Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

10 January, 2013

Chapter 6 : Because… I Love You Part 2



Chapter 6 : Because… I Love You Part 2

“YA, ada lebih kurang 33 orang yang akan ke sana. Jadi saya nak aunty dan uncle buat apa saja yang patut sebab saya tak boleh handle. Kalau ada masa, saya akan datang sendiri. Boleh kan?”
            Tristan pun matikan talian setelah selesai berbincang dengan orang tuanya. Telefon bimbit diletakkan atas meja lantas membelek semula borang-borang pelajar yang sudah dihantar kepadanya pagi tadi. Namun nama Olga langsung tidak bertemu dimatanya. Mungkin abang-abangnya melarang dia untuk mengikuti kem ini. Fikir Tristan.
            Tiba-tiba lonceng pintunya tiba-tiba berbunyi. Tristan mengerut kening. Dia pasti dia tidak menerima mana-mana tetamu. Dia oun berdiri dan berlalu ke pintu. Saat daun pintu terkuak, wajah Olga yang pucat dan tercungap-cungap mengambil nafas terpampang dihadapannya. Dia langsung tidak dapat bersuara. Bila dia memandang ke bawah, gadis itu langsung tidak berselipar atau berkasut dan yang paling penting, masih lagi memakai pakaian seragam sekolahnya. Sungguh, Tristan tergamam.
            “Cikgu, saya nak kembalikan borang ni, masih sempat kan saya ikut?” kata Olga sambil memberikan borang yang sudah kusut itu.
            “Emm… boleh.” Tristan mengambil borang itu dari Olga. “Olga tak apa-apa? Mana selipar Olga?” soalnya pula.
            Olga menelan liur sebelum menjawab pertanyaan Tristan. “Saya tergesa-gesa tadi dan…”
            Pon!Pon! Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, sudah kedengaran bunyi hon berbunyi dari sebuah teksi dihadapan rumah Tristan. Tristan memandang Olga.
            “Saya takda duit nak bayar tambang,”
            Tristan tersenyum. Ada-ada saja budak ni!
            “Masuk dulu, biar cikgu uruskan,” pelawa Tristan pula lalu dia pun keluar menuju ke teksi itu dan membayar tambang Olga. Olga pula sekadar menunggu dari pintu. Bila Tristan memberi isyarat kepadanya untuk masuk, dia terus menurut.
            Tristan memberikan segelas air kosong kepadanya sekembalinya dia dari luar. Dia pun bersandar di dinding.
            “Kenapa Olga tak bagi saja cikgu borang ni esok pagi? Kan ada masa lagi?” soal Tristan.
            Olga terus kaku. Alamak! Bodohnya aku! “Saya… saya takut nanti tak sempat,” ujar Olga perlahan.
            “Apa pula tak sempat, kan minggu depan jalan? Tapi tak apalah, mari cikgu hantar Olga pulang. Mesti abang-abang Olga dah risau tu,” kata Trisan sambil berlalu ke pintu. Olga yang baru hendak berdiri terduduk semula. Dia mengerang kecil. Dahi Tristan berkerut. Dia menuju ke arah Olga.
            “Kenapa?”
            “Kaki saya, sakit!” Olga seperti hendak menangis. Pergelangan kakinya dipegang. Kelihatan darah pekat menitis diatas lantai.
            “Darah!” Tristan terkejut. Dia pun seraya bangkit untuk mengambil First Aid didapur dan tuala serta air bersih.
            “Olga buat apa sampai berdarah kaki ni? Olga tak pandai fikir sebelum buat sesuatu?” ujar Tristan seakan menengking. Olga tersentak mendengar tengkingan itu.
            Tristan mendengus kecil. Tuala yang basah itu diperah lantas mencuci luka Olga. Walaupun wajahnya serius, tapi perlakukannya tetap lembut.
            “Olga adalah manusia yang paling pelik cikgu pernah kenal, tau tak? Takda lagi orang yang sanggup berlari kaki ayam semata-mata nak hantar sesuatu. Olga ni kenapa? Sudah pagi tadi kepala Olga terhantuk, sekarang ni pula?” Tristan memandang mata Olga dengan mata yang galak. Membuatkan gadis itu terundur dek ketakutan. Tristan yang tersedar dengan perubahan wajah Olga, terus menarik nafas untuk menenangkan dirinya.
            “Maaf, cikgu tak sengaja nak marah Olga. Cikgu harap, dimasa akan datang Olga takkan bertindak melulu macam ni lagi. Okey?” tanpa sedar, Tristan meletakkan tapak tangannya dikepala Olga. Olga mengangguk kecil.
            “Saya minta maaf, lain kali saya tak buat lagi,” akur Olga.
            Tristan tersenyum. Selesai meletakkan plaster pada luka Olga, dia pun bangkit. Namun tangannya segera dipaut membuatkan dia menoleh semula. Matanya dengan Olga terus bertemu.
            “Saya sukakan cikgu,” luah Olga tanpa berselindung lagi.
            Tristan terpana. Entah kenapa, seluruh wajahnya terasa panas tika mendengar luahan itu. Dia berdehem kecil. Cepat-cepat menstabilkan dirinya.
            “Cikgu hantar Olga balik,” katanya seraya meletakkan semula kotak first aid itu dan segera mencapai kunci kereta. Terpinga-pinga Olga bangkit mengejarnya.
            Sebaik saja mereka keluar dari pintu, sudah kelihatan sebuah kereta kuning memakir dihadapan rumah Tristan. Olga yang tersentak terus menoleh ke belakang. Ibu jari digigit. Alamak, abang Luth!
            “Itu bukan abang Olga?” soal Tristan sambil memandang Luther keluar dari perut kereta. Lelaki itu melangkah mendekati mereka. Perlahan-lahan Olga berpaling dan bersua muka dengan abangnya. Namun dia tidak sanggup bertentang lama dan akhirnya dia tertunduk mengalah.
            “Saya baru saja nak hantar dia pulang tadi, baguslah kau dah sampai,” ujar Tristan.
            Luth sekadar tersenyum. Menyembunyikan rasa kecewa serta geram yang bersarang didalam hati. Dia memang sudah dapat mengagak yang adiknya akan berlari ke rumah cikgunya. Namun dia tidak sangka yang adiknya itu boleh terlupa memakai kasut. Bila dia memandang kaki kiri Olga yang terangkat sedikit, dia terus mengeluh. Bagaimana adiknya boleh berfikir begitu cetek sekali?
            “Maafkan adik saya. Dia tak menyusahkan cikgu bukan?”
            Tristan mengeleng. “Tak, tak! Taka pa, dia Cuma nak kembalikan borang saja,”
            “Kalau begitu, tolong jaga Olga dalam tempoh tiga hari itu. Kami abang-abangnya tak mungkin dapat ikut kem tu, ya tak?”
            Tristan tergelak kecil. “Sudah memang tanggungjawab kami sebagai cikgu,” jawabnya.
            “Kalau begitu, kami minta diri dulu. Mari Olga.” Luther terus menghulurkan tangannya kepada Olga. Sebelum mencapai tangan abangnya, dia sempat memberi pandangan kepada Tristan. Dia seperti enggan meninggalkan tempat itu. Tristan tidak menunggu lama sehingga mereka tiba didalam kereta, dia terus masuk dan menutup pintu. Dari jendela, dia memerhati gerak-geri dua beradik itu. Kemudian, dia mengurut-ngurut dahinya. Dia sangat terkejut melihat Olga berdiri di depan rumahnya tanpa berselipar tadi.
            Walau macam mana sekali pun, dia harus menghapuskan rasa cinta Olga terhadapnya. Dia tidak boleh membiarkan perasaan itu berlarutan dalam diri pelajarnya.

*****

“APA Olga fikir tadi, huh? Hilang tiba-tiba, abang risau tau bila Olga hilang macam tu saja? Dahlah Olga tengah sakit kepala, kalau Olga pengsan tengah jalan tadi macam mana?” masuk saja di dalam rumah, Luther terus meletup. Sesungguhnya sudah lama dia menahan dirinya daripada memarahi Olga sejak didalam kereta lagi. Tapi perasaan marah sudah membuak-buak sehinggakan sukar untuk diselindung lagi.
            Noah dan Max yang sudah pun pulang, tersentak lantas segera berlari ke pintu dimana Olga dan Luth sedang berdiri. Sementara Olga sudah tertunduk menahan air mata.
            “Jawab Olga, apa Olga fikir tadi?” soal Luther lagi.
            “Luth, apa ni? Apa marah-marah Olga?” soal Max sambil berlalu kearah Olga. Bahu adiknya dipaut.
            “Olga, ada apa?” soal Noah, memandang Olga dan Luther silih berganti. Binggung dengan keadaan itu.
            “Olga minta maaf, abang Luth. Olga… Olga…”
            “Minta maaf lagi? Olga tahu tak abang risau macam nak gila tadi dan Olga boleh minta maaf pula? Huh?” marah Luther lagi. Olga semakin tertunduk, wajahnya dibenamkan ke dada bidang Max.
            “Luth, sudahlah! Tak nampak Olga dah takut ni?” tegur Noah pula.
            “Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba marah dengan Olga? Cakaplah, apa jadi sampai kau nak marah-marah Olga macam ni?” Max sudah tidak puas hati. Luther memandangnya sekejap. Kemudian, dia mengeluh.
            “Olga berlari ke rumah cikgunya semata-mata nak kembalikan borang tu, dan dia tak berselipar atau berkasut langsung, tengoklah kakinya! Nasib baik cikgu tu tak marah,” ulas Luther
            Kedua-dua kepala sudah memandang ke bawah, tepat ke kaki kiri Olga. “Tak teruk,kan?” soal Noah.
            Olga sekadar menggeleng. Saat itu, dia tidak merasakan kesakitan dikakinya namun hatinya yang sakit kerana sudah mengecewakan abangnya Luther yang selama ini tidak pernah memarahinya seperti sekarang.
            “Borang itu, Ren dah bagi pada aku. Dia kata dia tak tahu-menahu pasal kem tu dan anggap Olga bercuti dengan mama dan papa,” terang Luther  pula.
            Olga terus memandang Luther  apabila terdengar kata-kata itu. Dahinya berkerut.
            “Abang Ren cakap macam tu?”
            “Ya, dan Olga tak terfikir pun nak ucap terima kasih pada abang Ren sedangkan abang Renlah yang paling risau bila dua hari Olga tak turun ikut makan. Dah dua hari abang Ren tak lena tidur, sebab siapa? Sebab Olga,”
            Olga terkesima. Bibir atas sudah diketap. “Olga minta maaf,”
            “Bukan dengan abang Luth, tapi dengan abang Ren. Okey?” Luther menepuk perlahan bahu adiknya lantas kembali ke dalam dapur.
            “Sudahlah Olga. Lebih baik Olga naik atas rehat dan tunggu abang  Ren balik. Mesti kaki Olga masih sakit, kan?” ujar Noah pula.
            Olga sekadar mengangguk kecil.
            “Mari, abang hantar Olga ke atas.” Max terus memapah adiknya menaiki tangga.
           
Hampir 11 tengah malam baru Karen pulang dari tempat kerja. Kelihatan dari luar rumah, lampu diruang tamu sudah pun tertutup. Dalam fikirannya pasti semua adik-adiknya sudah masuk tidur. Namun sebaik saja dia menapak masuk ke dalam rumah, Olga masih lagi belum tidur dan sedang duduk berseorangan diruang tamu. Karen terus memasang suis dan bilik itu serta-merta menjadi terang.
            Olga bangkit sambil memandang terus kea rah abangnya. Tanpa dapat dia tahan, air matanya menitis dan segera berlari memeluk pinggang Karen.
            “Maafkan Olga abang, maafkan Olga. Olga betul-betul bersalah pada abang. Olga minta maaf,” ucap Olga dalam sedu.
            Karen tersenyum kecil. Perlahan-lahan dia memaut kepala adiknya.
            “Sudahlah, abang tak marah pun. Yang penting Olga dah boleh ikut kami makan dekat meja. Abang betul-betul risau bila Olga tak turun ikut kami. Abang harap Olga tak buat mogok macam ni lagi ya?”
            Olga melepaskan pelukan dipinggang abangnya lantas mengangguk berlaki-kali.
            “Olga takkan buat macam tu lagi, Olga janji!” dia mengangkat tapak tangan.
            Karen dan Olga sama-sama tersenyum.

*****

“ABANG Ren, cepatlah! Nanti lambat, Olga ketinggalan lagi,” jerit Olga dari luar rumah. Noah, Max serta Luth sudah menggeleng melihat telatah adik mereka.
            “Kan baru 7.30 ni, ada 30 minit lagi. Sabar, abang Ren tu memang lambat,” tegur Luther.
            Olga memeluk tubuh. Wajah menjadi cemburut namun sebaik melihat batang hidung Karen dari kaki pintu, bibirnya serta-merta tersenyum. Dia pun segera menuju ke kereta.
            “Barang-barang Olga dah masukkan dalam kereta?” soal Karen.
            “Dah!” serentak Max dan Noah menjawab.
            “Okey, kami jalan dulu,” ujar Karen.
            “Kami memang tak boleh ikut hantar Olga?”
            “Tak boleh! Nanti histeria satu sekolah nampak korang,” kata Luther. Noah dan max saling berpandangan. Bukan salah mereka jika mereka dikurniakan dengan wajah kacak seperti itu, kalau nak juga salahkan seseorang. Salahkan ibu bapa mereka kerena mempunyai genetik yang kacak dan cantik.
            “Bye abang!” jerit Olga sambil melambai ke belakang. Noah, Luther dan Max membalas lambaian adik mereka dengan berat hati. Sebelum ini, mereka tidak pernah berjauhan dengan Olga. Terasa hati selalu tidak kena mengenangkan Olga tiada didepan mata selama 3 hari.
            “Olga, kalau dah sampai sana nanti jangan lupa call abang tau,” pesan Karen setelah memberhentikan keretanya dihadapan gerbang sekolah.
            “Baik abang. Jangan risau, Emely pun ada ikut juga. Olga takkan sendirian,” jawabnya lalu membuka tali pinggang keselamatan lantas membuka pintu. Dia dan Karen sama-sama keluar dari kereta. Kelihatan peserta-peserta kem sudah pun sampai di tempat berkumpul dan cikgu Tristan pula sedang mengambil nama setiap peserta.
            “Ems!” panggil Olga kepada Emely yang sedang menulis nama pada cikgu Tristan. Emely terus melambai dan berlari kearah Olga sebaik saja selesai menulis namanya diatas kertas.
            “Olga, ambil beg,” ujar Karen sambil mengeluarkan bagasi Olga. Bonet kereta ditutup.
            “Hai abang Ren,” sapa Emely tersipu sambil menyisipkan juntaian rambut ke sisi telinga.
            “Hai Emely. Jaga adik abang baik-baik ya,”
            Emely terus mengangguk laju. Olga yang sekadar memandang, menggeleng. Macam kena pukau!
            “Okeylah abang, Olga nak tulis nama kejap. Banag baliklah, nanti lambat masuk kerja pula,”
            “Em, yalah! Baik-baik ya?” kata Karen. Dia pun mengucup kepala Olga lalu masuk ke dalam kereta. Olga dan Emely menunggu kereta Karen hilang dari pandangan barulah mereka menuju kearah cikgu Tristan.
            “Selamat pagi cikgu,” ucap Olga sambil tersenyum kecil.
            “Selamat pagi. Kaki Olga macam mana?” soal Tristan sambil memberikan buku dan juga pen kepada Olga.
            “Dah baik cikgu, terima kasih,” jawabnya.
            “Olga, bukan dahi kau ka yang tak okey?” soal Emely. Serentak Olga dan Tristan berpandangan.
            “Em, maksud cikgu dahi saya. Dia silap cakap,” jawab Olga pantas. Dia tidak mahu perkara beberapa hari yang lalu tersebar.
            “Ah, ya. Dahi, bukan kaki,” kata Tristan pula.
            “Oo.. dah siap tulis nama? Kalau dah siap, jom masuk bas. Kawan-kawan dah lama masuk dalam bas tu,” kata Emely. Bagasi Olga diangkat. Tangan Olga pula ditarik.
            “Pergi dulu cikgu,” Olga sudah melambai. Tristan sekadar tersenyum melihat telatah gadis itu. Lalu dia pun menuju ke dalam bas. Sebelum berangkat ke destinasi, sekali lagi dia memberi taklimat ringkas kepada pelajar-pelajarnya. Takut ada yang leka atau terlalu teruja sehinggakan terlupa tujuan perkhemahan mereka itu.

Sejam dalam perjalanan, mereka telah pun tiba dihadapan sebuah villa yang sangat besar dan kelihatan antik, seperti vila itu sudah berkurun-kurun dibina. Namun ianya masih kelihatan teguh.
            Semua pelajar kelihatan terpegun melihat kecantikan vila tersebut termasuk Olga dan Emely sendiri.
            “Okey, kalau dah turun ambil beg masing-masing dan bawa masuk ke dalam,” pesan Tristan. Pelajar-pelajar pun dengan hati yang senang menurut perintah.
            “Ems, aku nak call abang aku kejap ya,” kata Olga lalu membelek bagasinya. Lama tangannya menyelongkar dalam beg namun telefon bimbitnya masih belum dijumpai, yang ada cumalah dompetnya sahaja. Dahinya sudah berkerut. Kemudian, dia menyaluk pula poket seluar. Tapi dia tidak pernah teringat dia memasukkan telefon bimbitnya dalam poket atau dalam bagasi.
            “Mana telefon aku ya? Takkan aku lupa dekat rumah?” bisik Olga perlahan. Tiba-tiba dia tersentak, barulah dia teringat. Dia masih belum tuntut telefonnya dari Edward, Pres! Olga menepuk dahi.
            Dia terus menolah kebelakang tanpa menyedari ada seseorang yang sedang berdiri dibelakangnya. Bam! Tubuhnya terlanggar dengan orang tersebut.
            “Aww..” rintih Olga sambil menekup dahinya.Terasa sakit kerana bertembung dengan benda keras yang entah dari mana datangnya. Sudahlah bengkak didahi itu masih belum pulih sepenuhnya.

            Clumsy!
            Olga mengangkat muka. Bari saja dia ingin membentak, niatnya terus mati saat matanya mendarat ke wajah orang dihadapannya.
            “Pres? Macam mana Pres ada disini?”
            Edward tersenyum sinis. “Rasanya, kau mengikuti kem ini sekadar suka-suka sehinggakan kau tidak tahu kenapa aku berada disini,”
            “Aku tahu, cuma yang aku tak tahu kenapa Pres ada disini?”
            “Masuk dalam dan tanya cikgu Tristan sendiri,”
            Olga mengigit bibir. Dia pun menutup begnya dan ingin beredar namun langkahnya dihalang Edward.
            “Apa?”           
            “Keluarkan tangan,” kata Edward.
            Olga dengan penuh tanda tanya menghulurkan tangan. Edward terus meletakkan telefon bimbit yang dirampasnya tempoh hari keatas tangan Olga. Olga terpana melihat Edward.
            Handphone sendiri pun boleh lupa,” kata Edward lantas berlalu meninggalkan Olga.
            Olga menggengam telefon bimbit tersebut lantas tersenyum. “Thank you, Pres!” laungnya. Namun Edward langsung tidak menoleh kearahnya.

3 comments:

  1. LAMANYA X ADA N3 BARU,RINDU LA.

    ReplyDelete
  2. best best..nk tau lg pasal Pres..
    lmbt sgt la next n3..tapi hasil best

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.