikgu Tristan?”
            “Em? Bukankah dia ganti guru kelas kamu, jadi secara tak langsung Cikgu Tristan akan jadi guru kelas kamu juga,” jawab Encik Zulfikar lantas masuk ke dalam pejabatnya.
            Olga menelan liur. Mereka tidak tahu betapa berusahanya dia untuk mengelak dari berjumpa dengan Tristan dan sekarang segala usahanya menjadi sia-sia.
            “Olga, sayang?”
            “Shh! Olga taknak dengan suara abang!” pintas Olga dingin lantas melabuhkan punggung disofa. Luth memandang Karen dengan wajah sedih. Karen sekadar mengangguk, faham dengan situasi Luth.
            Beberapa minit kemudian, sepi yang menyelubungi ruang tamu itu lesap dengan kemunculan Tristan.
            “Maaf biarkan kamu menunggu. Saya Tristan, guru kelas 6A-1,” kata Tristan sambil bersalaman dengan abang-abang Olga satu-persatu.
            “Kami abang Olga. Saya Karen, ini Luth, itu Max dan itu Noah,”
            “Nice to meet you,” ucap Tristan lalu duduk berhadapan dengan 4 orang budiman itu.
            “Saya baru saja berpindah ke sekolah ni seminggu yang lalu, jadi saya tidak tahu masalah apa yang Olga alami. Tapi jangan risau, saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu Olga,”
            “Cikgu, saya takda masalah. Betul!” naïf Olga keras.
            “Olga, kami tahu Olga sekarang ada masalah. Kalau tak, takkan Olga tak makan semalam? Lepas tu Olga tak hiraukan kami lagi, kami risau Olga. Olga tak pernah macam ni,” kata Luth.
            “Abang, Olga okey. Olga takda masalah, abang saja yang suka besar-besarkan masalah,” kata Olga.
            “Olga, kami ni abang Olga. Jadi sudah menjadi tanggungjawab kami untuk risaukan Olga,” kata Noah pula.
            “Betul, jadi selagi Olga tak beritahu kami masalah Olga, kami takkan berganjak dari tempat ni dan kami sanggup duduk disini walau berapa lama sekali pun,” kata Max pula.
            Tristan yang sekadar memerhati, seakan kagum dengan kasih sayang yang diberikan kepada Olga.
            “Cikgu Tristan, boleh beritahu kami apa yang cikgu dapat perhatikan masa cikgu berada dalam kelas? Maksud saya, keadaan Olga,”
            Olga tertunduk. Bibir bawah diketap.
            “Tidak banyak yang saya dapat, memandangkan saya guru baru tapi satu yang saya pasti dia sangat senyap dalam kelas dan saya percaya dia sangat lemah dalam subjek matematik. Saya baru saja siapkan analisis untuk pelajar dalam kelas saya. So far, itu sajalah yang saya tahu mungkin menganggu Olga,”
            “Subjek matematik? Olga, itukah yang buat Olga terganggu?” tanya Karen.
            Olga menelan liur. Kalau dia tidak berbuat sesuatu, kemungkinan abang-abangnya akan tahu tentang perasaannya terhadap Tristan.
            “Ya, subjek matematik yang buat saya terganggu,” akui Olga.
            Kedengaran keluhan lega dari keluarga Adkins.
            “Olga, buat kami risau saja,” kata Luth. Terasa berat dihatinya sudah lesap.
            “Kalau begitu, ada cara untuk tingkatkan prestasi Olga dalam subjek matematik?” tanya Noah pula.
            “Saya belajar dalam bidang engineering , jadi mungkin saya boleh jadi tutor Olga. Betul tak cikgu?” Max sukarela menawarkan dirinya.
            “Max, apa yang aku dah cakap dengan kau hari tu? Kau juga masih belajar dan ada kerja sambilan. Aku tak nak kau hilang fokus bila mengajar Olga,” kata Karen tegas.
            “Alah… semua ni untuk Olga juga, kenapa tak boleh?” Noah seakan terasa hati. Dia juga ingin melakukan sesuatu untuk adiknya.
            “Abang, saya tak perlukan tutor. Saya boleh belajar sendiri,” celah Olga.
            “Em, cikgu tak bolehkah bagi kelas tambahan untuk subjek matematik t?” soal Luth.
            “Hmm… masalahnya, dalam kelas Olga seorang saja yang lemah dalam subjek ni, saya tak rasa yang kamu akan biarkan Olga sendirian dengan guru lelaki,”
            Olga tersentak mendengar kata-kata Tristan. Jadi, kalau aku ikut kelas tambahan ini, aku boleh meluangkan masa sendirian dengan cikgu? Peluang jenis apa ini? Hati Olga sudah berdebar-debar.
            “Saya nak!” jawab Olga tiba-tiba membuatkan semua mata memandang tepat kearahnya.
            “Kamu pasti Olga?” tanya Karen. Olga mengangguk sekali.
            “Sekejap!” kata Karen pula lantas membawa adik-adiknya berunding tidak jauh dari ruang tamu.
            “Hei, Olga seorang saja ikut kelas tambahan? Dan guru lelaki pula tu,” Karen kelaihtan seakan ragu-ragu dengan keputusan Olga.
            “Betul. Aku tak percayakan dia,” kata Max pula.
            “Tapi macam mana? Kamu sanggup tengok Olga macam kemarin lagi? Sanggup tengok dia tak makan malam?” kata Luth.
            Kata-katanya itu membuatkan adik-beradiknya berfikir sekali lagi. Meletakkan keselamatan Olga ditangan guru itu, bukan idea yang baik. Tetapi mereka juga tidak sanggup melihat wajah Olga yang masam sepanjang hari hanya kerana satu subjek.
            Tristan tersenyum nipis melihat abang-abang Olga. “Abang-abang kamu mesti sayang sangat-sangat dengan kamu, kan?” tanya Tristan.
            “Kenapa cikgu cakap macam tu?”
            “Diorang risau, cikgu dan Olga dalam satu kelas, bersendirian pula tu. Lagipun saya ni lelaki dan kamu perempuan,”
            “Tapi saya percaya dengan cikgu, cikgu bukan orang jahat!” kata Olga. Suaranya ditekankan, wajahnya penuh dengan keyakinan. Tristan tergelak melihat wajah Olga.
            “Comel betul kamu ni, Olga,” ujar Tristan. Saat itu terasa nafas Olga seakan tersekat dikerongkong. Terasa pipinya sudah merah padam dipuji seperti itu. Keadaan itu membuatkan dia semakin ingin mendekatkan dirinya dengan Tristan. Dia mahu bersama walaupun hanya untuk dua jam.
            “Kamu dah buat keputusan,” kata Karen sambil mendekati Olga dan Tristan. Olga menelan liur. Dalam hati dia berdoa agar abang-abangnya itu setuju.
            “Kami setuju,” sambung Karen.        
            Serentak itu Olga tersenyum. Hatinya sudah melonjak-lonjak. Kegembirannya jelas terpampang diwajahnya.
            “Baiklah. Saya janji saya akan memperbaiki gred Olga dalam subjek ni,” kata Tristan lantas bersalaman dengan Karen dan yang lain.
            “Kalau begitu, kami balik dulu,” kata Karen pula.
            Thank you, sir,” ucap Olga.
            You are welcome, Olga,” balas Tristan lembut.
            Pantas bibir Olga tersenyum. Perlahan-lahan Olga meninggalkan tempat itu. Entah kenapa, ucapan itu saja sudah cukup membuatkan hati Olga berbunga-bunga.  Stupid, Olga. Dia tu cikgu kau, kau tak boleh ada perasaan macam tu dengan dia! God, please… please… bawa perasaan aku jauh-jauh.
            “Olga,” panggil Luth.
            Olga berhenti dimuka pintu. Dia memeluk tubuh lalu perlahan-lahan berpaling kearah mereka.
            “1 minggu… tak, satu bulan. Jangan bercakap dengan Olga!” kata Olga lantas seraya beredar balik ke kelasnya.
            Luth yang baru ingin menghalang Olga, terus ditahan Karen. Karen sekadar menggelengkan kepala. Luth mengeluh kecil. Antara mereka berempat, Luthlah abang yang selalu mengambil berat pasal Olga. Malah mungkin lebih dari Karen, atau yang lain.

5 comments:

  1. sronok nya bla ada abg mcm olga...

    ReplyDelete
  2. bestnye jd olga...huhuhu
    tp,kesian dekat abang2 die..
    kak okie..next! hehehehe ^^

    ReplyDelete
  3. abg2 yg sgt prihatin..saye sukeeeeeee

    ReplyDelete
  4. Best novel ni.. Kak okie tolong follow my blog? I'm newbie blogger... Tq 😊
    http://penavioletsue.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.