Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

18 March, 2013

Chapter 7 : Mr. Wrong & Mr. Right



Chapter 7 : Mr. Wrong & Mr. Right

“SEBELUM cikgu memulakan sesi pembelajaran kita hari ini, cikgu akan beri sedikit taklimat. Kamu nampakkan dua orang pasangan ni. Mereka adalah mak cik dan juga pakcik cikgu yang bertanggungjawab menyediakan makanan dan juga tempat anda tidur. Biar cikgu jemput diorang. Aunty, uncle,” panggil Tristan. Dua pasangan lanjut usia itu maju ke hadapan.
            “Ni uncle Benson, dan aunty Betty. Boleh tanya mereka kalau korang perlukan apa-apa,”
            Uncle Ben dan Aunty Betty sekadar tersenyum.
            “Dan cikgu nak korang tahu, cikgu sendiri telah menjemput PPS untuk membantu cikgu memantau. Jadi sepanjang kem ini mereka akan menjadi pengawas kamu. Selain itu cikgu juga dah sediakan jadual korang untuk tiga hari ni. Jangan lupa baca,” Tristan terus membahagi-bahagikan kertas jadual yang telah dibuatnya kepada pelajar-pelajarnya.
            “Ohh… patutlah pres ada disini!” ujar Olga sambil memetik jari.
            “Kau tak tahukah Olga? Kan cikgu Tristan ada terangan hari tu,”
            “Adakah? Aku lupa kot,” Olga ketawa kecil.
            “Biasa. Siapa suruh, ingat cikgu aja,” kata Emely pula.
            “Diamlah! Kalau orang dengar macam mana?” marah Olga. Emely setakat angkat bahu. Tiba-tiba, telefon bimbit Olga berbunyi tanda mesej baru masuk. Dahi Emely berkerut saat melihat telefon bimbit ditangan Olga.
            “Bukan kau takda bawah handphone kah?”
            “Kan aku bagitahu hari tu telefon aku kena tangkap. Baru saja tadi pres bagi aku.” Olga membuka mesej yang dihantar oleh Luther. Luther Cuma memesan agar dia menjaga perilakunya jika dia bersama Tristan. Olga hanya tersenyum.
             “Pres bagi kau sendiri? Depan-depan?” soalnya tidak percaya. Olga mengangguk berkali-kali.
            Emely menekup mulut. “OMG! Biar betul? Macam mana muka dia kalau dekat, bercahaya tak?”
            “Ish… mana ada muka dia bercahaya. Korang semua yang minat pres tu dah delusion! Parah betul!”
            “Alah… sendiri!” sindir Emely.
            “Sudalah… cikgu nak cakap tu!” Olga terus menyuruh Emely diam.
            “Itu saja, korang boleh naik. Aunty Betty akan tunjukan bilik untuk perempuan, manakala uncle Benson akan tunjukkan bilik lelaki. Korang boleh berangkat sekarang,”
            “Jomlah!” Emely sudah bangkit. Bagasinya disandang ke bahu. Olga masih duduk sambil memandang kearah Tristan.
            “Olga!” Emely memukul bahu Olga barulah gadis itu tersentak. Olga segera mengangguk lantas berangkat mengikuti Emely. Memang gila bayang dah kawan aku seorang ni! Bisik hati Emely.
            “Edward dan Duke boleh tidur sekamar dengan cikgu, Airin dan Mila boleh ikut pelajar perempuan. Aunty Betty akan uruskan tempat tidur kamu,” kata Tristan kepada ahli persatuan pelajar. Hanya mereka berempat yang diarahkan mengikuti kem itu kerena mereka adalah ahli jawatan tertinggi didalam persatuan pelajar.
            “Okey,” jawab Duke. Airin dan Mila seraya beredar.
            “Duke, bilik cikgu disebelah tangga tu saja. Kamu boleh pergi, cikgu nak bercakap sebentar dengan Edward,”
            Duka memandang Edward seketika. Kemudian dia pun beredar menuju ke tempat yang dimaksudkan Tristan.
            “Ed, abang…”
            “Cikgu, cikgu bukan abang saya. Dan saya bukan Ed, saya Edward. Please address me properly!” kata Edward, memotong ayat Tristan.
            Tristan terkesima. Dia membetulkan kerongkongnya. “Maaf, Edward. Kamu sekeluarga macam mana? Sihat?”
            “Cikgu ingat kalau sesebuah keluarga tu kehilangan seorang ahli, mereka boleh sihat. Mungkin tubuh mereka sihat, tapi bagaimana dengan minda mereka?” kata Edward dengan wajah serius.
            Tristan terdiam. Kata-kata Edward itu seakan pisau yang menikam dijantungnya. Sakit.
            “Maafkan saya jika saya bersikap biadab. Saya harap cikgu tidak akan bangkitkan isu keluarga pada saya lagi. Saya minta diri,” Edward terus berlalu sebaik menamatkan kata-katanya.  

*****

“BESARNYA villa ni, kan? Cikgu Tristan tu memang orang kaya eh?” soal Olga sambil matanya meliar memandang sekeliling. Aunty Betty yang mendengar kata-kata Olga tersenyum, lantas berpaling kea rah mereka.
            “Anak buah aunty tu bukanlah orang kaya, cuma dulu ini tempat bercuti keluarga abang aunty, bapa Tristan. Keluarga aunty besar, jadi kalau nak bercuti senang kalau ada villa yang besar macam ni,” kata aunty Betty.
            Olga mengangguk faham.
            “Jadi, villa ni bukan tempat mereka bercuti lagi?Sebab villa ni macam menakutkan,” tiba-tiba Emely menyampuk. Cepat saja Olga menyiku pinggul Emely. Lancang betul mulut tu! Gerutu Olga dalam hati.
            “Maaf…” pinta Emely saat tersedar keterlanjurannya.
            “Tak apa… Tempat ni dulu memang menakutkan sebelum tapak villa ni dibina. Tapi lepas villa ni didiami oleh abang aunty, kawasan sekelingnya sudah berseri. Tidak lagi menakutkan macam dulu,”
            “Oo… jadi keluarga cikgu dekat mana sekarang?” soal Olga pula. Tiba-tiba riak wajah aunty Betty berubah sedih. Olga menelan liur. Dia dan Emely saling berpandangan. Alamak! Aku silap cakapkah?
            “Aunty keluar dulu, kalau ada apa-apa boleh panggil aunty melalui telefon itu,” ujar aunty Betty tanpa menjawab soalan akhir Olga. Wanita itu pun beredar.
            “Ems… aku silap tanyakah tadi?” soal Olga sudah ketakutan.
            “Entahlah… muka aunty Betty lain macam aja bila kau  tanya pasal keluarga cikgu. Kau rasa kenapa ya?”
            Olga menggeleng. “Sudahlah… jangan dikorek masa silam seseorang, nanti banyak yang terluka,”

“CEPATLAH, Ems! Kelas dah nak mula ni!” jerit Olga dari kaki pintu. Kakinya sudah berlari setempat, tidak sabar-sabar ingin pergi ke kelas cikgu Tristan.
            Emely yang sedang menyisir rambut, sudah tidak tenang apabila digesa seperti itu.
            “Sabarlah, Olga! Ada 10 minit lagi ni,” marah Emely.
            “Tapi semua pelajar dah turun. Cepatlah!” gesa Olga lagi. Seminit pun dia tidak ingin bazirkan.
            “Okey, okey… dah siap! Jom!” buku diatas katil terus dirembat dan berlari anak kearah pintu.
            “Jom!” Olga terus berpaling tanpa ambil tahu siapa yang sedang melangkah ke bilik itu dan akibatnya, mereka bertembung dan Olga terjelupuk jatuh. Buku-bukunya bertabur atas lantai.
            “Ya ampun, Olga!” cepat-cepat Emely mendapatkan kawannya itu.
            “Berapa kali kau nak langgar aku, hah?” marah suara lelaki yang berdiri dihadapan Olga.
            “Pres!” Emely dan Olga serentak terkejut. Mata mereka terbeliak melihat Edward berdiri dihadapan mereka dengan wajah galak.
            Edward sudah menggeleng.
            “Pres buat apa dekat sini? Inikan bilik perempuan?” soal Olga sambil dibantu Emely untuk bangun.
            “Kau ingat aku nak sangat naik ke tingkat ni? Aku dengar orang menjerit, aku naiklah. Ish… kenapa aku perlu terangkan semua ni pada kau? Sudah, turun! Kalau tiada apa-apa yang bahaya, jangan menjerit!” marah Edward dengan tegas. Olga dan Emely terus berdiri tegak. Kecut perut apabila dimarah seperti itu.
            “Baik!” jawab Olga dan Emely serentak. Setelah itu, Edward seraya beredar. Olga memandang Emely. Wajah Emely seoalah-olah dia sedang berada diawang-awangan. Matanya tidak berkelip memandang Edward yang sudah jauh meninggalkan mereka.
            “Ems, jomlah! Nanti lambat lagi,” kata Olga lagi lantas terus menarik lengan Emely menuruni tangga menuju ke kelas Cikgu Tristan.

SEPI. Ruang tamu dikediaman Adkis itu dipenuhi dengan 4 orang lelaki. Kesunyian ruang tamu itu membuatkan jarum jam yang berjalan masih terdengar. Masing-masing menarik muka dan tumpuan mata mereka hanya pada telefon bimbit masing-masing yang terletak diatas meja ruang tamu. Tersusun secara melintang.
            Max menggigit bibir. Noah pula memandang Max dari sisi mata. Sementara Luth hanya merenung telefon bimbitnya dengan mata tajam seolah-olah telefon bimbitnya itu sudah melakukan kesalahan terhadapanya. Karen yang duduk tenang disofa solo itu hanya duduk bersahaja sambil memeluk tubuh, kaki bersilang.
            Trit! Trit! Salah satu daripada telefon itu berbunyi. Keempat-empat mata bertembung dengan pantas. Sekelip mata, mereka serentak mencapai telefon bimbit masing-masing.
            Karen mengeluh saat melihat skrin telefon bimbitnya yang tidak menerima apa-apa mesej atau panggilan. Noah dan Max juga hampa apabila perkara yang sama berlaku. Mereka bertiga memandang Luth yang tersenyum lebar. Ini bermaksud, Luth yang menerima mesej jadi adik mereka yang tersayang.
            Kedengaran satu keluhan terhembus dari bibir Max.
            “Kenapa asyik abang Luth saja? Tak bolehkah Olga hantar mesej untuk saya?” ujarnya seakan tidak puas hati.
            “Bukan kau saja yang nak, Max. Aku pun nak juga. Asyik-asyik abang Luth sedangkan aku yang selalu hantar mesej tadi,” nada Noah kedengaran sayu.
            Luth tersenyum. “kenapa nak gaduh-gaduh untuk satu mesej saja? Yang pentingkan Olga selamat sampai,” jawab Luth lega.
            Max dan Noah sudah melirik tajam kearahnya.
            “Olga cakap apa?” soal Karen pula.
            “Sekarang ni, diorang tengah belajar. Katanya jangan risau, dia okey dengan kawan-kawan,” beritahu Luth.
            Karen mengangguk. Dia tidak kisah sangat jika Olga tidak menghantar atau membalas mesejnya, yang penting adik bongsunya itu selamat dan gembira. Itu sudah cukup baginya.
            “Kalau begitu, aku nak pulang ke firma,” ujar Karen pula lantas bangkit.
            “Okey. Kau balik jam berapa hari ni? Nak aku sediakan apa-apa?” soal Luth.
            “Tak perlulah. Mungkin aku makan dekat luar saja, aku balik lewat sikit,” jawab Karen lantas berlalu ke pintu.
            “Abang Ren tu tak penat kerja, ka?” soal Noah. Berbanding dengan Karen, dia lebih suka kebebasan. Tidak suka berkomitment, walaupun dalam hubungan lelaki-perempuan. Sehingga dia dilebel kasanova yang sepatutnya tidak benar.
            “Abang Ren tu orang yang bertanggungjawab, bukan macam kau! Takda kerja, asyik berfoya-foya saja,” ujar Max.
            “What? Aku ada kerja, okey!” jawab Noah dengan nada marah.
            “Guys, cukuplah! Kenapa pasal kerja pun kau orang nak bergaduh?” tegur Luth.
            Max dan Noah saling berpandangan, kemudian mereka memandang Luth pula. Dua-dua mengeluh.
            “Aku nak naik. Aku ada kerja lain nak dibuat,” ujar Max lantas bangkit dan berlalu ke biliknya.
            “Aku keluar dulu abang Luth,” Noah pun ikut bangkit.
            “Kau balik makan malam nanti?” soal Luth.
            “Ya, aku keluar tak lama,” jawab Noah lalu dia pun melangkah ke pintu. Luth hanya memandang dari jauh. Sejak bila Max dan Noah tak sehaluan ni? Fikir Luth pelik memikirkan sikap kedua-dua adik kembarnya itu.
           
            *****

OLGA yang sedang membaca nota diatas katil terganggu saat Emely duduk ditepinya. Kelihatan wajah Emely cemburut. Pasti masih ramai yang sedang mandi. Sejak selesai belajar tadi, ramai yang ingin mandi. Dia tahu dia tidak mungkin dapat berebut dengan kawan-kawannya yang lain sebab itu dia tinggal dalam bilik, menunggu sehingga semua kawan-kawannya selesai mandi. Tapi Emely lain, dia mengalami masalah wanita. Dia harus mandi awal.
            “Dua-dua bilik air kena guna, Ol! Macam mana ni?” soal Emely sudah mula risau. Dia sudah tidak selesa dengan keadaannya sekarang.
            “Kau tak boleh berebut langsung?”
            “Yalah! Kalau tak, masakan aku dekat sini?” balas Emely dengan nada keras.
            Olga bangun dari pembaringannya. Buku nota itu dilipat lantas dimasukkan ke bawah bantal.
            “Jom, aku ada idea,”
            Dahi Emely berkerut. “Idea apa?”
            “Jomlah! Ikut saja,” Olga sudah turun dari katil. Tangan Emely ditarik agar dia pun turut bangkit.
            “Bawa semua peralatan mandi kau,”
            “Buat apa?” Emely semakin hairan dengan Olga. Kata-kata yang keluar dari mulut temannya itu semakin kurang munasabah.
            “Kau nak mandi atau tidak?” Olga sudah memeluk tubuh.
            “Nak! Tapi kita nak mandi mana kalau semua bilik air kena guna?”
            Olga tersenyum. “Jom!” ajaknya lagi lantas mengangkat raga sabun Emely. Emely sudah menggeleng melihat telatah Olga. Temannya itu kadang-kadang memang sukar untuk ditebak. Namun dia tetap mengikuti Olga kemana saja langkahnya itu membawa dia pergi.
             Mereka sudah menapak diluar villa. Emely segera menghentikan langkahnya. Sementara Olga masih menyambung langkahnya itu.
            “Olga! Kita dah kat luar villa ni? Kau nak pergi mana?” soal Emely dalam nada berbisik tapi kedengaran keras.
            Olga sudah mencebik. “Kita ke rumah aunty Bettylah! Ini kecemasan, mesti cikgu suruh kita pergi,” ujar Olga.
            “Tapi ada kita minta kebenaran?”
            Olga terdiam. Mulutnya terbuka luas.  “Takda,” jawabnya pendek. Mengakui ideanya itu tidak sempurna. Emely sudah mendengus.
            “Tak perlulah. Mari masuk balik, kalau kita kedapatan, mesti cikgu akan denda kita,” ujar Emely.
            Olga sudah menarik muka. Mengakui kata-kata temannya itu, dia segera balik ke pangkuan Emely.
            “Kamu nak pergi mana ni?”
            “Ma!” Emely dan Olga serentak berpeluk. Raga yang berada dalam pegangan Olga itu seraya jatuh keatas rumput.
            “Olga, ini cikgu,” ujar Tristan, tidak mahu dua gadis itu dalam ketakutan.
            “Cikgu! Maaf cikgu, kami masuk sekarang,” ujar Emely cepat. Dia terus mencapai raganya.
            “Cikgu, ini kecemasan. Emely perlu mandi sekarang juga,” ujar Olga serius.
            Emely sudah mengetuk kepalanya.
            “Kecemasan? Kecemasan macam mana?” soal Tristan sambil mendekati mereka berdua.
            “Dia… dia period!” jawab Olga perlahan. Emely sudah tertunduk malu. Tristan tersenyum.
            “Jadi kenapa tak mandi dekat dalam saja?”
            “Dua-dua kamar mandi diguna cikgu, Emely langsung tak dapat berebut,” terang Olga.
            “Jadi korang nak pergi mana malam-malam ni?” soal Tristan pula.
            “Nak pergi rumah aunty Betty, bolehkan cikgu?”
            “Boleh tu boleh, tapi lain kali kena minta kebenaran dari cikgu dulu sebelum keluar mana-mana. Boleh, Olga?”
            Olga mengangguk-angguk lantas tersenyum. “Baik cikgu,”
            “Kalau begitu tunggu sekejap, cikgu panggil orang untuk temankan kamu,”
            “Cikgu tak boleh hantar kamikah?” soal Olga dengan nada kecewa.
            “Cikgu perlu sediakan nota untuk esok. Taka pa, dia pun tahu selok-belok kat tempat ni juga,” jawab Tristan lalu masuk ke dalam villa semula. Setelah lelaki itu hilang, Emely terus menapis tangan Olga. Olga terjerit kecil lalu mengucap lengannya.
            “Apa ni pukul-pukul?” marahnya.
            “Idea kau ni memang gila Olga. Kau sengajakan nak cari masalah supaya boleh jumpa dengan cikgu?”
            Olga mencebik. “Ish… mana ada. Kau ni…” Olga sudah memeluk tubuh. Emely hanya menggelengkan kepalanya. Sebal dengan perangai kawannya itu.
            Seketika kemudian, pintu utama villa terbuka. Dua susuk tubuh lelaki keluar dari pintu itu. Olga dan Emely terus berpandangan saat melihat wajah Edward disamping cikgu mereka.
            “Pres!” Olga bersuara tidak percaya.
            “Sebab kamu berdua, aku pula yang susah,” ujar Edward dengan nada keras.
            Sorry, pres,” pinta Olga dan Emely.
            “Edward tahu jalan ke rumah aunty Betty, dia akan temankan kamu,” kata Tristan lantas berlalu pergi. Dia sempat memandang kearah Edward sebelum dia masuk ke dalam vila.
            “Dah, jom! Aku ada banyak kerja ni,” kata Edward pula lantas memansang lampu picit bersaiz besar ditangannya itu. Cahaya dari lampu picit itu menerangi jalan mereka menuju ke rumah aunty Betty. Rumah itu hanya berada dibelakang villa dan jalannya tidak terlalu semak bahkan disimen dengan batu. Jadi ianya tidak menyukarkan mereka langsung.
           

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.