Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

06 April, 2013

Chapter 8 : He is My Mr. Wrong



Chapter 8 : He is My Mr. Wrong


EDWARD mengetuk pintu rumah Aunty Betty sebaik saja mereka tiba dihadapan rumah tersebut. Seketika kemudian, wajah Aunty Betty terpacul dihadapan mereka berserta senyuman dibibir.
            “Masuklah. Tristan dah bagitahu aunty kamu  datang sini,” ujar Aunty Betty.
            Olga dan Emely kelihatan gembira. Mereka pun masuk lantas duduk diruang tamu.
            “Pergilah, aku tunggu kat sini,” kata Olga sambil melabuhkan punggungnya. Emely terus membuntuti langkah Aunty Betty menuju ke kamar mandi yang berada dibelakang. Olga memandang kearah Edward yang masih berdiri. Lelaki itu menjeling kearahnya lantas berlalu kearah dapur.
            Dahi Olga berkerut. Dia terus bangkit dan mengikuti Edward. Kelihatan lelaki itu membuka peti sejuk dan mengeluarkan botol mineral. Dia melakukan rumah itu seperti kepunyaannya.
            “Macam mana pres tahu selok-belok kat rumah ni? Pres ada hubungan dengan cikgu?” soal Olga.
            Edward yang baru saja ingin meneguk, terhenti. Matanya terus mencerlung kearah Olga. Olga terpana. Sedikit takut dengan renungan itu. Aku tersalah cakapkah?
            Tanpa menjawab apa-apa, Edward terus meneguk dan berlalu ke ruang tamu. Soalan Olga tadi langsung tidak diendahkan.
            “Eh, Olga? Kamu nak apa-apa?” tiba-tiba Aunty Betty muncul.
            “Ah, taklah…,” dia menggeleng.
            “Olga dah mandi? Kalau belum, pakai saja kamar mandi kami,” usul Aunty Betty. Dia pun berlalu ke dapur. Dua buah gelas dikeluarkan dari rak.
            “Jangan terlalu manjakan dia orang aunty, dia orang ni tidak perlukan layanan istimewa,” celah Edward yang sedang duduk diruang tamu. Sempat dia melirik kearah Olga.
            “Tak apalah aunty. Olga boleh mandi dekat villa nanti. Olga cuma temankan Emely,” jawab Olga.
            “Oh, okeylah kalau begitu,”
            Olga tersenyum. “Aunty, uncle mana? Tak nampak dari tadi,” soalnya pula. Sekadar mencari teman berbual. Kalau tak, pasti dia kesunyian. Memandangkan Edward bukan boleh dibawa berbual.
            “Oh, dia dekat atas. Sedang berehat,”
            Bibir Olga sudah membentuk ‘o’. “Aunty dan uncle memang tinggal kat sinikah?”
            “Taklah. Kami ke sini sebab cikgu kamu minta tolong aunty dan uncle. Rumah kami jauh lagi dari sini,”
            Olga dia sejenak. Dia mahu mencari soalan yang bernilai untuk ditanya.
            “Emm.. aunty, Olga nak tanya sikit boleh?”
            Aunty Betty mengangkat wajah. “Tanya apa?”
            “Cikgu Tristan tu macam mana orangnya?” soal Olga sambil bibir tersenyum.
            Aunty Betty sudah ketawa kecil. “Dia baik macam yang kamu nampak. Tapi kadang-kadang tegas. Kenapa Olga tanya?”
            Dia menggeleng kecil sambil tersenyum riang. Informasi yang hanya secubit itu sudah mampu membuatkan hatinya gembira.
            “Nah, ini Olga punya. Yang satu hantar pada Ed. Aunty nak naik kejap,” arah Aunty betty sambil menyorong kedua-dua gelas yang berisi kopi itu kepada Olga. Olga mencapai gelas itu lalu melangkah ke ruang tamu. Sementara Aunty Betty sudah keluar dari dapur dan menaiki tangga.
            “Nah,” Olga meletakkan gelas itu dihadapan Edward lalu dia pun mengambil tempat, jauh dari Edward.
            “Apa pasal kau tanya pasal cikgu?” soal Edward yang sudah mendengar setiap butir perbicaraan Olga dan Aunty Betty.
            “Kenapa? Saya tak boleh tanya pasal cikgu saya?” balas Olga selamba.
            “Boleh. Tapi kau tak rasa kau tu busy body?”
            Olga memandang ke sisi. Kemudian menggeleng. “Tak. Saya cuma nak kenal cikgu Tristan. Saya rasa tak salah,” jawabnya berani.
            Edward sudah menggigit bibir. “Jangan terlalu ambil tahu pasal orang, Olga. Kau mungkin takkan suka apa yang kau bakal dengar,” ujar Edward seakan memberi peringatan. Dahi gadis itu berkerut mendengar kata-katanya.
            “Kenapa? Cikgu bukan orang jahat,” balas Olga pula.
            Edward tidak terus menjawab soalan Olga sebaliknya dia menayangkan senyuman sinisnya pula. Olga semakin pelik dengan cara Edward bercakap tentang cikgunya. Kata-kata Edward itu membuatkan dia semakin tertanya-tanya pasal Cikgu Tristan.
            “Pres nak cakap apa sebenarnya? Kenapa Pres macam benci saja dengan cikgu?” soal Olga dengan mata yang memancar penuh pertanyaan.
            “Lebih baik kau tak tahu. Kau bukannya siapa-siapa!” balas Edward pula.
            Olga gigit bibir. “Jadi pres tu siapa pada cikgu Tristan? Rasanya pres pun takda apa-apa hubungan dengan cikgu. Lainlah kalau pres ni adik atau sepupukah, bolehlah pres cakap macam tu pada saya,” kata Olga dengan tenangnya.
            Edward terus berpaling kearah Olga dengan pandangan tajam. Olga terus kecut perut, mulutnya lantas terketup rapat.
            “Pernah tak orang bagitahu kau yang kau ni banyak cakap, huh?” tengking Edward lantas seraya bangkit dan terus keluar dari rumah. Pintu rumah dihempas kuat membuatkan Olga terlompat dek terkejut.
            Tidak sampai seminit, Aunty Betty sudah muncul diruang tamu dengan wajah berkerut.   
            “Olga? Apa tadi tu?” soalnya sedikit cemas. “Edward mana?” soalnya lagi.
            Olga memandang Aunty Betty dengan mata yang sedikit berair. Rasa bersalah dan takut berkecamuk dalam hatinya. Dia tidak tahu apa kesalahannya sampai membuat Edward marah sebegitu terhadapnya.
            “Aunty, Olga minta maaf. Olga dah buat pres marah.” Air mata Olga yang hanya sedikit tadi tiba-tiba menjadi deras. Sendunya pula sudah bertukar tangisan. Pantas Aunty Betty mendekatinya lantas memeluknya perlahan.
            “Kenapa ni? Apa dah jadi?” soal Aunty Betty dengan nada risau.
            “Ol…Olga dah buat pr…pres marah,” tersedu-sedu Olga menjawab.
            “Oo… sudahlah, sudahlah! Edward marah tak lama. Jangan nangis lagi,” jawab Aunty Betty sengaja menyedapkan hati Olga. Belakang gadis itu diusap-usap. Berharap belaiannya itu mampu menenangkan hatinya.
            “Betul?” tanya Olga dengan air yang masih mengalir dimatanya. Aunty Betty tersenyum nipis lantas mengangguk kecil.
            “Olga cakap apa sampai Edward marah?” soal Aunty Betty setelah tangaisan Olga reda.
            “Olga cakap yang pres dengan cikgu Tristan tu takda apa-apa hubungan,” terang Olga perlahan.
            “Itu saja? Olga pasti Olga tak cakap apa-apa lagi?”
            Olga menggeleng perlahan.
            Aunty Betty melahirkan keluhan kecil. “Sebenarnya, Edward adik tiri Tristan,” ucap Aunty Betty.
            Pengakuan Aunty Betty itu membuatkan Olga ternganga. Sendunnya serta-merta hilang. Perasaan sedihnya sudah bertukar dengan perasaan ingin tahu.
            “Adik tiri? Biar betul?”
            Aunty Betty mengangguk. “Tristan adalah anak dari suami pertama ibu Tristan dan Edward. Bermakna Tristan dan Edward memiliki ibu yang sama, tapi berlainan bapa,” jelas Aunty Betty lagi.
            “Pasal itukah pres benci dengan cikgu Tristan?” tanya Olga.
            “Benci? Edward tak pernah benci dengan Tristan, begitu juga sebaliknya Olga. Tristan yang jaga Ed selama ini, Tristan dah sayang dengan Ed sebelum Ed dilahirkan. Tapi disebabkan satu peristiwa, hubungan Tristan dan Ed menjadi renggang. Selepas kejadian itu, mereka tak pernah bertegur sapa lagi,”  cerita Aunty Betty. Tiba-tiba dia tersentak, pantas dia menekup mulutnya.
            “Maaf aunty, aunty terbawa-bawa. Aunty tak patut bercerita pasal keluarga mereka pada orang lain,” kata aunty Betty.
            Olga tersenyum sumbing. La… dah mula cerita, ceritalah sampai habis. Saya dah tertanya-tanya ni!
            “Tak apalah, Olga faham,” jawab Olga walaupun kata-katanya bertentangan apa yang sedang dirasainya.
            “Tapi satu yang aunty pasti, Ed tak benci Tristan,” tambah aunty Betty pula.
            Olga mengangguk.  Namun hatinya masih belum puas mendengar kisah Tristan dan Edward. Lagi-lagi bila Edward menyatakan padanya bahawa dia mungkin tidak suka apa yang bakal didengarnya. Adakah Tristan mempunyai rahsia yang orang tidak patut tahu? Kalau benar, rahsia apa? Hati Olga berbisik kecil.
            “Olga, aunty naik dulu, ya. Nak sambung kerja yang terbengkalai tadi. Lagipun, Olga tak sedih-sedih lagi, kan?” kata aunty Betty lantas bangkit seraya beredar dari ruang tamu. Meninggalkan Olga bersama satu tanda tanya yang besar untuknya.

*****

OLGA mengeliat ke kiri. Jam ditelefon bimbitnya sudah pun mencecah 1. 30 pagi tapi matanya masih enggan tertutup. Walau cuba dipaksa, otaknya tidak mampu mendengar permintaan hatinya.
            Dia memandang pula kearah Emely dan seorang lagi kawannya yang tidur satu katil dengannya. Kedua-dua mereka dan semua penghuni bilik itu sudah lama terlelap, kecuali dia seorang.
            Ini semua salah aunty Betty! Dah cerita, tak habiskan pula sampai saya tak boleh tidur asyik terfikir pasal cerita cikgu tadi. Kalau aku terus fikir pasal cikgu, sampai esok saya tak boleh tidur. Daripada tak buat apa-apa, lebih baik aku ulang kaji. Fikir Olga. Lantas dia pun perlahan-lahan menyelak selimutnya dan menuju ke meja belajar. Buku nota dan buku rujukan matematik dicapai. Pen yang berada didalam pencil case pula dikeluarkan. Setelah memastikan semua pekakas ada bersamanya. Dia pun mengatur langkah dengan berhati-hati menuju pintu. Kalau dia mengulang kaji didalam bilik, takut kawan-kawannya yang lain terbangun pula.
            Pintu bilik ditutup dengan penuh hati-hati sehinggakan langsung tidak menghasilkan bunyi. Setelah pintu ditutup dengan jayanya, Olga menghembus nafas lega. Kemudian dia pun menghalakan kakinya kearah tangga. Sebelum menuruni anak tangga, Olga sempat memandang kiri dan kanan, takut ada sesiapa yang berada dikoridor atau tiba-tiba muncul. Setelah memastikan keadaan selamat, Olga pun turun. Langkah dihala menuju ke bilik belajar yang telah disediakan.
            “Olga?”
            Belum sempat Olga memulas tombol pintu, namanya sudah dipanggil. Serta-merta tubuhnya menjadi kaku. Matanya memandang ke belakang melalui sisi. Dia kenal sangat dengan suara itu. Tapi kenapa sudah lewat malam tapi dia masih tak tidur lagi?
            “Olga buat apa?” soal Tristan dengan nada lembut. Tiada tanda-tanda berang melihat dia masih berkeliaran walau sudah jauh malam.
            Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya menghadap Tristan. Bibir ditarik kiri dan kanan, senyum secara paksa. Kelihatan sebiji mug berwarna biru ditangan lelaki itu.
            “Maaf cikgu, saya tak boleh tidur. Jadi saya ingat saya nak ulang kaji,” jawab Olga.
            “Tapi kan dah lewat? Nanti Olga tak boleh bangun awal esok,”
            Dahi Olga berkerut. “Ada apa esok?”
            “Olga tak baca kertas yang cikgu bagi petang tadi?” soal Tristan.
            Makin berlapis kerutan didahi Olga. Namun sebaik teringat kertas yang Tristan berikan kepada mereka sewaktu taklimat tadi, barulah wajahnya berubah. Berubah terkejut kerana hal sekecil itu pun dia boleh lupa.
            “Maaf, cikgu. Saya tak baca lagi,” jawabnya jujur.
            Tristan tersenyum nipis. “Tak apa. Lepas ni baca, okey?”
            Olga mengangguk sambil tersenyum lebar. Buat sesaat kedua-dua mereka mendiamkan diri. Senyuman dibibir Olga perlahan-lahan pudar.
            “Naiklah. Masuk bilik,” arah Tristan pula.
            Olga pantas menggeleng. “Taknak. Saya nak ulangkaji. Please?” rayunya pula. Masih berdegil.
            Tristan mengeluh kecil. “Tapi dah jauh malam. Nanti kalau Olga sakit, siapa yang susah? Cikgu juga,” kata Tristan. Olga special case, bukan kerana dia punya perasaan pada gadis itu, tapi kerana abang-abangnya yang sangat protective. Nanti tak pasal-pasal, dia dibelasah teruk oleh abang-abang Olga.
            Olga terus mengangkat tangan tanda janji. “Saya janji yang saya takkan jatuh sakit. Saya juga janji yang saya takkan pernah susahkan cikgu. Promise!” ucap olga.
            Tristan tersentak saat mendengar ungkapan itu. Ayat itu seolah-olah mengingatkan dia pada seseorang. Entah kenapa gadis dihadapannya itu tiba-tiba bertukar imej kepada seseorang gadis yang amat disayanginya. Tristan terus memicit batang hidungnya, menghilangkan rasa sakit yang tiba-tiba muncul dikepalanya.
            Dahi Olga berkerut melihat tingkah Tristan. “Kenapa cikgu?”
            Tristan terus memalingkan tubuhnya. “Olga boleh belajar, tapi cikgu hanya bagi masa 30 minit. Lepas 30 minit, Olga masuk bilik,” ujar Tristan lantas segera mengambil langkah.
            Olga tidak sempat membuka mulut, Tristan sudah menaiki tangga. Langkahnya deras seperti ingin mengejar sesuatu. Olga pelik namun dia biarkan saja situasi itu, lantas melangkah masuk ke dalam bilik belajar.
           

TRISTAN bersandar didaun pintu sebelum menapak didalam biliknya. Rambutnya diselak berkali-kali. Entah kenapa Olga mengingatkan dia pada Alana sedangkan kedua-dua gadis ini jauh berbeza. Alana seorang gadis yang matang sebelum umurnya, seorang yang pendiam tapi murah dengan senyuman. Tapi Olga, seorang gadis yang periang, degil dan kelam-kabut. Apa yang aku nampak pada dia membuatkan aku teringat pada aku Lana?
            Tiba-tiba seluruh ruang itu menjadi gelap-gelita. Tristan mengerut kening. Takkan black-out?
            “Olga!” Tristan seraya tersentak saat teringat Olga bergelap didalam bilik belajar sendirian. Tidak semena-mena hatinya menjadi tidak keruan. Tanpa berlengah lagi, dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan memasang aplikasi torch light yang ada didalam telefonnya. Kemudian, dia pun berlari menuju ke bilik belajar. Sebaik tiba dihadapan pintu, pintu segera dikuak dan mencari-cari bayang Olga.
            “Olga!” panggil Tristan dengan nada cemas.
            Tiba-tiba sebuah cahaya muncul tidak jauh dari tempatnya berdiri.
            “Cikgu?” Olga menjawab sambil memandang kearah Tristan. Dia keluar dari tempat duduknya. Lelaki itu pula merapatinya lantas mencapai tangannya. Sungguh, Olga terkejut tapi tidak pula dia melepaskan tangannya.
            “Kenapa ni cikgu?” soal Olga pelik.
            “Hantar Olga masuk bilik,” jawab Tristan sambil menarik Olga menuju ke pintu.
            “Tapi, Olga masih ada masa lagi. Cikgu sendiri yang cakap, kan?”
            Tristan menghentikan langkahnya, membuatkan Olga langsung mematikan langkah. Tristan menoleh kearahnya.
            “Tapi tempat ni gelap, Olga tak takut?” tanya Tristan risau.
            Olga menggeleng selamba. “Saya tak takut dengan gelap,” jawabnya tenang.
            Tristan terpana. Sekali lagi realiti menghempas kepalanya. Tristan tergelak kecil. Dia ingat Olga juga seperti bekas kekasihnya yang takut dengan gelap, tapi dia tersilap rupanya. Kenapa dia harus mempersamakan Olga dengan Alana pun dia tidak tahu.
            Olga mengerut kening. Tiba-tiba dia merasakan tangannya perlahan-lahan dilepaskan. Olga menarik tangannya ke sisi.
            “Cikgu ingat Olga takut dengan gelap,” ujar Tristan.
            “Olga bukan pengecut,” balas Olga dalam tawa.
            Ggrruuu!!! Serentak itu, bunyi guruh berkumandang kuat dilangit.
            “Ma!!” Olga terjerit kecil seraya memeluk lengan Tristan. Kuku-kukunya itu mencengkam kuat kulit Tristan membuatkan dahi Tristan berkerut menahan sakit. Dalam masa hujan rintik sudah pun mula turun membasahi tanah. Dan secara perlahan-lahan, rintik-rintik air itu berubah menjadi lebat lantas membingitkan suasana rumah yang tadinya sunyi.
            Tristan tersenyum. Dia dapat rasa tangan Olga bergetar ketakutan. “Kata bukan pengecut,” ujar Tristan berseloroh.
            Cepat-cepat Olga melepaskan tangannya dan berundur setapak ke belakang.
            “Sorry, cikgu. Olga tak sengaja,” pintanya sebaik menyedari dia sudah melebihi batas sebagai seorang pelajar dan juga perempuan.
            Sekali lagi, langit merembeskan kemarahannya keatas bumi. Bukan sekali, tapi bertalu-talu diikuti pula dengan kilat yang sambung-menyambung. Olga langsung keras. Seluruh tubuhnya menjadi kaku. Kepala ditundukkan dan kedua-dua tangan mengepal penumbuk. Dia akui dia tidak takut dengan gelap, tapi dia sangat menakuti guruh dilangit.  
            Tristan terpana melihat Olga. Cahaya kilat yang berkelip-kelip masuk ke dalam bilik belajar itu menampakkan betapa ketakutannya gadis itu ketika ini. Walaupun sudah berada dalam keadaan terdesak, Olga tetap tidak ingin berganjak atau berpaut meminta secebis keberanian seperti tadi. Budak nilah…
            Tristan mengeluh kecil. “Olga, come here,” tuturnya perlahan. Gadis itu menggeleng. Melihat kedegilan Olga, dia tiada pilihan dan bertindak dahulu. Dia mendekati Olga lantas mendakap Olga dengan kemas.
            Olga terpana. Dia tidak jangka yang lelaki itu akan bertindak sejauh itu. Matanya sudah bertakung dengan air dek terharu dengan perlakuan Tristan terhadapnya. Buat seketika Olga berasa sungguh tenang dan selamat berada disisi seseorang selepas keluarganya.
            Perlahan-lahan, Olga mengangkat kedua-dua tangannya dan melingkari pinggang Tristan. Wajahnya disembamkan ke dada bidang Tristan.
            Tristan yang tadinya bersikap selamba, tiba-tiba bertukar kelam-kabut saat merasakan dadanya mula berdebar-debar. Seluruh tubuhnya menjadi kaku buat seketika. Perasaan yang tenang tadi kini bertukar gelabah. God… this is dangerous!
            Tidak semena-mena, dia terus menolak tubuh Olga. Olga yang terkejut memandang Tristan dengan mata yang tidak berkedip.
            “Cikgu hantar Olga ke bilik,” ujar Tristan lantas berlalu ke meja Olga untuk mendapatkan buku-buku gadis itu. Kemudian, dia pun menarik tangan Olga keluar dari bilik belajar. Olga yang masih lagi terkejut, tidak bersuara dan hanya membiarkan Tristan mengheretnya sehingga ke muka pintu biliknya.
            Hujan lebat masih lagi membasahi bumi, walaupun begitu guruh dilangit sudah berhenti berteriak begitu juga rasa takut didadanya. Tristan memberikan buku-buku itu semula kepadanya. Perlahan-lahan, dia menyambut buku itu.
            “Cikgu…”
            “Good night!” ucap Tristan segera. Seolah-olah sengaja memintas ayat Olga. Sesaat kemudian, dia pun beredar meninggalkan Olga.
            Olga gigit bibir. “Bodohnya kau, Olga! Tengok sekarang, cikgu dah marah!” dia memaki dirinya sendiri. Dengan rasa geram, dia pun masuk ke dalam bilik sebaik saja menguak pintu.
           
 p/s : olla readers!! sorry selalu lambat update. tapi nak cepat buat apa kan, cerita ni akan tamat dalam blog juga. harap selalu sabar menanti bab akan datang. Enjoy reading :)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.