Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

16 November, 2012

Chapter 4 : Mission Impossible



Chapter 4 : Mission Impossible

OLGA menguak pintu rumahnya lalu melangkah masuk. “Saya dah pulang!” laung Olga sambil membuka kasutnya tanpa perasaan bahawa keempat-empat abangnya sedang berdiri sambil memeluk tubuh dihadapan pintu.
            “Olga,” panggil Karen. Suaranya agak serius daripada kebiasaan.
            “Abang? Kenapa berdiri depan pintu?” soal Olga pelik.
            “Olga nak cerita pada kami, atau nak kami beritahu Olga,” kata Luth pula.
            Kening Olga berkerut. Kasutnya segera dimasukkan kedalam rak.
            “Beritahu apa?”
            “Kenapa Olga datang ke rumah Cikgu Tristan?” soal Karen. Cermin mata dibetulkan.
            Mulut Olga sudah ternganga. Matanya bergerak-gerak ke kiri dan kanan.
            “Ah… Olga tak tahu maksud abang? Kenapa pula Olga pergi rumah cikgu sedangkan kelas tambahan…”
            “Olga!” tegur Max membuatkan Olga serta-merta terdiam. Gadis itu tertunduk.
            “Masuk. Kita cakap didalam. Luth, bawakan Olga air,” arah Karen pula. Luth segera menuju ke dapur dan yang lain melangkah ke ruang tamu.
            “So? Nak cerita?” soal Karen sesudah mereka berkumpul semula ke ruang tamu.
            “Olga minta maaf, tapi Olga tak buat apa-apa yang jahat. Sumpah!” Olga sudah mengangkat tangan, tapi Noah cepat-cepat menurunkan tangannya.
            “Kami tahu, Olga bukan begitu. Kami cuma nak tahu, Olga buat apa dekat sana?”
            “Cikgu sakit, Olga risau jadi Olga datanglah. Tapi Olga datang dengan Emely, Olga tak bohong,”
            Mereka saling berpandangan. “Kami tahu, kami dah tanya Emely sebelum Olga sampai tadi,” ujar Max.
            “Tapi, abang tak faham kenapa Olga perlu pergi sedangkan dia cuma cikgu Olga saja? Olga tak perlu datang ke rumahnya sampai perlu masakkan dia bubur semua, betul tak?” kata Karen. Matanya yang serius menerobos dari cermin matanya kearah Olga.
            Olga tunduk lagi. Dia gigit bibir. Macam mana aku nak jawab ni? Kalau abang-abang tahu yang aku suka dengan cikgu, macam mana? Takkan itu pun Emely bagitahu juga, kalau betul awaslah Emely esok! Getus hati Olga.
            “Olga? Jawab, sayang?” kata Noah pula.
            “Olga tahu, Olga salah. Olga takkan buat lagi,” akur Olga.
            “Bukan ini yang abang nak, Olga. Abang nak dengar sebab Olga ke rumah cikgu Tristan,” Karen seakan tidak puas hati dengan jawapan adiknya. Tiba-tiba Luth menyentuh bahunya tanda menyuruh dia untuk bertenang.
            “Okey, kami maafkan Olga. Olga naik dulu, pergi mandi,” kata Luth tiba-tiba. Pantas Karen memandangnya.
            “Pergi naik, Olga,” suruh Luth lagi apabila adiknya itu masih duduk membatu. Olga pun bangkit perlahan-lahan dan terus naik ke biliknya.
            “Luth, what was that?” soal Karen.
            Luth memandangnya. “Apa? Bukan Olga dah mengaku kesalahan dia, apalagi yang kamu tak puas hati?” kata Luth.
            “Wei, Luth, Ren. Kita tak perlu gaduh, kita boleh cakap baik-baik,” ujar Max. Sesungguhnya dia tidak mahu melihat kekerasan didalam rumah mereka itu.
            “Kau selalu sebelahkan Olga walaupun kau tahu perbuatan Olga tu salah. Sekarang pun! Kau tahu tak, kalau pihak sekolah tahu hal ni Olga yang akan dapat malu,”
            “Ren, kau ingat tak aku tahu semua tu? Aku tahu, tapi Olga dah mengaku salah dan dia juga cakap dia takkan ulang lagi. Jadi, biar semua berhenti sampai sini saja,”
            “Apa yang abang Luth cakap tu betul abang Ren. Kita takda sebab nak memperpanjangan isu ni lagi,” sampuk Noah. Luth dan Karen memandang Noah.
            Karen mendengus. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia terus beredar dari ruang tamu. Kelihatan dia benar-benar kecewa dengan apa yang baru saja berlaku. Yang lain hanya memandang langkah Karen sehingga lelaki itu hilang dari pandangan mata.

*****

“OLL! Aku minta maaf, seriously! Aku minta maaf sangat-sangat!” pinta Emely bersungguh-sungguh tapi Olga sekadar memberi dia pandangan acuh tak acuh.
            “Olga, kau tahukah aku tak boleh bohong especially dengan abang-abang kau. Sorry?”
            Olga memandang Emely. Terasa kesian juga dengan kawannya bila dia sudah bersungguh-sungguh meminta maaf.
            “Iyalah… aku maafkan. Apa boleh buatlah, nasi sudah jadi bubur,” ujar Olga.
            “So, macam mana? Abang kau marah tak?”
            “Tak juga, abang-abang aku tak marah, tapi lebih pada kecewa dengan aku. Aku dah buat abang-abang aku kecewa, Ems. Terutamanya, Abang Karen,” kata Olga kesal.
            Emely mengeluh. “Tapi aku rasa, walaupun dia kecewa dia mesti tetap nampak handsome, kan?”
            Olga sudah memandang Emely dengan kening berkerut. “Itu saja yang kau terfikir kan? FYI, abang aku tu dah ada girlfriend okey!” Olga seakan memberi amaran.
            “So far yang aku tahu, kau tak layak nak bagi amaran pada aku, Olga,” kata Emely tiba-tiba pula.
            “Kenapa pula?”
            “Sebab kau jatuh..appp!” belum sempat Emely meneruskan kata-katanya, Olga sudah menekup mulutnya dengan tapak tangan.
            “Jangan!” kata Olga keras lantas melarikan tangannya. Emely mengesat-ngesat bibirnya.
            “Aku tahulah abang kau ada GF, kau pun selalu cerita. Aku bukan nak buat apa-apa, cuma abang kau tu menepati cita rasa aku, itu saja,” akui Emely tanpa berselindung lagi.
            “Banyaklah cita rasa kau. Kejap abang Karen, kejap abang Luth. Kejap abang Max, kejap lagi abang Noah. Pokoknya, semua abang aku, kau suka. Banyak betul cita rasa kau,”
            Emely ketawa kecil. “Aku bagitahu kau, kalau abang-abang kau datang ke sekolah ni. Mesti guru-guru pun ikut panik, bukan setakat pelajar saja tau,”
            “Aku tahu, sebab tu aku larang diorang datang ke sekolah,”
            “Oya, cakap pasal datang ke sekolah. Cikgu Tristan masih cuti,”
            “Apa? Dia masih sakit? Sakit teruk?” soal Olga seakan terkejut. Seolah-olah mahu saja dia menerkam Emely.
            “Relak, Ol! Aku pun dengar dari Zack aja. So, kelas tambahan kau hari ni mungkin batal,”
            Kedua-dua bahu Olga serentak jatuh. Keluhan berat dibibirnya kedengaran. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Pantas dia memaut lengan Emely dan memandang mata Emely dengan matanya bersemangat.
            Emely menggeleng. “No! Jangan, aku taknak Olga. Aku dah serik. No, no, no!” ujarnya berkali-kali. Tapi saat memandang wajah Olga yang serius dan bersemangat itu, dia tidak boleh abaikan dan akirnya dia mengaku kalah.

*****

            “OL, aku takutlah! Macam mana kalau cikgu marah?” dia dan Olga masih berada diluar rumah, tapi Emely sudah kecut perut. Ini namanya menghendap orang, cikgu sendiri pula tu.
            “Aku bukannya dan masuk pun, sekadar nak tengok dari luar saja,” jawab Olga sambil terjenguk-jenguk dari pokok besar yang tumbuh disepanjang jalan kawasan kejiranan.
            “Olga! Aku rasa kita patut baliklah, nanti apa pula jiran-jiran disini cakap?” Emely sudah memukul-mukul belakang Olga.
            Excuse me?” tiba-tiba ada orang menyapa mereka dari belakang. Serentak Olga dan Emely menoleh ke belakang. Kelihatan seorang wanita berbaju T yang dipadankan dengan skirt paras lutut, sedang berdiri dihadapan mereka sambil memegang plastik dan dompet ditangannya. Olga dan Emely saling berpandangan.
            “Ada yang saya boleh bantu?” tanya wanita itu lagi.
            “Em, kami…” Olga buntu.
            “Kami dah nak balik. Bye!” sambung Emely pula lalu dia pun segera menarik tangan Olga untuk beredar cepat.
            “Tunggu!”
            Langkah Olga dan Emely mati.
            “Kamu ni pelajar sekolah teman lelaki saya?” tanya wanita itu.
            Wajah Olga serta-merta menjadi pucat sejurus mendengar soalan tersebut. Perlahan-lahan dia menoleh. Sementara Emely sudah mengeluh kecil.
            “Teman lelaki?” soal Olga. Bukankah cikgu dah ada tunang, Alana? Kenapa dia boleh pula ada teman wanita?
            Wanita itu mengangguk. “Ya, saya teman wanita Tristan. Leah. Kamu nak masuk?”
            “Tak, tak…”
            “Ya.” Olga terus memintas Emely. Emely sudah memaut tangannya, seperti memberi isyarat pada Olga agar tidak meneruskan misinya.
            Wanita yang mengaku namanya Leah itu tersenyum. “Marilah. Saya tahu mesti kamu risau dengan dia, kan?” Leah melangkah menuju ke pintu sambil dibuntuti Olga dan Emely.
            “Ol, kau tak perlu buat semua ni,” bisik Emely. Dia tahu, kawannya itu sedang mengali kuburnya sendiri. Tapi Olga masih keras kepala. Kata-kata Emely langsung tidak dipertimbangkan malah, dia terus melangkah masuk sebaik saja Leah membuka pintu. Sementara Emely masih berada diluar, ragu-ragu untuk ikut masuk. Tapi demi kawannya, dia gagahkan juga kakinya itu untuk menapak masuk.
            Kedengaran batukan kecil dari arah ruang tamu. Dalam fikiran Olga, itu mesti Tristan. Apa yang dia akan fikirkan nanti kalau lelaki itu nampak dia ada dirumahnya? Hati Olga menjadi serba salah. Bukan dia mahu sangat untuk masuk ke dalam, tapi bila berjumpa dengan teman wanita Tristan, hatinya jadi sakit dan ingin tahu lebih lanjut lagi tentang hubungan Tristan dengan Leah. Kenapa Tristan berbohong padanya?
            “Tris, saya bawa tetamu. I hope you don’t mind,” kata Leah.
            “Tetamu? Siapa?” soal Tristan. Suaranya sudah menjadi serak diikuti batukan kecil.
            “Teka siapa? Pelajar awaklah,”
            Mata Olga dan Tristan berpandangan, kemudian Emely tersenyum saat mata Tristan menyapa wajahnya.
            “Maaf, cikgu. Kami datang tak bagitahu,” pinta Emely.
            Tristan menggaru-garu keningnya yang tidak gatal. “It’s okey, duduklah,” pelawa Tristan.
            Actually, saya nampak diorang diluar rumah waktu pulang dari kedai. Saya ingat diorang cuma lalu disini saja,” terang Leah.
            Tristan hanya tersenyum. Olga pun sedaya-upaya memaksa bibirnya untuk tersenyum.
            “Ah, cikgu! Kenapa belum sembuh, macam mana dengan kelas tambahan kami?” kata Olga. Suaranya tiba-tiba menjadi ceria sampaikan Emely sendiri terkejut.
            “Kelas tambahan?” soal Leah. Dapur mereka hanya berada dihadapan ruang tamu. Tambahan pula, dindingnya terdapat ruang besar yang membolehkan dia untuk melihat dan mendengar apa yang terjadi diruang tamu.
            “Ya, saya lemah dalam subjek mate, Emely pun. Trial dah dekat, saya takut dengan subjek mate saya,” luah Olga.
            Tristan tersenyum. “Kamu ingat cikgu ni orang yang tak bertanggungjawab? Walaupun cikgu sakit, cikgu masih mampu buat kerja, tau,” ujar Tristan lalu dia pun berdiri dan mengeluarkan sesuatu dari beg laptopnya.
            “Ini kertas-kertas soalan yang cikgu buat tempoh hari, kamu boleh ambil dan print. Nota-nota penting cikgu dah masukkan. Baca, buat latihan dan rumusan. Esok cikgu nak, kertas jawapan ada dimeja cikgu.” Selepas memberikan kertas setebal hampir 100 muka surat itu, dia kembali ke sofa.
            Emely dan Olga berpandangan. Lain tujuan mereka datang, lain pula hasilnya.
            “Terima kasih, cikgu,” ucap Emely dalam nada kurang ikhlas.
            “Saya tak tahu yang awak buat kelas tambahan?” soal Leah yang tiba-tiba muncul sambil membawa dua gelas berisi jus oren. Jus itu diberikan kepada Olga dan Emely.
            “Sebab saya pun baru mula buat kelas tambahan, belum sempat bagithau saya dah jatuh sakit,” jawab Tristan. Leah menghampirinya sambil tersenyum.
            “Tulah, tengok apa jadi kalau saya takda disisi awak. Nasib baik saya datang melawat,” kata Leah.  Dahi Tristan disentuh dengan belakang tapak tangan.
            “So, nama kamu Olga?” soal Leah pula. Olga sekadar mengangguk,
            “Saya Emely,” kata Emely tanpa disoal.
            “So, sudah berapa lama hubungan cikgu dan kakak Leah?” soal Olga tiba-tiba. Entah dari mana dia mendapat kekuatan untuk bertanya.
            “Kami…”
            “Setahun, dan mungkin akan bertunang tahun ini,” jawab Tristan seakan mencelah kata-kata Leah. Leah memandang Tristan dengan wajah hairan.
            Olga menelan liur. Pengakuan Tristan itu membuatkan jantungnya sakit, seakan sakitnya menular ke seluruh badan. Gelas yang ada ditangannya juga seperti ingin terhempas ke lantai. Emely yang perasaan akan reaksi Olga itu terus mengambil gelas tersebut dari tangannya.
            “Em, Olga. Kau tak rasa kita patut pulang? Dah petang ni, saya nak practice lagi,”
            Lama Olga mendiamkan diri. Seolah-olah ingin mengumpul semangat untuk bersuara.
            “Ya, lagipun kerja yang cikgu bagi ni terlalu banyak. Balik dululah, takut tak siap,” dia sudah bangkit berdiri.
            “Okey, jumpa lagi,” kata Leah sambil menghantar mereka ke muka pintu.
            “Kau okey?” soal Emely sebaik saja mereka keluar dari rumah itu.
            “Cikgu bohong,” ujar Olga.
            Come again?” Emely tidak faham maksud Olga.
            “Cikgu bohong. Dia cakap dia dah ada tunang dan dia aku sendiri nampak tunangnya tu tapi bukan Leah. Dia bukan perempuan yang ada dalam gambar tu,”
            Emely mendengus. “So, what? Mana tahu cikgu putus tunang dengan Alana, dan couple dengan Leah. Siapa tahu, kan?”
            Olga menggeleng. Dia tidak puas hati dengan apa yang dia dapat hari ini. Itu bukan jawapan kepada keseluruhan hal itu. Dia tahu, pasti cikgu Tristan menyembunyikan sesuatu darinya dan dia tidak kira, dia tetap akan menari jawapan sebenar.
            Tiba-tiba sebuah Jaguar merah berhenti dibahu jalan hadapan rumah Tristan. Alangkah terkejutnya Olga sebaik melihat siapa pemandu kereta mewah itu.
            “Abang Noah!” ujar Olga seakan terkejut. Noah segera memberi isyarat padanya agar cepat-cepat masuk ke dalam kereta.

*****

MEJA makan itu kelihatan suram tanpa Karen. Olga memandang kerusi abang sulungnya yang kosong. Sesal mula menghimpit dadanya. Sudah dua hari Karen tidak mengikuti mereka makan malam, dan bila balik dari tempat kerja dia terus berkurung didalam bilik. Olga meneluh kecil.
            “Olga, lepas ni pergi jumpa abang Karen,” arah Noah.
            Olga memandang wajah abang-abangnya.
            “Olga tahukan, antara kami empat abang Karen yang paling risau tentang Olga. Jadi bila dia tahu pasal Olga datang rumah cikgu Tristan, dia kecewa sebab Olga tak fikir akibatnya. Olga fahamkan maksud abang Max?” kata Max sambil mengusap rambut Olga.
            Olga tidak menjawab. Jauh disudut hatinya, dia  bersetuju dengan kata-kata Max. Kali ini dia sudah melampau batasnya.
            “Pasal kejadian hari ni, abang belum beritahu. Tapi abang harap, Olga confess dengan abang Ren sendiri,” kata Noah pula.
            Olga mengeluh kecil. “Olga tahu. Olga minta maaf sebab dah buat abang risau. Olga takkan buat lagi, maafkan Olga, ya?” pinta Olga ikhlas.
            Luth tersenyum. Pantas dia mengucup kepala adik kesayanganya.
            “Sekarang, bawa makanan ni keatas. Dia mungkin sedang tunggu Olga,” ujar Luth sambil memberikan dulang yang berisi sepinggan nasi dan beberapa pinggan lauk. Olga mengangguk lantas mengangkat dulang itu dan menuju ke atas.
            Didalam bilik, Karen berjalan mundar-mandir dihadapan pintu biliknya. Dia kelihatan gusar dan tidak tenteram. Seperti menunggu sesorang untuk membuka pintu biliknya. Tiba-tiba dia terdengar derap langkah dari luar. Tergesa-gesa dia berlari ke meja kerja dan berpura-pura membaca buku.
            Pintu biliknya diketuk. Karen berdehem sekali kemudian menyuruh orang yang mengetuk itu untuk masuk.
            “Abang Ren?” suara Olga kedengaran.
            Karen berpura-pura seperti tidak mendengar dan meneruskan pembacaannya sedangkan yang ada dalam fikirnnya cuma Olga.
            “Abang, Olga ada bawakan nasi. Abang belum makan, kan?” ujar Olga lembut sambil mendekati meja kerja Karen.
            “Em, letak saja disitu. Nanti abang makan,” kata Karen seakan dingin.
            “Okey,” akur Olga sambil meletakkan dulang itu diatas katil. Kemudian berdiri disamping Karen.
            Karen menelan liur. Dia tidak tahu berapa lama lagi dia boleh menahan hatinya. Mendengar suara Olga saja sudah cukup untuk melembutkan hatinya yang sedang marah apatah lagi melihat wajah adiknya yang comel itu.
            “Olga nak apa lagi?” tanya Karen. Sesungguhnya, menegluarkan kata-kata itu menyakitkan hatinya. Tapi sebagai abang sulung dan ketua keluarga dia harus berkeras untuk mendisiplinkan ahli keluarganya.
            “Olga… Olga nak minta maaf,” pintanya.
            “Untuk?”
            “Sebab buat abang kecewa. Olga tahu perbuatan Olga tu salah, dan Olga dah janji tak buat lagi tapi…”
            “Tapi?”
            “Hari ni…”
            “Olga datang lagi ke rumah cikgu Tristan?” teka Karen.
            Olga mengangguk kecil. Kedengaran dengusan kecil dari Karen.
            “Abang, Olga minta maaf. Lepas ni Olga takkan buat lagi, Olga takkan datang lagi ke rumah cikgu. Olga minta maaf?” rayunya.
            “Olga faham kenapa abang larang Olga ke rumah cikgu tu? Dan Olga tahu kenapa abang buat macam ni?”
            “Faham… sebab abang sayang Olga, kan?”
            “Bukan setakat itu, Olga. Abang taknak nama Olga tercemar, Olga budak baik dan Olga harus kekalkan image itu. Bukan untuk kepentingan keluarga kita, tapi untuk Olga sendiri. Olga masih remaja, dan sekejap lagi akan menjadi seorang wanita. Olga harus jaga nama baik Olga sendiri,”
            Olga sekadar mendengar. Ini kali pertama Karen bercakap begitu dengannya. Dan itu tandanya, Karen benar-benar kecewa dengan sikapnya yang seakan tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling.
            “Olga, abang nak tanya Olga sukakan cikgu Tristan?”
            Olga tersentak mendengar soalan itu. Dia pandang wajah ingin tahu Karen.
            “Kenapa abang tanya Olga soalan ni?”
            Karen tersenyum. “Sebab Olga tak pernah ambil tahu pasal cikgu lain, dan layanan Olga terhadap cikgu Tristan sangat berbeza dengan yang lain. Terus terang, Olga sayangkan cikgu Tristan sebagai lelaki?”
            Olga menelan liur. Dia tidak tahu apakah harus dia berterus-terang ataupun tidak.  
            “Olga, kalau apa yang abang fikir ni betul. Ada baiknya Olga lupakan saja perasaan Olga. It’s impossible,” ujar Karen.
            Olga seakan tersentap mendengar kata-kata Karen. Olga mengetap bibir bawah.
            “Kenapa? Olga takda hak untuk mencintai seseorang? Olga tak layak untuk dicintai? Atau mungkin Olga pelajar, dan dia cikgu? Kenapa pelajar dan cikgu tak boleh bercinta?” soalan itu sekali gus meluncur dibibir Olga.
            “Olga, dengar abang, Ini bukan soal layak atau tak layak. Atau cikgu dengan pelajar. Tapi ini soal hati. Cinta yang bertepuk sebelah tangan tidak akan menghasilkan bunyi. Abang cakap semua ni untuk melindungi hati Olga,” ujar Karen lembut, memohon pengertian Olga.
            Air mata Olga sudah bergenangan. Empangan air matanya sudah tidak mampu menampung dan akhirnya mengalir dipipi Olga.
            “Siapa cakap semua ni mustahil? Olga akan buat cikgu Tristan suka dengan Olga. Bukan sebagai pelajar, tapi sebagai perempuan,” tegas Olga kertas lantas terus beredar sebelum sempat Karen menjawab.
            Karen sudah meruap mukanya. Terasa sakit dibelakang tengkuknya dan seluruh tubuhnya tiba-tiba menjadi letih.
            “Tuhan, sejak bila Olga jadi dewasa? Kenapa aku tak perasaan?” bisik Karen dalam hati.

5 comments:

  1. best gila gila.. nvl ni akan ada dkt pasaran ka?
    moga2 xda konflik yg jhat2..

    ReplyDelete
  2. ohohoho...lain macam je leah dgn cikgu tu..
    olga fighting!!
    next?? ^^

    ReplyDelete
  3. Suke suke..nk lagi..best sgt ni

    ReplyDelete
  4. olga yg komited...
    saya jd gila baca fasal dia..
    haha, serius!

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.