Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

22 November, 2012

Chapter 5 : Happy And Hurt



Chapter 5 : Happy And Hurt

LEAH meletakkan mangkuk berisi bubur ayam diatas meja. Tristan bangun dari pembaringannya. Namun terasa sesuatu tekanan yang kuat disekelilingnya, membuatkan dia mendongak memandang Leah yang sedang merenungnya dengan mata yang penuh dengan rasa pelik.
            What?” soal Tristan.
            “Kenapa awak cakap begitu dengan pelajar awak?”
            About what?” soal Tristan buat-buat tidak faham.
            Come’on Tris. You know what I mean,”
            Tristan meletakkan sudu yang baru saja dipegangnya. Dia memandang Leah seketika, kemudian tertunduk lagi. Satu keluhan berat lahir dibibirnya.
            She like you? Olga likes you?” Leah bertanya seperti menginginkan kepastian.
            “Ya.” Lambat-lambat Tristan menjawab.
            Leah mencekak pinggang sambil mengeluh kecil. Dahinya disentuh.
            And you?”
            Tristan terus memandang Leah sejurus mendengar soalan itu. Dan dahinya berkerut seakan tidak puas hati dengan pertanyaan tersebut.
            “Apa maksud awak tanya macam tu? Awak ingat saya ni apa?”
            “Tris, sudah hampir 3 tahun dan awak masih tak boleh move on,”
            Tristan mendengus. “Maksud awak move on, dating dengan pelajar saya? Are you insane?”
Tristan
            What? Bukan dia juga pelajar awak dulu?”
            Pantas mata Tristan menikam anak mata Leah. “Leah, macam mana awak boleh cakap begini. Dia adik awak, dan awak nak saya lupakan dia? Saya tidak akan lupakan dia, dan tiada pengganti lain yang boleh mengambil tempat dia dihati saya. Dan saya nak awak berhenti tanya soalan begini.” Usai menamatkan ayatnya, Tristan terus bangkit dan berlalu pergi meninggalkan Leah dalam keadaan kesal.
            Tristan menutup pintu lalu bersandar pada daun pintu. Dia meraup wajahnya.
            I’m sorry, Alana. I’m really sorry…” ujar Tristan dengan suara yang terketar-ketar.

*****

Olga
“SELAMAT pagi cikgu,” sapa beberapa orang pelajar sebaik saja mereka berselisih dengannya. Tristan pula sekadar tersenyum nipis. Beberapa langkah kehadapan, dia sudah terdengar pelajar-pelajar tadi berbisik. Namun dia tidakd apat menangkap dengan jelas perbualan itu. Yang pasti, dia dapat rasakan sesuatu yang tidak baik.
            Tristan menarik nafas dalam dan langsung meneruskan langkahnya menuju ke kelasnya.
            “Ahaa…”
            Olga yang terdengar rengekkan kecil Emely terus memandang kearah kawannya. Dia tersenyum.
            “Baru berdiri 30 minit, kau dah penat macam tu. Tak sembuh-sembuh lagikah sakitnya?”
            “Wei, aku tak pernah lagi berdiri satu kaki selama 30 minit tau! Kau lainlah, dah biasa,” peril Emely.
            Olga menjuihkan bibir. “Bukan perkara baik tau!”
            Emely hanya ketawa kecil. “Alah… perkara baiklah kalau boleh berdua-duaan dengan orang tersayang, kan?”
            Olga mencebik. “Pelan sikit!” dia seakan memberi amaran. Dia tahu teman sekelasnya itu, walaupun mata tengok buku, tapi teling sentiasa buka besar-besar. Pantang dengar gosip, 24 jam bercakap.
            “Eh, aku dengar-dengar cikgu Tristan tu pernah mengadakan hubungan dengan salah seorang pelajarnya, betulkah?”
            Pantas saja mata Olga memandang pelajar perempuan yang sudah berkumpul dibelakang mejanya. Dia dan Emely saling berpandangan.
            “Aku pun dengar macam tu. Lagi satukan, ada yang cakap sebab pelajar tu cikgu sendiri terpaksa letak jawatan,”
            “Yakah? Sampai macam tu sekali? Jadi, Cikgu Tristan tu bukanlah macam yang kita nampak, kan?”
            Bam! Tiba-tiba Olga bangkit sambil menghentak meja dengan kedua tapak tangannya. Terkejut pelajar-pelajar yang berkumpul dibelakangnya. Olga mendekati mereka dengan langkah yang perlahan.
            “Apa yang korang cakap ni, huh? Dari mana korang dengar semua ni?” soal Olga. Emely sudah bangun dan menghampiri Olga. Dia cuba membawa Olga pergi tapi, Olga ingin kekal disitu.
            “Kenapa kau pula yang marah Olga? Kami cuma cakap benda yang kami dengar, kan?”
            “Jadi, korang rasa apa yang korang dengar tu dah betul? Korang tak patut cakap Cikgu Tristan macam tu,lagi-lagi dia tu guru kelas kita,”
            Salah seorang daripada tergelak membuatkan yang lain turut ketawa. Olga terus mengerut kening. Bibir bawah diketap kuat. Tiba-tiba kelas itu menjadi senyap. Olga terus hairan dan memandang sekeliling.
            “Olga, cikgu!” bisik Emely.
            Olga pantas menegak. Dia terus memandang hadapan. Tristan sudah berdiri dihadapan pintu. Matanya meliar memandang pelajar-pelajar yang masih berdiri. Olga cepat-cepat pulang ketempatnya, lantas yang lain turut melakukan hal yang sama.
            Tristan melangkah ke mejanya dan membuka buku rekod. Perbualan pelajar-pelajarnya tadi tidak diendahkan walaupun dia mendengar dengan jelas dengan isi pebualan mereka tadi.  Kehadiran pelajar-pelajarnya diambil satu-persatu. Usai melaksanakan tugas pertamanya, dia pun menutup buku rekod itu dan meletakkannya ditepi meja.
 “Okey, class. Cikgu ada sedikit pengumuman. Dengar baik-baik,” ujar Tristan. Semua pelajar terus memberi tumpuan kepadanya. Sesekali matanya bertemu dengan mata Olga.
“Dua minggu lagi, kamu ada exam trial dan dalam dua minggu itu kamu akan bercuti. Tapi apa yang cikgu nak, kamu berikan masa kamu 3 hari dalam minggu pertama itu pada cikgu, boleh?”
Sebaik mendengar pengumumannya, kelihatan semua pelajar berbisik antara satu sama lain. Mungkin tertanya-tanya maksud kata-katanya.
“Maksud cikgu?” soal Zack, selaku ketua kelas.
“Cikgu nak buat kelas intensif. Zack, ambil borang-borang ni dan agihkan,” arah Tristan. Zack segera berdiri dan menurut perintah.
“Isi borang ni dan kembalikan pada cikgu esok pagi,”
Tiba-tiba seorang pelajar lelaki mengangkat tangan.
“Ya, Richard?”
“Kelas intensif ni dalam sekolah jugakah?” soal Richard dengan nada kedengaran sedih.
“Tak. Cikgu dah sediakan tempat dan kenderaan. Tempat sudah dinyatakan dalam borang. Makan, dan tempat tidur semua ditanggung jadi kamu semua tidak perlu risau,”
Serentak itu pelajar-pelajarnya bersorak gembira. Menyangkakan yang mereka akan bercuti juga dalam seminggu itu.
“Jangan seronok dulu sebab cikgu atur semua ni bukan nak kamu berseronok tapi untuk tujuan pembelajaran dan lagi Persatuan Pelajar pun akan ikut dalam camp ini juga,”
Serentak itu kelas menjadi riuh. Ada yang mendengus, ada yang gembira ada juga yang takut. Almaklumlah, Persatuan Pelajar bukan calang-calang persatuan, ia adalah persatuan yang ditubuhkan oleh pengarah sekolah itu sendiri. Itu maknanya, mereka akan sentiasa diawasi 24/7, sama seperti burung didalam sangkar.
“Alah cikgu, kenapa PPS pun kena ikut juga?” soal pelajar-pelajarnya seakan kecewa.
“Lah, baguslah PPS ikut, boleh juga kita dekat dengan ‘Ben Barnes’ kita, kan?” ujar pelajar-pelajar perempuan. Yang pelajar lelaki sudah menjeling. Mentang-mentang semua ahli PPS kacak mengalahkan artis orang putih, kesukaan pula mereka.
“Cikgu rasa, korang takda masalah, kan?”
“Iya!!” serentak mereka menjawab.
“Kalau begitu, kita mulakan sesi pembelajaran kita,” ujar Tristan sambil mengeluarkan buku rujukan matematik T.

TAMAT saja aktiviti kelab, Olga terus dijemput Max dengan motorsikalnya. Memandangkan hari itu adalah hari rabu, kelas tambahan dia dengan Tristan ditiadakan. Hal itu sedikit sebanyak membuatkan Olga kecewa, kerana selepas kelas Tristan dia tidak lagi melihat batang hidungnya. Entah kemana dia menghilang, berhabis dia mencari Tristan tapi tidak dijumpainya. Seperti hantu yang tiba-tiba saja ghaib.
Max
“Huh, kenapa muka muram saja?” soal Max semasa Olga tiba ditempatnya.
“Takdalah, penat ja,” jawab Olga lemah. Dia pun mengambil topi keledar itu dari tangan Max dan memakainkannya dikepala, kemudian dia pun naik ke belakang motor abangnya.
“Pegang kuat-kuat,” pesan Max. Serentak itu pinggangnya dipaut Olga dari belakang. Max pun memacu motorsikalnya menuju ke jalan utama.
            Tristan yang memandang gerak-geri Olga dari tepi jendela perpustakaan, terus menarik langsir. Dia tahu gadis itu mencarinya sepanjang waktu rehat dan dia sedaya upaya menyembunyikan diri.
            Dia buntu melayan sikap gadis itu. Memang payah berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Dia guru dan Olga adalah muridnya. Dia tidak mahu pelajarnya menaruh perasaan terhadap dia.
            Namun sampai bila dia harus melarikan diri? Sedangan sudah terang-terang gadis itu mengatakan kepadanya bahawa dia tidak akan berputus asa walaupun dia tahu yang Tristan sudah pun mempunyai tunang. Hai… Budak zaman sekarang. Keluh Tristan.

“OLGA!” laung Luth dari bawah. Max memaut bahunya.
Luth
            “Tak apa, saya pergi panggil dia,” Max terus memanjat tangga menuju ke bilik Olga. Pintu adiknya diketuk. Bila tidak mendapat balasan, dia terus memulas tombol pintu. Kelihatan adiknya sedang berbaring meniarap diatas katil. Kedua-dua telinga disumbatkan dengan earphone. Max menggeleng kepala. Patutlah tak dengar orang jerit tadi.
            “Olga!” panggil Max.
            Olga terus berpaling seraya membuka earphone itu dari telinganya. Dia segera turun dari katil.
            “Mam’am!” kata Max bertutur bahasa kanak-kanak yang bermaksud makan. Olga tersenyum lalu segera keluar dari bilik.
            “Dah keluar urat dawai abang Luth panggil Olga tadi, lain kali kalau pasang mp3 volume tu jangan full. Kalau terjadi apa-apa dekat bawah, Olga tak dengar nanti,” nasihat Max.
            Olga mengangguk. “Sorry, lain kali tak buat lagi,” pinta Olga sambil memegang telinga kiri.
            “Surat apa tu?” soal Max sebaik melihat sepucul surat terlipat ditangannya.
            “Oh, dekat meja nanti Olga beritahu. Jom, Olga lapar!” dia terus memaut tangan Max dan berlari menuju ke meja makan.
            “Abang Ren mana?” soal Olga sesampai saja dia dimeja. Yang kelihatan cuma Noah dan Luth.
            “Dia masih ada kes yang dia perlu selesaikan. Mungkin tengah malam baru balik,” jawab Luth.
            “Kita makan dululah, kalau nak tunggu abang. Sampai berakar punggung ni pun tak pulang lagi,” ujar Noah pula.
            Max dan Olga melabuhkan punggung.
            “Abang,” panggil Olga. Semua mata serentak mendarat diwajahnya.
            “Abang siapa?” soal Max.
            “Semualah. Olga nak cakap sesuatu,”
            Max, Luth dan Noah saling berpandangan.
            “Minggu depan, kelas kami ada kem 3 hari. Makan, minum dan tempat tinggal semua ditanggung oleh cikgu Tristan,”
            “Dekat mana dan untuk apa kem tu?” soal Luth.
            “Latihan intensif subjek matematik dan kimia. Nah, semua maklumat ada dalam kertas ni. Disebabkan abang Ren takda abang Luthlah yang tanda tangan,” ujar Olga. Kertas itu diserahakan kepada Luth. Luth terus membaca isi kandungan kertas itu. Kertas itu dibaca bergilir-gilir dengan Max dan Noah.
            “Semua pelajar dalam kelas ikut kem ni?”
            Olga mengangguk.
            “Abang tak boleh sign la Olga, kita tunggu abang Ren ya?”
            “Alah, abang sign la,” rayu Olga.
            “Perlukah tiga hari? Lama tu,” kata Noah pula.
            “Tiga hari mana ada lama, abang Noah,”
Noah
            Noah terus menggeleng. “Tak boleh. Abang tak benarkan Olga ikut kem ni. Tempatnya pun abang tak tahu, macam mana kalau ada haiwan buas dekat-dekat tempat tu. Olga susah, kami lagi susah hati,” ujar Noah risau.
            “Takkanlah cikgu Tristan tu cari tempat yang mengancam nyawa pelajar-pelajar dia. Aku pasti tempat ni selamat,” kata Max pula.
            “hah, abang Luth sign ya?”
            “Olga, tak salahkan tunggu sampai abang Ren balik. Lagipun bukan malam ni juga borang ni peru dihantar, kan?”
            Olga terdiam. Entah kenapa, hatinya merasa tidak sedap seperti dia tahu abang Karen tidak mahu menandatangani borang itu.
            “Okey, Olga? Sekarang kita makan,ya?” kata Luth pula.
            Olga mengangguk lemah.

*****
            “Abang tak setuju,” borang itu diletakkan semula atas meja. Mendengar kata-kata Karen seperti batu yang menghempas bahu Olga. Olga memandang Luth dan abangnya yang lain. Nampaknya firasatnya memang 100% betul.
            “Tapi kenapa? Abang Luth dan yang lain dah setuju. Kenapa abang Ren tak setuju pula?” Olga seakan marah. Merah padam wajahnya menahan sebak.
            “Abang tak setuju sebab kem ni lama, dan tempat tu abang tak tahu. Dan lagi Olga ada konflik dalam dengan cikgu Tristan. Abang tak boleh biarkan perasaan Olga tu berlanjutan,”
            Olga sudah gigit bibir. “Abang takda hak nak atur-atur perasaan Olga. Lagipun Olga nak ikut sebab nak belajar. Bukan sebab cikgu saja,”
            “Tengok, Olga sendiri yang cakap. Olga nak dekat dengan cikgu, kan?”
            Air mata Olga sudah menitis. Olga memandang Luth. Seakan meminta bantuan.
            “Ren, setuju sajalah. Lagipun semua pelajar ikut serta. PPS pun ikut juga, jadi keadaan pasti akan terkawal nanti.” Luth seakan cuba meyakinkan Karen.
            “Yalah abang, Emely pun ikut sama. Takkan abang tak percaya dengan Olga?” giliran Max pula bersuara.
            “Saya tadi pun tak setuju juga, tapi saya percayakan Olga. Olga budak baik,” sokong Noah pula sambil memegang kepala Olga.
Karen
            Karen mendengus. “Abang kata tak boleh, tak bolehlah. Banyak lagi cara lain nak belajar, kalau nak abang boleh cari cikgu tutor untuk Olga nanti, okey?” Karen memujuk Olga.
            Bibir bawah Olga sudah bergetar, menahan air matanya dari jatuh. Tidak semena-mena, Olga terus berlari keluar. Kecewa sangat dengan keputusan abangnya. Dia tahu, tiada apa lagi yang dia boleh lakukan bila Karen sudah membuat keputusan. Walau berapa kali dia cuba diyakinkan, keputusannya tidak akan berganjak.
            “Olga!” panggil Max namun panggilannya tidak diendahkan.
            You are too much,” kata Luth seraya keluar dari bilik Karen. Max dan Noah sekadar memandang Karen, lantas mereka pun beredar meninggalkan Karen dalam dilemma.
            Karen mengeluh kecil. Borang itu dibaca sekali lagi. Kemudian dia melipat semula borang tersebut dan menyimpannya didalam laci.
            
******************************* 
jemput baca, kalau sudi bagilah komen sikit sbg cenderahati utk saya, kan? :)
           

3 comments:

  1. alhai olga..mcm mna blh jtuh cinta ngn cikgu nie... ish2 parah2..

    awk sbg cpt taw...

    ReplyDelete
  2. Karen ni..geram la..sume x boleh..

    Sian olga..mcm ne nk bercinta dgn cikgu tristan..byk sgt halangan

    Olga..fighting!!!!!!

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.