Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

29 March, 2012

28th Proposal : It's No Use Crying Over Spilt Milk

28th Proposal : It's No Use Crying Over Spilt Milk

IAN keluar dari bilik persidangan sebaik saja menerima panggilan daripada Ruby bahawa ibunya sudah pulang. Lega sikit hati itu bila ibunya pulang. Pasti Puan Massari akan bertanya macam-macam soalan. Dia sudah tidak larat untuk menjawab soalan ibunya. Asyik pasal kahwin, kahwin, kahwin. Dengan siapa? Dengan Ratna. Masalah dah selesai, nak timbulkan balik buat apa!
            “Tuan, kata Puan dia akan datang lagi petang nanti,” pesan Ruby saat Ian melalui meja gadis itu.
            Ian sekadar mengangguk lantas masuk ke dalam ofisnya. Dia merebahkan tubuhnya ke sofa. Kedua-dua tangannya dijadikan alas belakang kepala. Kaki panjangnya lurus bersilang.
            Fikiranya kembali melayang pada peristiwa bersama Cinta tadi. Serius, dia betul-betul kagum dengan pendirian Cinta. Dia kagum dengan cara Cinta mempertahankan harga dirinya. Namun, itulah yang menyebabkan dia tidak dapat melepaskan Cinta.
            Dia akui kata-kata yang dia lafazkan malam itu memang kasar, dia boleh melihat wajah Cinta yang agak terluka dengan kata-katanya. Seriously, ‘Aku akan lepaskan kau bila aku dah tak perlukan kau,’ Statement  apa ni Ian! Dia mendengus perlahan.
 Tapi dia tidak boleh kawal perasaannya, cemburu itu sudah menguasai separuh daripada kewarasannya. Ayat itu keluar tanpa sempat otaknya memproses akibat.
            Apatah lagi bila bergilir-gilir lelaki yang datang berjumpa dengan Cinta. Dia semakin takut gadis itu terlepas dari tangannya. Dengan mengugut saja caranya untuk menikat Cinta agar menjadi milik dia seorang. Sebab dia tahu, Cinta tidak mungkin akan mempunyai perasaan yang sama seperti mana perasaan dia terhadap Cinta.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering langsung mengejutkan Ian dari lamunan. Dia bangun lantas menyambut panggilan tersebut.
            “Derek,” Ian menyembut nama si pemanggil.
            “Saya baru saja sampai ke kampung ni, apa yang perlu saya lakukan seterusnya, Tuan?” lapor lelaki itu.
            Ian mengigit bibir. Pandangan matanya berubah tajam, wajahnya menjadi tegang. Peganggan pada telefon bimbit semakin ketat.
            “Buat saja apa yang patut, yang penting mereka ketakutan dan termakan dengan kata-kata kau,” kata Ian, garis dibawah matanya menjadi kemerah-merahan.
            Maaf Cinta, kalau aku tak buat begini… kau takkan jadi milik aku!

            ZARED dan Datuk Kugiyama kelihatan bersungguh-sunggu berlatih dilapangan. Ratna tersenyum-senyum melihat mereka. Berlatih seperti akan memasuki pertandingan championship pula.
            Datin Ratina yang juga mengikuti suaminya itu sekadar menjeling tajam kearah Ratna. Sebal dengan sikap anaknya dan juga suaminya. Apa sangatlah yang diorang nampak dekat Zared tu? Biasa saja! Getus hati Datin Ratina. Dia terus mencapai jus epal lalu dihirup agak rakus.
            “Mama nak ke washroom sekejap,” kata Datin Ratina lantas bangkit.
            “Tunggu, Nina pun nak pergi,” Ratna ikut bangkit.
            Datin Ratina sekadar memandang anaknya lalu terus melangkah menuju ke bilik air. Datin Ratina mempercepatkan langkahnya shinggakan Ratna terkejar-kejar.
            “Ma, kenapa mama macam nak mengelak dengan Nina ni?” akhirnya Ratna meluahkan juga rasa kesalnya. Setiap hari ibunya itu cuba mengelak, duduk dimeja makan juga ibu tidak ingin turun selagi Ratna ada. Kecil hati Ratna dengan sikap ibunya itu.
            Datin Ratina menoleh kearah Ratna.
            “Selagi Nina dengan budak tu, selagi tu mama takkan layan Nina,”
            “Maa…” Ratna mencapai jari-jemari Datin Ratina. “Kenapa susah sangat mama nak terima Ayie? Dia baik pun dengan keluarga kita,”
            Datin Ratina menapis tangan anaknya. “Baik tak baik, mama tetap tak suka!” tempelaknya lantas meneruskan langkahnya.
            Ratna hanya sekadar menggeleng. Kecewa dengan sikap ibunya yang tidak belajar untuk menerima Zared. Sikapnya baik, prihatin, dan suka menjaga perasaan orang lain. Apa yang tak baik lagi?
            Datin Ratina menghempas tas tangannya ke sinki. Rasa geram menusuk dadanya. Dia merengus kecil. Kemudian dia terus menyaluk tas tangan dan mencari telefon bimbit. Sebaik saja terjumpa nama Puan Massari, dia terus mendail.

            RATNA kembali ke meja. Tidak jadi mengikut ibunya ke bilik air. Sekembalinya dia ditempat itu, kelihatan Zared dan Datuk Kugiyama sudah pun menduduki meja mereka. Dia mengambil tempat disebelah Datuk Kugiyama.
            “Mama mana?” soal Datuk Kugiyama.
            Washroom,” jawabnya pendek, tapi kedengaran sayu.
            “Bukan Nina ikut mama Nina tadi?” soal Zared pula.
            “Ikutlah tadi, tapi lepas tu tak jadi,” jawabnya lagi, masih kedengaran sedih.
            Tone Ratna menarik perhatian Datuk Kugiyama. “Ni kenapa macam sedih saja? Gaduh dengan mama?” soalnya.
            Ratna memandang bapanya lalu tersenyum nipis. “Takda la pa. Biasalah mama tu,” katanya. Tiba-tiba, poket jeansnya terasa bergetar, pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan membaca mesej yang baru saja masuk tadi.

It’s okey nina, we can do it together. Ayie tahu, nina gaduh dgn mama tadi, kan? Jangan ambil hati please? Muka cemburut tak manis (^-^) V
Sender : Ayie Sayang

            Ratna tersenyum kecil. Dia terus melirik kearah Zared. Kelihatan lelaki itu sudah mengangkat-angkat kening. Ketawa Ratna meledak.
            “Jadi pa, bila nak lawan ni? Belum lawan dah penat?” kata Ratna pula. Semangatnya tiba-tiba hidup sebaik saja menerima mesej Zared tadi.
            “Apa pula penat, ini baru warm-up. Sekejap lagi, kami lawanlah. Ingat Zared, saya ni pernah memegang title champion, masih berani lawan?” kata Datuk Kugiyama berseloroh. Tapi memang betul pun lelaki itu pernah memegang title sebagai champion dalam BMW Golf Cup International.
            Zared hanya tersenyum. “Saya akan buat yang terbaik, tuan,” ujar Zared dengan penuh rasa rendah hati.
            “Datuk Kugiyama?” tiba-tiba mereka ditegur oleh seseorang dari belakang. Serentak mereka memandang pemilik suara itu.
            Datuk Kugiyama terus bangkit. “Dato’ Paul, tak sangka kita boleh jumpa disini,” Datuk Kugiyama terus menghulurkan salam.
            Ratna dan Zared serentak bangkit.
            “Saya pun tak sangka, Datuk,” jawab Dato’ Paul. Matnya beralih pula pada Zared.
            “Mr. Zared, it’s nice to meet you here,” tegus Dato’ Paul pula. Dia dan Zared bersalaman.
            Datuk Kugiyama dan Ratna sudah memandang mereka.
            “Kamu dah saling kenal?” soal Datuk Kugiyama.
            Dato’ Paul ketawa kecil. Dia melangkah ke sisi Zared lalu memaut bahu lelaki itu.
            “Apa tidak, saya dan keluarga selalu bercuti di resort keluarga dia. Resort tu memang terkenallah Datuk, servisnya yang mantap. Saya hampir tidak percaya bila tahu anak muda ini yang menerajui resort itu,” Dato’ tidak henti-henti memberi pujian kepada Zared membuatkan lelaki itu tertunduk.
            Wajah Datuk Kugiyama berubah kelat. “Oya?” wajah Zared dipandang.
            “Macam mana Datuk boleh kenal dengan Encik Zared?”
            “Oh… dia teman lelaki anak saya,”
            “Wahh… bertuah betul Datuk. Kalau Encik Zared belum berpunya, sudah lama saya kenalkan dia dengan anak saya,” kata Dato’ Paul pula seakan berseloroh.
            Mereka ketawa kecil. Senang dengan pertemuan itu.
           
            SEBAIK saja Puan Massari melangkah masuk ke ofis Ian, telefon bimbitnya sudah pun berdering. Dia menghentikan langkahnya untuk menyambut panggilan tersebut.
            “Datin,”
            “Kita perlu berjumpa, puan. Saya ada hal sikit nak bercakap dengan puan,”
            “Hal apa?”
            “Nanti saya bagitau. Sekarang ni saya sedang menuju ke Amour Restoran. Saya tunggu puan disana,” belum sempat Puan Massari menjawab, dia sudah mematikan talian.
            Puan Massari memasukkan telefon bimbitnya lantas keluar dari pejabat itu semula menuju ke lift. Sebelum itu dia sempat berpesan sesuatu kepada Ruby bahawa dia akan kembali petang nanti.
           
*****

            CINTA menghempas tas tangannya ke laci kaunter dan terus melangkah ke dapur. Lialina yang baru saja turun dari tangga perasaan akan sikap Cinta yang seakan bengang itu. Dia terus mengejar Cinta.
            “So? Macam mana? Ada progress?” soal Lialina sebaik saja dia tiba dimeja tempat Cinta berdiri.
            “Progres apanya kalau dia macam ada agenda lain,” jawab Cinta sambil mengikat tali apron dibelakangnya.
            “Agenda lain? Maksud?”
            “Dia macam ada rancangan lain nak kenakan aku. Dia tak cakap apa-apa, tapi aku boleh tengok dari muka dia, Lia. Lelaki ni memanglah, tak habis-habis nak susahkan hidup aku,” degus Cinta lantas bersandar ke meja dapur. Wajah sebal.
            Lialina peluk tubuh. “Cin, kalaulah kau boleh rendahkan ego kau sikit, kau taklah susah sampai macam ni,” kata Lialina.
            Cinta merenung Lialina dengan tajam. Pantas Lialina mengangkat kedua-dua tangannya. Ingat harga diri aku ni boleh discount-discountkah.
`           “Walaupun aku miskin, tak da duit. At least, aku masih ada harga diri yang aku boleh jaga. Harga diri aku means maruah keluarga aku. Orang lain tak boleh jentik sekali pun!” jawab Cinta keras.
            Lialina mengosok lengan Cinta seakan menyejuk hatinya yang sedang membara.
            “Cin, kau tahukan Ian macam mana. Dia akan buat apa saja untuk mendapatkan apa yang dia inginkan. Dan sekarang ni, dia nakkan kau,”
            Cinta ketap bibir. “Tidak semestinya dia nakkan sesuatu, dia boleh dapat. Aku bukan perempuan yang dia boleh ambil dan buang begitu saja,” Cinta mengorak langkah ke pintu belakang, daun pintu ditolak kasar.
            Lialina mengeluh kecil. Sahabat, kalau aku tak turutkan kata hati, tentu kau tak terseksa macam ni, kan? Hati Lialina berbisik sedih, bersimpati dengan keadaan temannya itu. Dia meninggalkan dapur, menuju ke kaunter.
            Tiba-tiba dia mendapat panggilan, teruja dia menyaluk poketnya untuk menyambut panggilan tersebut. Carl sudah berjanji akan menghubunginya tapi sangkaannya meleset apabila terbaca nama si pemanggil.
            “Aunty Jaz?” dahinya berkerut. Pelik kerana ibu Cinta tidak pernah menghubunginya, dia hanya menghubungi Lialina bila Cinta tidak dapat dihubungi.
            Lialina bergegas ke belakang café untuk menghantar telefonnya kepada Cinta.
            “Cin, mama kau telefon.”
            Cinta memandang Lialina sambil menyambut telefon itu dari tangannya. Telefon diletakkan ke telinga.
            “Hello, ma. Kenapa?”
            “Tita! Apa dah jadi ni, tadi ada orang datang kata nak beli tanah kita,” suara Puan Jazlina kedengaran cemas dan nada suaranya seakan tidak teratur. Seperti ketakutan.
            Dahi Cinta berkerut berlapis-lapis. Dia gigit bibir. “Or..orang yang macam mana ma?”
            Lialina ikut tertanya-tanya melihat wajah Cinta yang serta-merta berubah itu.
            “Orangnya tak penting, tapi macam mana geran tu boleh ada pada dia? Lepas tu dia cakap, ada orang yang jualkan geran itu padanya. Macam mana boleh ada pada dia sedangkan…” ayat Puan Jazlina terhenti.
            “Kenapa ma? Hello?”
            “Hamund, dia jual geran kita Tita! Sampai hati Hamund. Macam mana ni Tita, itu saja yang kita ada sekarang.” Puan Jazlina sudah mula teresak-esak.
            “Ma, bawa bertenang ma. Kita selesaikan masalah ni sama-sama. Okey, mama ada tandatangan apa-apa yang dia bagi?” soal Cinta. Dia juga berusaha mengawal emosinya. Jika dia gagal, ibunya juga akan semakin risau.
            “Takda. Tapi dia kata dia akan datang lagi esok, dengan lawyer,”
            Cinta menarik nafas dalam. Ian, sampai macam ni sekali kau nak seksa aku?
            “Okey ma. Begini, nanti Tita call balik. Mama tak perlu risau, ya. Biar Tita yang selesaikan,”
            “Macam mana Tita nak selesaikan?”
            “Mama rehat ya? Bye!
            Cinta mematikan talian. Telefon bimbit diserahkan semula kepada Lialina.
            “Kenapa?” soal Lialina yang hanya menjadi pendengar sekaligus pemerhati tadi. Mahu saja dia menyampuk, tapi melihat wajah serius Cinta dia matikan niatnya.
            Cinta menggeleng-geleng. Bergetar bibir bawahnya dek menahan tangis. Tapi walau sekuat mana dia bertahan, air mata tetap jatuh. Pengaruh Ian begitu kuat, walaupun beribu-ribu Cinta didunia itu, dia tetap tidak dapat melawan Ian.
            Cinta terduduk atas tanah dan mula teresak-esak. Lialina terkejut melihat keadaan Cinta. Pantas dia memeluk Cinta dari belakang. Dia juga sudah turut menitiskan air mata mendengar rintihan Cinta. Dia tidak tahu apa yang berlaku, tapi dia dapat merasakan kesakitan yang Cinta alami.
            “Lia, aku tak kuat Lia… aku tak boleh lawan dia..” kata Cinta dalam esakan.
            Lialina mengosok lembut belakang temannya itu. “Sabar Cinta… ada apa sebenarnya?”
            Cinta diam. Buat masa sekarang, dia tidak ingin berkata apa-apa. Terlalu perit untuk diluahkan. Tetapi lebih sakit bila dia tiada pilihan langsung.
            Lialina faham. Dia pun turut mendiamkan diri dan membiarkan Cinta menangis dalam pelukannya.
            Setelah dua jam dalam proses menenangkan diri, akhirnya Cinta pulih juga. Ai yang dibawa Lialina tadi diteguk perlahan. Cinta mengelap sisa air mata yang ada dipipinya dengan tisu lalu bangkit.
            “Kau nak pergi mana?” soal Lialina.
            “Keluar sekejap. Ada benda yang aku perlu urusakan. Malam nanti aku ceritakan, ya?” jawab Cinta lantas beredar.
            Lialina tidak menghalang Cinta. Dia hanya menghantar langkah Cinta dengan pandangan sayu. Kalau saja dia boleh tolong, dia akan buat apa saja. Tapi malangnya, dia juga tidak dapat berbuat apa-apa.
           
            “CIK CINTA is here,” lapor Ruby melalui interkom. Ian terus mengukir senyum sebaiks aja mendengar berita itu lantas menyuruh Ruby menjemput Cinta masuk. Buat kali kedua Cinta
            Cinta melangkah masuk apabila Ruby membuka pintu itu. Matanya terus menangkap tubuh Ian yang sedang duduk santai di kerusinya. Senyuman dibibir lelaki itu membuatkan hati Cinta semakin benci untuk melihatnya.
            Dia mengalihkan wajah dan terus melangkah. Dia melabuhkan punggung.
            Twice a day, memang kita ada jodoh,” kata Ian.
            “Tak perlu berbahasa basi! Kenapa kau hantar orang ke kampung aku? Macam mana kau tahu alamat rumah aku?” Cinta terus kepada pokok utama. Tidak ingin membuang masa mendengar kata-kata manis yang menyakitkan hati itu
            Ian menongkat siku ke meja. “Aku rasa takda salahkan sebab geran itu memang dah jadi milik aku,” ujarnya selamba.
            Cinta ketap bibir. Nak tunjuk kuasalah tu!
            “You see, Cinta. Kalau kau terus bersetuju saja dengan aku, tak perlulah menyusahkan orang pergi ke kampung kau. Dan lagi, orang tu masih di kampung kau lagi, aku belum suruh dia balik sehinggalah aku dapat apa yang aku mahu,” kata Ian sambil menaikkan kedua-dua keningnya.
            Cinta sebal. Mahu saja dia mencekek-cekek leher lelaki dihadapannya itu. Geram dah tahap kepayang ni!
“Okey, okey! Kita kahwin!” dalam keterpaksaan, Cinta tuturkan juga ayat itu. Kenapa sangat dia nak kahiwn dengan aku? Seronok sangat tengok orang macam aku ni tunduk dengan dia?
Ian bertepuk tangan sambil tersenyum lebar. Dia menang, sama sepeti yang dia jangkakan. Dia sudah merancanganya terlebih dahulu. Sehari sebelum Cinta datang ke syarikatnya, dia sudah pun menyuruh peguamnya Derek, untuk ke kampung Cinta dan berlakon sebagai pembeli tanah. Dalam hati dia memuji Derek kerana berjaya membawa watak itu sehingga mampu mengaburi mata keluarga Cinta.
“Kan bagus kalau kau setuju awal-awal, taklah susah macam ni,” ujar Ian.
            Cinta peluk tubuh, bibir digigit dengan penuh rasa geram dan benci.
            “So esok aku akan bawa kau jumpa dengan peguam aku untuk urusakan perkahwinan kita. Sharp, jam 9!”
            “Sekejap!” Cinta angkat tapak tangan. “Kita takkan berkahwin macam orang kahwin betul-betul, kan?”
            Ian kerut kening. “Kenapa? Kau nak kahwin macam orang kahwin betul-betul?”
            Cinta pantas menggeleng kepala. Janganlah mereka berkahwin macam orang kahwin betul-betul siap ada majlis lagi. Itu macam mangali kubur sendiri namanya.
            “Tapi kita kahwin tak lama kan? Maksud aku, macam kontrak. Ada tempoh masa,”
            Ian tersenyum. “Jangan risau, aku tahu yang aku buat. Esok peguam aku akan terangkan semuanya pasal perkahwinan ni.”  
            Seakan ada batu besar yang menghempap kepala Cinta. Kepalanya sudah mulai pusing. Terngia-ngia perkataan isteri itu ditelinga Cinta. Tapi dia sudah tidak dapat berpatah balik lagi, ini saja caranya untuk selamatkan geran tanah mereka.
                                                                                                                   
24 March, 2012

27th Proposal : Love And Marriage Are Two Different Things

27th Proposal : Love And Marriage Are Two Different Things

            “KAU gila?” Cinta terus menolak kedua-dua tangan Ian dan segera menjarakkan dirinya daipada lelaki itu.
            Ian memandang kearah Cinta seperti seekor ular yang bila-bila saja dia boleh membelit tubuh Cinta. Ian tergelak lalu memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket. Belakang disandarkan ke badan kereta.
            “1 juta… kau boleh bayar dalam masa satu minggu?” soal Ian. Terselit nada mengugut.
            Cinta diam. Memang dia tidak dapat membayarnya. 100 ribu yang dia berjaya kumpulkan itu pun disebabkan Lialina mencapurkan duitnya. Kalau tidak, mana mungkin dia boleh mendapatkan 100 ribu dalam satu minggu.
            “Memang aku tak boleh bayar, tapi aku akan cuba untuk kumpul duit. Cuma kau perlu bagi aku masa lebih, satu minggu mana ada cukup untuk bayar duit kau balik,”
            Ian tersenyum sinis. “Apa kata kalau, kau jadi saja isteri aku dan kau tak perlu bayar semuanya. Simple?” Ian seakan sedang bermain dengan psikologi Cinta.
            Cadangan Ian benar-benar tidak masuk diakal Cinta. Perkahwinan bukan boleh dianggap main-main. Apatah lagi, jika ibunya tahu dia berkahwin disebabkan atas dasar duit. Mati dibelasah ibunya sendiri.
            “Aku taknak. Cadangkan kau ni bodoh! Tak masuk akal!” tempelak Cinta.
            Ian mengangguk-angguk. “Okey, kalau begitu geran tanah ni akan jadi milik aku. Anggap saja 1 juta tu untuk beli geran tanah ni.” Ian membawa keluar envelop kuning dari keretanya.
            Saat melihat geran tanah ada ditangan Ian, Cinta seakan hilang nafas. Dia pantas memandang Ian dengan renungan tajam.
            “Kau tak boleh buat begini!” marah Cinta. Naik turun dadanya melayan kerenah Ian. Kalau selama ini dia bersabar melayan Ian, sekarang kesabarannya sudah melebihi batas. Ian sudah benar-benar melampau!
            “Oya? Sedangan keluarkan duit 1 juta untuk bayar hutang orang lain aku boleh, apalagi ambil geran tanah kau ni. Kalau kau taknak kahwin dengan aku, aku akan pastikan yang kau takkan nampak lagi tanah kamu ni,” keras suara Ian. Nampaknya dia benar-benar bertekad menjadikan Cinta sebagai isterinya. Maafkan aku, Cinta. Kalau aku tak buat begini… kau akan jadi milik orang lain. Kau hanya akan jadi milik aku seorang saja!
            Cinta menahan air matanya daripada jatuh. Lelaki itu sudah nampak pelbagai sisi darinya, dia tidak akan tunduk begitu saja.
            “Kau tahu Ian, kalau nak dapatkan geran tanah ni perlu ada tandatangan dari pihak bank dan pemiliknya. Kau tak boleh ambil geran ni tanpa prosedurnya,” Cinta sudah tersenyum lebar. Meningatkan dia akan memenangi Ian dengan cara itu.
            “Nampaknya, kau belum kenal aku lagi Cinta. Sekali aku cakap aku nak, aku takkan lepaskan sehinggalah ia menjadi milik aku,” kata Ian. Keras dan tegas.
            Senyuman dibibir Cinta serta-merta mati. “Kenapa kau nak sangat geran tu, huh? Tak berguna pun dengan kau,”
            “Ada… dengan geran tanah ni, aku boleh memiliki kau. Dengan cara ni saja, kau akan jadi milik aku sepenuhnya!”
            Cinta tergamam. Ian sudah gila, betul-betul gila! Dia sanggup ugut aku semata-mata nak memiliki aku? Apa yang ada pada aku pun aku tak tahu!
            “Tolong jangan bergurau, Ian. Kau tahu, kita tidak boleh berkahwin,”
            “Kau rasa aku sedang bergurau, kah? Dan lagi, kenapa kita tidak boleh berkahwin, kita manusia, kau perempuan aku lelaki. Apa yang salah?” kata Ian pula seakan tidak faham apa yang cuba Cinta sampaikan kepadanya.
            Cinta mengeluh berat. Lelaki inilah…
            “Ian, cuba berfikir dengan waras sikit. Apa yang kau dapat kalau aku jadi isteri kau? Ingat, status kita berbeza. Kau hanya akan memalukan diri kau kalau aku jadi isteri kau.” Cinta cuba memujuk Ian dengan cara halus pula. Jika cara itu pun tidak berkesan, tidak tahulah.
            “Aku tak kisah semua tu. Aku cuma nak kau jadi milik aku, selepas aku tak perlukan kau lagi, aku akan lepaskan kau,” ujar Ian.
            Cinta tergamam. Mendengar kata-kata Ian tadi seperti ada sesuatu yang mencucuk jantungnya. Berkali-kali. Sakit memang sakit, tapi Cinta tidak tahu kenapa dia harus berasa seperti itu.
            “Aku minta maaf, Ian. Aku tak cintakan kau jadi kita tidak boleh berkahwin. Buat sementara waktu ni, kau simpan dulu geran tanah tu. Kalau aku dah habis bayar duit kau, aku akan ambil balik,” kata Cinta. Lembut saja suaranya. Mungkin sudah tidak berdaya untuk melawan Ian.
            Ian ketap bibir. Dia terus melangkah menghampiri dan memaut kuat lengan Cinta. Gadis itu mengerang kesakitan.
            Come on, Cinta… antara dua, mana kau pilih. Harga diri kau atau keluarga kau? Fikir baik-baik!” kata Ian. Dia terus melepaskan tangan Cinta dan masuk ke dalam kereta. Kereta dipacu laju keluar dari perkarangan pangsapuri Cinta.
            Terkial-kial Cinta mengejar kereta Ian tapi tidak berguna, kereta Ian sudah lesap dari pandangan matanya. Cinta mengeluh kecil lantas terduduk diatas aspal. Cinta meraup mukanya. Kenapa semua bertukar begini? Ya Tuhan… tolong aku!

            “HMM…” keluh Cinta.
            Lialina yang terdengar keluhan Cinta sewaktu kawannya itu masuk dapur, terus dipandangnya. Dahinya berkerut. Melihat wajah cemburut Cinta pagi-pagi itu memaksa dia untuk bertanya.
            “Kau ada masalah lagi?”
            Cinta memandang Lialina. “Lia, aku nak tanya kau sikit, boleh?”
            Lialina terus melabuhkan punggung. “Apa dia?” soalnya ingin tahu.
            “Kau dengan Carl akan berkahwin tak lama lagi, kan?”
            “Ya, dalam tiga bulan ni. Kenapa?”
            “Emm… kau cintakan dia sebab tu kau kahwin dengan dia, bukan?”
            Lialina mengangguk. Dia mula pelik dengan sikap dan soalan Cinta. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan daripadanya.
            “Okey, Cin. Apa masalah kau sebenarnya? Kau tak pernah tanya aku soalan-soalan begini,”
            Cinta tergagap-gagap.
            “Tak adalah. Aku tanya sebab… kalau kau berkahwin, takda la kawan aku sini…” Ya Tuhan… jawapan apa ni Cinta?
            “Cin, tak semesinya kita cintakan orang tu kita perlu kahwin dengan dia. Kita berkahwin dengan dia sebab kita perlukan dia disisi kita, hidup bersama-sama dan mencipta satu keluarga yang bahagia. Macam aku, aku tak tahu apa yang akan terjadi pada aku kalau Carl takda. Aku nak jaga dia seperti mana dia menjaga aku selama ni,” jelas Lialina panjang lebar.
            “Tapi kalau berkahwin bukan berlandaskan cinta, macam mana?”
            Lialina tergelak kecil. “Mana ada orang berkahwin bukan atas dasar cinta, semua tu hanya wujud dalam drama-drama sajalah, Cin. Tapi Cin, ada juga yang hidup bahagia walaupun kahwin tanpa cinta. Macam ibu bapa aku,” Lialina memberi contoh.
            “Tapi macam mana kalau cinta itu tidak akan wujud, kau nak buat macam mana?”
            “Bagi aku, cinta itu sesuatu yang dicipta, jika seseorang itu tidak mencuba maka cinta tidak akan wujud dalam diri seseorang. Terima diri sendiri jika nak menyayangi seseorang. Ibu bapa aku dulu pun begitu, kau tahukan latar belakang keluarga aku. Tapi diorang survive dalam perkahwinan diorang tu sebab diorang terima diri masing-masing. Tiada apa yang kita tak boleh buat kalau kita cuba sedaya-upaya,”
            Cinta bungkam. Wajah ceria temannya itu dipandang sepi. Bagaimana jika orang itu tidak layak untuk mendapatkan cintanya?

*****

            “PRANG!” seorang pelanggan melemparkan sudu kecilnya ke piring sehingga menarik perhatian pelanggan yang lain, begitu juga dengan Lialina. Lialina bergegas menuju ke meja tersebut.
            “Encik, ada apa ni?”
            “Beb, awak kata café ni paling baik dibandar ni, tapi kenapa rasa kek ni pelik? Nak muntah pun ada juga,” pelanggan lelaki itu meluahkan rasa tidak puas hatinya.
            “Maafkan saya, boleh saya berjumpa dengan baker ni?” soal pelanggan perempuan itu pula.
            Lialina pantas mengangguk dan memanggil Cinta.
            “Saya pelanggan tetap di café ni, hampir setiap pagi saya bersarapan disini. Tapi kenapa cake ini tidak sesedap hari-hari yang lalu. Lain rasanya,” giliran gadis itu pula mengeluarkan pendapatnya.
            “Maafkan saya,” pinta Cinta lalu mencubit kek itu lalu memasukkan ke mulutnya. Berkerut-kerut wajahnya merasa krim coklat itu.
            “Maaf, nanti saya tukar balik. Maafkan saya,” Cinta tunduk berkali-kali, mengakui kesalahannya. Bagaimana dia boleh melakukan kesilapan kecil itu? Dia sudah bukan dirinya sekarang.
            “Tak perlulah. Lagipun kami sudah lambat. Ini bilnya,” pelanggan lelaki itu terus  meletakkan jumlah bil yang perlu dibayarnya lalu membawa teman wanitanya keluar dari café itu.
            Cinta mengeluh kecil lalu memandang Lialina yang sedang berdiri disisinya. Lialina hanya mengangguk sambil mengosok belakang Cinta.

            “KENAPA NI, kau ada masalah eh?” soal Lialina sebaik saja mereka berada dibelakang café.
            “Maafkan aku, Lia. Mungkin kita akan kehilangan banyak pelanggan gara-gara kesilapan kecil ni,” pinta Cinta. Dia betul-betul berasa bersalah atas apa yang sudah berlaku. Dia tidak pernah menunjukkan imej buruk kepada café itu dan hari ini, ia sudah pun terjadi.
            “Tak apa, Cin. Aku tak kisah pasal tu. Sekarang ni, aku nak tahu kau ada masalah?” soal Lialina sekali lagi.
            Cinta berganjak dari tempatnya dan melangkah beberapa tapak ke hadapan lalu menolel kearah Lialina.
            “Ian ajak aku kahwin,” luah Cinta.
            Hampir terkeluar biji mata Lialina mendengar penyataan Cinta itu. Tiada angin, tiada rebut tiba-tiba ajak kahwin? Biar betul!
            “Apa? Macam mana dia boleh ajak kau kahwin?”
            “Panjang ceritanya,” ujar Cinta lalu menarik tangan Lialina agar melabuhkan punggung dibangku itu. Cinta mengambil nafas banyak-banyak sebelum memulakan ceritanya.
            Lialina sudah menggelengkan kepala. Mendengar cerita Cinta tadi sedikit-sebanyak membuatkan dia membenci Ian, tapi dia juga yang berpakat dengan Carl ingin menyatuhkan Cinta dengan Ian. Dia sudah tidak boleh buat apa-apa lagi.
            “Jadi kau nak buat apa sekarang? Kau setuju nak kahwin dengan dia?”
            Pantas Cinta memandang Lialina. “Kau gila? Naya aku kahwin dengan lelaki macam dia tu?” kata Cinta. Tiada rancangan langsung hendak berkahwin dengan Ian. Dia tahu sangat bagaimana nasibnya jika dia bersetuju.
            “Tapi Cin, macam mana dengan geran tanah tu?”
            Soalan Lialina seakan mengejutkan Cinta dari mimpi. Serta-merta otak berputar mencari penyelesaian.
            “Tapi, kenapa mesti kahwin? Dah takda benda lain nak buat untuk seksa hidup aku?” bentak Cinta tiba-tiba.
            “Janganlah marah aku pula.” Lialina seakan terkejut dengan tingkah Cinta tadi.
            “Aku bukan marah kau lah, aku bengang dengan Ian,” rengus Cinta.
            “So?”
            “So apa pula. Mestilah aku perlu jumpa dia, tolak permainan gila dia tu. Ingat aku nak kahwin dengan dia demi satu juta? palis-palis!” Cinta memeluk tubuh. Nak membayangkan perkahwinan itu pun dia sudah takut apalagi berkahwin betul-betul.
            Lialina tersenyum. “Jadi kalau kau cintakan dia, kau sanggup kahwin dengan dia?” soalnya pula.
            As if!” jawab Cinta. Kalaulah dia boleh jatuh cinta lagi.

*****

            RATNA bergegas turun dari tangga selepas saja membaca mesej Zared yang mengatakan dia sudah pun berada dihadapan rumah mereka. Senyuman dibibir Ratna lebar sepanjang dia melangkah ke pintu utama.
            Ratna berhenti di anak tangga terakhir sebaik saja ternampak Zared yang sedang duduk diruang tamu. Ratna membetulkan pernafasannya sebelum menghampiri lelaki itu.
            Zared kelihatan tampan dengan pakaian casual dengan baju berwarna biru lembut, lengan panjang serta leher baju separas dengan dagu. Seluar jeansnya berwarna putih panjang mencecah lantai.  Makin jatuh cinta Ratna dibuatnya.
            “Ayie dah makan?” soal Ratna sambil duduk dikerusi hadapan Zared.
            “Dah. Nina ni dah sediakah nak keluar?” soal Zared pula. Memikirkan yang mereka akan keluar berjalan-jalan. Zared sengaja mengambil cuti untuk diluangkan bersama Ratna.
            Wajah Ratna kelihatan serba-salah. “Ayie, kalau kita cancel temu janji kita, boleh?”
            “Kenapa nak cancel?” Dahi Zared berkerut.
            “Papa ajak Ayie main golf,”
            Zared mengangguk-angguk. “Ohh… boleh. Kita nak jalan sekarang?” kata Zared tanpa mempunyai perasaan keberatan pun.
            Ratna tersenyum lebar. “Eya, papa dan mama dah tunggu dekat pusat golf,” lega hatinya bila Zared bersetuju, takut juga dia bila Zared marah.
            “Jomlah, kita berangkat sekarang,” Zared sudah bangkit.
            Tiba-tiba Ratna menghampiri Zared dan memaut tangan lelaki itu.
            “Ayie tak marah Nina cancel temu janji tu?”
            Zared tersenyum lantas mengosok kepala Ratna. “Nak marah apanya, kita kan keluar dengan keluarga Nina. Apa salahnya sekali-sekala, kan?”
            “Terima kasih Ayie,”
            “Kasih Nina diterima,” Zared merendahkan tubuhnya lalu membisikkan ayat itu dicuping telinga Ratna membuatkan wajah gadis itu tersipu menahan gelora dihati.
            “Ayie ni, jomlah!” Ratna sengaja menutup rasa malunya.
            Zared hanya ketawa kecil. Mereka pun seiringan keluar dari banglo itu.
            Dalam dua puluh minit saja, Zared dan Ratna sudah pun tiba di hadapan Kudat Golf & Marina Resort. Zared keluar dari kereta lalu membukaan pintu untuk Ratna. Zared menyambut tangan Ratna untuk keluar dari kereta.
            Ratna terpegun melihat bangunan dihadapannya itu. Lebih cantik jika dilihat dengan mata sendiri, selama dia berada di Australia dia hanya memasuki internet dan melihat hanya dalam gambar.
            Shall we?” kata Zared mengejutkan Ratna.
            Ratna tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam resort itu.

            “BOS, dia sudah sampai,” kata Ruby sambil membuka pintu pejabat Ian.
            Ian mengangkat wajah lalu menutup fail yang ada ditangannya. Fail tersebut diletak ke tepi lalu menyuruh Ruby untuk membawa tetamunya masuk ke dalam.
            “Aku tak tahu kau datang begini cepat,” ujar Ian sebaik saja ternampak Cinta melangkah masuk. Ruby pun keluar lalu menutup rapat pintu pejabat Ian.
            Cinta menjegilkan mata lalu menghampiri meja Ian. Dia melabuh punggung sebelum mendapat pelawaan daripada lelaki itu. Biar lelaki itu nampak sisinya yang tidak beradab.
            Ian hanya tersenyum nipis. “So?” soalnya.
            “Aku dah fikir baik-baik semalam…”
            Ian memandang Cinta dengan penuh debaran. Tertunggu-tunggu ayat yang keluar dari bibir wanita itu.
            “Dan aku tak setuju,”
            Ian terus bersandar. Berbunyi kerusi empuk itu dek berlaga dengan belakang Ian.
            “Jadi, kau sanggup lepaskkan geran tu?”
            “Aku tak cakap aku akan lepaskan geran tu. Aku akan bayar duit tu secara ansuran, dan ini adalah pendahuluannya,” kata Cinta lantas meletakkan beg yang disandangnya ke atas meja. Zip segera dibuka besar lalu mengeluarkan berbuku-buku duit ringgit Malaysia di meja Ian.
            Terlopong mulut Ian melihat segunung wang dihadapannya.
            “100 ribu!” ujar Cinta.
            Ian memandang wanita dihadapannya. “Kau cabar aku, Cinta?”
            “Tak, aku cuma lakukan benda yang betul saja. Pasal geran tanah tu, aku takkan ambil sehinggalah aku lunaskan hutang aku pada kau,”
            Ian tergelak kuat. “Kau yakin ini adalah jalan yang terbaik?” soalnya seakan cuba mengelirukan fikiran Cinta.
            Cinta gigit bibir. Jadi mengahwini kau tu jalan yang terbaik? Getusnya dalam hati.
            “Okey, kalau itu keputusan kau. Aku terima, tapi aku tak janji aku boleh tunaikan permintaan kau ni,”
            Dahi Cinta berkerut. “Apa maksud kau?” dia mula resah mendengar kata-kata Ian tadi. Takkan dia ada agenda lain lagi? Serius, akal dia untuk seksa aku memang takkan pernah putus!
            “Aku tak maksudkan apa-apa,” jawab Ian bersahaja. Dia pun menekan intercom lalu menyuruh Ruby masuk. Ruby masuk ke dalam tidak sampai dua saat. Ian terus mengarahkan gadis itu untuk menyusun semula duit yang ada diatas meja.
            “Aku akan datang lagi,” kata Cinta lantas terus beredar.
            “Bos, saya lupa nak bagitau. Puan Massari nak datang, dia sudah ada dilobi sekarang. Dia nak jumpa dengan bos,” lapor Ruby.
            Berubah riak wajah Ian mendengar laporan Ruby itu.
            “Kenapa tak bagitau awal-awal?” soal Ian, suara naik satu volume.
            “Sebab tuan nampak sibuk tadi,” tergagap-gagap Ruby membalas soalan Ian.
            “Tak apalah. Cepat kemas duit ni, dan apa yang kau nampak jangan bagitau dia apa-apa. Dan cakap dengan dia, aku tiada,” pesan Ian lantas terus berlari keluar dari pejabatnya.
            Ian mempercepatkan langkahnya menuju ke lift, sebaik saja ternampak Cinta yang sedang menunggu pintu lif terbuka, dia terus berlari. Tidak semena-mena, Ian terus menarik Cinta masuk ke pintu kecemasan.
            “Apa ni?” marah Cinta.
            “Shh!” balas Ian pula lalu menekup mulut Cinta dengan tangannya.
Cinta sudah menapis-napis tangan Ian, tapi lelaki itu seakan hilang deria sentuhan.
Ian membiarkan Cinta memukulnya, sambil itu dia mengintai disebalik pintu. Kelihatan lif yang tepat Cinta berdiri tadi terbuka. Puan Massari keluar dari lif tersebut. Ian mengeluh lega. Kalau dia lambat sikit saja, ibunya pasti sudah bertembung dengan Cinta.
Beberapa saat kemudian, Ian pun meleraikan tangannya. Cinta terus berundur dan mengesat-ngesat bibirnya dengan belakang tapak tangan.
“Kau kenapa?” tempelak Cinta.
“Takda apa. Kau boleh pergi,” kata Ian sambil membuka pintu kecemasan itu.
Teragak-agak Cinta membuka langkah, takut lelaki itu tiba-tiba berbuat sesuatu lagi. Cinta bergegas menekan butang buka pada tepi lift, buka saja lift itu dia terus melompat masuk. Sempat matanya bertembung dengan pandangan Ian.
Entah kenapa, dia merasakan ada sesuatu pada renungan lelaki itu. Tapi dia tidak dapat mentafsirnya. Kepala Cinta tergerak ke kiri dengan sendirinya apabila pintu lift itu perlahan-lahan tertutup. Wajah Ian beransur hilang dari pandangannya.
           
Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.