Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

29 October, 2012

Chapter 1 : Beauty That Captivate My Eyes



Story 1
If I Can Love You…


Chapter 1 : Beauty That Captivate My Eyes


MOTORBIKE yang dipandu Max tiba-tiba berhenti dipersimpangan. Olga terus membuka cermin topi keledar.
“Kenapa abang?”
Max terus memakir motornya dibahu jalan lantas menyuruh Olga untuk turun.
“Tak tahulah. Oh..shoot! Sorry Olga abang lupa yang minyak motor abang dah sikit.” Max sudah menepuk dahi. Terasa bodoh dengan kecuaiannya, sampai terlupa tangki minyak dah hampir kosong.
“Tak apalah abang. Nak buat macam mana, kan? Nanti Olga bagitau cikgu dan minta kebenaran untuk ambil ujian lain hari,” kata Olga pula sambil tersenyum.
Max menggeleng. “Tak boleh tak boleh! Nah, ambil duit ni Olga naik teksi. Hati-hati tau!” Max mengeluarkan sekeping not berwarna merah dari dompetnya. Lalu segera menahan teksi yang secara kebetulan melalui jalan itu.
“Abang macam mana?” Tanya Olga pula.
“Jangan risau pasal abang. Cepat naik. Good luck sayang!” ucap Max lalu mengucup ubun-ubun Olga. Pintu teksi dibuka untuk adiknya.
Thanks, abang! Bye bye!”
Max tersenyum lantas menutup pintu kereta. Teksi itu pun beransur-ansur masuk ke jalan raya dan meninggalkan tempat tersebut.

SEBAIK saja teksi berhenti dihadapan gerbang sekolah, Olga terus keluar dari kereta. Kelihatan pagar sudah pun tutup. Olga mengeluh kecil, dia terlambat 3 minit. Sekolah tinggi itu terkenal dengan peraturan yang ketat, walaupun cuma terlambat beberapa saat, pintu pagar tidak lagi akan dibuka.
Olga gigit bibir. Berfikir bagaimana caranya untuk masuk ke dalam sekolah tanpa melalui gerbang hadapan.
“Oh! Baru aku ingat,” katanya seakan sudah pun menyelesaikan masalah itu. Dia memandang kiri kanan sebelum berjalan kearah kawasan taman sekolah. Tempat itu sering digunakan oleh pelajar untuk ponteng kelas, termasuk dia dan kawan-kawannya. Oleh kerana tembok dindingnya yang agak rendah, jadi senang bagi pelajar untuk memanjatnya.
Baru saja Olga ingin melempar begnya disebalik tembok, tiba-tiba dia berhenti. Dia tidak yakin dengan plan itu kerana sejak persatuan Pelajar ditubuhkan 3 tahun lalu, tempat itu sudah menjadi salah satu tempat terkawal. Maksudnya, hanya guru-guru dan pelajar-pelajar tertentu saja yang boleh menjejakkan kaki ditempat itu.
Tapi walaupun dia tidak yakin, dia tetap harus cuba. Memandangkan dia sudah pun berada dekat dengan sekolah itu. Tanpa berfikir banyak lagi, Olga terus melemparkan begnya ke sebelah dan mengambil batang kayu yang terletak tidak jauh dari tempatnya berdiri lalu diletakkan secara condong ke dinding tembok.
Olga terus melompat dan bergayut ditembok. Dikuatkan tangannya agar boleh menampuk tubuhnya yang berat 45 kg.
“Fuh!” keluh Olga berat apabila dia berhasil duduk diatas tembok.
“Wow!”
“Erk!” Olga tersenyum. Tubuhnya terus kaku. Perlahan-lahan dia memandang ke bawah. Kelihatan seorang lelaki berpakaian seragam tanpa lencana dan tali leher yang longgar sedang berdiri sambil memeluk tubuh dibawahnya.
Olga lega kerana yang dibawah itu bukan guru atau pengawas.
“Awak pun lambat juga,kah?” Tanya Olga lantas ingin melompat turun. Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan kedua-dua tangannya seakan ingin menyambut tubuh Olga.
Olga mengerut kening.
“Olga Adkins, betul? Hari ini bukankah kamu ada test?” kata lelaki itu. Suaranya kedengaran matang.
“Oh, ya. Macam mana awak tahu?”
            “Cepat atau kamu akan lambat masuk kelas.” Lelaki itu tidak menjawab soalah Olga.
            Olga sudah memandang dengan mata curiga. Dia tidak kenal lelaki itu, malah dia tidak pernah nampak wajah lelaki itu sebelum ini tetapi kenapa lelaki itu ingin membantunya?
            “Cepat!” kata lelaki itu pula.
            Olga yang terkejut, terangguk-angguk lantas terus melompat, menangkap kedua-dua bahu lelaki tersebut. Tubuh Olga kini dalam pangkuan lelaki itu dan kedua-dua tangan lelaki tersebut memeluk pinggangnya. Kakinya langsung tidak tersentuh tanah dek ketinggian mereka yang berbeza.
            Olga menatap sepasang mata yang redup. Wajah milik lelaki itu kini jelas dimatanya, tadi disebabkan cahaya matahari wajah lelaki itu terlindung.
            Perlahan-lahan tubuh Olga diletakkan ke tanah.
            “Pergilah, masuk cepat!”
            Olga tersentak. Entah kemana fikirannya melayang tadi.
            Olga mengambil begnya lalu mula mengorak langkah, namun belum beberapa langkah kehadapan, dia tiba-tiba menoleh seraya menghampiri lelaki itu.
            “Awak nak pergi mana pula? Awak nak ponteng kelas?” Tanya Olga.
            Lelaki itu memeluk tubuh. “Kamu nak ambil test atau tak ni?”
            “Nak! Tapi awak macam mana?”
            “Jangan fikir pasal orang lain. Cepat pergi sebelum ada pengawal yang meronda,”
            Olga diam seolah-olah dia tidak boleh membiarkan perkara itu begitu sahaja.
            “Okey tapi sekejap!” katanya pula lantas membetulkan tali leher lelaki itu. “Awak masih dalam sekolah, jadi ikut peraturan. Saya tahu, saya tak layak cakap begini tapi pelajar harus berpakaian kemas. Bye!” Olga terus berlalu pergi.
            Lelaki itu kelihatan tersentak dengan tindakan Olga. Tiba-tiba dia tersenyum lalu perlahan-lahan beredar dari tempat itu.


            “MAAF, cikgu saya lambat!” jerit Olga sambil membuka pintu kelasnya. Semua pelajar yang sedang duduk terkejut dengan kemunculan Olga.
            “Olga, cepat masuk. Cikgu takda!”
            Dia terus membuka mata sebaik saja terdengar suara kawannya. Dia memandang hadapan, memang benar tiada cikgu. Ujian tak jadi kah?
            “Bertuah kau, Olga. Cikgu keluar tadi sebelum sempat dia check nama pelajar. Cepat masuk!” kata kawan lelakinya pula. Olga mengeluh lega. Segera dia berlalu ke tempatnya. Emely, kawan baik Olga yang duduk dihadapannya segera berpaling ke belakang.
            “Kenapa kau boleh lambat?”
            “Motor abang aku habis minyak, so aku terpaksa ambil teksi. Aku lambat tiga saat saja, pagar dah tutup,” kata Olga kesal.
            “Inilah sekolah kita,” kata Emely pula.
            “Eh, Ems aku ada benda nak bagitahu kau. Tadikan…”
            “Cikgu!” tiba-tiba pelajar lelaki yang duduk berdekatan pintu bersuara. Dia duduk ditepi, jadi agak senang untuknya mengetahui kedatangan cikgu.
            “Apa kau nak cakap?” soal Emely.
            “Nantilah!” putus Olga. Emely sekadar menurut dan berpaling ke hadapan semula.           
            Kelihatan seorang guru wanita menapak masuk ke dalam kelas.
            “Okey class, kemas meja dan semua beg letak ke belakang,” arah wanita itu. Semua pelajar segera menurut dan kembali ke tempat masing-masing sebaik saja menyimpan beg ke belakang.
            “Olga? Kamu ada dalam kelas cikgu tadi?” Tanya cikgu Sofia. Bahu Olga terangkat.
            “Saya… saya…”
            “Sebelum cikgu masuk tadi, Olga ke tandas sekejap. Kan, Olga?” celah Emely tiba-tiba.
            “Ahh… ya..” jawab Olga dengan hati yang berat.
            Really?” Cikgu Sofia seakan tidak termakan helah Emely.
            Olga sudah mengangguk-angguk. Please, cikgu! Kali ini saja, minta maaf dah tipu cikgu! Hati Olga berbisik penuh harapan.
            “Hmm… Zack, tolong edarkan kertas soalan ni.” Cikgu Sofia memberikan kertas soalan itu kepada ketua kelas.

*****

2 jam kemudian.

            “AHH…” keluh Olga setelah cikgu Sofia keluar dari kelas. Pelajar-pelajar yang lain juga sudah tidak tegang seperti tadi. Maklumlah, ujian daripada cikgu Sofia yang terkenal dengan soalan-soalan yang sangat ‘tough’. Sebulan sebelum ujian, semua pelajar sudah bertungkus-lumus mengulang kaji termasuk Olga sendiri.
            “Eh, Olga… kau nak cakap apa tadi?” tiba-tiba Emely berpaling ke belakang.
            “Ah… tadikan…”
            “Class…” semua memandang hadapan sebaik saja ketua kelas member arahan.
            “Tak apa. Duduk!” Seorang lelaki lingkungan 50-an muncul bersama seorang lagi lelaki muda berpakaian kot putih diruang kelas itu.
            “Itu guru baru, dia baru saja pindah disekolah ni,” ujar Emelyn. Semua pelajar mula berbisik antara satu sama lain.
            Olga mengerut kening. Kenapa aku tak tahu?
            “Eh, aku macam pernah nampak dia?”
            “Apa kau bilang?” Tanya Emelyn.
            “Selamat pagi! Saya Tristan yang akan menggantikan Cikgu Amara. Tolong bagi kerjasama untuk dua bulan ini,”
            Olga segera tersentak saat mendengar suara itu. Tidak semena-mena, dia terus bangkit dan menuding jari kearah lelaki yang mengakui dirinya guru ganti.
            “Ahh… saya ingat!”
            Semua pelajar sudah memandang kearahnya.
            “Olga!” bisik Emely keras sambil menapis tangan gadis itu.
            “Apa yang kamu ingat, Olga?” Tanya Encik Zulfikar, yang juga selaku Penolong Kanan pengetua.
“Ahh, takda. Maaf!” Olga terus duduk lalu menundukkan kepalanya. Terasa wajahnya panas membahang, bukan kerana panas matahari tapi malu dengan kelakuannya. Macam mana dia boleh bertindak melulu seperti itu? Olga gigit bibir. Patutlah kelakuan lelaki itu pelik tadi, rupanya dia adalah cikgu disekolah ni? Macam mana aku tak boleh perasaan? Stupid Olga!

25 October, 2012

Introduction : Love So Divine


Introduction : Adkins’ s Family


 “GOOD Morning sweetheart!”
“Good morning, sayang!”
“Good morning, honey!”
“Good morning, baby!”
4 orang lelaki yang sedang duduk dimeja makan serentak mengucap selamat pagi kepada seorang gadis yang baru saja menuruni tangga dengan berpakaian seragam Sekolah Tinggi Princevilliant. Sebuah sekolah persendirian yang berprestij.
Morning!” ucap Olga ceria sambil duduk dikerusi tetapnya bersebelahan dengan sisi meja sebelah kanan.
Saya Olga Adkins. 19 tahun dan menuntut di Sekolah Tinggi Princevilliant. Empat orang lelaki ini adalah abang saya, dan saya adalah anak bongsu. 


Anak pertama adalah lelaki yang memakai cermin mata, sedang membelek fail sambil menghirup nescafe, duduk dihadapan saya dan berumur 27 tahun. Single but not available. Dia sudah mempunyai kekasih tetapi long-term relationship. Kekasihnya berada diluar negara, masih menuntut disalah satu univeristi ternama. Abang bekerja sebagai lawyer. Sesuai dengan pekerjaannya, abang saya ni agak senyap, cool dan tidak mudah mengelabah. Dialah yang memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas mama dan papa ke luar negara 3 tahun yang lalu. Namanya Karen Adkins. 


Abang kedua pula adalah lelaki yang memakai apron dan sedang meletakkan satu-persatu bread diatas piring. Umurnya 26 tahun dan masih single sampai sekarang. Saya tak tahu bila lagi dia akan dapat teman wanita tapi sejak aku masih kecil, aku tak pernah nampak abang saya ni bergaul dengan perempuan. Apa-apa pun, dia bekerja sebagai guru biologi disekolah kerajaan dan mempunyi hobi menulis novel. Sekarang saja dia sudah pun mengeluarkan 5 buah novel romantik dibawah Orica Publishing  semenjak dia mula menulis 4 tahun yang lalu. Perangai abang kedua saya ni mirip dengan mama sebab tu dia yang selalu in-charge buat sarapan pagi makan tengahari dan juga makan malam kami. Dia agak lembut dan sangat tenang, tapi bila dah naik angin, satu rumah ni dia boleh angkat. Okeylah… namanya, Luther Adkins tapi saya lebih selesa memanggilnya abang Luth. 

 
Abang ketiga pula ialah…Tidak! Sebenarnya, yang dua ni lagi adalah kembar tidak seiras. Masing-masing bernama Max atau Maxliam dan Noah Adkins. Sudah tentu abang Max yang dulu lahir (menurut mama), oleh itu saya akan memperkenalkan abang Max dulu. Abang Max ni lelaki yang duduk disebelah saya ni, yang sedang bermain dengan Sudoku. Berumur 24 tahun, masih single tapi tak tahu available atau tidak. Lebih suka menggunakan otak dari tenaga, boleh dikatakan kaki bangkulah. Dia dan abang Noah sangat berbeza. Seperti api dan air.  Agak panas baran dan dingin tapi bila melayan keluarganya dia sangat baik. Sangat menghormati adik-beradiknya dan tidak suka dengan kekerasan tapi walaupun begitu, dia tetap menggunakan kekerasaan untuk menghentikaan sesuatu keadaan.. Buat masa sekarang masih menuntut sebagai mahasiswa disebuah universiti dalam bidang perubatan, dan berkerja sambilan sebagai tutor.  Namanya Max Adkins.


Dan abang Noah pula yang duduk bersebelahan dengan abang Karen. Sedang membaca surat khabar. Seorang pemain tenis professional tetapi sudah bersara setahun tahun yang lalu. Pernah mewakili negara ke peringkat antarabangsa sebelum dia bersara. Berumur 24 tahun. Seperti yang saya katakana tadi, abang Noah dan abang Max seperti air dan api, oleh itu Sikapnya lebih kepada sebelah bapa kami, hmm… macam mana nak cakap, saya sendiri tak faham tapi abang saya yang keempat ni banyak perempuan yang suka dengannya dan dia anggap semuanya adalah teman wanita dia. Apa orang cakap… ah! Casanova! Tapi jika dibandingkan dengan Casanova-casanova yang lain, abang saya ni lain sikit. Dia kata dia menghargai semua perempuan didunia dan tidak mahu menyakiti mana-mana hati wanita. Mungkin sebab itu dia masih belum punya kekasih hati sampai sekarang. Namanya Noah Adkins.
Fuh… panjang betul pengenalan untuk abang-abang saya ni. Ah… lupa pula nak cakap… papa dan mama saya sekarang berada diluar negara, bapa dipindahkan tempat kerja dan mama pula ikut papa pergi. Sekarang ketua keluarga kami adalah abang Karen. Satu lagi saya lupa nak laporkan. Semua abang saya cuma ada satu kekuatan dan kelemahan iaitu saya. Oleh itu saya cuba sedaya upaya saya supaya tak bawa masalah. Kalau tak, ribut taufan akan melanda satu Bandar besar ni.Hehe.

“Abang, tolong bagi satu lagi bread?” pinta Olga. Zup! Serentak 4 tangan mencapai bread yang berada ditengah-tengah meja. Olga memandang wajah abangnya satu-persatu, abang-abangnya yang lain pula saling berpandangan. Keadaan itu selalu berlaku apabila dia terlupa menyebut sekali nama abang-abangnya.
“Biar abang ambil,” kata abang Luth lalu mencapai satu keping bread dan meletakkan diatas piring Olga. Yang lain menarik tangan mereka satu-persatu.
“Terima kasih abang… Luth!” ucap Olga manis.
“Giliran siapa nak hantar Olga hari ni? Dah jam berapa ni?” kata abang Karen pula sambil meneliti jam dipergelangan tangannya.
Me,” jawab Max.
“Alamak! Abang, Olga dah lambat! Cepat-cepat!” tergesa-gesa Olga membimbit beg sekolahnya dan bangkit dari kerusi.
“Hati-hati, Olga!” tegur Noah. Jika berkaitan dengan keselamatan adiknya, cepat saja kepalanya itu beralih dari surat khabar.
“Sorry!” pinta Olga pula.
“Olga, bekal kamu!” laung abang Luth sambil mengejar Olga yang sudah berada dimuka pintu sedang memakai kasut sekolah. Bekal itu dimasukkan ke dalam beg sekolah adiknya.
“Thanks, abang Luth!” ucap Olga. Kelihatan Max juga sudah tiba dirak kasut dan sedang memakai kasut bootnya.
“Ok. Good luck!” ucap Luth lalu mengucup kepala Olga. Olga sekadar senyum. Dia dan Max pun segera keluar dan menuju ke motorbike Max. Luth sekadar memandang Max memakaikan topi keledar untuk Olga. Tanpa sedar bibirnya tersenyum sendiri.
“19 tahun… cepatnya masa berlalu” ujar Luth lalu kembali ke ruang makan.

******************************************* 
p/s: baru intro... harap korg tak boring baca...hehe... enjoy new series :)

11 October, 2012

The Only Exception Part 16 [END]



Part 16 [Akhir]


14 hari berlalu.

AKHIRNYA, Sara dan Lee sah bercerai selepas dua kali masuk ke mahkamah dalam 14 hari itu. Sara dan Lee sama-sama pulang ke rumah. Kelihatan banyak kain putih yang menutupi perabot-perabot. Aunty Narin pula sudah mengemas bagasi-bagasinya dan bersedia untuk pulang ke kampungnya.
            “Sara, aku ada benda nak cakap.” Lee menghampiri Sara.
            “Apa?”
            “Mala mini, sudi tak kau makan malam dengan aku untuk kali terakhir,” pinta Lee.
            Sara terpana mendengar pelawaan Lee. “Aku tak boleh. Lain kali sajalah,” jawab Sara dingin lantas ingin berlalu pergi tapi Lee meraih lengannya agar berhenti.
            “Mungkin ini adalah untuk kali terakhir,” ujar Lee lembut.
            Pantas Sara menoleh ke belakang. “Maksud kau apa? Kau dah taknak jumpa dengan aku lagi? Kalau aku bazirkan harta-harta kau macam mana?”
            Lee tersenyum. “It’s yours anyway. Kau boleh buat apa saja dengan duit kau,”
            Sara ketap bibir. Dia terus menapis tangan Lee dan mengorak langkah menghala ke tangga. Lee sudah mengejarnya dan terus menghalang laluan Sara.
            “Sara, please? Kita tak pernah keluar makan malam, mungkin ini yang pertama dan juga kali terakhir,”
            Sara tiba-tiba mendengus. “Boleh tak kalau tak perlu tambah perkataan ‘akhir’?”
            Lee tersentak. Walaupun dia tidak faham, dia tetap mengangguk. “Okey, sorry,”
            “Jam berapa? Dan dimana?”
            “Jam 7. Dimana? Aku akan bawa kau ke restoran tu. Dan lagi, aku nak kau pakai cantik-cantik, dan hias rambut kau. Aku nak date aku malam ni jadi perempuan yang paling cantik dalam dunia,”
            Dahi Sara berkerut mendengar ayat-ayat Lee. “Tak perlu nak berbahasa basi, aku dah terima pelawaan kau jadi tak perlu rayu-rayu aku,” ujar Sara lantas terus menaiki tangga.
            Lee tersenyum nipis. “Thank you, Sara,” bisik Lee walaupun Sara tidak mungkin akan mendengar ucapannya itu.

MALAM itu, mereka tiba dia sebuah restoran didalam sebuah hotel 4 bintang. Lee menarik kerusi untuk Sara, lagak seperti seorang lelaki gentleman. Saat berada didalam bangunan itu bibir Lee tidak lengkang dengan senyuman.
            Beberapa saat duduk dimeja itu, seorang pelayan lengak dengan seragam datang sambil memberikan buku order yang berwarna biru. Sara malas memilih, dia terus meminta Lee untuk memesan apa saja.
            “Aku nak bagi kau sesuatu,” kata Lee selepas saja pelayan itu beredar. Lalu dia pun mengeluarkan sebuah kotak merah, berukuran segi empat sama dan lebarnya seperti tapak tangan manusia.
            “Apa ni?”
            “Bukalah,” Lee menolak kotak itu kearah Sara. Perlahan-lahan Sara mencapai kotak tersebut dan membukanya. Sesaat dia terpanah melihat seutas rantai mutiara menghiasi kotak itu.
            “Untuk aku?” ujar Sara seakan tidak percaya.
            “Yes, for you,”
            “Parting gift?”
            Wajah Lee serta-merta berubah riak. Tapi dia tetap berusaha untuk tersenyum. “Yeah,”
            Thanks,” ucap Sara separuh ikhlas. Dia pun menutup semula kotak itu dan menyimpannya didalam tas tangan.
            “Aku nak pergi tandas kejap, jangan pergi mana-mana,”  kata Lee lantas segera berdiri dan menuju ke tandas.
 Sara mengeluh. Baru sampai dah nak pergi tandas? Lee ni memang betul-betul pelik! Gumam hatinya.
            Hampir 15 minit menunggu, Lee masih belum keluar-keluar dari tandas. Pesanan mereka sudah lama sampai dan mungkin sudah sejuk.  Sara mendengus. Apa pasal dengan Lee ni? Bawa orang makan malam dia pula berkurung ditandas! Sara sudah geram.
            Dia pun bangkit, mungkin ingin menuju ke tandas, tapi niatnya terhenti apabila seorang lelaki menengurnya dari belakang.

*****

UNCLE Som yang sedang mengemas fail-failnya terhenti saat pintu pejabatnya diketuk dari luar. Pantas dia menyimpan fail-fail lain yang berada diatas meja ke dalam briefcasenya dan terus membuka pintu. Wajah Lee terpampang dihadapannya.
            “Lee? Lee buat apa disini? Ada benda nak bincang dengan uncle?” soalnya dalam keadaan terkejut. Lee melangkah masuk.
            “Tak juga. Lee datang sebab nak ucap terima kasih,”
            “Terima kasih? Untuk apa?” Uncle Som duduk dikerusinya, sementara Lee duduk bertentangan dengannya. Beg hitam yang dibawanya diletakkan atas meja.
            “Sebab dah jaga Lee macam anak uncle sendiri. Kalau uncle takda, Lee tak tahu apa akan jadi dengan hidup Lee,”
            Uncle Som tersenyum namun wajahnya jelas menunjukkan yang dia dalam keadaan tergesa-gesa, seperti ingin pergi ke satu tempat.
            “Uncle cuma terhutang budi dengan Tuan Kammal, sebab itu uncle jaga Lee macam anak uncle sendiri,”
            Lee tersenyum. Namun senyumannya itu bermakna.
            “Uncle, boleh Lee tanya satu soalan?”
            “Apa dia?”
            “Macam mana mama Lee? Yalah, mama meninggal selepas saja melahirkan Lee. Jadi Lee tak tahu mama orang yang macam mana. Memandangkan uncle dah lama kerja dengan papa, mesti uncle kenal mama Lee, kan?”
            Kelihatan halkum uncle Som turun naik menelan liur. “Eya. Mama Lee baik orangnya, penuh dengan belas kasihan dan sangat ramah orangnya. Lee beruntung dapat mama macam puan,”
            Lee mengangguk-angguk. “Oya, aku dengar mama dari rumah Anak Emas, sama macam papa, betul tak uncle?”
            Uncle Som tersentak, dia pandang muka Lee dengan mata membulat. Lee tersenyum sinis. Sasaran Lee tepat mengena dibatang hidung lelaki itu.
            “Macam mana…”
            Wajah Lee berubah serius. Pantas dia membuka beg dan mengeluarkan sebuah fail kuning.
            “Dan uncle juga dari rumah Anak Emas, betul tak?” suara Lee menjadi keras.
            “Ap… apa maksud Lee? Uncle tak faham,”
            “Jangan nak berdolak-dalik lagi uncle, Lee dah tahu semuanya termasuk rahsia yang uncle simpan selama ini,”
            Uncle Som memandang Lee. Namun tiada suara yang keluar dari bibirnya, seolah-olah mengiyakan kata-kata Lee.

*****

“KAU siapa?” kata Sara sambil memandang seorang lelaki yang sudah duduk dihadapannya.
            “Jangan takut, aku bukan lawan. Aku kawan Lee, dia yang suruh aku datang ke sini. Nama aku Juanlio dan aku adalah polis,” jawab Juanlio.
            Dahi Sara berkerut. “Polis? Jadi Lee dimana?”
            “Dia ada kerja lain,”
            “Kenapa dia tak bagitahu aku? Taklah aku terunggu-tunggu macam tunggul disini,” kata Sara. Geram Lee mermperlakukan dia dengan sewenang-wenangnya. Tiba-tiba dia bangkit.
            “Tunggu dulu, Cik Sara. Ada satu benda yang Cik Sara perlu dengar,”
            Sara terduduk semula. Juanlio pun mengeluarkan sesuatu dari poketnya.  Sebuah walkie-talkie berwarna hitam diletakkan atas meja.
            “Apa ni?” soal Sara.
            “Ini adalah alat mendengar. Aku nak kau dengar betul-betul perbualan ini,”
            Sara mendengus. “Untuk apa semua ini? Aku nak Lee, Lee dimana?”
            “Uncle, uncle tak perlu lagi nak bersembunyi. Lee tahu apa yang uncle akan buat lepas ni,”
            Dahi Sara berkerut saat terdengar suara yang keluar dari alat yang dikeluarkan Jualio itu.
            “Itu bukan suara Lee?”
            Juanlio mengangguk.
            “Uncle? Uncle Som? Tapi apa dia buat dengan uncle Som?”
            “Dengar saja.” Juallio tida mengendahkan soalan Sara. Sara diam dan terus mendengar perbualan mereka yang seterusnya.

UNCLE Som tergelak, tapi kedengaran dipaksa-paksa. “Uncle tak faham maksud Lee,”
            Wajah Lee menjadi bengis. Terus dia mengeluarkan data yang membuktikan Uncle Som dari rumah anak yatim yang bernama Anak Emas. Melihat kertas-ketas itu, Uncle Som terkejut. Dia menggigit bibir.
            “Uncle ingat Lee takkan dapat tahu siapa uncle yang sebenarnya? “Encik Solmon Gustave. Itu adalah nama penuh uncle sebelum uncle tukar kepada Solomon Lawrence. Betul? Dan uncle adalah kawan papa yang sama-sama tinggal di rumah Anak Emas 40 tahun yang lalu, bersama-sama dengan mama Lee,”
            “Papa tak pernah tahu siapa uncle yang sebenarnya sebab uncle tukar nama sebaik saja keluar dari Anak Emas. Lepas tu uncle mendekati papa dengan menjadi peguamnya. Uncle, tembelang uncle dah pecah, tidak perlu lagi uncle nak putar-belit fakta. Mengaku sajalah!” kata Lee seakan menjerit. Panas hatinya melihat lelaki itu yang suka memutar belit sejarah.
            “Kau salah, Lee. Memang betul uncle dari Anak Emas tapi uncle tak pernah ada niat apa-apa!” Uncle Som seakan mempertahankan dirinya.
            Lee menggeleng. “Eya, Lee akan anggap yang uncle tak pernah ada niat apa-apa termasuk niat untuk balas dendam asalkan uncle menyerah pada polis,”
            “Uncle takkan menyerah sebab uncle tak buat apa-apa pun!” tingkah Uncle Som kuat.
            “Kalau begitu, Lee akan duduk disini dan bercerita tentang latar belakang uncle sampailah uncle mengaku. Lee sanggup duduk disini seharian dengan uncle,”
            “Buatlah apa yang Lee nak, tapi uncle tidak bersalah,”
            Lee mengangguk. Dia pun mula membuka tirai.
            “40 tahun yang lalu, Mama aku, juga dari Anak Emas. Papa, mama dan uncle adalah kawan baik dulu. Uncle dan mama pernah berkahwin dulu, kan? Tapi selepas 2 tahun berkahwin, mama tinggalkan uncle dan berkahwin dengan papa aku. Waktu itu, uncle dan mama sudah pun mempunyai seorang anak lelaki iaitu Kevin Lawrence. Uncle sangat marah sebab mama dah tinggalkan uncle dengan anak yang masih kecil, jadi uncle masuk sekolah perundangan. Lepas tamat waktu sekolah, uncle jadi peguam papa. Dan disitu uncle rancang satu-persatu untuk membalas dendam, termasuk menfitnah mama aku, kan?”
            “Fitnah? Uncle tak pernah fitnah siapa-siapa?”
            “Uncle,” suara Lee sudah kedengaran penat, penat dengan sikap uncle Som yang enggan mengaku.
            Lee mengeluh. “Kevin, adik Lee sudah meninggal, kan?” soal Lee.
            Tiba-tiba uncle Som berubah riak. Wajahnya yang cemas seperti tikus dikejar kucing bertukar menjadi bengis.
            “Dia bukan adik kau! Dia tiada kaitan pun dengan kau, Lee,” bentak uncle Som.
            “Kemarin, aku lawat kubur Kevin. Dan dia ada sangat seriras dengan wajah mama,”
            “Diam! Diam kau, Lee. Dia bukan adik kau, dia bukan anak Evelyn perempuan tak guna tu!” jerit Uncle Som.
            Lee sekadar memandang Uncle Som. Dia tahu, sekarang ini lelaki itu dalam delima. Antara dendam dan penipuannya selama ini, dia menjadi keliur.
            “Eya, selama ini uncle memang benci Kammal, uncle benci kau dan juga Evelyn. Kamu semua sudah musnahkan hidup uncle dan anak uncle dan kamu berhak untuk dihukum!”
            Lee menelan liur. Dalam keadaan itu, dia harus bertenang dalam menengani dendam Uncle Som.
            “Termasuk Sara?”
            Uncle Som tergelak sinis. “Sara? Uncle takda niat nak libatkan Sara dalam hal ini, tapi kenapa dia perlu muncul dalam keluarga kau, huh? Dia sepatutnya fikir balik tentang risiko bersama kau, Lee. Kalau dia ikut cakap uncle, keluarganya tidak akan mati dalam kebakaran tu, tapi dia degil. Dia nak juga Kammal, lelaki tua yang dah nak mampus tu!”
            Lee menutup matanya, ayat uncle Som itu seperti pisau yang menikam jantungnya. Tapi dia harus tahu tujuannya datang ke situ, iaitu membongkar semua rahsia lelaki tersebut. Seminggu berada di pulau peribadinya, dia berhubung dengan Juanlio dan meminta bantuan lelaki itu untuk mencari semua makluman mengenai orang-orang terdekat dengan keluarganya, termasuklah Uncle Som dan ternyata uncle Som adalah orangnya.
            Dua hari dia berkurung, berfikir bagaimana untuk memaksa uncle Som bersuara, membongkar rahsianya sendiri dan hanya satu cara, iaitu menceraikan Sara. Dengan berbuat demikian, misi pertama uncle Som sudah terlaksana dan memaksa dia berfikir yang dia sudah berjaya. 
            “Jadi, kebakaran tu adalah angkara uncle?” soal Lee. Hampir menitis air matanya bertanyakan soalan itu sebab dia tahu, Sara sedang mendengar perbualan mereka. Dia tahu dengan mendengar semua ini, Sara akan menderita.
            Uncle Som tergelak sinis. Seolah-olah perbuatannya itu bukan satu hal yang besar.
            “Sebab dia taknak dengar cakap uncle. Untuk kebaikan dia, uncle nak dia jauhkan diri dari Kammal, kalau tidak dia akan jadi seperti Evelyn. Tamakkan harta!”
            “Tapi uncle silap, sebab Sara benar-benar cintakan papa,”
            “Kau yang silap, Lee. Sara memang seperti Evelyn, dia berkahwin dengan Kammal disebabkan harta. Sara gilakan harta kau sebab itu dia sanggup berkahwin dengan kau walaupun dia tahu, kau akan layan dia seperti hamba abdi!”
            Lee mengetap bibir. Dia ingatkan dia boleh bertenang sehingga akhir perbualan mereka tapi mendengar kata-kata uncle Som, ketenangan dia terganggu dan mula berfikiran buruk. Dia seakan termakan dengan kata-kata Uncle Som.
            “Perempuan macam Sara tidak layak untuk kau dan dia tidak layak terima harta-harta kau, Lee,” tambahnya lagi.
            “Jadi, siapa yang layak? Uncle?”
            Uncle Som tergelak. “Uncle tak inginkan pun harta kau, Lee. Uncle cuma nak kau hidup terseksa dan menderita seperti mana yang uncle rasa selama ini. Tapi memandangkan kau dah tahu siapa uncle yang sebenarnya, uncle terpaksa jalankan rancangan uncle dengan cepat,”
            Lee tersenyum. “Maksud uncle, rancangan untuk mengapa-apakan Sara? Tiada guna, sebab Sara dikerumuni dengan polis, uncle tak boleh buat apa-apa,”
            “Lee ingat, Lee lebih bijak dari uncle? Uncle dah lama rancang semua ni,” tiba-tiba uncle Som mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam lacinya, membuatkan Lee serta-merta membatu.
            “Uncle nak bunuh aku?” soal Lee dalam nada yang terketar-ketar. Uncle Som berganjak dari tempatnya.
            “Bunuh kau? Kalau begitu, macam mana uncle nak buat hidup kau terseksa?”
            Dahi Lee berkerut. “Maksud uncle?”
            Uncle Som hanya tersenyum sinis.

BANG!
            Tangan Sara terketar-ketar. Air matanya bercucuran jatuh. Bibirnya pula sudah pucat.
            “Lee, Lee… Tidak!” Sara menjerit kuat sehinggakan seisi restoran itu menoleh kearah mereka.

*****

            “LEE! LEE!” jerit Sara sambil berlari kearah paramadik yang sedang mengusung seseorang keluar dari bangunan hotel. Kelihatan hadapan bangunan pejabat uncle Som sudah dikerumuni dengan kereta polis dan juga ambulans
            “Lee!” Sara menghentikan katil itu. Namun yang sedang berbaring bukan Lee.
            “Uncle Som?” Dahi Sara berkerut. Dia melihat bahu Uncle Som yang sudah dibalut dan berlumuran dengan darah. Hatinya berasa lega memikirkan tiada siapa pun yang cedera parah.
            “Cik, kami perlu bawa dia segera ke hospital. Tolong beri laluan,” pinta paramedic wanita itu. Sara terus beredar dan mencari-cari kelibat Lee.
            “Sara,” tiba-tiba ada suara yang memanggilnya dari belakang. Sara perlahan-lahan berpaling dan melihat Lee sedang berdiri sambil ditutupi dengan selimut. Air mata Sara terus menitis dan tanpa berfikir lagi dia terus berlari dan memeluk Lee.
            “Thank God! Kau tak cedera mana-mana?” soal Sara sambil membelek-belek tubuh Lee.
            Lee berasa lucu dengan tingkah Sara. Tapi bahagia rasa bila dai bersikap seperti itu, kerana itu menunjukkan yang Sara risaukan dia. Lee mengesat air mata Sara yang masih mengalir.
            “Sara, aku okey. Aku tak apa-apa. Cuma…”
            Dahi Sara terus berkerut. “Cuma apa?” soalnya ingin tahu. Lee menyinsing lengan bajunya dan menunjukkan lengannya yang dibaluti dengan kain putih.
            “Tapi tak perlu risau, sikit saja,”
            Sara mengeluh lega. Lengan Lee dipegang lembut. “Apa terjadi? Macam mana uncle boleh kena tembak?”  soal Sara.
            “Encik Leonard Kammal?” tiba-tiba seorang polis menghampiri mereka. Lee tidak sempat menjawab soalan Sara.
            “Tunggu aku, Juanlio lelaki yang ada dengan kau akan bawa kau pulang rumah. Okey?” Lee menyentuh pipi Sara. Sara hanya menjawab dengan anggukkan.
            “Bye,” Lee pun beredar mengikuti polis yang memanggilnya tadi.
            Juanlio yang sekadar memandang dari jauh, perlahan-lahan menghampiri Sara. Tiba-tiba dahinya berkerut saat melihat Sara mula terkapai-kapai. Sebelum gadis itu rebah diatas lantai, dia terus berlari menyambut tubuh itu.

*****

“TAHNIAH, isteri encik mengandung 4 minggu,”
            Suara doctor yang memeriksa Sara masih terngia-ngia ditelinga Lee sewaktu dia ingin menuju ke wad Sara. Sebaik soal siasatnya habis, dia terus bergegas ke hostital dan memerima khabar itu. Dia tidak tahu apa yang patut dia rasakan, patutkah dia fikir itu sebagai berita baik atau berita buruk? Dia dan Sara sudah bercerai secara sah, macam mana mereka nak menjadi satu keluarga?
Saat dia membuka pintu wad, dia melihat Sara dan aunty Narin sedang berbual sambil ketawa. Sara masih belum mengetahui perihal kandungannya. Lee mengetap bibir. Macam mana aku nak beritahu dia yang dia mengandung? Sanggupkah dia terima aku sebagai bapa kepada bayi itu? Macam-macam yang ada dalam fikiran Lee.
            “Lee,” panggil Sara. Lee yang tersentak segera menukar riak wajahnya. Dia tidak mahu Sara mengesan kekesalan dimukanya.
            “Sejak bila kau bangun?” tanya Lee.
            “Baru saja tadi, aunty pun baru sampai,”
            “Aunty dah dengar dari Sara. Aunty tak sangka ini semua angkara Som,”
            “Apa akan jadi dengan uncle, Lee?”
            “Uncle masih dalam tahanan, tapi aku dah hantar rakaman perbualan kami kepada pihak polis. Jadi biar mereka yang selesaikan masalah ni,” jawab Lee.
            “Aunty minta maaf, Som dah macam bapa pada tuan tapi ini pula yang terjadi. Mesti tuan sedih, kan?”
            “Apa nak buat? Kalau aku tak lakukan sesuatu, sampai bila-bila pun uncle takkan berhenti sampailah matlamat dia tercapai,”
            Masing-masing mendiamkan diri, sekadar bersedih untuk seketika waktu.
            “Aunty, boleh tinggalkan Lee dengan Sara sebentar?” pinta Lee. Aunty Narin tersenyum lantas bangkit dan meninggalkan mereka berdua. Lee pula sudah mengambil tempat aunty Narin.
Dia fikir Sara akan menapis, tetapi kali ini Sara juga membalas genggamannya.
            “Sara, aku ada benda nak cakap,”
            “Apa dia?”
            Lee menarik nafas dalam. “Aku minta maaf,”
            Kening Sara berkerut. “Aku dah cakap Lee, aku taknak dengar permintaan maaf kau. Dah cukup kau minta maaf. Aku dah maafkan kau,” jawab Sara lembut.
            “Aku tahu. Tapi bukan sebab itu aku minta maf,”
            “Jadi, sebab apa?”
            “Kau mengandung, 4 minggu,” ucap Lee sambil tertunduk.
            Bibir Sara terus mengukir senyuman lebar. Hati bersorak mendengar berita itu. Hanya Tuhan yang tahu betapa bahaginya dia sekarang. Namun, melihat reaksi wajah Lee, semua bahagia dan gembira Sara, serentak lenyap.
 “Bukan itu berita baik, kenapa kau perlu bersedih dan minta maaf? Atau… kau taknak bayi ni?” hati Sara menjadi sakit memikirkan Lee mungkin benar-benar akan tinggalkan dia dan bayi itu.
            “Tak, tak… bukan itu. Tapi…”
            “Tapi apa?” pintas Sara.
            “Tapi kau mengandung sebab aku…”
            “Tak bolehkah kau cakap yang kau cintakan aku?” bentak Sara tiba-tiba membuatkan Lee tergamam, matanya membulat mendengar ayat Sara.
            “Huh?”
            “Kau cintakan aku atau tak? Sebab aku cintakan kau,” ucap Sara  sambil memaut kedua-dua pipi Lee dan memaksa wajah Lee bertemu dengan wajahnya. Mata mereka terus berpaut.
            Lee tersenyum. Perlahan-lahan dia meletakkan kedua-dua tangannya ke pipi Sara dan menarik lembut kepala Sara agar mendekati wajahnya.
            I love you very much,” ucap Lee dan bibir mereka bersentuh sebaik Lee melafazkan ayat keramat itu.
            I love you too,” bisik Sara dicuping telinga Lee lantas mengucup lembut dahi Lee. Lee tersenyum lantas meraih bibir Sara namun belum sempat bibir mereka bersatu, Sara sudah menekup mulut Lee. Dahi Lee berkerut tanda tidak puas hati.
            “Tapi… kita dah sah bercerai,” kata Sara membuatkan Lee teringat kembali. Dia terlupa bahawa mereka sudah pun bercerai.
            Tiba-tiba Lee tersenyum. “Then, will you marry me, again?”
            Sara terikut senyum. “Aku nak jadi isteri kau untuk selama-lamanya,” luah Sara.
            Lee dan Sara serentak tersenyum. Lee terus mendakap tubuh Sara dengan erat dan bibirnya tidak henti-henti berterima kasih kepada Tuhan kerana sudah menghantar Sara untuk menjadi pelengkap hidupnya.

TAMAT

*********************************** 
P/s: sorrylah, agak panjang. seriously, buat ending yg paling susah, bagi sayalah. Tapi nasib baik ada pembaca, sebab tu saya boleh buat ending...hehee. Harap2 kawan2 dapat terima ending yg simple ini dan terima kasih sangat2 sebab dah penat2 tunggu sampai TOE ni tamat. Enjoy reading (^_^)



Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.