Chapter 6 : Because… I Love You Part 2
“YA,
ada lebih kurang 33 orang yang akan ke sana. Jadi saya nak aunty dan uncle buat
apa saja yang patut sebab saya tak boleh handle. Kalau ada masa, saya akan
datang sendiri. Boleh kan?”
Tristan
pun matikan talian setelah selesai berbincang dengan orang tuanya. Telefon
bimbit diletakkan atas meja lantas membelek semula borang-borang pelajar yang
sudah dihantar kepadanya pagi tadi. Namun nama Olga langsung tidak bertemu
dimatanya. Mungkin abang-abangnya melarang dia untuk mengikuti kem ini. Fikir
Tristan.
Tiba-tiba
lonceng pintunya tiba-tiba berbunyi. Tristan mengerut kening. Dia pasti dia
tidak menerima mana-mana tetamu. Dia oun berdiri dan berlalu ke pintu. Saat
daun pintu terkuak, wajah Olga yang pucat dan tercungap-cungap mengambil nafas
terpampang dihadapannya. Dia langsung tidak dapat bersuara. Bila dia memandang
ke bawah, gadis itu langsung tidak berselipar atau berkasut dan yang paling
penting, masih lagi memakai pakaian seragam sekolahnya. Sungguh, Tristan tergamam.
“Cikgu,
saya nak kembalikan borang ni, masih sempat kan saya ikut?” kata Olga sambil
memberikan borang yang sudah kusut itu.
“Emm…
boleh.” Tristan mengambil borang itu dari Olga. “Olga tak apa-apa? Mana selipar
Olga?” soalnya pula.
Olga
menelan liur sebelum menjawab pertanyaan Tristan. “Saya tergesa-gesa tadi dan…”
Pon!Pon!
Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, sudah kedengaran bunyi hon berbunyi dari
sebuah teksi dihadapan rumah Tristan. Tristan memandang Olga.
“Saya
takda duit nak bayar tambang,”
Tristan
tersenyum. Ada-ada saja budak ni!
“Masuk
dulu, biar cikgu uruskan,” pelawa Tristan pula lalu dia pun keluar menuju ke
teksi itu dan membayar tambang Olga. Olga pula sekadar menunggu dari pintu.
Bila Tristan memberi isyarat kepadanya untuk masuk, dia terus menurut.
Tristan
memberikan segelas air kosong kepadanya sekembalinya dia dari luar. Dia pun
bersandar di dinding.
“Kenapa
Olga tak bagi saja cikgu borang ni esok pagi? Kan ada masa lagi?” soal Tristan.
Olga
terus kaku. Alamak! Bodohnya aku! “Saya… saya takut nanti tak sempat,” ujar
Olga perlahan.
“Apa
pula tak sempat, kan minggu depan jalan? Tapi tak apalah, mari cikgu hantar
Olga pulang. Mesti abang-abang Olga dah risau tu,” kata Trisan sambil berlalu
ke pintu. Olga yang baru hendak berdiri terduduk semula. Dia mengerang kecil. Dahi
Tristan berkerut. Dia menuju ke arah Olga.
“Kenapa?”
“Kaki
saya, sakit!” Olga seperti hendak menangis. Pergelangan kakinya dipegang.
Kelihatan darah pekat menitis diatas lantai.
“Darah!”
Tristan terkejut. Dia pun seraya bangkit untuk mengambil First Aid didapur dan
tuala serta air bersih.
“Olga
buat apa sampai berdarah kaki ni? Olga tak pandai fikir sebelum buat sesuatu?”
ujar Tristan seakan menengking. Olga tersentak mendengar tengkingan itu.
Tristan
mendengus kecil. Tuala yang basah itu diperah lantas mencuci luka Olga. Walaupun
wajahnya serius, tapi perlakukannya tetap lembut.
“Olga
adalah manusia yang paling pelik cikgu pernah kenal, tau tak? Takda lagi orang
yang sanggup berlari kaki ayam semata-mata nak hantar sesuatu. Olga ni kenapa?
Sudah pagi tadi kepala Olga terhantuk, sekarang ni pula?” Tristan memandang mata
Olga dengan mata yang galak. Membuatkan gadis itu terundur dek ketakutan.
Tristan yang tersedar dengan perubahan wajah Olga, terus menarik nafas untuk
menenangkan dirinya.
“Maaf,
cikgu tak sengaja nak marah Olga. Cikgu harap, dimasa akan datang Olga takkan
bertindak melulu macam ni lagi. Okey?” tanpa sedar, Tristan meletakkan tapak
tangannya dikepala Olga. Olga mengangguk kecil.
“Saya
minta maaf, lain kali saya tak buat lagi,” akur Olga.
Tristan
tersenyum. Selesai meletakkan plaster pada luka Olga, dia pun bangkit. Namun
tangannya segera dipaut membuatkan dia menoleh semula. Matanya dengan Olga
terus bertemu.
“Saya
sukakan cikgu,” luah Olga tanpa berselindung lagi.
Tristan
terpana. Entah kenapa, seluruh wajahnya terasa panas tika mendengar luahan itu.
Dia berdehem kecil. Cepat-cepat menstabilkan dirinya.
“Cikgu
hantar Olga balik,” katanya seraya meletakkan semula kotak first aid itu dan
segera mencapai kunci kereta. Terpinga-pinga Olga bangkit mengejarnya.
Sebaik
saja mereka keluar dari pintu, sudah kelihatan sebuah kereta kuning memakir
dihadapan rumah Tristan. Olga yang tersentak terus menoleh ke belakang. Ibu
jari digigit. Alamak, abang Luth!
“Itu
bukan abang Olga?” soal Tristan sambil memandang Luther keluar dari perut
kereta. Lelaki itu melangkah mendekati mereka. Perlahan-lahan Olga berpaling
dan bersua muka dengan abangnya. Namun dia tidak sanggup bertentang lama dan
akhirnya dia tertunduk mengalah.
“Saya
baru saja nak hantar dia pulang tadi, baguslah kau dah sampai,” ujar Tristan.
Luth
sekadar tersenyum. Menyembunyikan rasa kecewa serta geram yang bersarang
didalam hati. Dia memang sudah dapat mengagak yang adiknya akan berlari ke
rumah cikgunya. Namun dia tidak sangka yang adiknya itu boleh terlupa memakai
kasut. Bila dia memandang kaki kiri Olga yang terangkat sedikit, dia terus
mengeluh. Bagaimana adiknya boleh berfikir begitu cetek sekali?
“Maafkan
adik saya. Dia tak menyusahkan cikgu bukan?”
Tristan
mengeleng. “Tak, tak! Taka pa, dia Cuma nak kembalikan borang saja,”
“Kalau
begitu, tolong jaga Olga dalam tempoh tiga hari itu. Kami abang-abangnya tak
mungkin dapat ikut kem tu, ya tak?”
Tristan
tergelak kecil. “Sudah memang tanggungjawab kami sebagai cikgu,” jawabnya.
“Kalau
begitu, kami minta diri dulu. Mari Olga.” Luther terus menghulurkan tangannya
kepada Olga. Sebelum mencapai tangan abangnya, dia sempat memberi pandangan
kepada Tristan. Dia seperti enggan meninggalkan tempat itu. Tristan tidak
menunggu lama sehingga mereka tiba didalam kereta, dia terus masuk dan menutup
pintu. Dari jendela, dia memerhati gerak-geri dua beradik itu. Kemudian, dia
mengurut-ngurut dahinya. Dia sangat terkejut melihat Olga berdiri di depan
rumahnya tanpa berselipar tadi.
Walau
macam mana sekali pun, dia harus menghapuskan rasa cinta Olga terhadapnya. Dia
tidak boleh membiarkan perasaan itu berlarutan dalam diri pelajarnya.
*****
“APA
Olga fikir tadi, huh? Hilang tiba-tiba, abang risau tau bila Olga hilang macam
tu saja? Dahlah Olga tengah sakit kepala, kalau Olga pengsan tengah jalan tadi
macam mana?” masuk saja di dalam rumah, Luther terus meletup. Sesungguhnya
sudah lama dia menahan dirinya daripada memarahi Olga sejak didalam kereta
lagi. Tapi perasaan marah sudah membuak-buak sehinggakan sukar untuk
diselindung lagi.
Noah
dan Max yang sudah pun pulang, tersentak lantas segera berlari ke pintu dimana
Olga dan Luth sedang berdiri. Sementara Olga sudah tertunduk menahan air mata.
“Jawab
Olga, apa Olga fikir tadi?” soal Luther lagi.
“Luth,
apa ni? Apa marah-marah Olga?” soal Max sambil berlalu kearah Olga. Bahu
adiknya dipaut.
“Olga,
ada apa?” soal Noah, memandang Olga dan Luther silih berganti. Binggung dengan
keadaan itu.
“Olga
minta maaf, abang Luth. Olga… Olga…”
“Minta
maaf lagi? Olga tahu tak abang risau macam nak gila tadi dan Olga boleh minta
maaf pula? Huh?” marah Luther lagi. Olga semakin tertunduk, wajahnya dibenamkan
ke dada bidang Max.
“Luth,
sudahlah! Tak nampak Olga dah takut ni?” tegur Noah pula.
“Tiada
angin tiada ribut, tiba-tiba marah dengan Olga? Cakaplah, apa jadi sampai kau
nak marah-marah Olga macam ni?” Max sudah tidak puas hati. Luther memandangnya
sekejap. Kemudian, dia mengeluh.
“Olga
berlari ke rumah cikgunya semata-mata nak kembalikan borang tu, dan dia tak
berselipar atau berkasut langsung, tengoklah kakinya! Nasib baik cikgu tu tak
marah,” ulas Luther
Kedua-dua
kepala sudah memandang ke bawah, tepat ke kaki kiri Olga. “Tak teruk,kan?” soal
Noah.
Olga
sekadar menggeleng. Saat itu, dia tidak merasakan kesakitan dikakinya namun hatinya
yang sakit kerana sudah mengecewakan abangnya Luther yang selama ini tidak
pernah memarahinya seperti sekarang.
“Borang
itu, Ren dah bagi pada aku. Dia kata dia tak tahu-menahu pasal kem tu dan
anggap Olga bercuti dengan mama dan papa,” terang Luther pula.
Olga
terus memandang Luther apabila terdengar
kata-kata itu. Dahinya berkerut.
“Abang
Ren cakap macam tu?”
“Ya,
dan Olga tak terfikir pun nak ucap terima kasih pada abang Ren sedangkan abang
Renlah yang paling risau bila dua hari Olga tak turun ikut makan. Dah dua hari
abang Ren tak lena tidur, sebab siapa? Sebab Olga,”
Olga
terkesima. Bibir atas sudah diketap. “Olga minta maaf,”
“Bukan
dengan abang Luth, tapi dengan abang Ren. Okey?” Luther menepuk perlahan bahu
adiknya lantas kembali ke dalam dapur.
“Sudahlah
Olga. Lebih baik Olga naik atas rehat dan tunggu abang Ren balik. Mesti kaki Olga masih sakit, kan?”
ujar Noah pula.
Olga
sekadar mengangguk kecil.
“Mari,
abang hantar Olga ke atas.” Max terus memapah adiknya menaiki tangga.
Hampir 11 tengah malam baru Karen pulang dari tempat
kerja. Kelihatan dari luar rumah, lampu diruang tamu sudah pun tertutup. Dalam
fikirannya pasti semua adik-adiknya sudah masuk tidur. Namun sebaik saja dia
menapak masuk ke dalam rumah, Olga masih lagi belum tidur dan sedang duduk
berseorangan diruang tamu. Karen terus memasang suis dan bilik itu serta-merta
menjadi terang.
Olga
bangkit sambil memandang terus kea rah abangnya. Tanpa dapat dia tahan, air
matanya menitis dan segera berlari memeluk pinggang Karen.
“Maafkan
Olga abang, maafkan Olga. Olga betul-betul bersalah pada abang. Olga minta
maaf,” ucap Olga dalam sedu.
Karen
tersenyum kecil. Perlahan-lahan dia memaut kepala adiknya.
“Sudahlah,
abang tak marah pun. Yang penting Olga dah boleh ikut kami makan dekat meja.
Abang betul-betul risau bila Olga tak turun ikut kami. Abang harap Olga tak
buat mogok macam ni lagi ya?”
Olga
melepaskan pelukan dipinggang abangnya lantas mengangguk berlaki-kali.
“Olga
takkan buat macam tu lagi, Olga janji!” dia mengangkat tapak tangan.
Karen
dan Olga sama-sama tersenyum.
*****
“ABANG
Ren, cepatlah! Nanti lambat, Olga ketinggalan lagi,” jerit Olga dari luar
rumah. Noah, Max serta Luth sudah menggeleng melihat telatah adik mereka.
“Kan
baru 7.30 ni, ada 30 minit lagi. Sabar, abang Ren tu memang lambat,” tegur
Luther.
Olga
memeluk tubuh. Wajah menjadi cemburut namun sebaik melihat batang hidung Karen
dari kaki pintu, bibirnya serta-merta tersenyum. Dia pun segera menuju ke
kereta.
“Barang-barang
Olga dah masukkan dalam kereta?” soal Karen.
“Dah!”
serentak Max dan Noah menjawab.
“Okey,
kami jalan dulu,” ujar Karen.
“Kami
memang tak boleh ikut hantar Olga?”
“Tak
boleh! Nanti histeria satu sekolah nampak korang,” kata Luther. Noah dan max
saling berpandangan. Bukan salah mereka jika mereka dikurniakan dengan wajah
kacak seperti itu, kalau nak juga salahkan seseorang. Salahkan ibu bapa mereka
kerena mempunyai genetik yang kacak dan cantik.
“Bye
abang!” jerit Olga sambil melambai ke belakang. Noah, Luther dan Max membalas
lambaian adik mereka dengan berat hati. Sebelum ini, mereka tidak pernah
berjauhan dengan Olga. Terasa hati selalu tidak kena mengenangkan Olga tiada
didepan mata selama 3 hari.
“Olga,
kalau dah sampai sana nanti jangan lupa call abang tau,” pesan Karen setelah
memberhentikan keretanya dihadapan gerbang sekolah.
“Baik
abang. Jangan risau, Emely pun ada ikut juga. Olga takkan sendirian,” jawabnya
lalu membuka tali pinggang keselamatan lantas membuka pintu. Dia dan Karen
sama-sama keluar dari kereta. Kelihatan peserta-peserta kem sudah pun sampai di
tempat berkumpul dan cikgu Tristan pula sedang mengambil nama setiap peserta.
“Ems!”
panggil Olga kepada Emely yang sedang menulis nama pada cikgu Tristan. Emely
terus melambai dan berlari kearah Olga sebaik saja selesai menulis namanya
diatas kertas.
“Olga,
ambil beg,” ujar Karen sambil mengeluarkan bagasi Olga. Bonet kereta ditutup.
“Hai
abang Ren,” sapa Emely tersipu sambil menyisipkan juntaian rambut ke sisi
telinga.
“Hai
Emely. Jaga adik abang baik-baik ya,”
Emely
terus mengangguk laju. Olga yang sekadar memandang, menggeleng. Macam kena
pukau!
“Okeylah
abang, Olga nak tulis nama kejap. Banag baliklah, nanti lambat masuk kerja
pula,”
“Em,
yalah! Baik-baik ya?” kata Karen. Dia pun mengucup kepala Olga lalu masuk ke
dalam kereta. Olga dan Emely menunggu kereta Karen hilang dari pandangan
barulah mereka menuju kearah cikgu Tristan.
“Selamat
pagi cikgu,” ucap Olga sambil tersenyum kecil.
“Selamat
pagi. Kaki Olga macam mana?” soal Tristan sambil memberikan buku dan juga pen
kepada Olga.
“Dah
baik cikgu, terima kasih,” jawabnya.
“Olga,
bukan dahi kau ka yang tak okey?” soal Emely. Serentak Olga dan Tristan
berpandangan.
“Em,
maksud cikgu dahi saya. Dia silap cakap,” jawab Olga pantas. Dia tidak mahu
perkara beberapa hari yang lalu tersebar.
“Ah,
ya. Dahi, bukan kaki,” kata Tristan pula.
“Oo..
dah siap tulis nama? Kalau dah siap, jom masuk bas. Kawan-kawan dah lama masuk
dalam bas tu,” kata Emely. Bagasi Olga diangkat. Tangan Olga pula ditarik.
“Pergi
dulu cikgu,” Olga sudah melambai. Tristan sekadar tersenyum melihat telatah
gadis itu. Lalu dia pun menuju ke dalam bas. Sebelum berangkat ke destinasi,
sekali lagi dia memberi taklimat ringkas kepada pelajar-pelajarnya. Takut ada
yang leka atau terlalu teruja sehinggakan terlupa tujuan perkhemahan mereka itu.
Sejam dalam perjalanan, mereka telah pun tiba
dihadapan sebuah villa yang sangat besar dan kelihatan antik, seperti vila itu
sudah berkurun-kurun dibina. Namun ianya masih kelihatan teguh.
Semua
pelajar kelihatan terpegun melihat kecantikan vila tersebut termasuk Olga dan
Emely sendiri.
“Okey,
kalau dah turun ambil beg masing-masing dan bawa masuk ke dalam,” pesan Tristan.
Pelajar-pelajar pun dengan hati yang senang menurut perintah.
“Ems,
aku nak call abang aku kejap ya,” kata Olga lalu membelek bagasinya. Lama
tangannya menyelongkar dalam beg namun telefon bimbitnya masih belum dijumpai,
yang ada cumalah dompetnya sahaja. Dahinya sudah berkerut. Kemudian, dia menyaluk
pula poket seluar. Tapi dia tidak pernah teringat dia memasukkan telefon
bimbitnya dalam poket atau dalam bagasi.
“Mana
telefon aku ya? Takkan aku lupa dekat rumah?” bisik Olga perlahan. Tiba-tiba
dia tersentak, barulah dia teringat. Dia masih belum tuntut telefonnya dari
Edward, Pres! Olga menepuk dahi.
Dia
terus menolah kebelakang tanpa menyedari ada seseorang yang sedang berdiri
dibelakangnya. Bam! Tubuhnya terlanggar dengan orang tersebut.
“Aww..”
rintih Olga sambil menekup dahinya.Terasa sakit kerana bertembung dengan benda
keras yang entah dari mana datangnya. Sudahlah bengkak didahi itu masih belum
pulih sepenuhnya.
“Clumsy!”
Olga
mengangkat muka. Bari saja dia ingin membentak, niatnya terus mati saat matanya
mendarat ke wajah orang dihadapannya.
“Pres?
Macam mana Pres ada disini?”
Edward
tersenyum sinis. “Rasanya, kau mengikuti kem ini sekadar suka-suka sehinggakan
kau tidak tahu kenapa aku berada disini,”
“Aku
tahu, cuma yang aku tak tahu kenapa Pres ada disini?”
“Masuk
dalam dan tanya cikgu Tristan sendiri,”
Olga
mengigit bibir. Dia pun menutup begnya dan ingin beredar namun langkahnya
dihalang Edward.
“Apa?”
“Keluarkan
tangan,” kata Edward.
Olga
dengan penuh tanda tanya menghulurkan tangan. Edward terus meletakkan telefon
bimbit yang dirampasnya tempoh hari keatas tangan Olga. Olga terpana melihat
Edward.
“Handphone sendiri pun boleh lupa,” kata
Edward lantas berlalu meninggalkan Olga.
Olga
menggengam telefon bimbit tersebut lantas tersenyum. “Thank you, Pres!”
laungnya. Namun Edward langsung tidak menoleh kearahnya.