Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

01 December, 2012

Chapter 6 : Because… I Love You. Part 1



Chapter 6 : Because… I Love You.

OLGA mengesat air matanya yang menitis di pipi. Matanya sudah bengkak mengalahkan sengat tebuan. Sejak semalam tidak berhenti memangis. Karen yang bertugas hari itu untuk menghantar Olga tidak dapat berbuat apa-apa melainkan rasa bersalah. Tapi tetap, dia enggan mengubah keputusannya.
            Sebaik tiba dia diperkarangan sekolah, Olga terus keluar tanpa mengucapkan apa-apa kepada Karen. Karen yang baru ingin memanggil, hilang peluang apabila depan matanya pintu kereta ditutup. Dia mengeluh kecil.
            Olga berlari naik ke kelasnya. Pandangan orang sekeliling tidak diendahkan. Pasti mereka terkejut melihat matanya yang bengkak. Sedangkan abang-abangnya melarang dia pergi ke sekolah pun dia tetap bantah apa lagi pandangan mereka itu. Dia langsung tidak kisah, dia tetap mahu ke sekolah kerana hanya disekolah saja dia boleh bertemu dengan Tristan.
            Kenapa nak suka orang pun susah? Keluh hati Olga. Beg sandang diletakkan atas meja. Punggung segera mencari tempat duduk.
            “Olga, apa jadi dengan mata kau?” soal Emely yang sudah dulu masuk kelas.
            Olga menggeleng. Dahi Emely terus berkerut. Ini dah kenapa ni? Putus cinta? Mustahil, dia tak pernah lagi bercinta macam mana tiba-tiba boleh putus?
            “Sejak bila rumah kamu ada tebuan, Olga?” soal Emely pula.
            Olga terus mencebik. “Mata aku bukan kena sengat la, Ems,”
            “Habis tu? Cuba cerita. Kah, kau nangis semalam?” teka Emely.
            Olga sekadar memandang Emely dan tidak menjawab. Emely mengeluh. Sah! Dia menangis.
            “Kenapa kau menangis?”
            “Abang aku tak suruh ikut kem,”
            “Huh? Abang yang mana? Semua?”
            “Tak, abang Karen saja yang tak suruh. Aku nak buat macam mana ni, Em? Aku nak ikut,”
            “Aku tahu, tapi aku pun tak berdaya nak tolong kau, Ol. Lainlah kalau aku ni isteri abang Karen, mungkin boleh juga,”
            Olga menggangguk. Tiba-tiba dia tersentak. Cepat-cepat dia memandang Emely. Tangan kawannya itu segera dipaut. Emely mengerut kening.
            “Kenapa?”
            “Kau memang bijak, Ems! I love you!” pipi Emely terus dikucup membuatkan gadis itu tergamam. Olga bangkit seraya keluar dari kelas.
            Sesampai Olga dibelakang bangunan kelasnya, dia terus memandang jam ditangan. Masih ada 15 minit sebelum P&P berjalan. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket lalu mula mencari nombor seseorang. Olga menunggu panggilannya bersambut dengan dada yang berdebar-debar. Kenapalah dia tidak terfikir guna cara itu untuk ubah fikiran Karen?
            “Hello, kak Mir?”
            “Olga! Terkejut kakak, Olga telefon, tak pernah-pernah!” suara lunak lagi lembut kedengaran dicorong telefon Olga.
            “Kakak apa khabar?” tanya Olga.
            “Kakak baik. Olga dan abang-abang Olga?”
            “Baik ja, semua sihat,”
            “Hmm… Olga nak apa telefon kakak?”
            “Kenapa? Kakak sibukkah? Kalau begitu, nantilah Olga call,”
            “Eh, tak, tak. Kakak tak sibuk, Cuma sekarang ni waktu sekolah. Bolehkah Olga call kakak?”
            “Boleh. Takdalah… Olga Cuma nak bercakap dengan kakak. Rindu,” Olga tersenyum kelat. Dia masih teragak-agak mahu meminta pertolongan dari tunangan abangnya. Tapi Cuma Kak Mir yang boleh tolong, kalau bukan Kak Mir siapa lagi?
            “Rindu? Kah Olga nak apa-apa dari kakak ni?” soal wanita itu seperti tahu-tahu saja.
            “Sebenarnyakan… Olga nak minta tolong,”
            “Tolong apa?”
            “Tolong pu…” baru saja Olga mahu meneruskan ayatnya, telefon tiba-tiba ghaib dari tangannya. Olga terus berpaling ke belakang.
            “Alex Pettyfer! Opss!” Olga segera menutup mulut. Alangkah terkejutnya Olga saat melihat Ketua Persatuan Pelajar sedang berdiri dihadapannya sambil memegang telefon bimbitnya.
            “Pres,” sebut Olga perlahan.
            “Kau tahukan pelajar dilarang menggunakan telefon dalam sekolah kecuali waktu rehat dan waktu pulang? Sekarang waktu apa?”
Edward
            Olga tunduk, tidak berani menentang wajah lelaki itu. Tiba-tiba dagunya terangkat. Matanya dan mata lelaki itu berlaga sejenak sebelum dagunya dilepaskan.
            “Telefon ni aku rampas, ambil balik waktu pulang nanti. Faham?”
            “Tapi pres, aku betul-betul perlukan telefon tu. Please?” rayu Olga sambil membuat muka comel dengan matanya yang bengkak itu.
            “Tak boleh. Peraturan tetap peraturan. Masuk kelas,” arah lelaki itu lantas terus beredar. Olga terpinga-pinga saat telefonnya dibawa pergi. Cepat-cepat dia mengejar langkah lelaki itu dan segera memaut tangannya. Lelaki itu terkesima dengan tindakan Olga. Tangan Olga segera ditapis.
            “Tolong? Sekali ni saja, ya? Please, please, please?” rayu Olga tak habis-habis.
            Lelaki itu mendengus. “Ambil waktu pulang nanti,” ujarnya lembut namun keras ditelinga Olga. Dia pun berlalu meninggalkan Olga.
            Olga mengeluh. Dia tersungkur diatas tanah. Kenapa dekat sekolah pun ada abang Karen versi 2? My God… macam mana ni? Olga sudah buntu.
            Olga masuk dengan muka masam. Kelihatan Emely yang sedang mengeluarkan buku dari beg.
            “Kau pergi mana tadi? Satu bangunan aku cari,” kata Emely.
            “Nasib kaulah, Ems. Kau tak dapat cari aku, orang lain pula yang jumpa aku,” keluh Olga.           
            “Siapa?”
            “Tulah.. Pres. Aku tertangkap guna telefon, telefon aku pula dia rampas. Balik nanti baru boleh ambil,”
            “Huh? Biar betul?” Emely terus bangkit. Wajah ceria tiba-tiba.
            “Kenapa kau gembira pula bila telefon aku kena tangkap? Aku perlukan telefon tu tau, pres ni pun satu,” marah Olga.
            “Dah kerja Pres, nasib kau ja yang malang. Wah… mesti bahagia jumpa pres in person, kan?”
            Olga sudah memandang Emely dengan tajam. Emely terus tersenyum. “Okeylah, okeylah… rehat nanti aku pinjamkan kau telefon aku,” pujuk Emely.
            “Emm…tapi kan, siapa nama sebenar Pres ya?” soal Olga dengan dahinya yang berkerut. Emely sudah memandangnya dengan riak tidak percaya.
            “Kita dah berapa tahun sekolah sini, kau masih tak tahu siapa nama pres? Kau biar betul Olga. Pelajar yang baru dua bulan masuk pun boleh kenal, apalagi kau yang dah bertahun-tahun,”
            “Cakap jalah, takkan betul-betul Alex Pettyfer kot?”
            Emely mengeluh. “Bukan, namanya Edward Drury. Ingat tu baik-baik dan lain kali kalau kau terlupa nama dia, kau mesti tanya aku,” kata Emely.
            Dahi Olga berkerut tidak faham maksud temannya. “Kenapa mesti tanya kau pula?”
            “Sebab kalau kau tanya pelajar yang lain, dah lama kau kena serang. Mana boleh kau lupa nama Pres?”
            “Huh? Adakah macam tu? Hish… menakutkan betullah diorang tu,”
            Emely cuma tertawa. Itulah kekuatan fan club pres. “Jomlah, nanti lambat pula,” gesa Emely. Emely sudah bergerak ke pintu. Baru saja Olga melangkah, kakinya tersangkut pada pemegang beg membuatkan tubuhnya hilang keseimbangan dan terus jatuh. Dahinya berlanggar dengan bucu meja.
            “OLGA!” Emely sudah menjerit kuat membuatkan kawan sekelasnya bergegas kembali ke dalam kelas.

*****

“KECEDERAN dia tak teruk, Cuma mungkin akan lebam sikit. Nasib baik bucu meja tu tak tajam,” ujar Rosemary, jururawat yang bertugas farmasi sekolah itu. Emely sudah mengurut dada selepas mendengar kata-katanya. Emely mendekati katil tempat Olga berbaring.
            “Kepala kau okey?” soal Emely.
            “Pening sikit, tapi cikgu dah bagi ubat. Ems, kau masuklah kelas. Aku boleh rehat sorang-sorang. Sikit saja ni,”
            “Apa sikit-sikit? Nasib baik kayu, kalau simen? Hish, cuai betul!” marah Emely pula.
            “Yalah, yalah… sorry,”
            “Cikgu, nanti tolong bagitahu keluarga Olga ya? Saya tak boleh guna telefon,”
            “Yalah, nak diorang datang sekolahkah?”
            “Eh, tak, tak, tak! Lagi kecoh kalau diorang datang sekolah. Lebih baik jangan bagitahu, nanti saya bagitahu lepas balik nanti.” Cepat saja Olga menyampuk.
            “Pasti?” soal Emely.
            Olga menggangguk. “Ya, dan kau pun Em, masuklah kelas. Aku okey,”
            “Betul ni? Kalau begitu, saya keluar dululah ya cikgu,”
            Cikgu Rosemary mengangguk. Emely pun beredar keluar. Cikgu Rosemary bangkit.
            “Olga tidurlah, mesti kepala kamu pening sangatkan? Cikgu tutup langsir ni,” ujar Cikgu Rosemary.
            Olga mengangguk kecil. Cikgu itu seakan faham riak wajahnya. Kepalanya memang pening seperti hendak pecah namun disebabkan tidak mahu Emely risau dan ketinggalan kelas, dia berpura-pura seperti tiada apa-apa. Cikgu Rosemary pun menutup langsir dan kembali ke tempat duduknya.

            Tidak sedar-sedar, sudah 4 jam dia tertidur. Olga yang baru mahu bangun terhenti apabila sakit kepalanya menyerang tiba-tiba seolah-olah terkena renjatan elektirk ber volt rendah. Perlahan-lahan Olga meletakkan kepalanya atas bantal. Aku tak boleh bangun lagi, dah empat jam aku tidur. Banyaknya kelas aku ketinggalan.
            Tiba-tiba Olga tersentak. Kelas cikgu Tristan! Seraya Olga turun dari katil. Kepalanya yang masih berdenyut tidak diendahkan. Kelas cikgu Tristan akan tamat dalam masa 30 minit, kalau dia terlambat pasti dia tidak boleh berjumpa dengan cikgu itu lagi. Walau macam manapun dia tetap akan sempat! Dia nekad.
            “Olga, kamu nak pergi mana?” soal Cikgu Rosemary saat melihat langsir diselak.
            “Saya nak masuk kelas, cikgu,” jawab Olga sambil berdiri dengan tangan berpaut pada sisi katil.
            “Kepala kau dah okey?”
            “Dah,”
            Cikgu Rosemary terus bangkit mendapatkan Olga. “Cikgu tak rasa Olga dah okey, kepala kamu masih sakit. Kamu rehat dulu, cikgu pasti Emely dah bagitahu dengan cikgu kamu yang kamu sakit,”
            “Tapi kelas cikgu Tristan dah nak habis,” tanpa sedar mulutnya menuturkan kata-kata itu.
            “Jangan risau, cikgu Tristan dah tahu yang kamu disini. Dia ada melawat sekejap waktu kamu tidur,”
            “Huh? Kenapa cikgu tak bangunkan saya?” soal Olga seakan terkejut.
            Cikgu Rosemary tersentak melihat reaksi Olga.
            “Maksud saya, diakan guru kelas saya jadi…” Olga buntu. Apasal sangat saya boleh tersasul ni?!
            “Tak apa, Olga. Cikgu Tristan sendiri yang suruh kamu rehat. Kalau dah elok, baru boleh masuk kelas,”
            “Yakah? Okeylah kalau macam tu,” Olga menurut. Dia pun kembali ke katilnya. Muka Olga masam bercampur bengang. Kenapa semua mesti jadi macam ni? Mula-mula abang Karen, lepas tu pres, sekarang aku dalam farmasi pula. Aduh… malang betul nasib aku!
            Olga membuang pandangannya ke luar tingkap. Kelihatan pelajar-pelajar sudah pun memulakan aktiviti kelab. Alang-alang dia sudah terlepas kelas satu hari, lebih baik dia tinggal didalam bilik sakit itu.
            Pintu bilik sakit tiba-tiba diketuk. Olga terus turun dari katil dan menyelak langsir. Dia sangat yakin yang datang itu adalah Emely namun sangkaannya meleset. Wajah Karen terpacul dihadapannya. Wajah Olga yang mula-mula ceria tiba-tiba bertukar masam. Ditangannya sedang memegang beg sandang Olga.
            “Macam mana abang tahu Olga disini?” tanya Olga, mahu tak mahu memandang wajah Karen.
            “Saya yang bagitahu,” tiba-tiba Emely keluar dari belakang Karen.
            “Sini, abang tengok,” Karen menyentuh dahi Olga yang kelihatan membiru. Pilu hatinya melihat kesakitan adiknya itu.
            “Abang datang nak ambil Olga, kita balik ya?” ujar Karen seakan memujuk.
            “Olga masih ada aktiviti kelab, petanglah Olga balik,” tolak Olga. Jelas sangat dia ingi mengelak bersama dengan abangnya.
            “Tak perlu, Olga sakit. Lagipun abang dah bercakap dengan cikgu Olga yang Olga terpaksa pulang.”
            Olga mencebik kecil. Semua keputusan dia nak buat. “Yalah,” jawab Olga tanpa bantahan. Dia pun keluar bersama abangnya.
            “Kita jumpa esok ya,” ujar Emely. Olga hanya mengangguk dan melambai ke arahnya. Beberapa minit kemudian, terdengar bunyi enjin kereta keluar dari perkarangan sekolah.
Sampai saja dia dirumah, Olga terus turun dan masuk ke dalam rumah selepas mengucapkan terima kasih. Itu pun secara bersahaja saja. Karen didalam kereta sudah mengeluh. Lama dia berdiam dan berfikir dan didalam kereta. Apakah dia punyanya hubungan dia dan Olga menjadi rengang begitu?
Selepas beberapa minit, Karen pun keluar. Wajah Luth terus dicari didapur.
            “Ren? Olga mana?Kepala dia okey?” soal Luth.
            “Dia okey, cuma kepalanya lebam sikit,”
            “Kalau begitu, aku nak tengok Olga,”
            “Tunggu!”
            Baru saja Luth ingin melangkah, Karen sudah menghalangnya. “Kenapa?”
            “Kau tahukan, Olga orang yang paling aku sayang. Tapi, kau juga tahu aku ada prinsip,”
            “Aku tahu Ren, dan aku taknak mempersoalkan apa yang kau sedang buat sekarang sebab kau paling tahu dengan tindakan kau. Aku cuma nak Olga gembira, itu saja,”
            “Luth… borang ini aku serahkan pada kau. Aku tak tahu apa-apa pasal kem itu dan aku anggap Olga ikut mama dan papa ke Korea. Semua keputusan ditangan kau,” ujar Karen sambil menyerahkan borang itu kepada Luth. Luth memandangnya seakan tidak percaya. Karen pun melangkah ke pintu. Sebelum dia menghilang, Luth sempat mengucapkan terima kasih kepadanya.

*****

OLGA duduk dibucu katilnya. Wajahnya masih lagi masam mencuka. Sesekali dahinya yang lebam disentuh. Memang malang nasib aku. Sudahlah telefon aku kena tangkap. Alamak! Aku tak ambil lagi telefon aku dari Pres!
            Olga terus bangkit. Dia gigit bibir. “Macam mana aku nak call kak Mir? Aduh!” keluh Olga kuat. Sekarang dia tiada lagi alternative lain untuk memujuk abangnya supaya dia mengubah fikiran.
            Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Dia kaget. Dia berfikir dua kali sebelum membuka pintu. Takut-takut Karen mencarinya lagi. Tapi wajah Luther pula yang berada dihadapannya.
            “Abang Luth, kenapa?” soal Olga.
            Luther terus melangkah masuk. “Kenapa masih berbaju sekolah? Olga tak nak makan?”    
            “Nantilah, Olga takda mood nak makan,”
            “Kepala Olga masih sakit? Habis lebam. Nasib baik bukan mata,”
            “Sorry,”
            Luther mendekati Olga lantas meniup dahi Olga yang lebam. “Kami semua sayang Olga, termasuk abang Karen,” ujar Luther. Berkerut dahi Olga mendengar kata-kata abangnya. Dia tidak faham mengapa Luther mengeluarkan ayat itu. Namun dia malas bertanya, dia sekadar tertunduk.
            “Nah, abang dah tandatangan borang ni,” Luther menarik borang yang dia simpan dipoket belakang lalu memberikan kepada Olga. Membulat mata Olga memandang Luther.
            “Bukan abang Karen yang sign, tapi abang Luth. Dia beri hak membuat keputusan ditangan abang,”
            “Jadi, Olga boleh…”
            Luther mengangguk. Olga terus tersenyum lebar. Pantas dia memeluk Luther seraya mengucup pipi kiri abangnya kemudian borang itu diambil dan terus keluar dari bilik.
            “Olga! Olga nak pergi mana tu?” Luther terpinga-pinga mengejar Olga. Kedengaran derap langkah yang laju menuruni tangga. Dahi Luther sudah berkerut. Pantas dia mengikuti langkah itu.
            Tiba di ruang tamu, sudah kelihatan pintu utama terbuka luas dan bayang-bayang Olga sudah lesap. Luther menggaru kepalanya. Dia ke mana?
           
Bersambung....

4 comments:

  1. Love u..tq..best2 cot sambung ya dear

    ReplyDelete
  2. knape sye tertarik dgn pres tu..ahaha
    olga nk pegi mane pulak tu...jgn tumbang sudah..
    best2!! next please~ ^^V

    ReplyDelete
  3. Best la..nk part 2 pulak..
    Good job
    Comel sgt olga nih

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.