Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

04 November, 2012

Chapter 3 : The Bold Confession



Chapter 3 : The Bold Confession


SEPI. Kelas empat penjuru itu sepi tanpa penghuni. Hanya kedengaran bunyi buku dibelek. Tiba-tiba dia terdengar bunyi kerusi ditolak. Olga masih menunduk. Dia tidak berani bertantang muka dengan Tristan.
            “Kenapa ni? Dari tadi asyik tunduk ja? Jangan takut, cikgu tak makan orang,” ujar Tristan seakan berseloroh.
            Ya, cikgu tak makan orang, Tapi cikgu ni pencuri. Cikgu dah curi hati saya! Gumum Olga dalam hati.
            “Okeylah. For starter, cikgu akan bagi kamu 20 soalan dari setiap bab dan kamu perlu jawab guna semua fomular yang kamu tahu. Kalau kamu dah tak boleh buat, tanya cikgu,” kata Tristan pula lantas memberikan Olga beberapa keping kertas.
            Of course, cikgu dah masukkan fomular di muka surat depan, in case kamu lupa,” tambahnya pula.
            “Oya, satu lagi. Harap Olga faham sebab cikgu suka mendenda. Jangan risau, setakan ini cikgu belum angkat tangan atas mana-mana pelajar, dan dendanya tak juga keterlaluan. Jadi, kalau satu soalan silap, kamu berdiri satu kaki selama 3 minit. Jadi kalau 20 soalan salah, kamu berdiri 1 jam dengan satu kaki,”
            “Apa?” soal Olga seakan terkejut.
            “Kenapa? Terkejut?” soal Tristan dengan muka selamba.
            “Emm… sikit,”
            Tristan tergelak. “Do your best,” ucapnya pula sambil tersenyum.
            Olga telan liur. Kenapa dia merasakan senyuman Tristan itu bukan senyuman biasa? Terasa bulu romanya naik satu badan. Nasib kaulah, Olga!
            “Kamu ada masa 1 jam dari sekarang,”
            Olga panik. Cepat-cepat dia membelek kertas soalan yang diberikan tadi dan mula menjawab menggunakan semua pengetahuan yang dia ada.

“SAYA dah pulang!” ujar Olga dengan suara kepenatan. Beg galas diletakkan ditepi lantai dan terus membuka kedua-dua kasut sekolahnya. Tiba-tiba dia terdengar derap langkah yang kuat dan laju. Dahi Olga berkerut. Ada apa?
            “Abang!” panggil Olga.
            “Olga!” Tidak semena-mena, Luth tiba-tiba muncul serentak itu memeluk Olga. Kelihatan abang Olga yang lain sedang berdiri di belakang Luth.
            “Abang Luth kenapa?” soal Olga.
            “Dia risaukan kamu, Olga. Sebab kamu cakap nak balik sendiri. Sudahlah, bawa Luth masuk,” kata Karen lantas masuk ke dalam.
            “Hm… cakap Luth risau, padahal dia sudah berdiri dua jam depan pintu,” bisik Max.
            Olga ketawa. “Abang ni, Olga bukan budak kecil lagilah. Jomlah, masuk. Olga nak mandi,”
            “Thank God Olga okey,” ujar Luth seolah-olah Olga baru saja pulang dari luar negara. Olga dan Luth melangkah masuk, sementar Max membawa beg galas Olga masuk.
            “Abang Noah mana?” soal Olga.
            Max, Luth dan Karen berpandangan. “Oppss!” serentak mereka bersuara. Dahi Olga berkerut.
            “Abang rasa, dia masih ada disekolah Olga,” kata Max.
            “Apa? Kenapa tak telefon abang Noah?”
            “Abang dan telefon, kejap lagi dia pulang,” ujar Karen yang sudah duduk sambil membawa buku diruang tamu.
            “Abang tak cakap yang Olga akan pulang sendiri?”
            “Dah, tapi dia taknak dengar. Katanya dia nak ambil kamu sendiri,” jawab Max.
            Olga sudah mengeluh kecil. Abang-abang aku nilah…

*****

SEDANG Olga mengurut-urut kakinya, Luth menguak pintu biliknya. Kelihatan Luth sedang memegang segelas susu panas untuknya.
“Boleh abang masuk?” pintu Luth. Takut-takut adiknya itu masih marah pasal pagi tadi. Olga tersenyum lantas mengangguk. Luth pun melangkah dan meletakkan gelas berisi susu itu diatas meja.
“Olga tak marah dengan abang lagi?”
“Taklah. Olga tahu, abang Luth dan yang lain buat macam tu sebab risaukan Olga, bukan sebab nak show-off, kan?” jawab Olga. Luth sekadar tergelak kecil. Terkena batang hidung. Beberapa tahun yang dulu, mereka berempat datang ke sekolah sebab ingin menunjuk-nujuk bahawa Olga mempunyai 4 orang abang yang kacak lagi bergaya, patutlah Olga marah dan langsung tidak mahu bercakap dengan mereka.
“Ini susu Olga,” kata Luth pula.
Dek kakinya yang masih lenguh, dia tidak dapat bergerak bebas. Bila teringat kejadian disekolah, terus buat bulu romanya naik satu badan. Nasib badanlah sebab lemah dalam subjek mate. Dia dikira bernasib baik sebab hanya 11 soalan saja yang salah. 11 soalan salah bermaksud, dia perlu berdiri satu kaki selama 33 minit. Fuh… sekarang baru dia tahu, disebalik senyuman dan wajah lembut Tristan, rupanya tersembunyi seorang guru yang menakutkan. Tapi, bagi Olga itu adalah satu memori yang paling indah pernah dia alami. Berdua-duaan dengan Tristan, walaupun cintanya mungkin tidak berbalas itu sudah memadai.
            “Kenapa dengan kaki Olga?” soal Luth sambil meletakkan gelas berisi susu itu diatas meja.
            “Takda. Letih sikit aja,” jawab Olga. Gelas yang berisi susu itu dicapai.
            Luth tersenyum. Kemudian mengambil sikat yang ada diatas meja solek lalu duduk dibelakang Olga. Selalu, ibu mereka yang akan menyisir rambut Olga sebelum masuk tidur, sekarang Luth yang mengambil tempat sebagai ibu mereka.
            “Rindu mama tak?” soal Luth. Rambut Olga yang melipasi bahu itu disikat lembut.
            “Rindu, tapi nak buat macam mana. Papa lebih perlukan mama dari kita. Olga tahu yang mama juga rindukan kita sekarang, kan?”
            Luth tersenyum. “Olga dah besar, rindu Olga yang masih kecil. Kalau dulu, Olga selalu naik atas bahu abang, sekarang dah minta pulang sendiri dari sekolah,”
            “Abang ni, Olga kan dah besar… kalau Olga selalu bergantung dengan abang-abang Olga bila lagi Olga nak berdikari?”
            Luth ketawa. “Yalah, yalah!” dia mengaku kalah. Dia tahu benar semangat adiknya yang tinggi.
            “Oya, abang… macam mana dengan novel abang? Abang masih tak sambung-sambung lagi?” soal Olga tiba-tiba.
            “Hmm… writer block, Olga. Tiada ubat yang boleh sembuhkan ‘penyakit’ tu.” Luth meletakkan sikat rambut itu ditepi lalu menyimpul rambut Olga ke tepi.
            “Ceritanya pasal perempuan yakuza yang jatuh cinta dengan orang biasa, kan?”
            “Em… macam mana Olga tahu?”
            “Tahulah! Kalau abang masih ada ‘penyakit’ tu, apa kata abang tengok cerita anime? Ataupun tengok drama Gokusen,”
            “Huh, apa tu?”
            “Alah… drama jepun yang famous tu. Takkan abang tak tahu?” soal Olga seakan terkejut. Abangnya berkerja sebagai guru dan juga penulis separuh masa, jadi agak jarang untuk Luth meluangkan masa menonton drama.
            “Abang tak tengok drama, Olga. Abang buat research pasal yakuza, tengok drama itu belum tentu buat abang faham pasal yakuza,”
            “Yalah… harap-harap, watak utama dalam novel abang tu keluar betul-betul baru abang tahu,”
            Luth menepuk perlahan kepala Olga. “Pandai sumpah-sumpah novel abang?”
            Olga ketawa kecil. “Sorry!”
            “Okeylah. Abang keluar dulu. Sweet dream, sayang!” ucap Luth lalu mengucup dahi Olga.
            Good night!” balas Olga. Luth pun beredar dari bilik itu. Olga terus menarik selimut dan berbaring. Lampu ditepinya ditutup.
            “Harap-harap cikgu Tristan keluar dalam mimpi saya,” ucapnya perlahan.

*****

            Bunyi lonceng sekolah yang menandakan waktu pulang, berbunyi kuat diruang kelas mereka. Senyuman dibibir Olga melebar.
            “Kau kenapa, senyum-senyum sampai teling?” soal Emely pelik. Beg galasnya disandang.
            “Takda,” jawab Olga dengan senyuman masih bersisa dibibir.
            “Wei, kau taknak balik ka?” Dahi Emely berkerut melihat Olga yang masih duduk ditempatnya tanpa ada tanda ingin pulang.
            “Huh, saya ada kelas tambahan dengan cikgu Tristan,”
            Dahi Emely berkerut lagi. Pantas dia duduk dikerusinya semula. “Sejak bila kau ada kelas tambahan dengan cikgu?”
            “Sejak kemarin,”
            “Kenapa kau boleh ada kelas tambahan dengan cikgu Tristan?”
            “Emm… sebab subjek mate aku lemah dan lagi abang aku yang recommend dengan cikgu. Trial dah dekat,”
            Emely seakan tidak percaya. “Patutlah kau asyik tengok jam sejak pagi tadi? Kalau begitu, aku pun nak ikutlah!” putus Emely lantas meletakkan begnya semula.
            “Eh?? Tapi…”
            “Wei, takkan aku nak biarkan kau ‘ambil’ cikgu sorang-sorang, aku pun nak juga,”
            “Tapi subjek mate kau dah okey kan?” kata Olga. Dia tidak mahu bersikap pentingkan diri tapi dia juga tidak mahu ada orang lain diantara dia dan Tristan, dia mahu hanya mereka berdua.
            “Kau nak aku cakap dengan semua pelajar yang kau ada kelas tambahan dengan cikgu?” ugut Emely pula.
            Olga terdiam. Dia tunduk lama. “Aku… suka cikgu,” luah Olga.
            “Huh? Semua orang suka cikgu,”
            “Tak… aku sukakan cikgu bukan sebagai cikgu tapi lelaki. Aku cintakan cikgu,” ujar Olga keras tanpa mengangkat wajahnya.
            Emelyn tergamam. “Olga… kau serius?” soalnya tidak percaya.
            Serentak itu Olga mengangkat wajah dan menatap anak mata Emylen dengan pandangan mata yang berapi-api. Emelyn mengalah. Dia kalah dengan pandangan itu.
            “Kau betul-betul cintakan cikgu.”
            Olga diam. Riak wajahnya sudah menjawab segala persoalan. Emely mengeluh kecil.
            “Tapi diakan cikgu? Hubungan cinta antara pelajar dan cikgu dilarang keras disekolah ni Olga,”
            Olga menggeleng. Sejak kali pertama lagi dia bersua muka dengan Tristan, dia tidak pernah menganggap lelaki itu sebagai gurunya. Yang dia nampak hanyalah seorang lelaki.
            “Aku tahu, Emely. Tapi walaupun aku pelajar, aku juga manusia. Kita manusia, Emely. Sebab aku manusialah aku jatuh cinta dengan cikgu. Please, Emely… jangan bagitahu siapa-siapa tau pasal ni,”
            “Bodoh, takkan aku sanggup buat begitu dengan kawan baik aku sendiri. Yalah, aku tingglkan kau. Have a great day, my friend!” ucap Emely.
            Thank, Ems!”
            Emely hanya tersenyum. Lalu dia pun beredar dari kelas itu untuk pulang ke rumahnya. Olga tersenyum lega. Selepas meluahkan perasaannya pada Emely, dia tidak lagi rasa berat hati. Sekurang-kurangnya, dia dapat berkongsi perasaannya dengan orang lain.
            Olga memandang jam ditangannya. Sudah lebih 15 minit, tapi Tristan mash belum dapat lagi. Mungkin dia masih ada kerja. Hati Olga berbisik. Olga bangkit pula dan berjalan ke papan tulis. Sambil menunggu, dia meconteng-conteng papan tulis itu dengan marker pen warna biru.
            15 minit menunggu, Tristan masih belum sampai. Olga mengeluh kecil. Akhirnya, dia terus membuat keputusan untuk pergi ke bilik guru. Mana tahu Tristan benar-benar banyak kerja dan mungkin perlukan pertolongan.
            Sesampai dia dibilik guru, hanya beberapa guru saja yang masih berada didalam.
            “Oh! Olga, kamu masih ada disini?” soal Cikgu Mariana. Guru Biologi tingkatan 6 yang mengajar mereka.
            “Ah, ya. Cikgu, Cikgu Tristan ada tak?”
            “Cikgu Tristan? Dia takda sejak pagi, cikgu dengar dia demam. Kamu tak tahu, dia kan guru kelas kamu?”
            “Ah, dia takda kelas hari ni mungkin sebab tu kami tak tahu,”
            “Oh… kenapa kamu cari Cikgu Tristan?”
            “Saya ada kelas tambahan dengan cikgu,”
            “Tak jadilah tu sebab dia ada dirumah. Bagus kamu pulang dulu,”
            Olga sudah ingin melangkah keluar, tapi kakinya kembali ke meja Cikgu Mariana.
            “Maaf, cikgu. Tapi cikgu tahu mana rumah cikgu Tristan?” soal Olga.



KELIHATAN dua orang gadis berpakaian baju seragam sekolah sedang berdiri dihadapan sebuah pintu rumah seseorang. Olga meneliti lagi nota kecil ditangannya. Takut dia tersalah alamat.
            “Wei, kenapa aku perlu datang dengan kau?” komen Emely.
            “Sebab aku tak boleh datang sendiri,” jawab Olga. Emely sekadar mengeluh. Kenapa aku terlibat pula dengan cinta Olga dan cikgu ni? Gumam hati Emely.
Sebaik sudah memastikan bahawa dia tidak tersalah, dia pun segera menekan lonceng.
            Dua minit kemudian, pintu terbuka. Muncul wajah Tristan yang kusut dan pucat.
            “Olga, Emely?” soal Tristan.
            “Cikgu, saya dengar cikgu sakit,”
            Tristan ketawa. Pintu rumah dikuak lebar. Kelihatan rumahnya yang semak dari luar.
            “Kamu buat apa disini? Oh… maaf, cikgu lupa nak bagitahu dengan cikgu lain. Maaf, mesti kamu sudah tunggu lama,”
            Olga tersenyum. “Taklah. Saya risau sebab tu saya datang. Boleh kami masuk?”
            “Masuklah. Maaf, rumah cikgu semak, baru saja pindah dikawasan ni. Tak sempat lagi nak kemas,” ujar Tristan.
            Olga hanya tersenyum. Tiba-tiba tubuh Tristan hilang keseimbangan. Nasib baik Olga cepat menyambutnya.
            “Cikgu tak apa-apa?”
            “Cikgu, okey. Pening sikit saja.” Tristan melangkah kea rah sofa dengan sisa kekuatan yang ada. Dia terus berbaring.
            “Cikgu dah makan?” soal Olga. Emely yang berdiri sekakan tunggul itu sekadar memandang.
            “Apa tujuan kamu datang sebenarnya? Ada apa-apa yang kamu nak bagi dengan cikgu?” soal Tristan yang tidak sedar tujuan sebenar kedatangan Olga.
            Olga memandang Emely. Emely mengangkat kening. Dia sendiri tidak tahu jawapan apa yang harus mereka berikan. Takkan nak bagitahu yang Olga risau sebab itu mereka datang? Itu cari nahas!
            “Em…Ah! Emely nak ikut kelas tambahan!” ujar Olga tiba-tiba. Emely yang masih berdiri hampir terjatuh.
            “Kan Ems?” soal Olga sambil memberi isyarat kening padanya.
            Emely mengeluh. “Eya, saya pun nak ikui kelas tambahan, cikgu.” Dengan keadaan terpaksa, Emely bersubahat dengan Olga.
            “Ohh… begitu. Boleh. Kalau ada sesiapa yang nak ikut lagi, bagitahu cikgu. Itu saja?” soal Tristan.
            “Em…alang-alang kami dah ada disini, apa kata saya masakan bubur untuk cikgu? Cikgu belum makan lagi, kan?” kata Olga.
            “Tak perlulah. Cikgu boleh buat sendiri,”
            Tiba-tiba Olga merapati Tristan dan menyentuh dahi lelaki itu dengan tapak tangan. Tristan yang kelihatan terpana dengan tindakan Olga tidak sempat menghalang.
            “Dengan panas badan macam ni? Cikgu boleh bergerak,kah? Tak apa. Biar kami buatkan bubur untuk cikgu,” putus Olga lantas meletakkan beg galasnya ke sofa dan terus menghala ke dapur tanpa mendengar kata-kata Tristan lagi.
            Emely sudah menepuk dahi.
            “Saya ke dapur dulu. Cikgu rehatlah,” kata Emely lalu menyusul Olga ke dapur.
            Pak! Emely menepuk belakang Olga. “Kau dah gila Olga? Kau dah libatkan aku dalam hal ni!” bisik Emely keras, tapi tidaklah kuat sehingga terdengar Tristan.
            “Sorry, kali ini saja ya Ems? Please!” Olga sudah merayu dengan menyusun 10 jarinya.
            “Olga…”
            “Emm…” Kedua-dua gadis itu tersentak saat terdengar sesuatu dibelakang. “Cikgu?” Olga bergegas mendapatkan Tristan.
            “Cikgu nak apa? Biar saya ambilkan,”
            Tristan menggeleng. “Tak perlu, cikgu cuma nak ambil ubat dalam peti sejuk,” ujar Tristan lantas berlalu ke peti sejuk. Tapi yang kelihatan hanya bekasnya saja yang tinggal.
            “Kenapa cikgu?” tanya Olga.
            “Ubat panadol cikgu dah habis,”
            “Habis? Kalau begitu saya pergi beli sekarang,” kata Olga lantas ingin keluar dari dapur.  
            “Eh tunggu, tunggu! Tak perlu, cikgu masih boleh tahan. Tak perlu beli,”
            “Tapi…”
            “Biar saya pergi beli,” tiba-tiba Emely suka-rela.
            “Cikgu okey. Beginilah… kamu dua pulang dulu, tentu ibu bapa kamu dah risau. Cikgu dah besar, sakit sikit saja ni,” ujar Tristan.
            Olga sudah tunduk mendengar kata-kata Tristan. Dia datang bukan sekadar ingin mengambil kesempatan untuk bersama-sama dengan Tristan, tetapi dia risau dengan lelaki itu. Dia tinggal seorang diri di rumah besar itu. Walaupun dia sudah dewasa dan mungkin boleh menengani apa saja masalah, tapi tetap… dia risau!
            “Cikgu, saya rasa lebih baik saya pergi beli. Muka cikgu pun dah pucat sangat. Cikgu rehat saja, biar kami yang handle.” Emely sudah menolak tubuh Tristan balik ke ruang tamu.
            “Olga, cepat masak bubur. Saya pergi sekejap saja,” kata Emely dan terus keluar dari rumah itu.
            Olga pun terus memulakan kerjanya. Dia memulakan dengan mencuci periuk nasi, kemudian membersihkan beras. Sesudah itu, dia pun mengeluar sayur-sayur yang ada didalam peti sejuk dan memotongnya kecil-kecil lalu dicuci sehingga bersih. Sayur itu dimasukkan bersama-sama dengan beras ke dalam periuk nasi. Setelah meletakkan periku nasi itu ke atas pemanas, dia pun mencuci pinggan dan gelas-gelas yang terpakai.
            Sesudah itu, dia pun keluar ke ruang tamu, sekadar untuk memeriksa keadaan Tristan. Kelihatan lelaki itu sedang terbaring sambil menutup mata. Ola merapati. Besen yang berisi air dan tuala putih itu dibawa ke dalam dapur. Air ditukar dan besen itu dibawa ke ruang tamu semula.
            Tuala yang basah itu dipera lalu diletakkan didahi Tristan. Olga memandang lelaki itu dengan wajah simpati. Macam mana boleh demam, kemarinkan elok saja?
            “Tuhan, tolong sembuhkan cikgu dengan cepat supaya cikgu boleh kerja esok,” bisik Olga sambil tangannya bercantum menjadi satu. Olga pun berdiri dan terpandang betapa semaknya rumah itu dengan kotak-kotak dan juga buku-buku yang berselerak. Olga mencekak pinggang, berfikir macam mana mengemaskan buku-buku itu.
            Dia pun mengangkat satu-persatu kotak itu dan memindahkannya ke tepi dinding. Buku-buku itu disusun disamping kotak-kotak. Tiba-tiba satu dari buku itu terlepas dari genggamannya dan terbuka.
            Olga tergamam saat terpandang sekeping gambar yang terkeluar dari buku itu dek terjatuh ke atas lantai. Olga meletakkan lebihan buku ditangannya ke lantai, lantas perlahan-lahan mencapai gambar itu.
            Wajah tersenyum Tristan dan seorang gadis terpampang didalam gambar tersebut. Kelihatan seperti mereka benar-benar rapat seakan sepasang kekasih yang sangat bahagia. Olga memusingkan gambar itu, dan sekali ladi dia tersentak saat terbaca perkataan yang tertulis dibelakang gambar itu.

Tristan&Alana… forever.
6.25.08

“Olga,”
            Dia tersentak saat terdengar Tristan memanggilnya. Saat dia menoleh, lelaki itu sudah dalam keadaan terduduk sambil memandang kearahnya. Matanya kelihatan redup tetapi penuh dengan kesedihan.
            “Kamu sukakan cikgu?” tanya Tristan tanpa berselindung lagi.
            Saat itu, terasa dada Olga seakan ingin meletup. Dan saat itu juga dia ingin menjerit menyatakan betapa dalam cintanya terhadap dia.
            “Jangan, Olga. Kamu tak boleh dan cikgu juga tak boleh,” ujar Tristan lembut.
            Olga tertunduk, menyembunyikan matanya yang sudah ingin menitiskan air mata.
            “Sebab Alana? Siapa dia, cikgu?”
            “Dia… tunang cikgu,” jawab Tristan perlahan.
            Serentak, gambar itu jatuh dari tangan Olga. Air mata Olga menitis tepat diatas permukaan gambar tersebut.
            “Cikgu faham perasaan Olga, dan cikgu harap Olga faham perasaan cikgu.” Suara Tristan masih lembut seperti biasanya.
            Tiba-tiba Olga bangkit berdiri. Dia kesat air matanya. Wajahnya yang sedih tadi serta-merta berubah.
            “Cikgu bergurau dengan saya? Siapa cakap yang orang boleh berhenti mencintai seseorang dengan begitu saja? Kenapalah kalau cikgu dah ada tunang, cinta saya terhadap cikgu tidak akan pernah berubah dan mungkin untuk selama-lamanya,” tegas Olga. Tristan tergamam. Lelaki itu tidak dapat membalas kata-kata Olga.
            “Cikgu rehatlah. Kejap lagi, Emely akan sampai. Bubur cikgu pun dah masak. Nanti saya hantar,” kata Olga lalu terus melangkah cepat ke dalam dapur. Serentak itu juga, Emely pulang dari kedai berdekatan. Olga meletakkan mangkuk berisi bubur dan juga sebotol mineral diatas meja.
            “Cikgu, ini ubatnya,” kata Emely sambil meletakkan beg kertas itu keatas meja. Dahi Emely berkerut apabila perasaan akan suasana di rumah itu.
            Olga menyandang begnya. “Cepat sembuh!” kata Olga lantas terus menarik Emely keluar dari rumah itu. Emely yang tidak faham apa-apa, terkulat-kulat ditarik Olga.
            “Ada apa ni?” soal Emely sebaik saja mereka menapak diluar rumah.
            “Ems… saya cintakan cikgu,” kata Olga seraya memeluk pinggang Emely.
            “Huh? Kalau kau cintakan dia, kenapa kau menangis?” soal Emely tidak faham.
            “Sebab… cikgu cintakan orang lain,” Olga menyambung tangisannya.
            Seketika Emely berdiam diri. Terus, dia menarik Olga jauh dari pintu. “Yalah… saya faham,”
            “Huh, kau tak terkejut?”
            “Kenapa pula nak terkejut? Biasalah orang kacak macam cikgu tu ada tunang?” tiba-tiba dia memandang wajah Olga yang tidak bersalah.
            “Takkanlah selama ni kau fikir cikgu takda siapa-siapa?” soalnya seakan terkejut.
            Olga menggeleng kepala. Emely sudah menepuk dahi.
            “Jadi kau tak nampak cincin dijari cikgu?”
            “Kenapa dengan cincin tu?”
            “Ya ampun Olga. Cincin dijari manis kanan menandakan dia sudah bertunang. Kau tak tahu?”
            “Macam mana aku nak tahu, aku tak pernah bertunang apatah lagi ada teman lelaki,”
            Emely mengeluh berat. Entah macam mana dia boleh berkawan dengan orang seperti Olga.
            “Sudahlah. Pokoknya, dia sudah bertunang. Dan kau tak boleh buat apa-apa lagi melainkan putus asa,”
            “Putus asa? Siapa cakap aku tak boleh buat apa-apa? Selagi dia belum berkahwin, aku masih ada peluang, kan?” kata Olga lantas seraya mengorak langkah meninggalkan Emely. Putus asa tiada dalam kamus kehidupan Olga. Dia tidak akan berhenti sebelum mencuba.
            “Olga, tunggu!” panggil Emely seakan menjerit. Langkah Olga segera dikejar.

6 comments:

  1. la... dah ada tunang ke..
    kesian dekat olga..
    bg budak laki yg nakal+jahat dekat olga boleh x kak okie?hehehehe

    ReplyDelete
  2. uniknya cerita ni.. terutama nama yang diguna untuk watak2 nya... i follow.. keepin writing yaww.. =)

    ReplyDelete
  3. auwwww, rasa mcm nak nagis je baca...
    cian olga.

    half of the scene made me remembered scene cerita skip beat versi komik bhgn kyoko tlong tsuruga ren berlakon utk jd cikgu utk drama full moon. hehe. tergelak2 sy baca apa yg okie tulis dn dpt bygkan suasana dia. hehehe

    ReplyDelete
  4. Adushh..ciikgu~~~
    Kenapa????
    -YOng-

    ReplyDelete
  5. Nak lagi..what next???

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.